Kasut ADIDAS Pertamaku

1:41:00 PM 10 Comments A+ a-


Suami dan ADIDAS memang tak dapat di pisahkan!! Itu realitinyaa... koleksi kasut/sandal dia semua jenama ADIDAS! bahkan baju,beg semua ADIDAS juga! daku lah selalu membebel kat suami. 


Masa suami balik cuti CNY hari tu. Dia hadiahkan isterinya ni sepasang kasut jenama ADIDAS. katanya "kalau abg dan hakimi ada kasut ADIDAS. dia nak isterinya pun ada.." :)


Asalnya dia suruh beli kasut jalan2.. tapi adidas ni tak banyak pilihan kalau kasut jalan2 kan..So ambil je la kasut ini..Lagipun daku pun tak pernah ada kasut jadi ini memang pilihan terbaik la kot. Tak la cepat rosak..sebab jarang2 pakai kasut.. hahahhaa bukan apa sayang kot nak pakai kasut memahal buat jalan. Huuu~

Terima kasih encik suami! terima kasih belikan kasut memahal kat ayg.. pasni kalau abg nak beli kasut ADIDAS lagi, ayg tak halang dah...muahahaha :p










Hakimi Berambut Pendek

8:23:00 PM 8 Comments A+ a-


Rimas tengok hakimi ni berambut panjang. Dah la musim panas sekarang ni. Kejap kejap berpeluh pastu menggaru.


Bila papa balik CNY hari tu terus ajak papa guntingkan rambut hakimi. Pergi kat salooonn kaoo... kemain amoii yang guntingkan!! Tak la meraung macam kena pukul! Huuuhh

Last last nak habis gunting baru meragam.. terpaksa balik je.. 



Lepas dari itu si atok pula repairkan rambut hakimi. Terus jadi pendek. Haa... lagi nampak smart.baru la nampak matang,lelaki sejati.. haa gituu...




hakimi nak jadi anak soleh..doakan hakimi ye??




5 Tahun Usia Cik Azizah's Blog

6:21:00 PM 11 Comments A+ a-


26 Februari 2015 tak sangka dah 5 tahun berblog.. 



bila baca balik semua entry yang daku kongsi ni tersenyum lebar je dan akan jadi kisah silam yang berharga... nanti bila hakimi atau adik-adik dia dah besar.. mereka boleh baca kisah mamanya dari zaman anak dara sehingga tua. dari dia dan adik2 dalam perut sampai la ke dewasa.. insyaAllah kalau mama panjang umur dan mampu berblog lagi.. ^_________^

jadi daku taknak semua kenangan tu hilang.. nak ingat sampai bila-bila. insyaAllah selagi ada masa terluang daku akan terus berblog.. blogger tegar katakan...ngee~~

seronok berblog ni..dapat ramai kawan.. dapat banyak hadiah dari kawan-kawan.. walaupon hanya kenal di alam maya tapi anda semua sangat mesra!

Alhamdulillah sepanjang 5 tahun berblog, dah dapat RM1340 hasil iklan nuffnang. walaupun tak banyak tapi memadailah dengan pencapaian blog yang tak seberapa ini..tq nuffnang!

terima kasih pada semua yang membaca.. terima kasih pada 4641 followers.. terima kasih pada yang tegar mengomen.. i love u all! still keep in touch ya?...







Tips Untuk Kekal Sihat Di Musim Panas

5:45:00 PM 8 Comments A+ a-




TIPS SIHAT
- Minum 6-8 gelas air kosong setiap hari.
- Pastikan air kosong boleh didapati pada bila2 masa.
- Minum air kosong dengan kerap walaupun anda tidak berasa dahaga.
- Bekalkan air kosong kepada anak2 anda untuk di bawa ke mana-mana.
- Minum 2 gelas air sebagai tambahan apabila anda melakukan aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang hilang semasa berpeluh.

JOM SIHAT!!





