Saturday, November 29, 2014

Tempat Menarik Di Sabah


Dua tahun tinggal Sabah. belum habis ronda-ronda satu Sabah lagi. encik suami terlebih dahulu pindah semenanjung. nampaknya memang tak dapat la nak jalan-jalan satu Sabah lagi. huhuhu  mana tahu datang sabah lagi bila bercuti nanti kan... inshaaAllah Amin..

Memandangkan sekarang cuti-cuti sekolah.. apa kata melancong kat bumi borneo ni..

Antara tempat menarik di Sabah ialah:

Rumah Terbalik (Upside Down House) 

Bila sudah masuk Tamparuli dan memasuki Tuaran, Jangan lupa singgah salah satu rumah yang dibina secara terbalik yang telah menjadi salah satu tarikan pelancongan untuk datang ke Tamparuli, Sabah.



Pekan Nabalu 

Terasa kesejukan apabila melalui kawasan yang lebih tinggi dari awan. Sepanjang perjalanan menaiki bukit disajikan pula pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Pekan Kundasang dan Ranau mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan.

Sebelum sampai kundasang jangan lupa singgah Gerai Pekan Nabalu. banyak cenderamata, kraftangan, baju2-baju ada di jual di sini.. murah2 tau!




Kundasang, Gunung Kinabalu 

Terletak di Daerah Ranau, Kota Kinabalu Sabah. Di sini lah boleh lihat gunung kinabalu yang tersergam indah!





Kinabalu Park 


Kinabalu Park terletak di kawasan kaki bukit Gunung Kinabalu, sekiranya korang berkunjung ke sini korang dapat melihat puncak Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Kawasan di sini sangat sejuk dan berkabus. kat sini juga tempat orang nak mendaki Gunung Kinabalu




Kundasang War Memorial 

Terletak di Kundasang, lebih kurang 90 km atau 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Taman Kinabalu. Ini tempat peringatan kepada askar-askar British yang terkorban masa perang dulu kala




Desa Diary Farm

Salah satu tempat pemandangan yang cantik di Kundasang. Desa Dairy Farm tengok lembu hitam-putih seperti di New Zealand.. juga di kenali sebagai Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd. boleh beli air kotak susu lembu fresh dan merasa aiskrim susu lembu.. sedappp!





Poring Hot Spring 

Merupakan kawasan rekreasi yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dengan kolam mata air panasnya. Dalam ni juga ada tempat menarik seperti jambatan gantung,Gua Kelawar, Taman Kupu-kupu tetapi nak masuk setiap satunya kena bayar. huhuhu 





Lok Kawi Wildlife Park

Terletak di Putatan Sabah, perjalanan 30 minit dari Kota Kinabalu untuk sampai ke sini. Terdapat pelbagai haiwan unik yang boleh korang lihat seperti Kuda Padi, Orang Hutan, Harimau dan Selembu (kacukan seladang dan lembu). 




Muzium Sabah

Belajar sejarah lama-lama. selain tu terdapat kampung warisan di mana terdapat banyak rumah-rumah suku kaum di sabah ni





Jesselton Point 

Merupakan jeti di Kota Kinabalu, Sabah. Terletak tidak jauh dari Suria Sabah. Bot-bot disediakan untuk ke lima pulau berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Pulau Sapi paling sesuai untuk snorkeling dan Pulau Manukan pulau yang paling cantik antara semua.



Signal Hill/ Bukit Bendera

Ni kira check point bagi orang di KK.. nak tengok permandangan bandar kota kinabalu dari atas bukit..



Pasar Malam Kampung Air

kat sini la daku suka beli mutiara,brooch,rantai,gelang banyak-banyak borong dengan harga murah!



Pasar Filipin

Pasti ramai pernah dengar nama ni kan.. haa.. ini lah tempat shooping untuk beli perbagai cenderahati untuk di bawa balik semenanjung. Ada dua pasar, satu pasar basah dan satu pasar kering yang jual cenderahati,mutiara dan baju-baju. di sebelah pasar pilipin ni pula ada bazar/pasar yang jual makanan fresh seafood macam lobster, udang galah dll..



Actually banyak lagi.. tapi belum berpeluang nak round 1 Sabah lagi.. dari honeymoon,pregnant, dan hakimi 3 bulan tak jemu-jemu pergi sini.. inshaaAllah harap berkesempatan bercuti di sini lagi nanti sebelum pindah semenanjung. InshaaAllah...

apa-apa pun Sabah best!!



