Petua Untuk Rumah Tangga Bahagia

4:00:00 PM 15 Comments A+ a-


1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 
3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 
4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya. 
5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 
6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 
7 Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.



InsyaAllah semoga rumahtangga kita bahagia yer mr navy even berjauhan..senyum jijah  :)



Weekand Tanpa Suami

1:00:00 PM 26 Comments A+ a-





setelah tiga minggu suami balik weekand...
kali ni minggu keempat weekand daku tanpa suami di sisi..
ini kerana weekand ni weekand terakhir beliau praktikal di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.
bermakna tamatlah sudah paktikal sebulan beliau -_-"

hari ni juga suami balik ke Lumut Perak.
tak lama lagi suami kena posting ke Telok Sepanggar Kota Kinabalu Sabah.

tah bila la dapat jumpa suami lagi.
mungkin 3bulan sekali? 6bulan sekali mahupun setahun sekali..
pasti suasana sedih menyelubungi hati jijah :(




doakan jijah kuat semangat yer.. walaupun jauh tapi dia dekat di hati >_<



Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

8:00:00 PM 15 Comments A+ a-


Fasha Sandha akhirnya sah di ijabkabulkan dengan Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram dengan dua kali lafaz di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pada 27.4.12 @ 9.24pm malam semalam.




Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Fasha, Hassan bin Hj Moideen. Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM8,888.88 sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Fasha Sandha menerima 7 dulang hantaran berupa beg LV, alat solek, telefon Galaxy Tab, sebentuk cincin, coklat. Manakala Jejai menerima 9 dulang hantaran berisi kasut, sejadah, buku Terima Kasih Tuhan, tali pinggang, tali leher, alat perapian lelaki, sebentuk cincin, tepak sirih dan coklat dari pihak Fasha Sandha.




kredit : beautifulnara

Majlis Berinai Fasha Sandha

7:30:00 PM 12 Comments A+ a-




Akhirnya.... artis yang penuh dengan kontroversi akan menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hatinya. Fasha Sandha dan Jejai akan bernikah malam ni di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

tetapi hanya jemputan khas sahaja yang akan memeriahkan majlis pernikahan mereka. 




Semoga pasangan ni berbahagia hingga akhir hayat :)

Selamat Hari TLDM Buat Suami Tercinta :)

2:30:00 PM 15 Comments A+ a-




Today adalah Hari Ulangtahun TLDM ke-78 bagi seluruh Malaysia. 
sangat suci seputih uniform yang di sarungkan. daku berharap mr navy dapat berkhidmat dengan negara tanpa rasa jemu sebagai PEJUANG NEGARA!


Selamat Hari Ulangtahun TLDM ke-78. Warga Berinovasi Menjana Transformasi..


korang yang berdekatan dengan pangkalan pangkalan TLDM boleh la melawat kapal TLDM yang di buka untuk lawatan. tak lupa juga Pesta Laut Pangkor dan Lumut :)


Istimewanya Wanita Part 12

8:30:00 AM 10 Comments A+ a-




Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya 
pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta 
kemudian di ikat ke belakang tengkoknya...



selamat beramal...

Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Ala-ala Pearl Harbour

8:12:00 PM 12 Comments A+ a-




fuh... tengok gambar pre-wedding Awal Ashaari dan Scha teringat gambar kahwin jijah dulu macam kat header. tapi kami tentera laut. ngehngehngeh...

tapi kali ni Awal Ashaari mengenakan persalinan ala tentera atau pahlawan perang ala-ala Pearl Harbour gitu. Tampak manis lagi apabila Scha al Yahya tampak klasik dengan pakaian gadis melayu.

so prewedding ni bertemakan Best Man Win.. Kira Awal best man la yang berjaya mencuri hati Scha. hahaha





dah jadi kebiasaan kan artis buat prewedding.. emm.. 

