Monday, February 28, 2011

Sikap Positif Perlu untuk Kita


Assalamualaikum kalian :)

Sikap POsitif penting Untuk kita!


Bagaimana nak dapat sikap positif ini??

1) Hormati sesiapa saja..kagum lah pencapaian orang-orang yang kalian kenali dan yang kalian baca melalui buku,majalah mahupon internet!

2) Jangan pandang orang lain berdasarkan jawatan,kerja,pangkat, wang atau harta! Hormati sesiapa saja.. Ini menjadikan kita sentiasa bermotivasi..

3) Kebencian orang pada kita akan menjadi DOA iaitu doa untuk menjatuhkan kita.. Buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali!

4) Doakan orang lain supaya berjaya.. Bukan menjatuhkannya. Apa yang kita lakukan pada orang lain, itu jugalah balasan pada diri kita kemudian hari..

5) Bantu orang lain untuk berjaya,pandanglah dia sebagai orang yang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali kita tidur, setiap kali kita bangun! Insyallah kita akan beroleh kejayaan.


Akhir kata pilih Emosi Positif bukan Negatif seperti dalam ENTRY ini :)



Dah lama tak sarapan Nasi lemak


Assalamualaikum kalian :D

selamat pagi hari yang indah..

daku baru balik keje, malam kedua syif malam tadi..
owah terasa laparnya keje malam!
dah lama daku tak makan nasi lemak pagi-pagi..
rasanya ada lah berbulan-bulan lamanya..
lama kan...
yelah! daku ni susah sangat nak bangun pagi wey!
Ya Allah berat tul mata ni nak bangun pagi hari-hari..
melainkan daku keje pagi jer terpaksa gagahkan diri untuk bangun!
hohoho [anak dara pemalas tul daku ni...teheeee]

lau bangun pon jarang la nak makan pagi
sebab pas makan jer sakit perut!
biasalah usus daku memang terlalu lawas pun...ngeeeee :P

dah-dah...
daku lapar! jom kita sarapan nasi lemak sama-sama



lepas makan daku nak ZzZzzzZzz...
cover balik tak tido malam tadi!
dan untuk malam nanti...

ok tadaaaa....

ZzzzzZzzZzz

:P

p/s : nantikan entry bila daku bangun karang...hehehe

Sunday, February 27, 2011

Kau di paksa Aku terpaksa





Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut




nak duit?? klik heartbeat bawah ni..

kita sebenarnya....

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???



WALLAHHUALLAM

DIAM itu Lebih Baik


shuuuutt!!


DIAM?? ada rahsia di sebalik nya

LEBIH BAIK DIAM dan LOW PROFILE

Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Kata-kata hikmah berpesan :

"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara."


Hikmah DIAM ini merupakan

  • Ibadah tanpa bersusah payah
  • Perhiasan tanpa berhias
  • Kehebatan tanpa kerajaan
  • Benteng tanpa pagar
  • Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
  • Menutup segala aib.

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI )

Akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.

~Selamat Beramal~

Saturday, February 26, 2011

Setahun Bersama Cik Azizah


Assalamualaikum kalian :D

Lilypie First Birthday tickers


hari ni dah 26 feb kan..maknanya harini jugak lah birthday blog Cik Azizah!! wah........daku dah genap setahun bergelar blogger! cayalah! hahaha baru setahun kan...masih muda lagik! hehehe so, silalah ucapkan SELAMAT HARI JADI untuk blog daku! yehaaaaa!! eh ko jijah kecoh sangat pulak! orang lain dah lama bergelar blogger tak kecoh pon..hehehe apa den kesah tu orang len! ngeee..silalah jangan jeles ok! hohoho

owah! menjadi blogger dalam masa setahun ni..pelbagai benda daku dah pelajari...kat blog ni jugak lah tempat daku meluahkan segala luahan hati dan dedikasi sepanjang diri berkecimpung dalam dunia blog! di sinilah asam garam daku,cerita sedih,marah tawa suka duka semuanya tersimpan dalam blog ni.. bagaimana daku berperang dengan perasaan sedih,stress semuanya daku luahkan dalam blog ni! dan masih ingat lagi jugak cerita gembira daku bersama my hubby berjalan-jalan tetapi kemudian sedih ditinggalkan si jejaka yang jauh di mata..semuanya terlukis dan tercatat dalam blog Cik Azizah ni! Blog ni memang diibaratkan sahabat sejati daku!! tak terluah dengan perkataan bahawa i love u my blog!!

