Warna Warni 2011

8:00:00 PM 22 Comments A+ a-



Assalamualaikum kalian..



sempena tahun baru bakal menjelma ni, daku memang tak mempunyai azam melainkan mahu menjadikan tahun 2012 ni sebagai tahun yang lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya! jika di ikutkan tahun 2011 adalah satu tahun paling berjaya dan paling mengejutkan juga dalam kamus seorang wanita bernama AZIZAH!! segala pahit manis semuanya tercoret dalam tahun 2011!!


tak percaya? mari daku rumuskan serba sedikit mengenai tahun 2011 ni. :)


bermula dengan birthday Cik Azizah's blog buat pertama sekali.
Alhamdulilah daripada sekadar mengisi masa terluang dengan menulis catatan dalam blog ni
secara tak langsung kini ia menjadi habitat apabila blog ni di jadikan sebahagian diari hidup daku. teheeeee~~



Lilypie First Birthday tickers


26 February 2011 Birthday Cik Azizah's Blog yang pertama. tahniah!!
bermula dari setahun daku cuba perbaiki mutu penulisan,perkataan supaya blog ni tidak terasa macam newbie sangat. Alhamdulilah daku semakin serasi dan cara penulisan juga semakin berubah hasil dari pandangan orang sekeliling,otai-otai yang banyak membantu :) terima kasih :D


anak buah lelaki tunggal menyambut birthdaynya yang setahun. tak sangka dah besar dah haikal. geram betol dengan telatah dan kenakalan die ni. grr..memang habis kena gomol dengan daku lah. hahaha



sekarang nak masuk 2 tahun dah..comeyy!!


daku dapat set eksklusif setem kapal selam navy hasil menang GA. Alhamdulilah rezeki sebab setem dari navy atau ATM la daku sangat-sangat inginkan.  edisi terhad pulak tu. smart giler lah. memang setem ni eksklusif sangat2 yang boleh dijadikan kenangan!



terasa macam nak bagi setem ni untuk pos jemputan kad kawen. tapi sayang lah pulak -_-"


24 Mei 2010 merupakan tahun terakhir daku bergelar gadis single! bererti, tahun 2011 ni tahun terakhir daku sebagai seorang anak dara. hehehe seawal usia 23tahun daku bergelar isteri. dan inilah merupakan birthday terakhir daku sebagai anak dara. selalunya ingat gitu je birthday sendiri tetapi mulai tahun depan dah sambut birthday sendiri dengan asben. asben tak hadiah hadiah siap lah. hahaha


bila menyebut tentang bekas makanan,jenama Tupperware sememangnya cukup sinonim dengan masyarakat kita berbanding dengan jenama lain. ala...sesuai la dengan materialnya yang tahan lama dan selamat di gunakan kan. patutnya harganya berpatutan. ekeke ~~ dan buat pertama kalinya jijah pergi Event anjuran Tupperware Brand di One World Hotel dekat dengan One utama tu. first pergi hotel 5 bintang u! ai jakun seketika. hikhik





Semua anggota perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan yang baru dilantik perlu mengikuti kursus induksi sebagai salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan. Alhamdulilah penantian selama setahun berjaya juga apabila jijah LULUS dalam Kursus Induksi ini.
tak sabar rasanya nak menunggu jijah telah di sahkan dalam jawatan!
boleh la jijah buat loan untuk beli rumah. weeee ^^


kalau dalam perhubungan. Alhamdulilah tahun 2011 adalah tahun ke 9 daku bersama si dia. lebih-lebih lagi abg navy pulang ke semenanjung untuk bercuti jadi kami menghabiskan masa bersama berjalan-jalan sakan balas dendam dah lama tak jumpa! hehehe segalanya serba hebat bila dapat bersuka ria bersama kekasih tercinta.




ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari perpisahan terjadi lagi apabila abg navy sudah tamat bercuti dan kembali bekerja. sebelum pulang beliau sempat mengucapkan Ashiteru I Love You. [klik new tab] teheeeeeeeeeeee~~~




cashout duit nuffnang pertama kali buat daku eksited lebih. hahaha. Alhamdulilah ada rezeki sedikit walau tak banyak earningnya. huhuhu dan apabila selepas sebulan cek nuffnang pertama sudah selamat di terima [klik new tab]




bila masuknya bulan ramadhan, diri ni harus melakukan pelbagai amal ibadah untuk memperolehi pahala di bulan yang mulia. di samping itu jugak daku menerima jemputan majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan sambil reunion sekali. tahun ni dapat sambut puasa bersama abg navy. seronok nyaaa.. :)




dan raya tahun lepas juga mungkin akan diingati sampai bila-bila kerana raya pada raya ke dua, pertama kalinya daku beraya di Labuan dan Kota Kinabalu Sabah! Bermulanya trip to labuan-kota kinabalu yang sangat menyeronokkan. :) shopping syurga coklat di labuan membuatkan daku ni rambang mata tengok coklat-coklat yang murah-murah!



Memorial from Sabah. entah bila lagi nak pergi sana ^_^


"Bila kau senyum ku gembira, bila kau sedih ku menangis..
Bagai camar rindukan kembang, ku rindu wajahmu oh sayang..."

Lagu ini begitu sinonim dengan daku. sejak dari 9 tahun yang lalu lagu ni sering bermain-main di bibir kami berdua. penuh sentimental dan nilai value yang tinggi tak terharga dalam diri kami berdua. Alhamdulilah tahun 2011 adalah 9 tahun kami bersama.  

Selamat Sembilan Tahun Bersama! Happy 9th Anniversary


akhirnya 2011 menutup tirai dengan jayanya apabila satu lagi perkara hebat dan tak di sangka sangka terjadi! daku bergelar isteri kepada abg navy pada 11.12.11. macam tak caya je daku bertunang dan nikah terus. tapi Alhamdulilah benda baik kan.. yang penting nikah. sebahagian iman daku telah terlaksana. Alhamdulilah ^_^




dan ini bererti, 2011 juga secara rasminya menutup tirai dengan selamatnya pada malam ni : )


Jadi kepada kalian semua., 

SELAMAT TAHUN BARU 2012! : )


Semoga tahun 2011 yang lalu pergi membawa cerita yang lama dan semoga kedatangan 2012 ini memberikan 1001 kehebatan untuk daku, kalian dan kita semua ya! ayuh kita buka buku baru dan tinggalkan kisah yang basi dulu! ; )

CINTA untuk 2012...

8:27:00 PM 2 Comments A+ a-




Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang CINTA,
Semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan CINTA,
Tiada kisah teramat manis daripada kisah CINTA,
Tiada kisah teramat ngeri daripada putus CINTA,
Yang termanis daripada yang manis didunia ini ialahPujian kekasih yang terlontar daripada rasa CINTAnya..

Zikir melembutkan hati suami

9:00:00 AM 13 Comments A+ a-





Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut .

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4.Amalkan doa ini: 

 “Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi”


rindu asben ketika ini. T_T

Khemah/Kanopi Perkahwinan

9:00:00 AM 24 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


rasa macam perkahwinan ni bukan kita punya jer. hahaha bukan sebab ape sebabnya keluarga yang menentukan ikut pilihan mereka. langsung tak boleh bersuara sekali pon.. ah tension sungguh!! kihkihkih


bila jijah bagi idea ade je yang tak kena. alahai. payah la gini.. huhuhu ayah dah siap booking khemah,catering untuk majlis nanti. orang tu bukan betol-betol ada buat bisnes khemah pon. jijah tak pasti khemah tu die akan sediakan tirai,sarung kerusi serta riben tu. tapi jijah nakkkkkkkkk!!! huhuhu



tak pasti ada sarung kerusi,langsir macam khemah atas ni. 



kalau kanopi transparent cam ni kan best!



