Majlis Resepsi Zahiril Adzim dan Sheira Aiyob

8:30:00 AM 16 Comments A+ a-



Majlis resepsi Zahiril Adzim dan berlangsung meriah di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan malam tadi. Lebih manis apabila pelakon yang memegang peranan sebagai Daim itu turut mendeklamasikan sebuah puisi untuk isterinya.

Zahiril yang segak bersut tuksedo berwarna krim perak diraikan bersama isterinya yang anggun bergaun malam leret sedondon dengan sedikit bungaan manik berona ungu rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat.

Pasangan pengantin diberikan restu menepung tawar oleh keluarga kedua-dua belah pihak.




Selesai upacara makan beradap dan upacara memotong kek, Zahiril memberikan kejutan khas buat isterinya disaksikan para tetamu apabila membacakan sebuah puisi yang dikarangnya sendiri. Deklamasi sajak pelakon itu diiringi persembahan muzik oleh abang pengantin lelaki.





sayu~~ Sheira menitiskan air mata


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.





Pasangan ini bernikah pada 20 November lalu di kediaman Shera di Ipoh, Perak seperti dalam entry ini






tahniah! sheira ayub sangat lawa!


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

16 insan comel komen

Write insan comel komen
Azzah
AUTHOR
11/28/2011 10:11 PM delete

cantiknya sheira.diaorang mmg sepadan..ee,nak pi baca blog zahiril skrang..:)

Reply
avatar
MaYa MustWany
AUTHOR
11/28/2011 10:16 PM delete

alahai sweetnya..alahai mas lak dok terharu..hihi..hope kekal la mereka hingga akhir hayat.

jijah,nanti time jijah,sajak lak nak?hahaha..baru gempak..hahah

Reply
avatar
nasha sanza
AUTHOR
11/28/2011 10:20 PM delete

mereka memang sangat secocok!

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/28/2011 10:31 PM delete

@Azzah sheira ni comel! kecik jer..sweet la dorang ni..

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/28/2011 10:31 PM delete

@MaYa MustWany abg navy tak romantik sgt! keras jer macamner nak bersajak. hahaha

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/28/2011 10:32 PM delete

@nasha sanza kan. memang sangat sesuai sepadan bagai pinang di belah dua. hehe

Reply
avatar
11/28/2011 11:05 PM delete

sweetnya dorangggg. semoga bahagia sehingga akhir hayat :)

Reply
avatar
11/28/2011 11:45 PM delete

wahhhh, cantikntyew psgan tu...Tahniah!!!

Reply
avatar
11/29/2011 12:12 AM delete

terpaku tgk gambar dorang..sentap dgn poem tu..terharu kot klo suami sendiri bace..mane xnangis..huhu

Reply
avatar
syafikah
AUTHOR
11/29/2011 12:13 AM delete

sweetnya dorang nih. suka sangat tengok shera nih. sepadan . :)

Reply
avatar
Zana Adieyza
AUTHOR
11/29/2011 8:43 AM delete

puisi yg menyentuh jiwa.. semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi mereka.. insyaAllah..

Reply
avatar
11/29/2011 8:46 AM delete

alahai..cntiknya mereka!!!

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/29/2011 5:44 PM delete

@Azhafizah[フィザ] kalau jijah dah nagis sedu2 ni kalau die bacakan poem. hehe

Reply
avatar
Wanie
AUTHOR
11/29/2011 7:21 PM delete

alahai, cantik dress dia..baru tgk zahiril kena hempap bumbung dlm drama smlm..hihi

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
11/29/2011 9:24 PM delete

mmg sepadan hehe..hope hbgan mereka kekal keakhir hayat ;)

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
11/29/2011 10:01 PM delete

moga kekal hingga akhir hayat buat pasangan ini :)

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!