Lelaki Bermaruah dan Beragama

4:00:00 PM 25 Comments A+ a-



✿~..LELAKI mana yang datang kepada si perempuan untuk TUJUAN BERCINTA dan bukannya untuk berkahwin, 
maka lelaki itu adalah FASIQ..
berbeza jika lelaki itu datang untuk MELAMARNYA dan MEMINTA IZIN dengan ibubapa perempuan tersebut, 
maka lelaki itu jauh LEBIH BERAGAMA DAN LEBIH BERMARUAH..✿~


suamiku..saat di ijabkabulkan




Lelaki yang benar-benar MENCINTAI kamu adalah lelaki yang BERGERAK ke arah PERKAHWINAN dengan segera..:)


Wordless Wednesday [17]- Ilmu Penunduk Buat Suami

8:30:00 AM 18 Comments A+ a-






Auratku hanya untuk suami. Aurat isteriku hanya untukku



jom tengok projek baru Yuna--> klik

Bagaimana Hendak Menjaga Anak Demam Panas??

8:30:00 AM 20 Comments A+ a-


DEMAM PANAS??


Bagaimana hendak menjaga anak yang mengalami demam panas?




Apakah Demam Panas?

Demam Panas adalah keadaan di mana suhu badan meningkat untuk melawan jangkitan kuman atau radangan dalam badan.

Tanda Tanda Demam Panas
  1. Suhu badan panas
  2. Tiasa selera makan atau minum
  3. Badan menggigil walaupun suhu badan panas
  4. Letih lesu
  5. Merengek

Tips Rawatan Demam Panas di Rumah

1. Ukur suhu badan anak anda dengan menggunakan termometer (jangkasuhu). Jika tiada termometer perhatikan tanda dan gejala demam panas yang mungkin di alami oleh anak anda.
2. Beri anak anda ubat demam (Paracetamol) dengan sukatan yang tepat mengikut jadual yang di tetapkan oleh anggota kesihatan
3. Lap dahi dan badan anak anda dengan tuala yang di rendam dalam air paip.
4. Pakaikan anak anda dengan pakaian yang nipis dan jangan selimutkannya kerana akan meningkatkan suhu badan
5. Beri anak anda minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah cecair dalam badan.
6. Beri anak anda makanan yang mudah di hadam seperti sup dan bubur.
7. Jangan biarkan anak anda tidur sendirian supaya anda dapat bertindak segera jika suhu badan anak meningkat atau terlampau tinggi melebihi 39'C bagi mengelakkan sawan.


INGAT!!
Anda perlu bawa anak ke klinik dengan segera jika:
1. Suhu badan melebihi 39'C
2. Terdapat gejala lain seperti ruam,pendarahan,muntah,cirit birit,sawan dan sebagainya
3. Tiada selera makanatau minum
4. Demam masih berlarutan walaupun telah di rawat di rumah.

sekian...



katakan tidak kepada gejala rasuah klik sini 



Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

4:00:00 PM 26 Comments A+ a-


1.Cuci Rambut Setiap Hari
Jika anda biasanya mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Jika anda bertudung, memang tidak sesuai jika anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika anda suka mencuci rambut pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Tidak kira panjang mana sekali pun rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.

PETUA: Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Lebih afdhal, cucilah rambut anda pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Selebihnya cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.


2. Pilih Kain Tudung Berfabrik Lembut
Pilihlah fabrik lembut untuk tudung anda. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk kulit kepala dan rambut anda.

PETUA: Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa agar rambut tidak terkeluar.


3. Sentiasa Merawat Rambut
Sebulan sekali, periksa jika ada sel rambut mati atau hujung rambut yang terbelah. Jika anda membiarkannya, rambut akan menjadi lebih mudah gugur kerana tidak dirawat.

4. Atasi Masalah Rambut Jika Ada
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai untuk anda. Masalah rambut kadang-kadang bukan disebabkan oleh cara anda menjaga dan mengendalikanya sahaja, bahkan ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika anda tidak mencari penyelesaianya.

PETUA: Jika anda sudah selesa dengan satu syampu, kekalkanya. Dapatkan maklumat yang betul dan tepat mengenai cara mencuci dan membilas rambut dengan sempurna. Cucian bukan setakat mengurut syampu di rambut dan membilasnya sekali lalu sahaja. Setelah mencuci dengan sempurna, pastikan anda mengeringkannya dengan betul kerana rambut yang bersimpul-simpul juga menjadi sebab rambut mudah rosak.