Friday, November 28, 2014

Thursday, November 27, 2014

Menang Giveaway Mamaniza HERB-LAX Shaklee Dari Ibuhana


Alhamdulillah menang giveaway yang di anjurkan oleh mamaniza.com
hadiah Herb-Lax Shaklee di sponsor oleh ibuhana.com



Herb-Lax ni untuk 
  • memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit
  • memudahkan fungsi usus
  • menghilangkan jeragat
  • mengurangkan bau badan


Jadi jika anda ada masalah sembelit tak lawas tu boleh sangat-sangat makan Herb-Lax ni.. 

Terima kasih mamaniza dan ibuhana :)



Home Progress: Prosedur Membeli Rumah Baru Menggunakan Pinjaman Kerajaan


Masa mula-mula nak memohon pinjaman kerajaan ni memang langsung tak tahu macam mana nak buat. atas pengalaman tak seberapa banyak ni boleh la daku nak share prosedur yang telah daku lalui untuk memohon pinjaman kerajaan membeli rumah baru, dan proses nak buat pinjaman.


10 Oktober 2014- Pilih Rumah & Deposit Booking

Dah survey rumah mana nak dibeli. bayar deposit yang pemaju minta.. biasanya kalau kakitangan kerajaan ni, pemaju jarang minta deposit banyak tapi ada jugak pemaju minta deposit 10% dari harga rumah.. masa daku dulu RM100 untuk booked. Tapi nanti dapat balik.. Nama pemaju daku North Elegance Property Sdn Bhd.

11 Oktober 2014- Sign Reservation & Offer To Purchase

Memandangkan daku kerja kat sabah, rumah tu kat N9 jadi staff pemaju sent dokumen kat email.. yang mana daku kena sign dan emailkan balik. Untuk confirm yang kita nak beli rumah tu.

Cara/Prosedur Memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan

14 Oktober 2014- 
1. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem ini untuk Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan, kita kena buat Pendaftaran ID Baru pada laman web BPP https://sppb.treasury.gov.my. Dah daftar, baru la boleh daftar masuk dan isi permohonan pinjaman. Isi online ni staff pemaju yang banyak bantu daku. Siap tolong isikan lagi borang-borang berdasarkan maklumat kita beri kemudian dia emailkan borang ni untuk kita print. [yang ini lebih baik anda isi selepas dapat dokumen perjanjian daripada pemaju sebab ada maklumat untuk di isi bahagian perumahan].



contoh

29 Oktober 2014

2. Dah siap isi online dalam laman web bpp tu...printkan dan serahkan pada majikan masing-masing untuk tandatangan ketua jabatan dan cop pengesahan beberapa surat yang dah di fotostat. antaranya:
1. surat pengesahan jawatan,
2. surat pengesahan taraf berpencen,
3. slip gaji untuk 3 bulan yang terkini,
4. 3 salinan kad pengenalan dan
5. sijil nikah suami/isteri.

3. Amaun wang proses adalah sebanyak RM100.00 dalam bentuk draf bank atau cek atau dibayar secara online pada "Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan" sahaja untuk setiap permohonan pinjaman perumahan. Wang proses yang telah dikreditkan menjadi hasil kerajaan dan tidak akan dikembalikan.





1 November 2014

4. Sign agreement S&P [Sale & Purchase Agreement] pemaju akan settlekan urusan peguam dan segalanya tentang dokumen. staff pemaju beri beberapa dokumen. antaranya dokumen perjanjian jual beli dimana kena sign 4 borang sama. setiap helaian kertas kena sign. pemaju akan beri 4 salinan, 1 original. yang original pembeli simpan. yang lagi dua guna untuk buat loan. 

5. Lepas tu hantar la segala dokumen pada bahagian pinjaman dan tunggu kelulusan pinjaman. ini pun staff pemaju yang uruskan hantar ke Putrajaya. Untuk semak status pinjaman yang kita buat, kita kenalah rajin-rajin check laman web pinjaman perumahan ni. klik pada menu sebelah kiri tu "STATUS PINJAMAN". 