Air Kelapa Muda Kawal Selera Makan

8:00:00 AM 6 Comments A+ a-


Andai merasakan sukar menurunkan berat badan cuba amalkan minum air kelapa. 
Dipetik dari Genius Beauty,
para peneliti percaya bahawa rasa manis pada air kelapa muda dapat membuat seseorang melupakan keinginannya untuk makan berlebihan.




sesuai sangat untuk orang yang nak berdiet! cubalah..





Adakah Hakimi Bertangan Kidal??

3:22:00 PM 8 Comments A+ a-


Mama dah lama perasan, hakimi kalau buat sesuatu benda banyak menggunakan tangan kiri. Bahkan makan pun tangan kiri. mama dan papa bukannya kidal dan cara kami ajar pun guna tangan kanan. Mama tak kisah sebenarnya kalau tangan hakimi kidal tapi kisah kalau nak makan pun pakai tangan kiri. Tak best la macam tu kan..



Kalau melukis/menconteng begitu la gayanya menggunakan tangan kidal.

Orang cakap bagus seseorang bertangan kidal ni sebab menggunakan otak sebelah kanan yang kemungkinan besar boleh menjadi genius dan mempunyai IQ yang tinggi. 

Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti,muzik dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

walau apa pun mama tak kisah pun mana-mana..janji hakimi belajar rajin-rajin, dengar cakap dan membesar jadi anak yang soleh. Amin..





Pelekat Warna Pada Buku Checkup

8:00:00 AM 9 Comments A+ a-


Ada tak mommies yang tak pernah tahu perbezaan tag pada buku checkup ni...??

Macam daku dulu kod hijau sebab berat badan sebelum mengandung <45kg dan HB rendah. kuikuikui




Kod putih untuk ibu hamil yang tiada risiko dan boleh bersalin dimana-mana pusat bersalin termasuk di rumah sendiri
Kod Hijau dengan risiko tertentu seperti si ibu mempunyai RH negetif , berat badan ibu kurang dari 45 sebelum mengandung, kandungan lebih dari satu, Hb rendah, bayi songsang dan lain-lain masalah lagi yang mana perlu dirujuk kepada doktor atau pegawai perubatan untuk tindakan lanjut jika perlu.
Kod Kuning untuk ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan bersama dengan hospital , hb kurang dari 9.5gm% dll. Dimana ibu hamil dengan kod ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan keluarga / O & G .
Kod Merah bagi ibu hamil yang berisiko seperti menghidap sakit jantung, anemia, eklampsia, preeklampsia kontraksi rahim pra matang dll yang memerlukan kemasukan ke hospital dengan segera jika berlaku sebarang masalah dipihak ibu atau kandungan.



Tiga Makanan Terbaik Sewaktu Sakit Perut

3:42:00 PM 8 Comments A+ a-


Adalah penting untuk makanan dengan betul sewaktu sakit. Ini kerana kurang makan akan melambatkan penyembuhan. 

Misalnya tatkala diserang demam selsema. Anda perlu memastikan air yang di minum mencukupi dan menikmati hidangan berkhasiat. Tetapi jika anda di serang sakit perut, mengekalkan hidrasi tubuh dan makan hidangan yang lembut adalah cara untuk sembuh lebih cepat. 

Di bawah diberikan beberapa cadangan makanan sewaktu sakit perut. 

1. Biskut kraker n roti bakar 
2. Pisang 
3. Halia




Try la...




Beza Otak Lelaki Dan Wanita

8:00:00 AM 10 Comments A+ a-


Ramai orang perempuan, Keupayaan otaknya lebih menarik dari lelaki.

Dia mampu berfikir tentang 1001 perkara dalam satu masa.
Ini membolehkan dia sangat sesuai mengurus segala-galanya di dalam rumah tangga.

Namun kelemahan dia, dia tidak pandai simpan rahsia. Dia mesti mahu ceritakan kepada seseorang tentang apa-apa sahaja yang mengisi ruang ruang simpanan yang banyak di dalam otak mereka itu.