tak lupa jugak bersama kawan-kawan follower "Disebalik tadbir" yang banyak memberi dorongan dan semangat untuk daku berblogging! tak putus-putus ucapan dari kalian semua! sangat-sangat terharu,ada jugak kalian sudi membaca cerita tak seberapa dari blog cik azizah ni!
kalian lah banyak membantu! Terima Kasih Semua!! :)

dan dalam setahun daku menulis dalam blog cik azizah ni..dah 344 entry yang daku tulis..walaupon daku tahu daku bukan selalu mengupdatekan entry!! dalam 1 hari ada lah dalam 2 entry sahaja! bermacam-macam kesah ada...dari dalam diri,kehidupan.tips-tips,petua,kesihatan semuanya dilakarkan dalam blog ini...

dalam setahun ni jugak! adalah beberapa contest,segmen,giveaway yang daku join! tak lupa juga award yang daku terima! sungguh terharu mengenali insan follower seperti kalian...kalian..dan kalian semua!! TERIMA KASIH sekali lagi!

pada sesiapa yang dah follow daku tapi daku tak follow kalian balik..sila tinggalkan jejak kalian! sebab daku tak dapat nak cari balik sebab tak de link! agak susah daku nak detect kalian semua!
dan daku juga ada sediakan bloglist "Suka layan ini blog" dan calon-calon yang tersenarai dalam bloglist tu adalah pada mereka yang banyak memberikan komen,semangat,ucapan dalam blog ni! mereka inilah yang banyak berjasa! [daku dapat cam muka yang sama je bagi komen membina dan seterusnya letakkan link dorang tu dalam bloglist daku]...

berbanyak template daku gunakan akhirnya template pink simple dari blogger juga jadi pilihan! selain ringan dan tak memberatkan loading blog!



header yang asalnya sangat tak cantik kemudian daku membuka contest untuk header cik azizah dan Alhamdulilah sambutan amat mengalakkan! semua header itu masih tersimpan kemas dalam folder daku dan jika ade kesempatan daku akan menggunakan kesemua header tersebut! banyak masa lagi untuk terus berblogging kan.. dan kini header yang daku gunakan ialah header dari sahabat DSB iaitu Myung dae




dan ini header free Mas Ahmad Safwan buatkan tadi untuk daku!
tapi daku belum menggunakan lagi header ni..


daku sudah terlalu banyak mengarut dalam entry ini! penat dah menaip ha..dan kalian mesti boring kan..ape lah cik jijah ni mencarut! hahaaha so, nanti kalian baca lagi entry terbaru dari daku..nantikan kemunculannya! Terima kasih banyak2 sebab sudi memenatkan tangan kalian tu mengskrollkan entry daku yang panjang lebar ni! wakakaka :P

akhir kata..teruslah mengikuti kisah-kisah dalam blog cik azizah ni k! jasa baik kalian amat lah menhargai!

p/s: berblogging memang best! daripada layan facebooking! hahaha keep in touch semua!! :)


Happy Birthday Cik Azizah's Blog


Assalamualaikum kalian :)

Sape yang tak kenal lagi dengan Cik Azizah ni
Meh lah kenal-kenal ok..


Nama diberi : Nur Azizah Binti Yahaya

Nama Panggilan : Azizah,jijah,uda

Lahir di : Hospital Kuching Sarawak

Tarikh dilahirkan : 24 May 1988

Tempat tinggal sekarang : Port Dickson N9

Pendidikan : Sekolah Panglima Adnan Port Dickson
Sekolah Tinggi Port Dickson
Politeknik Port Dickson( 1tahun)
Kolej Universiti Mahsa(3tahun)

Kerjaya : Jururawat U29


Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Port Dickson
Sekolah Tinggi Port Dickson
Sekolah Teknik Slim River Perak
Politeknik Port Dickson

Kerjaya : Tentera Laut

Percintaan :