21 November 2014
Bila pinjaman kita telah diluluskan kita kena hantar "Surat Setuju Terima" download surat setuju terima yang di highlight biru tu printkan dari web, kita tanda tangan peminjam dan minta sign ketua jabatan peminjam juga. lepas tu hantar kat pemaju.. ini kena dalam masa dua minggu saja. kalau lebih 2minggu automatik permohonan kita terbatal!


Daku baru siap Home Progress ni sampai surat setuju terima ni..kalau ada info baru daku share lagi yer.. Alhamdulillah dapat loan 100%. Memandangkan rumah dalam proses pembinaan.. kena lah tunggu sampai rumah tu siap.



Takpela bersusah2 dahulu demi kehidupan kami akan datang yang lebih selesa. Pelaburan jangka masa panjang. Semoga urusan pembelian rumah ini yg seterusnya dipermudahkan olehNya, Amin





Tuesday, November 25, 2014

Jadual Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan


Untuk kakitangan kerajaan yang berkeinginan nak beli rumah, anda kena tahu gaji pokok/ gaji hakiki dan dari situ boleh tahu kelayakan yang anda dapat untuk pinjaman perumahan kerajaan.

lepas ni boleh la buat kira-kira yer :)




Contoh gaji pokok anda RM1800 sebulan. jadi anda mampu beli rumah berharga <RM205000. ehh ada ke rumah harga tu sekarang?? hehehe rumah makin mahal kan.. tapi tahun depan GST lagi mahal.. 

Untung kakitangan kerajaan buat pinjaman kerajaan ni sebab 100% di tanggung. Alhamdulillah permohonan pinjaman perumahan daku telah pun lulus. sekarang tunggu rumah siap dan dapat kunci rumah baru je. harap-harap urusan di permudahkan dengan cepat... inshaaAllah...



Monday, November 24, 2014

Permohonan Online BR1M 4.0 2015


Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014.





Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma. Kadar Bayaran BRIM 4.0 Tahun 2015

1. Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000= RM950
Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

2. Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000= RM750
Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

3. Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan= RM350

Kadar BRIM 4.0 dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.

Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Tahun 2015
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
  • Skim Khairat Kematian RM1,000. Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Borang Permohonan Secara Online BR1M 4.0
https://ebr1m.hasil.gov.my


sumber; Facebook PM Datuk Najib



Friday, November 21, 2014

Home Progress: Part 3 Pinjaman Perumahan Kerajaan Di Luluskan


Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Lebih kurang sebulan lepas booked rumah.. uruskan dokumen2.. turun naik pejabat minta sign ketua jabatan. Alhamdulillah loan perumahan kerajaan di luluskan :)





Loan selama 360 bulan @ 30 tahun.  
Bila dapat kunci rumah nanti baru start potong...
Dah tinggal kat semenanjung nanti.. tolak bulanan rumah lebih kurang RM1k++.. EPW [elaun perumahan wilayah] dah tak dapat, gaji dah tinggal sikit.. nampaknya kena berjimat cermat la lepas ni.. hahahaha 
nasib la encik suami dah pindah semenanjung kalau tak.. nak juga duk sabah lama-lama sebab elaun mahal.. wakakaka :p

tapi.. inshaaAllah ada rezekinya nanti kan...

Alhamdulillah impian nak duduk rumah sendiri hampir tercapai! tak sabarnyaa nak duduk rumah sendiri nak deko2.. moga berjalan dengan lancar.. Amin...



Home Progress: Part 1 Booked


Thursday, November 20, 2014

Renew Insurans: Allianz Car Insurance


Bulan november renew insurans.. road tax.. servis kereta! bertabahlah duhai hati.. duit ibarat air... hahahaha

Tahun ni tahun ke tiga renew insurans dan roadtax di Sabah. Alhamdulillah lebih murah berbanding di semenanjung... sebab apa murah?? sebab takde highway.. takde tol..hehehe :)

Tahun 2014  Sebelum ni pakai Etiqa, memandangkan nak pergi Kota Kinabalu tu jauh, parking susah. pastu nak pergi pejabat pos lagi. baik daku renew saja insurans ni di Tuaran.. syarikat insurans ni atas JPJ. dah siap renew insurans pergi renew roadtax kat JPJ bawah.

so bertukar la kepada insurans Allianz pula.. bila kira-kira Allianz cover RM31000 Total semua RM457 termasuk RM70 insurans penumpang. lebih murah dari tahun lepas! Alhamdulillah :)



siap dapat sticker Allianz lagi. lagi daku suka sebab jika ada apa-apa kemalangan boleh panggil towing 24 jam hotline tu..