Bagaimanakah caranya supaya dia masih boleh tetap simpan rahsia, walau dia ceritakan juga kepada seseorang?

Caranya seperti berikut... kohkohkoh





sumber:facebook




Cuti Tak Pergi Mana-mana Ke??

4:12:00 PM 8 Comments A+ a-





betul juga kan..?? hahahhaa



p/s:  eh korang..apa plan cuti-cuti ni??
i syif malam u ollss...huuu


Limau Mandarin Dan Tahun Baru Cina

3:00:00 PM 9 Comments A+ a-


Yang seronoknya time nak raya cina ni banyak jual limau mandarin. time ni ramai supplier hantar limau kat pasaraya. 
Bukan orang cina je yang beli..orang-orang kita pun sama. lebih-lebih ayah..berkotak2 dah dia beli. Lebih lebih lagi kalau jenis manis..  hakimi pun suka makan..



Nanti lepas tahun baru cina dah tak jumpa da limau mandarin ni. time ni la nak makan...
betul tak...


Selamat Bercuti korang~~



Kalau Abg Nak Sayang....

11:56:00 AM 7 Comments A+ a-






hehe... jangan berani ye kaum lelaki..






Masih lagi PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)

9:52:00 PM 20 Comments A+ a-


Kau ingat daku sebumbung dengan encik suami ke?? 
Oh no no!! PJJ aka perkahwinan jarak jauh ni dah kira sebati dengan daku ni la... sedih betul :(

Kalau nak cerita memang panjang..sedih bila ingat! cukup la korang tahu selama daku bercinta 13tahun,berkahwin,beranak satu ni daku jarang jarang jarang dapat sebumbung dengan suami.



Sekarang bila daku dan encik suami dah pindah semenanjung kami masih lagi berjauhan. Encik suami pula kursus kat Lumut 6bulan..daku di kampung Port Dickson. Paham sajalah kalau kursus tentera ni confirm kawalan ketat macam rekrut. Lagi susah nak dapat balik cuti kan ayut kan.. Untunglah ayut dapat pergi Lumut jumpa suaminya..huuu~ Kadang2 boleh sampai merajuk walaupun paham kerjaya dia.. hehehe

Setakat ni dah hampir 3 bulan suami kursus disana. Baru sekali jumpa hari tu weekand (sabtuahad je).. rindu tak usah cakap.. nasib la hakimi ni jenis tak kisah papa ada ke tak...dan yang peliknya walaupun berbulan tak jumpa papa..dia masih ingat pulak tu...hahahahaha~~

tunggu suami pencen navy la baru dapat tinggal serumah sama-sama... begini la nasib isteri navy...sedia dikorbankan..kohkohkoh



p/s: berharap suami dapat cuti raya cina ni..huuu




Pek Catuan Malam

6:48:00 PM 13 Comments A+ a-


Di sini setiap kali kerja malam pasti dapat bekalan Pek Catuan Malam ni untuk 3 hari syif malam. kalau dulu dulu dapat milo 3in1 4paket. syukur juga dari tak dapat apa2 kan, yelah mana lah nak pergi kalau malam-malam perut lapar.. dapat juga la hilang mengantuk bekerja syif malam. huhuhu



masalahnya daku ni minum la banyak mana kopi atau nescafe...mengantuk tetap mengantuk! kohkohkoh



Alfatihah Buat Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat

11:11:00 PM 10 Comments A+ a-


'Salah satu cara Allah menghilangkan Ilmu di dunia ialah dengan mematikan ulama'..




Malam jumaat yang mulia 12 Februari 2015.. perginya seorang tokoh ulama yang tiada gantinya.. Khusnul khotimah orang-orang terpilih.

