8:30:00 AM
The Expendables 2
8:30:00 AMFilem The Expendables 2 (TE2) memang best! filem yang menggabungkan kembali pelakon-pelakon otai Hollywood. Sinopsis: Ceri...
Filem The Expendables 2 (TE2) memang best! filem yang menggabungkan kembali pelakon-pelakon otai Hollywood.
Sinopsis:
Cerita dimulakan dengan Trech (Arnold Schwarzenegger) dipukul dan diseksa hidup2 oleh sekumpulan org jahat. Team TE2 yg diketuai oleh Barney Ross (Sylvester Stallone) ni dlm misi nak selamatkan taikun bisnes berbangsa Cina. Selepas berhempas-pulas melawan org jahat tu, akhirnya team TE2 berjaya selamatkan Trench. Trench sebenarnya nak selamatkan taikun bisnes tu tapi dia yg kena tangkap dan di seksa. Team TE2 menang dan bawa keluar taikun bisnes tu dari tempat tu dengan menaiki kapal terbang. Yin Yang (Jet Li) pula escorts taikun bisnes tu ke China dan berpisah dgn team TE2 dengan payung terjun.
Mr. Church (Bruce Willis), seorang ejen CIA meminta Ross utk lakukan satu misi tergempar. Misi tu ialah utk mengeluarkan satu peti keselamatan dari sebuah pesawat yg terhempas berkaitan dengan penyembunyian bom di sebuah lombong di Rusia. Dlm masa yg sama, Church minta supaya seorang pakar teknikal, Maggie (Yu Nan) utk join team TE2 Church bagi warning awal2 supaya Ross jaga Maggie baik2 atau Ross dan kawan2nya tak akan selamat. Ross pun tak ada pilihan dan ikut je arahan Church ni. Team TE2 pun pergi ke pesawat yg terhempas tu dan dgn bantuan Maggie, peti keselamatan tu pun berjaya dikeluarkan. Tetapi team TE2 ditahan oleh satu team lain yg diketuai oleh Jean Vilain (Jean-Claude Van Damme).
Aksi-aksi dalam filem ni memang hebat, ada yang kelakar dan juga sedih. Aksi yang di tonjolkan banyak yg old school macam cerita Rambo dulu dulu. Tapi tahap keganasan ni memang menakutkan.
Dan pastinya di akhir cerita, kemunculan dua legend dunia aksi Hollywood yg ditunggu-tunggu selama ini iaitu Bruce Willis dan Arnold Schwarzenegger. Filem ni memang terbaik. bukan serius sangat tetapi banyak kelakar.
Daku bagi 4.5/5 bintang untuk filem ni! best!
sumber: