Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran

8:00:00 PM 15 Comments A+ a-


Ayu sedang bahagia dengan suaminya, Zaquan Adha.



Keguguran anak pada usia 6 minggu pada 26 Oktober lalu meninggalkan pengalaman pahit kepada pelakon Ayu Raudhah, 26, namun dia tetap tabahkan hati untuk meneruskan kehidupannya.

Ayu yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun baru menerima berita buruk itu, Ayu tetap menguatkan semangatnya untuk kembali bekerja.

“Selepas dua hari pulih dari keguguran, saya terus memasuki penggambaran drama Gemersik Kalbu yang diterbitkan untuk slot Akasia di TV3.

“Saya terpaksa meneruskan penggambaran drama tersebut sehingga pertengahan Disember depan kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selepas itu, baru saya akan berehat,” katanya yang memegang watak Raihana di samping pelakon Aqasha dalam Gemersik Kalbu.

Malah, Ayu berkata suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mengikut keputusan Ayu dan memahami kerjaya isterinya itu.

“Saya nak buat bagaimana…walaupun baru sembuh, saya terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan penggambaran ini.

“Alhamdulillah kerana saya mendapat suami yang memahami dan rumah tangga kami sangat-sangat bahagia,” kata Ayu lagi.

kita doakan semoga Ayu Raudhah ada rezeki anak lagi lepas ni. InsyaAllah

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

15 insan comel komen

Write insan comel komen
11/14/2011 8:04 PM delete

moga ada rezeki lg untuknya..

Reply
avatar
Wanie
AUTHOR
11/14/2011 8:50 PM delete

dah kahwin pun seksi lagi..huhu..rambut kaler bukan main lagi..

Reply
avatar
Syuxer
AUTHOR
11/14/2011 10:43 PM delete

tabahnya dia..semoga Allah s.w.t kurniakan lagi cahaya mata untuk penyeri rumahtangga mereka

Reply
avatar
11/14/2011 11:14 PM delete

InsyaAllah ade rezeki mereka..

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/14/2011 11:15 PM delete

@nuyui a.k.a miss YUI mereka muda lagi.insyaAllah ada tu :)

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/14/2011 11:16 PM delete

@Wanie haha macam anak dara gitu..hehe

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/14/2011 11:16 PM delete

@Syuxer insyaAllah ada nnti cahaya mata buat mereka.

Reply
avatar
Azzah
AUTHOR
11/15/2011 12:39 AM delete

nanti dapat lagi tu..uish,encem tul suami dia..kalah suami sis..:)

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/15/2011 12:50 AM delete

@Azzah hahaha zaquan tu boleh tahan la..hehe

Reply
avatar
.ain.
AUTHOR
11/15/2011 3:56 AM delete

ensem nye laki die. tapi karatnye rambut die.

HAHA

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
11/15/2011 7:25 AM delete

dugaan tu.. nanti adlah rezeki mereka tu..

Reply
avatar
mysara
AUTHOR
11/15/2011 9:05 PM delete

belum ada rzki kn...

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/15/2011 9:53 PM delete

@.ain. haha itu style lor..

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/15/2011 9:54 PM delete

@IntaNBerliaN baru setahun. insyaAllah ade rezeki mereka.

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/15/2011 9:54 PM delete

@mysara tu la belum sampai rezeki mereka lagi :)

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!