katering siap khemah





meja makan beradap pon jijah tak pasti die sediakan macamaner. ade kerawang ke. biasa ke. hiasan atas meja bagaimana. makanan pon die tak sediakan. kena cari orang lain buatkan makanan pengantin. huhuhuhu


cukup lah 5 khemah rumah jijah. jemputan pon 800 orang jer. satu dah skip untuk meja beradap. tinggal la 4 jer. hehe


jijah prefer kerusi meja panjang macam ni sebab ramai orang boleh duduk dan tak berebut nak cari tempat duduk makan. 



meja panjang ramai boleh duduk


dah banyak jijah pergi kenduri kawen pakai meja bulat ni. memang kesian. sampai berdiri orang cari tempat duduk. tak ramai boleh masuk. kalau satu keluarga tak semua boleh duduk sekali. tu atas pengalaman jijah lah.



tak nak meja bulat ni.


ape-ape pon jijah cuba yang terbaik untuk wedding jijah. kena slowtalk baik-baik dengan family. harap-harap die boleh carikan macam jijah impikan. huhuhuhu T_T


Pembantu butik lebih-lebih

8:00:00 PM 25 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


gambar hiasan


mood tengah geram dengan satu butik pengantin ni. eh bukan geram dengan tauke tapi dengan pembantu butik yang mulut macam cipan!


ok citernya begini. 


jijah ada booking vendor ni untuk majlis resepsi jijah bulan dua nanti. nak di jadikan citer jijah terus cakap dengan tauke butik jijah nak jumpa die sendiri untuk testing baju dan bayar deposit untuk booking. so kami memang berjumpa la semua. ok settle memang dah deal baik punya.


*pembantu butik ni jijah kenal sebab masa nikah dulu jijah pernah pergi butik untuk survey harga tapi tak jadi amik dengan butik ni la. di sebabkan tak jadi amik andaman pembantu ni offer die ada buat kek untuk kawen. so dari situ jijah tempah kek untuk nikah dulu.*


dalam masa lain pembantu butik ni die tahu jijah nak pergi butik tengok baju. so die sms jijah tanya bila nak pergi butik. jijah dengan takde rasa ape ape terus reply dan cakap dah pergi dah jumpa tauke bincang macam perenggan atas tu. 


then die reply die marah jijah sebab pergi tak bagitahu die. so die dah rugi kat situ. die kata patutnya die dapat komisen kalau melalui die dan die sampaikan ke tauke! whattttttttt???? jijah kelu jap. macam tu sekali die nak dapat duit komisen. keje tak ikhlas langsung! die marah sangat-sangat dengan jijah. nanti wedding jijah die yang kalut bukan tauke. ok fine mungkin ye lah kot die yang mekapkan ke kan. memang bertekak jugak lah dlm sms.


last-last jijah cakap. kalau macam ni ko nak berniaga untung lebih memang pelanggan butik lari lah. mulut macam puaaaaaaaaaaakaaaaaaa!!ah geraaaaaaaaamm!!


terus jijah sms tauke cakap tak jadi booking. rugi RM200 bayar deposit hari tu. tapi takpe kalau die lah yang mekapkan jijah memang aku tak inginlah mulut macam puaka tu!! tauke tak tahu die amik tempahan kek. aku rasa kalau jahat sangat nak bagitahu tauke je die bisness kek. baru padan muka die.! huh


jijah salah ke?? jijah memang tak pikir langsung pon nak bagitau die dulu sebelum jumpa tauke. ingatkan tak de hal ape-ape. huhuhu


so sekarang lepas kejadian tu jijah tak sms ape ape dengan die. tak kuasa aku nak tempah kek dengan die lagi. sekarang misi jijah nak cari andaman baru dan tempah kek kat tempat lain. moga-moga jijah jumpa yang sesuai dan tak nak berulang lagi kejadian tu.





Reception Outfit

9:00:00 PM 26 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


cantiknya baju macam bini tomok ni kan..sweet je. lebih-lebih lagi kain die tu kembang setaman okeh. hahaha


pastu berkenan pulak tengok baju wedding kak shakina. so gorjes giler. jeles ai nok!!



perasan tak semua kaler purple. yaaaaaaaa memang theme reception jijah nanti kaler purple. akan berubah kalau nampak warna lagi menarik!! 


kalau korang, pilih mane?? teheeeeee~~




Sorotan 2011 Perkahwinan Artis

8:00:00 PM 14 Comments A+ a-


Nampaknya tahun 2011 yang akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi akan memberi kenangan yang terindah buat artis dan selebriti tempatan apabila mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Tentunya kehadiran 2012 akan memberi sinar baru buat mereka agar apa yang diazamkan dalam hidup akan terlaksana.

Kenangan indah sepanjang perkahwinan artis tahun ini bermula seperti berikut:



1) Ayu Raudhah-Zaquan Adha[klik untuk baca]

Ayu Raudhah 26, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di Alor Setar pada 21 Januari tahun ini.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

2) Sabrina Ali-Syed Amirul Syed Ahmad

Tiada angin tiada ribut, pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.

Bagaimanapun Sabrina yang dikhabarkan bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.




3) Siti Sarah-Shuib (Sepahtu)

Penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepahtu, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, pada 26 Februari lalu.

Pasangan ini menerima kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.

4) Farish Aziz-Zahrah

Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, yang bernikah dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, pada 18 Februari lalu di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah memulakan alam perkahwinannya tidak seperti pasangan lain apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu.

Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.

5) Noh (Hujan)-Mizz Nina [klik untuk baca]


Selepas bertunang selama lapan bulan, penyanyi dari kumpulan Hujan iaitu Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 26, sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, pada 1 Julai lalu.

Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, Kuala Lumpur.

6) Tomok-Ayu [klik untuk baca]

Penyanyi yang pernah popular dengan kumpulan Newboyz, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, turut berkongsi tarikh pernikahannya dengan Noh dan Nina apabila sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada 1 Julai lalu.

Menurut Tomok, dia gembira selama lapan tahun bercinta, akhirnya dia menjadi suami kepada Rahayu atau nama panggilannya, Ayu, dan berharap agar cinta mereka akan mekar sehingga akhir hayat.
Pasangan ini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung.

7) Nabil (Raja Lawak)-Nazirah [klik untuk baca]

Selepas dilanda pelbagai kontroversi termasuk perpisahannya dengan pelakon Irma Hasmie, pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23, pada 30 September lalu.



Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, di mana Nabil menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada pengantin perempuan.

8) Zed Zaidi-Natalia Mustafa Kamal[klik untuk baca]

Bermula daripada perkenalan di laman social Facebook, pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pasangan ini juga sedang menunggu kelahiran anak pertama selepas isteri Zed disahkan hamil.

9) Fazren Rafi-Syarifah Marlina

Melangsungkan pernikahan pada 1 Mei di kediaman isterinya di Perak, pelakon Spa Q, Mohd Fazren Rafi atau Fazren begitu teruja mengimamkan isteri, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan selepas bernikah.

10) Faezah Elai-Heykal Hanafiah [klik untuk baca]


Pelakon Faezah Elai, 29 ,sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, pada 9 September lalu.

Pasangan ini berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka
.
11) Fedtri Yahya-Nurul Anati Ismail [klik untuk baca]

Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, bernikah dengan Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Bagaimanapun Fedtri dan isteri dikejutkan dengan berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.

12) Eira Syazira-Azad Jasmin [klik untuk baca]

Pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya pada 16 September lalu. 13) Nurul Syuhada-Raja Amir Raja Azwa

13) Nurul Syuhada-Raja Amir [klik untuk baca]

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 16 Julai lalu.

14) Ana Dahlia-Chef Riz

Pelakon Ana Dahlia, 28, sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak pada 11 Disember lalu.