5. Berehat Dahulu Sebelum Membersihkan Diri
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, terus buka tudung anda dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa 1/2 jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau pun jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

PETUA: Sebaik-baiknya anda perlu berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja kerana anda akan lebih berpeluh. Berbaringlah di atas katil dan bukalah penghawa dingin di bilik anda. Nikmatilah saat ini sebaiknya agar keadaan rambut dan kulit kepala anda betul-betul kering dan "rehat" dengan sempurna.


Rambut adalah mahkota wanita even pakai tudung pon..setuju?? :)


Alamak.. Tak Dapat Fokus Dengan Blog!

5:00:00 PM 32 Comments A+ a-




weekand ni suami balik lagi. jadi bila suami balik.. 
it's means, blog pun akan di abaikan kejap...
almaklumlah takde chance nak berblogging. ngeee~~


sambil tu, nak bincang plan akan datang bila suami draft ke Sabah bulan lima ni... 
dan daku bagaimana.. ??? huhuhu T__T



harap2 Clean & Clear KL weekand ni..nak pergi survey samsung dengan suami kat KL.. hiksss :p



Perbezaan Kubur Lelaki dan Wanita

8:00:00 PM 27 Comments A+ a-



google


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita, berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo… InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)


••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.


SubhanaAllah Allahuakhbar!


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah pesanKu walaupun satu ayat.”



Istimewanya Wanita Part 11

8:30:00 AM 7 Comments A+ a-





"Aku lihat api neraka,tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dasyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.
"Rasulullah s.a.w ditanyai, 
" Mengapa demikian Ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah s.a.w.
"Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup".




Tahniah Nabil Ahmad Bakal Bergelar Bapa

4:30:00 PM 18 Comments A+ a-




Alhamdulilah.... Nabil dan Zira bakal menjadi mummy n daddy!

Zira Nabil mengesahkan kehamilannya baru menjangkau lima minggu.. Dia juga mengakui Nabil cukup teruja apabila mengetahui yang dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.



Nabil Ahmad begitu teruja :))


congratz Nabil. take care Zira Nabil ^___^




doakan jijah cepat preggy pula yer. Amin~~



3 Sebab Kahwin Cepat

2:30:00 PM 21 Comments A+ a-



3 sebab kenapa korang perlu cepat–cepat berkahwin selepas menemui pasangan yang sesuai:


Sebab pertama : Anda akan lebih bahagia.

Adanya ikatan yang sah akan mengurangkan risiko hubungan anda berdua dari di ganggu anasir yang tidak baik. Anda juga lebih bahagia kerana bebas untuk bergerak ke mana–mana sahaja yang anda suka.
Hubungan seks juga boleh di lakukan secara sah dan anda boleh memiliki keluarga yang sah tanpa ada kerisauan di dalam hati.


Sebab kedua : Dugaan kurang.

Orang yang bercinta selalunya akan ada banyak dugaan yang pelik–pelik. Contohnya jika anda bergaduh akan perkara kecil, hubungan anda berdua mungkin akan terus terputus kerana tiadanya ikatan yang sah antara anda berdua. Sebab itu ramai yang bercinta terlalu lama, akhirnya berkahwin dengan orang lain.


Sebab ketiga : Boleh fokus beribadah dan kejar impian.

Apabila anda berkahwin, masalah anda untuk fokus sudah hilang kerana si dia sudah sah jadi milik anda. Anda boleh beribadah dengan tenang dan anda juga bebas untuk mengejar impian anda.


selamat mendirikan rumahtangga :)


Yey Cuti Sampai Ahad..

8:00:00 PM 24 Comments A+ a-


Yeaaaahh!! Berlalu sudah tiga syif malam. kini bermula lah cuti sehingga hari ahad.
cuti kelepasan am banyak tak ambil lagi. penat sangat keje gini lah jadinya..
padahal cuti cuti ni bukan husband ada pong. kuikuikui


tapi....
weekand ni InsyaAllah hubby balik lagi. 
Alhamdulilah seronok even weekand je dapat jumpa..
 okey lah kan daripada sebulan sekali. huhuhu


boleh la belogpecut dengan jayanya..
dan paling penting daku nak buat autopost banyak banyak. kihkihkih ^___-


weekand ni ingat nak lepak shah alam overnite dengan hubby.. macam best je. lalala :p