Kami dah bercintan cintun selama 9 tahun pada tahun 2011 ini

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

lama dah kan...
camner leh bercinta?
baca entry INI,kenakalan kami INI, dan inilah cinta monyet kami.
Alhamdulilah :D

sebelum 10tahun/1 abad bersama tahun 2012..
Doakan kami cepat-cepat bersama untuk mendirikan masjid ya..
Insyallah :D

Tentang Blog :

Harini,
Cik Azizah's Blog dah 1 tahun pon

Lilypie First Birthday tickers

1st entry yang paling kekok sekali..huhuhu

Alhamdulilah dah 1 tahun mempunyai 584 follower..
hahaha
1 tahun baru sikit tu jer follower..
orang lain sebulan jer dah beriban!
blog daku tak sehebat blogger-blogger lain diluar sana
daku tak meraih sebarang publisiti pun
mahupon mengejar trafik beriban-riban!
cuma,
sekadar mengisi masa terluang dengan menulis catatan dalam blog ini!


Sekian Terima Kasih :D




Friday, February 25, 2011

Jururawat sesuai uniform putih o warna lain?


Assalamualaikum kalian :)

kalian semua sedia maklum kan baju uniform nurse mesti kaler putih..
adakah kalian rasa warna putih tu memang melambangkan ciri-ciri seorang nurse berbanding warna lain?
mesti orang diluar sana pun dah sedia maklum
apabila warna putih jer orang dah tahu itu mesti nurse..
tak lari dari uniform putihnya..
sebab itulah jururawat kemas dengan uniform putihnya

hospital daku membuka request
jika kami
para nurse ingin menukar kaler uniform!
dan semestinya daku nak pilih kaler pe yer kalian??
kaler pe yang daku suke??

pandai!
mestilah daku nak kaler pink!
i like!


kalau boleh nak kaler pink la pulak
sweet kan kan...
tak la nampak misi sangat!
ni tak budak2 nampak kaler putih jer dah nangis...hehee



tapi putih pon ok gak..
sebab kaler putih dengan nurse sedia dari dulu lagi tak pernah lari..
ia mempengaruhi penampilan agar nampak lebih kemas
itulah lambang sebagai seorang nurse!

ape pon ni lah omelan sang jururawat
biarlah warna ape sekali pon
janji tugasan seorang nurse tetap sama
membantu pada mereka yang memerlukan!

begitulah slogan

"KAMI SEDIA MEMBANTU"

Thursday, February 24, 2011

berehat sebentar asigment lum siap!


Pengaruh Diari Sahabat Blogger membako bako!
tu lah pengaruh citer hantu kak limah terlebih sangat!
dah tu,
sibuk-sibuk melayan adik2 di group Diari Sahabat Blogger ni
terlupa pulak daku ada asigment yang harus dibuat.
asigment ni perlu dibuat menggunakan power point!
sebab ini untuk presentation!

out jap!

nak buat power point tajuk
dia punya teori dah buat dah dan da siap dipostkan dalam blog ni pun
cuma nak buat power point dan print je lom buat lagi!
hehehe

tunggu sat na...
berehat sebentar bersama kek secret recipe tu..

jap g nak sambung membako kat DSB :D


Offday~Gaji~Secret Recipe


Assalamualaikum kalian :)


harini misi azizah offday!
tahu-tahu je harini gaji kan...
saje je nak kasi cuti untuk daku shopping..hohoho

owah,
shopping la sangat..xde maknanya lah!
nak shopping?
daku bukannya kaki fesyen pon..
window shopping lagi la tak yunk oi!
nak beli baju??
kerja daku asyik memerlukan uniform putih bersih jer..
bila masa lah daku nak berfesyen2 ni kan..
dah kurang dah bajet shopping..ngeee

cuma tadi daku teringin sangat nak makan kek!
kat ATM nampak pulak orang bawak kek SECRET RECIPE
mahu tak terliur daku ni!
jadi
daku pon pergilah beli kek SECRET RECIPE tu
teringin wooo...
rasanya dah 3 tahun daku tak makan kek secret tu!huhuhu

ah! beli yang kecik sudah!
tu pon dah memcecah rm6.++

chocolate fudge




blackforest cheese

walaupon harga nya agak mahal!
janji lepas hajat nak makan jadilah..hohoho
sekali sekala pon
bukan selalu...huhuhu
sebab dah teringin sangat..
kihkihkihkih...

abis daku kena bako dengan geng DIARI SAHABAT BLOGGER kang
sebab makan tak ajak dorang...
wuahahahaaha :)

jangan marah der :P


Tuesday, February 22, 2011

Stomatitis! Ulser Mulut! Aduh pedihnya...