15) Memey Suhaiza-Norman Hakim [klik untuk baca]

Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum berkahwin, pasangan ini dilanda dengan pelbagai kontroversi termasuk Memey dikatakan merampas Norman daripada bekas isteri Norman, pelakon Abby Abadi dan kes khalwat mereka.

16) Dira Abu Zahar-Helmi Yusof [klik untuk baca]

Pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, pada 11 November lalu.

17) Zahiril Adzim-Shera Aiyob [klik untuk baca]

Pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak pada 20 November lalu.

18) Ashraf Muslim-Noor Dayana [klik untuk baca]

Pelakon Ashraf Muslim, 30, bernikah dengan Noor Dayana, 24, pada 30 Ogos lalu di Mekah.

19) Nurul (AF2)- Mohd Munzil Muhamad

Pernikahan Nurul (AF2) menjadi kontroversi apabila dia dan suami, Mohd Munzil Muhamad bernikah di Thailand pada 23 April lalu.

Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah membelakangi keluarga sehingga mengambil keputusan bernikah di Narathiwat.

20) Farah AF2-Johan [klik untuk baca]

Farah AF2 selamat menjadi isteri pada 15 julai 2011. Majlis Pernikahannya pula di adakan di atas Kapal Cruise Tasik Putrajaya. Johan dengan sekali lafaz serta mas kahwin RM2500 serta hantaran RM25185.

Farah AF2 menerima 7 dulang hantaran seperti cincin ,gelang, iPad,minyak wangi,beg tangan berbalas 9 dulang hantaran seperti cincin ,jam tali pinggang.


Gambar Persandingan Farah AF2 & Johan



Semoga mahligai yang di bina kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin


Jom tukar shout!

4:00:00 PM 11 Comments A+ a-


Assalamualaikum..




ramai sedia maklum yang shoutmix akan menamatkan perkhidmatan free pada pengguna blogger mulai januari 2012 kan. haaa jijah jer ketinggalan keretapi masa dok heboh-heboh hari tu. yelah time tu jijah tengah cuti berblog kawen katakan. wakaka :p


nasib sempat shout jijah untuk bertukar. tak syok kan shoutmix dah tak de.. shoutmix kan best. tak perlu pening pening nak isi url,nama dan mesej. automatik dah tulis kat situ. huhuhu 


sebelum ni pon jijah pakai cbox [klik to baca] then sebab susah drop shout jijah tukar ke shoutmix. alih-alih kena tukar cbox balik. hampagas tol. muahaha ^^


baiklah nah cbox baru jijah. rajin-rajin tinggal jejak kat sana keh. 





amacam?? gempak kan.. shout ni di buat oleh si gadis biru iaitu shida. shoutmix yang dulu pon shida buatkan [klik untuk baca] blog shida ada banyak toturial. jom pergi belajar [kelik sini]. tenQ shida blue. teheeeeeeee~~ 


vector tu kredit pada si wanie love story atas hadiah sempena majlis nikah jijah tempoh hari [klik untuk baca]. maceh wanie sudi buatkan vectorrr jijah dan asben ^_^


so shida buatkan cbox dengan vector yang di reka oleh wanie. terima kasih kedua gadis cantik ni. :)


baiklah siapa yang belom bertukar shout sila buat demikian kerana shoutmix akan mengenakan bayaran mulai januari 2012. kalau korang mampu bayar takpe lah. hehehe


kalau tak tau buat cbox pergi belajar kat pakar toturial shida tu k. confirm di layan. 


ok tata ^^


terharu ai nok. rezeki pas kawen ade jer blogger sudi sumbangkan idea,beri bantuan untuk blog. Alhamdulilah.

psst!! asben pergi mandi air terjun kat taiping. org taiping sila skodeng beliau. report sama jijah k.ekeke :p

Yusry & Lisa Surihani Nikah 23 Februari 2012

10:08:00 PM 15 Comments A+ a-



Wah...akhirnya teka teki terjawab sudah apabila Yusry mengumumkan yang majlis pernikahannya dengan Lisa Surihani akan berlangsung pada 23 Februari 2012 selepas asar di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Majlis resepsi pula akan berlangsung pada 26 Februari 2012 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).


