Nia Ramadhani Positif Hamil 9 minggu

9:00:00 AM 3 Comments A+ a-





Bukan sekali dua aktres cantik dari seberang, Nia Ramadhani menguji kehamilannya dan setiap kali itulah keputusannya selalu negatif lantas mengundang rasa hampa pada dirinya. Berkat sabar dan doa yang tidak pernah putus, Nia akhirnya dianugerahkan khabar gembira apabila hasil keputusan pada alat uji kehamilan mengesahkan dia kini berbadan dua.

“Saya mula menyedari yang saya sudah 2 minggu lewat datang bulan dan lepas itu baru teringat memeriksanya menggunakan alat uji kehamilan. Ikutkan rasa hati memang sudah malas, sebab sebelum ini, pernah beberapa kali buat pregnancy test namun hasilnya selalu menghampakan,” ujar bintang sinetron ‘Alisa’ ini.

Nia turut menceritakan bagaimana dia terkejut saat alat penguji kehamilan itu menunjukkan keputusan positif hamil. Selepas itu Nia dan suaminya Ardie Bakrie segera membuat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesahkan Nia sudah hamil sembilan minggu.“Sejujurnya kami berdua (dan suami) memang sudah lama menantikan ketibaan cahayamata kerana ini memang impian kami selama ini,” jelas Nia yang nyta teruja dengan kehamilannya.

Seperti ibu hamil muda yang lain, Nia masih mengalami simptom pening dan muntah. Namun Nia nekad untuk tidak terlalu mengambil preskripsi ubat muntah yang diberikan oleh doktor dan hanya makan bila perlu sahaja.


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

3 insan comel komen

Write insan comel komen
cik ika
AUTHOR
11/05/2011 9:11 AM delete

msti anak dye comel nt an2

Reply
avatar
Azzah
AUTHOR
11/05/2011 11:46 AM delete

mesti anak dia nanti cantik dan hensem giler

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!