Tubuh Panas Dengar Azan

2:00:00 PM 9 Comments A+ a-


Tubuh panas dengar azan




“Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.

Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.


hish mengarut jer. macam ni pon ada. nak lakukan ibadat dengan ikhlas. tak payah guna perantaraan. huhuhuhu


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

9 insan comel komen

Write insan comel komen
cik ika
AUTHOR
11/18/2011 2:42 PM delete

mcam2 hal skrg..

Reply
avatar
11/18/2011 3:27 PM delete

nak beribadat pun nak guna susuk nmpk sgt xiklas

Reply
avatar
11/18/2011 3:30 PM delete

nak buat ibadat pun kene pakai susuk?..pelik betul la..terpesong sangat nih

Reply
avatar
11/18/2011 3:35 PM delete

hurm..xpena denga pun sebeblum ni pasal susuk ni.susuk nak cantik tu biasela dengar..kan? macam2 je la dorg ni

Reply
avatar
Norlida Ramli
AUTHOR
11/18/2011 4:49 PM delete

adeh..nk kuatkan ibadat tu dh bagis tp caranya pulak salah...

berhati2 la memilih guru..jgn main rembat je..huhu

Reply
avatar
Marniey
AUTHOR
11/18/2011 5:39 PM delete

minta2 dijauhi. :)

Reply
avatar
MaYa MustWany
AUTHOR
11/18/2011 11:03 PM delete

heiiii..macam2 betul la zaman sekarang ni..

Reply
avatar
11/20/2011 9:19 AM delete

cmner laa nk tunai ibadat klau campur unsur2 cmni...

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!