Assalamualaikum kalian :)


Kalian pernah mengalami ulser mulut tak? atau dengan nama dalam medical STOMATITIS.
Ulser ini merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya tu.. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza kadang-kadang dari kecil ia akan merebak menjadi besar dan menyakitkan! Daku kadang-kadang mengalami ulser mulut ni sebulan sekali dan amat lah memedihkan!

Punca sebenar ulser mulut ni tidak dapat diketahui tapi ia sering di kaitkan dengan
  • stress
  • perubahan hormon
  • mungkin ada jangkitan
  • kekurangan zat makanan
  • alahan sesuatu makanan
  • alahan dengan bahan kumuran
  • tergigit mulut
  • kurang pengambilan air
  • kurang pengambilan buahan dan sayuran
  • trauma mekanikal iaitu kisses
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
  • rasa terbakar dalam mulut
  • kesakitan/kepedihan
  • ketidakselesaan yang berpanjangan
  • hilang selera makan
  • demam
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi biasanya mengambil masa 10 hari untuk sembuh sepenuhnya. Jika ulser kalian masih berlarutan melebihi dua minggu. Amat penting kalian melakukan pemeriksaan untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.


Rawatan/Petua untuk menghilangkan rasa sakit
  1. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik
  2. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  3. Makan makanan yang lembut
  4. Kurangkan makanan pedas dan berempah
  5. Minum air secukupnya (1.5-2liter)
  6. Ambil buah-buahan/sayuran yang secukupnya
  7. Ubat bonjela yang dijual di pharmacy
p/s : selain itu berkumur dengan air garam..kalian berani tak?? pedih yang amat tu...tapi Insyallah pulih dengan cepatnya.. Biasa daku tak guna segala rawatan cuma daku perbanyakan minum air dan makan sayuran atau buahan jer.. sebab daku memang jarang makan sayur atau buah pun [hehehehe]

~Selamat Mencuba~

Monday, February 21, 2011

Ini Petuanya Menangani PUTUS CINTA!






PUTUS CINTA! amatlah memeritkan...Jom tangani masalah PUTUS CINTA!


1.Jangan Hubungi Pasangan kalian

Jangan call, sms, e-mail atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan kalian. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan kalian tu

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan kalian, akhirnya kalian memilih untuk menghubungi rakan pasangan kalian dan meluah masalah kalian dan pasangan. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Kalian Hanya kepada Teman Rapat Kalian Sahaja

Masalah cinta kalian perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami kalian. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah kalian. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta kalian tu.

4.Jangan Biarkan Diri Kalian Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri kalian berseorangan. Mungkin kalian perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya kalian sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, kalian perlukan pasangan kalian. Apabila kalian letakkan diri kalian keseorangan, kalian akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Kalian Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan

Kalian perlu sedar bahawa kalian sedang bersedih. Jika kalian terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat kalian lakukan. Oleh itu, kalian perlu hadiahkan diri kalian sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat kalian. Ia mungkin boleh membantu kalian meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri kalian sebagai hadiah, kerana kalian mampu mengharungi perpisahan ini.



SELAMAT MENCUBA KALIAN :)





Kembali ke tempat asalku


Assalamualaikum kalian :)

Alhamdulilah harini daku kembali bertugas di wad daku!
sebelum ni daku diarahkan untuk mengantikan
staf di wad lain yang cuti bersalin
selama 2 bulan..

pelbagai pengalaman,
pahit manis,
suka duka,
dugaan..
2 bulan sudah ditempuh!
walaupon tak lah sebusy hospital besar!
tapi tu cukup dah memberi pengalaman yang luar biasa!
wah..wah..wah! huhuhu

ok daaaa....
harini masuk syif petang!
semoga berjalan dengan lancar..
Amin~

kalian yang juga nak pergi bertugas
marilah amalkan Zikir Keluar Rumah ni!
Insyallah dijauhkan dari bala..