Alhamdulillah settle renew insurans+roadtax ni di Sabah. tahun depan mahal la balik ni sebab dah duduk semenanjung.. huuuu~~~

ehh korang pakai insurans kereta apa? ok ke Allianz ni??





Wednesday, November 19, 2014

Ada Sebab Kenapa Muka Kita Iras-iras Muka Ibubapa Kita



Ada sebab kenapa muka kita iras2 dengan muka mak ayah kita.




salah satunya bila kita tengok cermin, kita akan nampak wajah mak ayah kita.
jadi bila kita pergi kemana-mana kita bawa imejnya sekali..

begitu juga kita dah tua nanti
kita akan rindu untuk melihat wajah mak ayah yang sudah tiada....




p/s: mood rindu mak ayah!!




Tuesday, November 18, 2014

Dah Boleh Jadi Abglong Hakimi


Hakimi ni sayangkan baby...
bila adik baring, konon nak sayang adik.. dia cium cium adik tapi kasar... 

bila adik nangis dia tepuk-tepuk suruh adik diam..
tapi bila tepuk fuh kuat kauu!!.
kadang kala dia pergi picit nya budak tu sampai nangis... aduhaaiii ingat tu anak patung ke nak??!



memang tak boleh tinggalkan hakimi dan adik sendirian tanpa awasan.. rasanya mahu di hempapnya adik tu.. hahaha 
mana taknya hakimi tu semangat orangnyaa...  2x ganda berat dari adik!

mama rasa,
begini lah kot kalau ada anak kecik jarak yang rapat dengan anak sulung..
mama berpikir-pikir camna la gayanya bila abg long hakimi dapat adik kelak ni.. mihmihmih...



Monday, November 17, 2014

Weekand Bersama Si Hero Kecik


Hujung minggu lalu baru dapat jalan-jalan bersama cinta hati anak soleh zulhakimi zaim ni...
lama mama berhajat nak kasi hakimi main kat playground cam gini..
memandangkan mama angkat hakimi pun dah ada kat sabah ni.. dapat la kami keluar bersama :)

Hakimi main di Molly Fantasy 1 Borneo Sabah. tak silap tempat ni di tingkat 1. 

weekdays RM5
weekand RM6

Ada kadnya. deposit RM2. nak masuk bola-bola ni RM6. ikut suka lama mana nak main..





konon nak jadi drifter. kemain bersungguh muka dia tu.. ok hakimi.. belajar pandai-pandai yer nak. nanti boleh beli kereta besar.. pastu boleh bawa mama dan papa jalan-jalan. [katakatamamakansatudoa]

ada juga game lain. semua pakai kredit. just tambah duit kat kad tu pergi kaunter la. nanti bila nak main permainan lain hanya sentuh kad tu kat permainan yang kita nak. so tolak kredit dari dalam kad tu.. 

mula-mula suka la main semua permainan ni.. last-last dia bosan. merengek2 tak nak. terpaksa la keluar pergi tempat lain. main pun tak sampai 1jam.. emm sabar jelaaa anakk oii!!

nanti la kita pergi lagi yer sayang~~



Friday, November 14, 2014

Aidijuma Pula Pilihan Hati



Suka tengok corak yang comel-comel Tudung Aidijuma (AJ) ni.. semenjak dua menjak ni daku seakan-akan addicted kat AJ ni!!

Lebih lebih lagi masa birthday Datin Juma lalu dapat free gift bawal AJ Gold Label ini. lagi lah bertambah-tambah excited!



Aidijuma White Label Love Stripes 


Aidijuma White Label Cinderella dan White Label Vintage


White Label Flower Orange


Apa yang membezakan Aidijuma ni.

White Label @ RM10 Boleh di dapati di Concept Store
Green Label @ RM15 Boleh di dapati di Mobile Store/Pesta Convo
Red Label @RM29 Boleh di dapati di Online Store
Black label @ RM49 Boleh di dapati di Concept Store dan Online Store



#Aidijumalover.. hehehe


Koleksi aidijuma tak banyak la.. eh nampak macam nak tambah lagi je. Beli je lebih tapi pakai nya tak. Suka buat koleksi. Lagipon dengan harga serendah RM10 memang mampu milik.