"Allahummagh firlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu anhu.."
"Ya Allah ampunilah dia..berilah rahmat..sejahtera dan maafkanlah dia"
"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” - (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)


Salam takziah buat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Hasbullah Awang. Marilah kita sama2 mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dirahmati Allah Taala..
Al fatihah..



p/s:Ya Allah mudah-mudahan anak-anak lelaki ku terdiri dari orang yang soleh..kuat agamanya seperti Tuan Guru Nik Aziz.. amin ya robbal alamin...






Resepi Sup Cendawan Dengan Petola

1:00:00 PM 11 Comments A+ a-


Hai korang.. menu lunch apa hari tadi?




Sesekali buat menu simple cam ni pun sedap kan..
Sup cendawan dengan petola...makan dengan ikan goreng.. 
pehh sedapp!!


Resepi campak-campak jer..

1 btg petola
1 btg lobak merah
1 peket cendawan 
Sedikit fucuk
Bebola 
1 sd bsr ikan bilis -tumbuk
Bwg merah dan bwg ptih -tumbuk
garam dan serbuk perasa secukupnye.

Cara-cara
-Potong ikut suka semua sayuran
-Tumis bahan di tumbuk sehingga wangi masukkan air ikut nak banyak mana kuah..
-Bila mendidih masukan bebola,petola, lobak,fucuk dan cendawan dan biarkan mendidih.
-Masukkan garam secukup rasa
-Sedia di hidang




FIRST GIVEAWAY MAWAR PUTIH

10:58:00 PM 18 Comments A+ a-



klik banner untuk join

Tarikh tutup sehingga 28/2/2015 tepat jam 11.59 malam.


gudluck!!


Hakimi 1 tahun 5 bulan

11:30:00 AM 12 Comments A+ a-



Anak soleh zulhakimi zaim ni dah 1 tahun 5 bulan.. 2 dan 3 hari sebelum ni hakimi demam.. demam nak beralih bulan agaknya.. demam sebab nak pandai cakap. bukan la cakap macam kita cakap ini tapi dah boleh lah cakap perkataan-perkataan mudah yang bermakna :) memang mama nampak perubahannya lepas demam.. Alhamdulillah..




sekarang ni sukar berpisah dengan mama..macam biasa kemana mama pergi kat situ la dia mengikut. satu lagi kuat cemburu. tak leh baby lain pegang mama sikit. mula lah dia berangin..tepis tangan budak tu.. anak soleh betul!huuu

bila mama tengok orang lain mengandung..mama teringin nak tambah adik hakimi juga. Tapi... bila renung dalam-dalam perangai anaksoleh ni rasa kesian kat hakimi. dah la manja,sukar berpisah dan suka nak ambil perhatian mama. kalau ada adik mesti dia lagi cemburu..emmm tapi umur mama makin meningkat..rasa rugi tak beranak ramai..huuu~

walau apa pun mama sayang hakimi! sayaaaaaaaaaang sangat2!!









Akaun Tabung Haji Untuk Anak

2:00:00 PM 12 Comments A+ a-


Tabung Haji (TH) menyarankan anda agar membuka Akaun Simpanan TH bagi anak anda seawal kelahiran dan seterusnya mendaftarkan haji untuk mereka setelah jumlah simpanan tersebut mencapai RM1,300 (*jumlah minimum syarat pendaftaran haji)


Alhamdulillah Zulhakimi zaim lahir je mama dah bukakan akaun Tabung Haji untuknya. sikit sikit menabung lama lama jadi bukit..
sekarang dah cukup RM1300 mama daftarkan haji untuk hakimi pula. 
kalau nak tunggu dia daftar sendiri, entah bila tahun la dapatnya. sedangkan sekarang pun dapat giliran tahun 2079!
masa tu tak tahu la mama dan papa masih hidup lagi ke tak...huuu
ahhh sedih pula -_-"




oh ye...sekarang dah mudah.. akaun tabung haji pun dah ada online banking mytaha
jadi mudahlah nak semak baki, pendaftaran haji, pindahan simpanan dengan mytaha :)

Jom kita start menabung,simpan dan daftar haji.. sesungguhnya menabung adalah amalan mulia bak kata pepatah, 
‘beringat sebelum kena, berjimat sementara habis’. 
Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’.