Sunday, February 20, 2011

DIARI SAHABAT BLOGGER! Jom Join di FB sekarang :)


hai kalian :)

masih tak tidur lagi kan??
opsssss!! nanti dulu!


Jom JOIN group DIARI SAHABAT BLOGGER kat FB ni..

Sape Adminnya??
mestilah tuan yang buat header jijah ni!

Jijah masuk header percuma myungdae dalam ENTRY ni
dan
header free dah siap dalam ENTRY ni..

Jadi sekarang jom sama-sama join jijah
SOKONG
dengan group yang myung tubuhkan


KELEBIHANNYA??
  • mengumpulkan lagi ramai para blogger
  • mestilah boleh update blog n entry terkini kat situ kan
  • boleh jugak cari follower baru kt sini...hehehe
  • boleh kongsi contest terbaru yang blogger lain join..
  • sama jugak macam Kami Si Blogger,Sahabat Blogger,Komuniti Gila Blog
jom lah yang mana ade Facebook tuh..[teheeee]

klik bawah ni


lagi ramai lagi bagus memeriahkan dunia blog kita!

hei..hei..jangan lupa tau!

jijah tunggu kalian ni~~
ngeeeeeeee...:P

Pisang dan Khasiatnya



Assalamualaikum kalian :)

Kalian kenal pisang?? 



tipu lah kalau kata tak kenal kan.. wah....sudah lama rasanya tak makan pisang..huhuhu tapi sedarkah kalian yang pisang dapat memberikan tenaga kepada kita dengan kadar segera dan berterusan.. Makan 2 biji pisang sudah mencukupi untuk memberi tenaga untuk senaman selama 90 minit. Malah pisang juga amatlah sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit dalam pemakanan seharian kita.

Jadi,
mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut,

" Sebiji pisang sehari pun sudah dapat menjauhkan doktor!''




Khasiat pisang :

Tekanan:
Merujuk kepada kajian terbaru yang dijalankan terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood kalian.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia[kurang darah]

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula kalian tu.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika kalian menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba kalian sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini tau

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf kalian.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Cirit Birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai untuk merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.


Kegunaan pisang :
Daun pisang contohnya paling biasa digunakan sebagai alas makanan kerana ia menhasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. 

Selain itu daun pisang juga boleh digunakan sebagai pelindung hujan,pembalut kuih dan pembalut masakan seperti ikan bakar,kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. kerana batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan guni.

Buah pisang pulak boleh dimakan begitu saja atau dimakan semasa muda untuk dimasak sebagai lauk,digoreng,dibuat sira,dibuat pengat pisang mahupun dijadikan kerepek.

Selain buah pisang,batang pisang,jantung pisang juga noleh dibuat ulam selepas dicelur.


P/s : kesimpulannya,pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet dihutan selalu sihat dan bahagia setiap masa! Kalian pon harus begitu! Cubalah! Menakjubkan! hahaha








Friday, February 18, 2011

Khas untuk Perwiraku


Khas untuk Perwiraku




daku tetap tabik pada mereka yang bergelar TENTERA!

gara-gara mempertahankan NEGARA!

khas untuk semua isteri,awek,,tunang yang abangnya diperbatasan,
agar kalian sedar kita adalah isteri,awek,tunang kepada seorang tentera!

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku..




Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja
Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Semoga tabah hati

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Untuk ibu pertiwi

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku



Thursday, February 17, 2011

Buruk Baik Kahwin Muda


Assalamualaikum kalian :)

Azizah dan Zul sudah memadu cinta sejak di bangku sekolah lagi. Mereka memang saling mengenali dan apabila masing-masing dapat melanjutkan pelajaran. Mereka berikrar pulak mahu berkahwin apabila tamat belajar. Perasaan cinta yang kuat ni membuatkan mereka mahu berkahwin segera!
Tapi masalahnya pada ketika itu mereka masih muda 20tahun,masih ditanggung perbelanjaan oleh keluarga. Jadi sekarang keluarga mahu mengiyakan atau terus menghalang??