Wordless Wednesday [16]- Bodek Pak Mertua

9:00:00 AM 16 Comments A+ a-




macam ni baru gentleman. ekeke :p


Battleship: Kapal Perang Alien vs Kapal Navy

8:00:00 PM 34 Comments A+ a-


Dalam entry ini my husband ada balik weekand lalu bukan...kebetulan daku ambil asben malam tu kat KTM maka kami mengambil kesempatan tu menonton wayang bersama-sama. weee~~




Full betul movie Battleship sabtu lalu. nasib baik daku booking tiket guna online. dapat juga tengok movie kegilaan asben ni. hehe dapat pula couple seat di tengah dan belakang sekali. memang terbaik lah! midnite movie 11.30pm memang best! nasib la dah kahwin. balik 2am pon tak kesah.. muahaha :p  len kali boleh beli tiket guna online je. sangat memudahkan :) klik tgv.com je



Battleship : Kapal perang alien


sinopsis

Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.

Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.

5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan NAVY itu tadi. Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.



Rihanna sebagai Petty Officer (GM2) Cora Raikes, pengendali senjata dalam kapal USS John Paul Jones. 


Apabila kapal mereka telah dimusnahkan selepas menentang kapal alien ketiga, tiba masa untuk mereka bersama dengan para veteran dalam sebuah kapal lama.  yang tak boleh bla nya apabila kapal perang navy ni boleh driff. hahaha


akhirnya kapal alien dapat di musnahkan dengan bantuan jet udara.


kesimpulannya filem ni memang best gila! aksi ketenteraan navy memang penuh debaran saat berperang dengan kapal alien ni. rasa nak tengok filem ni lagi sekali je. daku berikan 5/5 bintang! yeaaaaaaaahh :))




bulan 5 hubby draft ke Kota Kinabalu naik kapal.. jijah dah boleh isi borang transfer.. doakan jijah dapat duduk bersama dengan hubby yer :)



Tips Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain

8:00:00 PM 23 Comments A+ a-



Petua Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain

1. Baca surah Ali Imran ayat 200, tiga kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya pasangan anda setia pada anda. 
2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.
3. Rajin-rajinlah solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t. mencantikkan rupa anda.



bagus untuk di cuba ni :)) selamat beramal ^___^


Alhamdulilah BE Pertama Tahun 2012 Muncul Juga

12:00:00 PM 25 Comments A+ a-




Syukur.. syukur Alhamdulilah...
akhirnya encik nuffnang yang baik hati sudi berikan Buffered Earning yang PERTAMA tahun 2012 kepada blog daku.. 
dengar baik2 ye BE PERTAMA tahun 2012 ok! hahahaha
orang lain dah banyak BE tahun 2012. daku je baru dapat. kuikuikui


BE ni merangkap BE ke-17 daku dengan nuffnang.




ya... BE Digi HTC One V and X


bila jumpa Digi ni sila lah klik yer sayang sayang :))


terima kasih nuffnang.. i lebiuuuuuuuu.. muahaha~~



Angelina Jolie, Brad Pitt Bertunang

3:58:00 PM 12 Comments A+ a-

Angelina Jolie, Brad Pitt Akhirnya Bertunang



wah.. akhirnya Brangelina bertunang juga. Pertunangan mereka 
adalah satu janji untuk masa depan
bagaimana pun Brad Pitt 48 dan Angelina Jolie 36 tidak menetapkan tarikh perkahwinan mereka lagi.

mereka mempunyai enam orang anak bersama terdiri daripada anak angkat dan anak sendiri.


cepat cepat la kahwin. mereka pasangan yang sangat ideal. setuju?




Yey!! Petang Ni My Husband Balik PD..