Enam CPUV On Going

8:00:00 AM 15 Comments A+ a-


Masa berdot com dulu punya payah iklan nuffnang ni nak melekat tau. Alhamdulillah sejak bertukar blogspot balik ni sikit2 iklan Cpuv ni muncul.


Walaupun earning tak banyak.. tapi sikit2 lama2 jadi bukit maa.. sabar.. ada rezeki inshaaAllah meningkat la tu kan.



Tq nuffnang.. muahh ciked


Denggi Kini Di Kawasan Anda!

2:00:00 PM 10 Comments A+ a-


Hati-hati kawan-kawan..musim denggi sekarang ni..




jika ada sign & symptom better buat saringan.. tapi sekarang yang positive denggi pun ramai tanpa sign & symptoms sakit. itu lebih bahaya!


INFO yang perlu anda tahu :

1. DENGGI adalah pnyakit berjangkit bawaan VEKTOR berpunca dari VIRUS
2. VEKTOR bertanggungjawab adalah NYAMUK AEDES - Aedes aegypti dan Aedes albopictus
3. Nyamuk Aedes adalah DAY BITER - gigit waktu siang, waktu kemuncak adalah subuh dan maghrib.
4. Tempat pembiakan - di air tenang yang jernih - tempat berpotensi pam air tandas rosak, alas pasu bunga, gutter rumah, bekas2 air terbiar, longkang tidak mengalir...
5. Aedes aegypti suka berteduh/berehat di dalam rumah/premis (kawasan gelap : belakang langsir, sidai2 baju, almari etc), Aedes albopictus suka di kawasan luar.







Anda boleh menghapuskan kitaran hidup nyamuk Aedes!
Perangi Aedes!!
Perangi Denggi!!


Home Progress: Progress Februari 2015

10:26:00 AM 11 Comments A+ a-


Home Progress: Part 1 Booked
Home Progress: Part 6 Januari 2015
Home Progress: Part 7 Februari 2015


*******************************


Alhamdulillah..rumah nak hampir siap dah. baru lepas melawat site. happy tengok progress rumah sendiri! Dah bersimen..carposh depan pun dah bersimen..lain otw bercat. OMG!! tak sabarnya la..




lantai pun dah siap pasang tile, dinding dapur dan dinding bilik air pun sama.. makin berkobar-kobar nak tunggu rumah ni siap..


ruang tamu

dapur


Kawasan belakang rumah, dah tak ada space tanah..dapur dah terus longkang dan jalan.. tu pasal tarik habis sampai 4 bilik :)

Sekarang ni asyik cari kat internet pasal deko rumah je.. Suka pula tengok Group Dekorasi kt FB. Excited sungguh nak duduk rumah baru. Yelah cantik ke buruk ke rumah sendiri kan...ngeee~~

Doa tak putus putus agar dimurahkan rezeki dan moga rumah idaman ini dapat siap awal tanpa cacat cela.. Amin ya robbal alamin ^____^





Hadiah Untuk Top Komentator Jul-Dis 2014

3:05:00 PM 12 Comments A+ a-


Terima kasih buat semua Top-komentator-jul-disember-2014
yang rajin drop komen di semua entry2 daku..

harap hadiah ini sampai dengan selamatnya..




Top Komentator Januari 2015
masih pengomen yang sama dan setia!!




Terima kasih support me!! muahhh cikedd :P




Kek Coklat Moist

2:39:00 PM 11 Comments A+ a-


Malam tadi buat Kek Coklat Moist dengan adik.. 
Alhamdulillah menjadi! 
walaupun rupamu tak menarik...tapi rasanya....
sedapp bak hangg~~




apa susahh dah siap adunan kek pun...tinggal nak campurkan je..hahahhaa~~
bakar @ kukus.. tapi daku guna periuk ajaib..


ini Resepi Coklat Moist yang sebenarnya...


Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis

Bahan B
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Topping
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar marjerin
masak dalam double boiler


-Campur rata Bahan C.. sambil putar masukkan Bahan A dan Bahan B berselang seli.
-Masak dalam periuk kukus/pemanggang ajaib dengan menggunakan api yang kecil
-Tunggu 1/2-1jam baru angkat dan sejukkan
-tuangkan topping di atas dan hidangkan..



Selamat Mencuba~~




Jom Potong Kuku Ikut Sunnah

8:00:00 AM 11 Comments A+ a-


Salam Jumaat..
Minggu pertama dalam bulan Februari..





moga kita dapat amalkan...dan dapat biasakan potong kuku mengikut sunnah ini..
inshaaAllah..
jom potong kuku!!




GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!

11:08:00 PM 12 Comments A+ a-




Klik Banner di atas untuk join :)



syarat mudah:

1. copy paste gambar di atas pada new post blog anda.
2. be follower blog MELANGKAU GARISAN
3. follow instagram byekinrazalli
4. komen dalam mana mana gambar instagram byekinrazalli
5. paste link "GIVEAWAY BY EKINRAZALLI WORTH RM500 TO WIN!" pada ruangan komen


Tamat 28 Feb 2015


wish me luck!!





Senarai Hari Cuti Di Malaysia Tahun 2015

2:00:00 PM 11 Comments A+ a-


Menariknya di Malaysia ni penuh dengan perayaan berbilang kaum dan bangsa..
bagi yang merancang untuk cuti-cuti malaysia boleh la plan untuk cuti yang tersenarai ini:







Bulan dua ni Tahun Baru Cina akan menyusul..Khamis,Jumaat Sabtu & Ahad. lama tu cuti...apa plan korang???

harap-harap encik suami dapat cuti jugak... boleh rancang pergi jalan-jalan...hehehe




Tabung Syiling Castrol GTX

8:30:00 AM 10 Comments A+ a-


Ku sangka kan minyak pelincir kereta rupanya tabung syiling. Dapat masa ayah beli minyak pelincir kereta. orang kata kalau dapat hadiah maknanya minyak tu original.. betul ke eh??




bila ada tabung ni memang mood menyimpan duit syiling la.. hari tu dah simpan separuh dapat juga la RM180. rezeki masuk dalam buku Tabung Haji hakimi...Alhamdulillah 

marilah kita menyimpan duit syiling..sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. ye tak?? hehehe~~




Jalan-jalan Pantai

6:51:00 PM 12 Comments A+ a-



Kata je tinggal berdekatan pantai port dickson tapi jarang nak pergi pantai. Ekeke ;p untuk pertama kali hakimi jejak kaki kat pantai sebenarnya. mamanya malas nak bawa...



Senangnya hakimi ni sebab dah pandai jalan jadi dia jalan menonong dia jelah.. sukanya dia dapat main pasir sambil tengok orang main layang layang..




InshaaAllah bila papa balik cuti nanti kita mandi laut pula ye hakimi..

Kan Da Kena Ikat Rambut

8:00:00 AM 8 Comments A+ a-



Hakimi ni jenis rambut lebat dan cepat panjang. Dalam 1 tahun 4bulan ni baru 3 kali gunting rambut nya. sebab masalahnya dia susah sangat nak bagi kerjasama untuk gunting rambut!

Baru2 ni atoknenek bawa pergi kedai gunting rambut. Baru nak duduk atas kerusi dah menangis macam kena pukul. Terus bawa balik je.. 

Tapi kalau papa. Dia lebih suka biar rambut hakimi panjang. Suka rambut macam arjuna fynn jamal katanya. Eh! tu panjang sangat pula tu..



Last2 mama ikat jambul. Haa amik kaoo~~!! gerammm!!