Hahaha cerita di atas menggunakan nama daku adalah rekaan semata-mata! kalian percaya ker...[hehehehe]

ok disini daku nak kongsikan baik buruknya kahwin muda! bukan daku tak ingin nak kahwin muda..tips dalam entri ini pon daku dah terangkan tips nak kahwin awal tu.

Tetapi bagaimana nak mengatasi situasi yang telah di hadapi oleh Azizah dan Zul tu..[heeeee]


1- KEMATANGAN

usia sering dikaitkan dengan kematangan hidup. Betullah kata pepatah "siapa dulu makan garam" yang merujuk pengalaman orang tua kan. Samalah seperti perkahwinan yang mana ia bukan sekadar 1 percubaan dalam hidup. Apabila kalian sudah melangkah kedalamnya kalian harus menempuh segala-galanya,pahit manis,sukaduka mahupun rintangan yang ada. Orang muda biasanya dikaitkan dengan sifat terburu-buru mengikut darah muda apabila tengah marah. Jadi di sini kematangan perlu ada sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

2- KEKOK DAN KAKU

Usia 20tahun adalah usia sangat muda. Sudah tentu ia berbeza dengan orang berusia 25tahun terutama dari segi pemikiran,gaya hidup dan kematangan. Pada usia muda ini sudah tentu kalian rasa kekok untuk melaksanakan tanggungjawab. Anda tentunya langsung tidak bersedia untuk bangun tengah malam untuk membuat susu atau tukar lampin tatkala rakan seusia yang lain sedang enak diulit mimpi indah. Setuju dengan daku tak kalian??

3- KEHIDUPAN SEHARIAN

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa,lelaki dan wanita. Apabila kalian memasuki fasa perkahwinan kalian perlu memahami keperluan dan kehendak. Disini kehidupan seharian kalian mula berubah. Kalian akan lebih mengutamakan keperluan seperti kalia membeli susu bayi berbanding mendahulukan kasut atau baju disukai. [Setuju tak?] Kalau kalian sudah bersedia untuk mengubah segalanya kalian boleh memikirkan baik buruknya berkahwin pada usia muda ini.

4- SOAL WANG RINGGIT

Ini lah paling penting sekali. Justeru kalian sudah memasuki fasa perkahwinan,kalian perlu mempunyai kewangan yang kukuh. Bila berkahwin pada waktu tengah belajar sampai bila kalian harus meminta pada keluarga. Sekurang-kurangnya kalian perlu berdikari untuk memiliki wang sendiri dan mengumpul harta sendiri. Disini banyak kes-kes penceraian yang dilaporkan di mahkamah akibat kewangan. Biasalah orang muda masih memikirkan keseronokan dan tidak sempat menyimpan duit sendiri. Justeru itu inilah nilai yang harus kalian bayar samaada mahu berkahwin muda mahupun belajar dahulu.

5- PERUBAHAN POSITIF

Ya! Tidak dinafikan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Apabila kalian memilih untuk berkahwin, kalian sudah mengikut sunnah Rasullulah SAW. Kalian juga memilih untuk tidak terjerumus ke lembah maksiat.



Kesimpulannya :

Jika kalian mahu berkahwin muda atau sudah matang bukan itu ukurannya! yang penting kalian sudah bersedia menghadapi pahit manis,suka duka dalam kehidupan. Bagi yang hendak merealisasikan impian ini,kalian boleh menempuhnya. Cuma buruk atau baik terpulang kepada kalian tentang institusi pekahwinan ni.. kalian yang akan menghadapinya dan cuba untuk membentuk atau membina sebuah rumahtangga yang selamat dan harmoni! dan buktikan yang berkahwin muda bukan penghalang segalanya..


Selamat Beramal...Rujuk ENTRY ini jugak :D

p/s: dulu terasa nak kawin muda tapi sikalang sudah pikir tanggungjawab yang akan dipikul..that y lah tak kawin lagik..huhuhuhu alamak umur dah 20++ ni!