1:00:00 PM 16 Comments A+ a-


gambar baru..my husband paktikal di Hotel Royal Chulan. alaa hotel 5 bintang tu. ekeke :p



hati mana yang tak gembira apabila dapat berita yang my husband balik PD petang ni...
dah masuk minggu kedua husband boleh balik weekand sejak praktikal di Bukit Bintang ni..
yehaaaaaaaaaaa!! happpyy sangat sangat!
even sehari balik pun jadi lah.. kuikuikuikui


tak sabar nak jemput dia kat stesen keretaapi malam ni :))

Doa Berlindung Dari Malapetaka

3:00:00 PM 26 Comments A+ a-







‎" Allah SWT turunnya bencana hantar signal di Acheh, hampir satu dunia bdoa. Allah SWT hantar signal di Palestine, berbillion muslim bdoa. Kalau Allah SWT tak hantar signal, kita mungkin dlm kealpaan sombong tak bdoa, kan? tp ada juga yg still tak sedar dgn signal... sesungguhnya, Allah SWT nk dengar hamba-hambanya bdoa kepadaNya...
YA ALLAH, peliharakanlah kami.... " :'(



Istimewanya Wanita Part 10

9:30:00 AM 11 Comments A+ a-





“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, 
puasa bulan Ramadhan, 
menjaga maruahnya dan 
mentaati perintah suaminya, 
maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Wedding Review: Make Up, Baju Bertandang

3:00:00 PM 38 Comments A+ a-




Untuk majlis belah suami hanya mekap yang simple je. takde pakej2. sesuai lah dengan majlis tersebut. pelamin DIY sendiri jer. mekap jijah ini dari kak nina. kak nina ni pernah mekap kawan jijah untuk majlis dinner kat hospital dulu. 

Alhamdulilah sangat senang deal dengan kak nina. datang pon awal dalam jam 10am gitu. 


jijah recommendkan kak nina ni sebab:

-mula mula mekap kak nina letak ais batu sapu seluruh muka jijah. bagi mekap tahan lama kan
-baca selawat bismillah masa nak mekap :)
-mekap neutral. tahan sampai petang sampai cuci periuk malam tu pon. kahkahkah
-tak berminyak. tak perlu touch up lagi!
-sangat baik hati,peramah bagi tips macam macam
-harga sangat berpatutan :)


jom tengok hasilnya..

dari tepi nampak natural :) 

dari hadapan. simple kan tapi naik seri pengantin. 

untuk baju bertandang. yang ni jijah sewa dua hari sebelum majlis bertandang. giler kentang bukan. hahaha last minit husband cakap nak pakai uniform makanya terpaksa la juga jijah cari baju/dress putih gold. akhirnya dapat gak yang sesuai..

kak nina juga tolong uruskan bab baju ni. dan baju ni sesuai la sangat dengan uniform navy husband jijah :)


full bertandang attire :)


overall sangat2 puas hati dengan baju,mekap masa Majlis Bertandang :))



Make up Kak Nina Putera hanya RM150 je.

Baju l Veil l Kasut l Aksesori l Payung semuanya hanya RM200.

maka untuk Majlis Bertandang hanya RM350 saja. Alhamdulillah :)


Wordless Wednesday [15]- Anak Perempuan

9:00:00 AM 8 Comments A+ a-



begitu juga isteri.. selamat beramal ^^

Tips Untuk Menganjur Majlis Perkahwinan

8:00:00 PM 18 Comments A+ a-


1. Jangan memikirkan keperluan diri sahaja, sampai kita terlupa keperluan para tetamu majlis. Jangan sampai tiada pengisian atau aktiviti dibuat untuk menceriakan tetamu yang hadir. Jangan setakat bunyi bising dari nyanyian karaoke atau pembesar-pembesar suara yang membingitkan telinga sahaja.


2. Jangan buat persiapan majlis last minute. Tabiat ini boleh memenatkan pengantin ke tahap maksima, sehingga pengantin kekurangan tenaga untuk menghadapi hari bahagia.


3. Pastikan arahan tugasan diberikan dengan sempurna. Ada kalanya pembantu-pembantu buntu untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa tugas mereka yang spesifik.


4. Jangan membiarkan keadaan yang menentukan apa aktiviti atau acara yang harus dibuat seterusnya. Pengantin akan malu tersipu-sipu..Tetamu pula akan terpinga-pinga menanti apa yang bakal berlaku selepas itu.


5. Jangan kerana hendak menjaga maruah keluarga, perbelanjaan yang dikeluarkan melebihi batasan kemampuan diri. Akhirnya, hidup bertambah merana kerana bayar hutang tak habis-habis.



Wall Facebook Bertukar Timeline 10 April?