Satu sebab daku suka White Label ni sebab tak perlu di gosok dan tak mudah keronyok. Sebab dah sedia maklum daku ni pemalasss nak mengiron. Hehehe

Setiap minggu pasti ada keluaran terbaru AJ. Tak terkejar nak kumpul koleksi. Lagipon cepat sangat habis stok. Pehh penangan aidijuma ni..!!

Boleh la pergi ke mana-mana Concept Store atau FB Aidijuma



p/s: habis komen terdelete.. gara-gara anak soleh hakimi guna laptop! grrr!!


Thursday, November 13, 2014

CD Drive Laptop Patah


Laptop Acer 4520 ni dah 7 tahun berjasa!
mama tahu lah CD Drive mama ni tak boleh guna. tak boleh buka cd..
mama tahulah speaker mama ni rosak.. tak de suara...
sampai hati hakimi patahkan CD Drive mama ni...




ini lah anak bila jeless tengok mama depan laptop! dia sibuk nak tekan-tekan jugak!
nastijahnyaaa CD Drive mama jadi mangsa kerakusan perilaku zulhakimi zaim!! 

nasib baiklah benda ni tak berguna sangat! kalau takk...mama dah jadi hulk tadi... huuuuuuu~~ tapikan.....

papa!! mama nak laptop baru pleaseee!! heheheehe :p



Wednesday, November 12, 2014

Hadiah Jari Ohsem Dari Dunia Sebenar Shida


Alhamdulillah dah terima hadiah dari www.duniashida.com kerana berjaya menjadi top komentator dalam blog beliau! choiii skemanya ayat!huuuhh~

Dapat Special Bookmark Untuk Jari Ohsem September 2014 dan Fridge Magnet Frozen Oktober 2014 yang super cute!



Terima kasih shida.. Moga shida di murahkan rezeki dalam apa jua bidang.. Amin...


Drypers Free Ladybird Backpack


Kalau benda FREE i oulss memang suka!
lebih-lebih benda yang comel :)

request free sample pampers dari Drypers sekali dapat backpack Ladybird ini!


mama sangat teruja ok!!
sebab boleh pakaikan beg ini di belakang hakimi... kihkihkihkih

nanti boleh isi buku, alat tulis..
lagipun senang sumbat pampers drypers,botol susu,napkin hakimi dalam ni. dah siap boleh bawa pergi jalan-jalan.

Terima kasih Drypers.com!
sesiapa nak request free sample ni boleh la ke website www.drypers.com.



Tuesday, November 11, 2014

Perkembangan Hakimi 1 Tahun 2 Bulan


Bila tengok hakimi tidur.. pandang mukanya dalam-dalam.. naluri keibuan terserlah.. tak sangka hakimi dah 1tahun 2bulan dah@ 14Bulan. Cepatnya anak mama ni membesar..



Macam-macam perkembangan terbaru nya...

-Pandai merajuk. Ini feel anak bujang sorang ni.. kalau tak bagi apa yang dia nak. dia akan merajuk hempas badan dia ke belakang..atau guling2 kat lantai.. grr!
-Pandai dah ambil dan suruh letak barang. bila dia bagi barang kat mama siap cakap "nah".dan bila mama kata terima kasih dia sangat happy!
-Bila mama buat susu.. mama bagi susu kata pergi tidur.. terkedek-kedek baring atas tilam sambil minum susu.
-Bila kita ajak pergi mana-mana.. mama kata "jom" dia pon ikut cakap "jom" sambil berjalan.
-Kalau mama kata pergi mandi dia pun terkedek-kedek pergi tandas nak mandi.. masuk tandas suka main air.
-Gigi masih ada 7 batang.. 4 batang atas+3batang bawah. Nasib tak mengigit.. hehe
-Suka tidur atas dada mama. dia sendiri datang baring atas dada mama sampai terlelap bila mama tepuk2 dia.
-letak telefon kat telinga pastu cakap hello.. hello..padahal cakap sorang sorang tu..
-Banyak dah paham apa mama cakap..


Moga zulhakimi zaim menjadi anak yang soleh yer sayang... dengar kata mama dan papa.. moga berjaya menjadi khalifah yang di segani dunia akhirat,, Amin..




