Wednesday, November 30, 2011

Prosedur Ujian Saringan HIV Bakal Pengantin


Assalamualaikum ^^

Sebelum tibanya hari penting bagi pasangan raja sehari, satu perkara penting yang tidak harus di lupakan adalah melakukan saringan kesihatan. ia juga aspek utama yang perlu di laksanakan oleh bakal pengantin.

Harini daku nak share prosedur kedua terpenting selepas prosedur pernikahan dan dokumen pernikahan. Ujian saringan HIV ini penting sebelum anda ingin melangsungkan pernikahan.




BORANG UJIAN SARINGAN HIV

1. Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan Agama Islam berhampiran anda.

2. Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV. (Bayaran adalah berbeza mengikut negeri)

3. Borang Ujian Saringan HIV hendaklah dilengkapkan dan dibawa ke klinik kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.


UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.

2. Sekiranya keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.

3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu.

4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dan dimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.

5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.

6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.



PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI JABATAN AGAMA ISLAM.

1. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

2. Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.

3. Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:

a) Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.

b) Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV.

c) Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.

d) Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses.

e) Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya. 

14 comments:

  1. borang HIV ni pun kena bayar duit..ish3..

    ReplyDelete
  2. done! hehe ketar dni masa nak wat ujian tu. nak wat entry juga... dah siap amik gambo :)

    ReplyDelete
  3. owhhh, banyaknye kena buat ujian.. tak pe tak pe.. kena ready.. :)

    ReplyDelete
  4. senang jek kan nk wt ujian ni...xsampai 15 minit dh siap...naseb baik lepas & clear drpd HIV

    ReplyDelete
  5. nasib akk dh lepas semua.hehehe

    ReplyDelete
  6. @Wanie tempat jijah tak kena bayar. hehe

    ReplyDelete
  7. @Ardini Humaira buat la sis. sharing is loving. hehe

    ReplyDelete
  8. skarang kena bayar duit yek?..2 tahun lepas bayar singgit jer

    ReplyDelete
  9. @Azzah jijah tak kena bayar. tapi sesetengah klinik ade yg kena bayar. huhuhu

    ReplyDelete
  10. borang tu mmg kne amik dkt jabatan agama islam ek?dkt klinik tk disediakan ker?confuse

    ReplyDelete
  11. @NURULAZILA AZMI borang tu ada kat klinik la.. cakap je nak borang ujian hiv untuk kawen..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!