11:30:00 PM 20 Comments A+ a-


Sebelum ni hanya fan page je automatik akan bertukar jadi timeline pada 30 mac lalu. 
kali ni semua wall facebook akan bertukar jadi timeline mulai 10 April? betul kah? 
ke facebook jijah sorang je yang kena? huhuhu

buat masa ni hanya jijah sorang je boleh nampak timeline di wall jijah
dan rakan fb nampak wall jijah seperti biasa..


klik untuk tumbesaran yang sihat ^^


tetapi............

mulai 10 April secara automatiknya facebook jijah akan bertukar timeline seperti di atas..
maknanya semua orang buka wall fb jijah jadi timeline!
ahhhhhhhhh tak suka! tak suka!!


tak syok la orang nak komen komen nanti.. huuuuuu :(
benda free macam ni lah.. terima la hakikat yang nyata. kuangkuangkuang...


tapi comel gak header timeline kat atas tu kan... kahkahkah lempaaaaangg!!!#@**


Nak Hantar Husband Balik Dah :(

5:00:00 PM 17 Comments A+ a-




malam semalam (sabtu) husband balik PD.. 
sekarang kan husband daku praktikal kat bukit bintang.. even dekat KL pon dia bukan boleh balik sesuka hati...huhuhu

hari ni hari ahad nak hantar dia pulang ke Klang dah....
takpe, even dapat jumpa sekejap pon jadi lah kan...

happy sangat-sangat dia dapat balik. almaklumlah daku kan monthly wifey. hahahaha

jijah tabah! yeyyy yeyy!! huhuhuhu

Yeyy Header Blog Puan Azizah Bertukar Lagi!

8:00:00 PM 22 Comments A+ a-


ting tong.. ada orang baca tak ni. ngeee~~ 



ehem ehem...perasan tak header baru kat atas tu. cun kan...cepat cakap cun kalau tak jijah lempaaaaaaaaanggg!!  ngehngehngeh gurau je eh :p


ya..header sudah bertukar! sangat cantik menarik tertarik memang daboombb design azhafizah.com ni. puas hati sangat sangat selepas fiza makeover. asyik bertukar tukar je kan. sebab fiza designer yang hebaaaakkkk! kalau sebelum ni header nikah macam dalam entry Perubahan blog CikPuan Azizah. 

kini...



♥Cik Azizah♥

header baru jijah. mood bersanding lalu. :))




footer baru! hebaaaakk fiza!


tak di lupa juga signature dan banner jijah juga sudah bertukar gambar!
pehhh serius jijah giler dengan blog jijah ni sekarang.. sebab cantik sangat sangat. 
korang jangan jelesssssss pulak....wuekk :p muntah pinkkk *%&$#@


semuanya hasil designer hebakk tak lain tak bukan azhafizah.com. jom terjaaaaaaaahhh!!
sayaaaaaaaaaaag fiza ketat ketat! muaaaaahh muaaaaaaaaahh ^____^



Istimewanya Wanita Part 9

2:30:00 PM 13 Comments A+ a-





"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita",
Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, 
"Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"
Jawab Nabi SAW.
"Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

Wedding Review: Bunga Pahar

2:30:00 PM 14 Comments A+ a-


Macam dalam entry persiapan bunga pahar jijah dulu [klik untuk baca] jijah teaser bunga pahar yang jijah beli untuk majlis resepsi lalu. bunga pahar ni pilihan my sis. yang penting pink tu! memang ai suka nookk~~




jumaat petang sebelum kenduri doa selamat malam tu kami sekeluarga bertungkus lumus merebus telur dan memasukkan telur dalam kain net kemudian ikat dan di letakkan dalam bekas bunga pahar ni. 



apo nama bondo no eh? panggil bekas bunga pahar je la ek. ngeeee~~


bekas bunga pahar ni di beli dengan harga RM15.90 setiap satu. boleh cucuk 50pcs bunga telur. kira memang  secocok la dengan 1 kotak 50pcs bunga telur. hehe



terserlah kepinkkan bunga pahar ai.. sukanya! ngehngehngeh


sekian review bunga pahar...:))


ada tinggal lagi 2 kot review my wedding..tolong jangan muak! ngehngehngeh


Merajuk? bagaimana nak pujuk?

9:00:00 AM 8 Comments A+ a-





Daku percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada kalian telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang kalian akan lakukan?




Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

  • Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

  • Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari kalian, tetapi kalian tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin kalian membelikan sebuah bear, tetapi kalian tidak mahu, dan kalian ingin beli benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak juga bear comel tu. Payah jugak kan..hihi

  • Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari kalian. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan kalian disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja. :)

  • Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada kalian dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan kalian. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, kalian mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud kalian menunjukkan bahawa kalian menyayangi dia.

  • Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, kalian haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan kalian tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya kalian yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, kalian kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

  • Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba kalian bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power kalian dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang daku sebutkan tadi. ;))

  • Nyanyikan lagu buatnya

Ha…tips ini merupakan bagi daku tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak kalian menyanyikan lagu untuk kekasih kalian? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Daku pernah dendangkan lagu kepada hubby daku. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.


Seperti yang daku katakan tadi, tips-tips ini bukannya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi kalian dalam memujuk pasangan kalian. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan kalian tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.^__^

Wordless Wednesday [14]- Long Distance Married

8:00:00 PM 24 Comments A+ a-




huhuhu nampaknya betul betul sebulan sekali dapat jumpa husband :(

Cek Nuffnang Kedua.. Alhamdulilah

2:30:00 PM 31 Comments A+ a-




Alhamdulilah ini di katakan rezeki. jijah dah selamat terima cek kedua dari nuffnang :)
syukur syukur!

menunggu earning untuk cashout ni bukan sebulan tau jijah dapat. ni memakan berbulan lamanya baru dapat hasil ni. huhuhu




sikit sikit lama lama jadi bukit. Alhamdulilah :)


niat nak simpan dalam ASB untuk kegunaan beli perabot rumah bila ada rumah sendiri kelak. 
semoga Allah permudahkan :))


tq nuffnang :) sudi sudi lah kiranya bagi BE 2012 pula yer. takde lagi ni. huhuhuhu





Wedding Review: Catering & Makan Beradap

2:00:00 PM 20 Comments A+ a-


Katering family jijah gunakan yang sama masa nikah dulu. pemilik katering ni kawan ayah jijah. tukang masak kem askar. makanan untuk tetamu memang sedap. dapat la juga harga kawan-kawan. pakcik ni beroperasi dari rumah je. boleh la ambil sekitar Port Dickson kot. hehe

Tapi sayang... pakcik ni tak leh buat makanan untuk lauk pengantin. katanya tak sempat nak masak lauk pengantin dengan kenduri lagi. sob sob.. T__T so terpaksa upah jiran abg masak... malangnyaaaaaaaaaa.. emm :(  teruskan membaca paling last sekali...

meja beradap boleh muat 10 orang kot masa tu. lupa la pulak. hehe semuanya sedara belah suami. :)


tengok tu... pengantin baca doa makan kuat kuat. hahaha jarang kot ada pengantin buat gitu..hehe :p


 Bismillah..jemput minum semua :)

pengantin pon tak makan banyak cuma hausss je lebih wei.. hehehe 


suap jangan tak suap. muahaha ^^

 turn kita pula kena suap yer :)

berebut makan! hahaha


*******************************


ralat: untuk makanan pengantin jiran abang jijah yang tukang masak. di sini ada kecacatan sedikit dimana makanan pengantin lambat sampai. masa tu nak berarak dalam pukul 1pm tapi makanan tak sampai sampai juga. boleh pula tukang masak ni pergi seremban ambil anak dia. padahal majlis jijah tengahari tu. korang bayangkan lah. -_-" then di sebabkan kelewatan, lauknya tak memenuhi kesedapan.. dengan udang panjat tak de. telur burung puyuh pun takde. buah buahan pun lagi lah takde..huhuhu habis je majlis kenduri, jijah makan balik makanan pengantin tu memang buang saja. tak sedap langsung! huhuhu sedap lagi pihak katering jijah buat. huhuhu rugi rugii. sadisssss betol. melayang RM700 buang gitu je. huhuhu :(


moral: pastikan anda sebenar2 tahu menu yang di sediakan untuk makan beradap anda. tukang masak harus ikut tepati masa. pastikan sebelum bersanding semuanya dah settle. huhuhuhu


terkilan sungguh**