Monday, November 10, 2014

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Sebagai seorang jururawat, kebelakangan ini ramai pesakit di masukkan ke wad saya kerana menghidapi demam denggi. apabila di masukkan ke wad kerana demam denggi tiada cara lain selain monitor keputusan darah sehingga ke paras normal yang kadang-kadang mengambil masa seminggu dua untuk pulih. Dari situ timbul kesedaran kepada saya yang saya sangat memerlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk untuk melindungi diri dan anak saya dari diserang nyamuk aedes.

Dengan menggunakan 100% bahan-bahan semualajadi, kita tak perlu risau jika anak tergigit Bugslock ini kerana tiada bahan kimia di dalamnya.

Saya percaya ramai ibu-ibu di luar sana risau dengan merebaknya demam denggi dan malaria apatah lagi saya seorang jururawat yang kerap jumpa penyakit ini, jadi dengan menggunakan Bugslock ini sangatlah sesuai untuk melindungi anda,anak-anak anda serta seisi keluarga dari nyamuk seterusnya dapat menggelakkan dari demam denggi dan malaria.

semoga saya berjaya mendapatkan Bugslock ini. 



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Tutorial Auto Read More


Akhirnya berjaya juga buat "Auto Read More" dalam blog comel cik jijah ni :) try error preview yesss berjaya!!

daku ni kalau tulis entry suka panjang-panjang.. kadang-kadang orang jadi malas nak baca.. haa sila mengaku cepat!!~~ jadi nak memudahkan blog cepat loading jadi buatlah Auto Read More ni..




See... sekarang isi entry yang penting-penting je di bahagian hadapan. malas buka read more?? nak tinggalkan komen je pun senang sebab buat "Pop up Window". 

jadi pada sesiapa nak buat "Auto Read More" ni sila ke blog azhafizah.com link "Toturial Auto Read More" ada tunjuk step-step tutorial ni. 

moga berjaya yer :)





Sunday, November 9, 2014

Giveaway By Mamaniza.com


Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:



Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

Saturday, November 8, 2014

Home Progress: Part 2 Peringkat Pembinaan Rumah dan Sign S&P


Masa mula-mula booked rumah 10/10/14 ni dulu agen whatsapp gambar rumah tiang rumah baru naik. Home Progress Part 1 Booked!
dan baru-baru ni daku balik semenanjung sebab nak sign S&P [Sale & Purchase Agreement], sambil tu daku melawat tapak perumahan dah naik dinding, atap besi dan bumbung. kira ni minggu ke 4 la dah siap progress ni..

u ollss tau.. mak n ayah hari-hari tengok Progress rumah ni. kemain excited dia dengan rumah ni. Alhamdulillah mereka suka.. daku lagi suka :) syukur Alhamdulillah juga sebab keluarga daku di sini. keluarga mertua pun di sini. jadi daku pun beli rumah di sini.. tak bergaduh laki bini. hakhakhak :p cuma orang kata tak berkembang yelah rumah duk dekat2... huhuhu ahh lantaklah kan...



ini bahagian hadapan rumah. pintu biasa.. [takde sliding door :'( ] dan tingkap aluminium gelongsor berkaca.


Ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik air nanti guna jubin seramik. 
Master Bedroom ada tandas dalamnya.
Bilik No 2 di sebelahnya



Bilik no 3 dan no 4 di bahagian dapur. bilik no 4 tu kecil je sebelah tandas luar. boleh jadi stor kot nanti.


Ruang dapur. nanti sinki depan tingkap. tengah berangan-angan nak buat kitchen kabinet nanti ni bentuk L ..
cuma ruang dapur dengan ruang makan nanti takde partition. so nak kena pikir nak buat partition/breakfast counter.. tgk la bagaimana..


bahagian belakang.. atap besi sebab ni kawasan kelapa sawit takut di makan anai2..huhuhu


rumah ni baru Fasa 1 dah 40 unit terjual. kebanyakan kakitangan gov la sebab mudah kan guna loan kerajaan.. akan datang nak buat Fasa 2 dan 3 di belakangnya. dan confirm harga lagi mahal masa tu. fuhhh~ tahun depan GST.. harga rumah mencanak naik! lagi ramai tak mampu nak beli rumah.. dunia.. dunia..


rumah contoh, lebih kurang camni.. Alhamdulillah ada juga harta untuk termpat berteduh.. :)