8:00:00 AM
Sijil Nikah Dah Siap!
8:00:00 AMAssalamualaikum.. Alhamdulilah 2 sijil nikah untuk jijah & asben dah siap :) tepat sebulan bernikah siap juga sijil nikah ...
Assalamualaikum..
Alhamdulilah 2 sijil nikah untuk jijah & asben dah siap :)
tepat sebulan bernikah siap juga sijil nikah ni.
ada 2 keping sijil nikah ni. satu untuk asben dan satu lagi untuk jijah pegang..weee~~
jika sebelum ni asyik bawak sijil sementara je kemana-mana
pasni senang la kami nak check in mane-mane hotel bawak yang ori. hehe
lebih senang kalau dapat kad nikah sekali. masuk dompet jer. wuwuwuw T_T
oh ya di negeri sembilan sijil nikah akan siap sebulan selepas bernikah dan kad nikah siap 3 bulan dari tarikh nikah.
kad perakuan nikah tu berharga RM30 untuk 2 kad suami dan isteri manakala 2 sijil nikah ni berharga RM10. semua ni dah settle bayar masa sebelum nikah dulu ^_-
dalam sijil siap tulis amaun mas kahwin,wang hantaran serta hadiah atau pemberian lain[cincin & lain2] dan belakang sijil nya tertulis perakuan ta'aliq :)
Alhamdulilah lega benda penting ni dah terima. kena simpan baik baik ni. InsyaAllah :)