Wednesday, February 16, 2011

Header Percuma dari Myung Dae dah siap!



hai..hai kalian :D

dalam entry ini jijah ade join contest yang di buat
oleh Myungdae
Header Percuma tu!

tapi yang bertuah cuma 10 orang terawal jer..

tapi sekarang header itu telah siap di buat oleh
pada hari ni!
dan telah dipostkan dalam blognya!

wah..wah...excited nak tengok hasil ciptaan dari Myungdae!
walaupon free...
tetap beliau buat cantik gitu!




ni buat daku sayang lebih kat blog Myungdae ni!
[opssssssss sayang blog ya]
hahaahah


ada lagi 9 orang Myungdae dah siapkan..
semua cantik2 sangat
so pergi lah terjah!
lau berminat Myung pon leh buatkan..
PM jer beliau ok...

dan sekarang jijah gunakan header myungdae untuk blog Cik Nur Azizah ni!

~Terima Kasih Myungdae~



Tuesday, February 15, 2011

Monday, February 14, 2011

Mesej dari Mark Zuckerberg[Pengasas Facebook]


Assalamualaikum kalian :)



daku dapat mesej ini kat Facebook...
daku tak pasti benda ni betul atau tidak
tapi mesej ini di sampai-sampaikan..
daku pon terus send ke 15 orang rakan daku..

kalau kalian nak jugak
hantar kepada kawan kalian..
kalian copy dan paste kat bawah ni...
ok...



Sorry that I had to send this message. Since
Facebook has recently become very popular,
has become the many complaints that
Facebook has become unacceptably slow. The
report shows that the reason is that Facebook
has a number of non-active members and,
secondly, many new Facebook members. We
want to send this message to see whether
you're active members or not. If you're
aktiviinen, can you send this message to at
least 15 users. Use the "Copy - Cut and Paste"
to show that you are still active. Those who
do not send this message within 2 weeks in,
will be removed in order to get more space.
Send this message to your friends to show
me that you are still active, and do not want to
be removed.
Facebook founder
Mark Zuckerberg

Maaf saya terpaksa menghantar mesej ini.
oleh kerana facebook menjadi sangat popular
kebelakangan ini, banyak aduan bahawa
facebook menjadi lembab (lambat). Laporan
menunjukkan bahawa penyebabnya ialah
terdapat beberapa ahli tidak aktif dan yang
kedua, banyak ahli baru. kami menghantar
mesej ini untuk mengenalpasti sama ada anda
adalah ahli aktif atau tidak. jika anda aktif, boleh
anda hantar mesej ini kepada sekurang-kurang
15 pengguna. guna 'copy/cut and paste' untuk
menunjukkan bahawa anda masih aktif.
sesiapa yang tidak menghantar mesej ini
dalam masa 2 minggu akan disingkirkan untuk
mendapatkan lebih ruang. Hantar mesej ini
kepada rakan anda untuk menunjukkan
bahawa anda masih aktif dan tidak mahu disingkirkan.
Pengasas Facebook
Mark Zuckerberg



dan
jangan malu-malu nak add daku kat Facebook k..
see u there :D




opssssss lupa!

like page ni jugak tau!




TenQ so much dear :D

Sunday, February 13, 2011

Tak Main lah Hari Kekasih wei!




14 Februari??

Ermm...hari yang sibuk di ingati oleh para couple seluruh dunia! hari yang memperingati kekasih,hari berkasih sayang...macam tu ke??
Ah....Kenape nak sambut hari kekasih ni??

Setiap hari boleh berkasih sayang ape..Bukan takat hendak bagi coklat,bunga,kad atau tempah hotel [oppppsssssss!!] boleh bawak ke pelamin! Sebab tu lah banyak sangat baby buang kat tong sampah!

Daku pon bukannya baik sangat! Tapi kalian semua tahu kan amalan menyambut valentine ni takde pon dalam Islam ni! Kalian pikirlah sendiri! Hari Kekasih Bertopengkan Kasih Sayang jer..

Sebab ape...sebabnya ini merupakan perayaan keagamaan kristian! Umat Islam DIHARAMKAN meraikan /meniru perayaan AGAMA LAIN selain ISLAM!

Selain itu ini merupakan agenda orang kafir yang memusuhi Islam! yang mahu kita hanyut mengikuti jejak sumbang mereka dan Islam melarang umatnya terlibat dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya.

Islam tidak mengiktiraf langsung hari kasih sayang! sebabnya kasih sayang dalam Islam bersifat universal tidak di batasi waktu pun!

ok! kalian baca lah fakta-fakta di bawah ni.. Lu pikirlah sendiri :)







selamat beramal :)