12:00:00 PM
Review The Dark Knight Rises
12:00:00 PMAlhamdulilah filem yang di tunggu tunggu telah tiba. Daku sempat menyaksikan filem Batman The Dark Knight Rises mula-mula di tayangkan d...
Alhamdulilah filem yang di tunggu tunggu telah tiba. Daku sempat menyaksikan filem Batman The Dark Knight Rises mula-mula di tayangkan dengan suami tercinta di CentrePoint Kota Kinabalu Sabah.
Sinopsis
8 tahun Batman/Bruce Wayne menyembunyikan diri dalam rumahnya kerana rasa bersalah akibat kematian Rachel dan Harvey Dent. Bruce bukan saja menyembunyikan diri tetapi juga fizikal yang tempang serta bankrap.
Cerita bermula apabila Catwoman (Anne Hathaway) mencuri mutiara dan cap jari dalam rumahnya. Cap jari itu untuk di jual kepada individu yang ada kaitan dengan Bane.

Maka dengan tidak puas hati Bruce mencari Catwoman hinggalah pencariannya kepada Bane penjenayah jahat yang mahu meletupkan seluruh Gotham dengan bom atom. Bane di lahirkan di Neraka Dunia. Hanya dia seorang yang berjaya keluar dari penjara paling berbahaya di dunia itu.

Bruce merasakan perlu campur tangan untuk membantu Bandar Gotham dan pasukan polis yang sedang bergelut untuk menangani rancangan Bane untuk memusnahkan bandar. Bruce mengambil keputusan menyarung suit Batman dan menghalang Bane.
Tapi Batman bukan lawan Bane. Bane tersangat kuat hinggakan Batman kalah teruk dan tulang belakang terkeluar di hentak Bane. Akhirnya Batman di kurung dalam Neraka Dunia. Dalam penjara itu Batman menyaksikan melalui tv kemusnahan bandar Gotham dan berusaha untuk panjat tembok penjara itu untuk keluar.

Catwoman yang seksi, sangat tangkas.
batplane Batman yang cool! canggih giler.
Endingnya?? tu korang kena tengok sendiri. Dah tengok mari kongsi di ruangan komen. ngehngehngeh dan paling menarik, ini merupakan filem di mana bermulanya saat Robin muncul.
untuk movie ni jijah bagi 10/10 bintang! yeaahhh