Sebenarnya malam semalam 23 Disember 2012, pihak keluarga Yusry telah berjumpa keluarga Lisa untuk menghantar tanda. Mereka tak bertunang sebaliknya hanya terus bernikah pada 23 Februari 2012,


Mereka memilih angka 23 adalah angka spesial buat Lisa yang lahir pada 23 Mac jadi biarlah hari tersebut sesuatu yang istimewa buat Lisa.

tahniah di ucapkan kepada kedua pasangan ni. moga cepat-cepat di ijabkabulkan ^^

Video from my beloved sis

9:00:00 PM 19 Comments A+ a-


hari ni baru lepas keje malam 3 hari. maknanya jijah sekarang tengah bercuti sampai isnin. tapi rasa takde mood nak blogwalking. maaf yer sayang sayang. jijah komen entry korang secara pukal. boleh? boleh la yer.. muah muah..xoxo :)


nak update laju-laju pasal video ni. ia di buat oleh adik jijah sendiri. oh so sweet okeh.. walaupon video ni gambar-gambarnya pecah tapi beliau sanggup juga buatkan. jijah memang takde masa semua itu.. hahaha


ada yang nak tengok ke?? 


kalau ada yang nak tengok sila klik video di bawah ni.




tenkiu my beloved sis!!
i luv u ^^


 tata ^_^

Kotak untuk doorgift

9:00:00 AM 26 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


ada pak sedara jijah kasi kotak ni..katanya kotak ni boleh bagi untuk doorgift. so tanpa segan silu jijah terus setuju nak. ala benda orang nak bagi kan. amik je lah..boleh save bajet kat sini. teheeeeee~~




ha kotak macam ni. die kata boleh buat doorgift masukkan gula-gula, coklat, cupcake dalam tu. so sekarang jijah tengah pikir apa nak letak dalam kotak ni. hehehe


banyak jugak die bagi. lebih 1000pcs kot. okeh la kan. lepas bagi doorgift untuk jemputan biasa ok lah. untuk kawan-kawan mungkin lain pulak..hehehe da ramai pulak bagi botol jar. daku pakai kotak ni jer....jimat2...hahaha


takde idea lagi nak letak ape. hahaha kalau korang. nak letak ape yer.. hehehe nanti boleh tampal stiker doorgift tu kat kotak ni... ngehngehngehngeh :p


sekian terima kasih. 


Wang Kertas Baru Ciri-ciri Unik Malaysia

9:00:00 AM 9 Comments A+ a-


 NAJIB  menunjukkan not  RM20 siri baru  pada pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baru  di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, semalam sambil diperhatikan    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni  Hanadzlah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Najib menunjukkan not RM20 siri baru


Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada Julai tahun depan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.


Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.




Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.



Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.




Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi. 




“Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.


“Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” 


Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.


Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.


Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.





Lemau lepas bercuti

8:00:00 PM 16 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


lebih kurang dua minggu jijah cuti kahwin
malas pulak nak pergi keje.
lebih-lebih lagi terus keje malam pas bercuti
tapi ok gak sebab pagi petang ada masa berehat. hahaha
hish mengalahkan ada suami je kat rumah. huhuhuhu

baru seminggu kawen
seminggu jugak duduk bersama
berat asben pon dah naik
daku tak tahu daku bagi makan ape sampai naik ke peyotnya. hahaha

tu baru seminggu
kalau sebulan memang menyerlah la keboroiannya..opsssss :p
abg navy tak boleh boroi!
nanti kena buang keje mati wooo~~

sekarang asben demam
kesian die. rindu kot. huhuhu -_-"
tak sampai hati kalau die demam
nak pergi Lumut pas cuti keje malam ni tapi dia langsung tak bagi
sebab takut jijah sorang sorang naik bas jauh.
sayang betol die kat bini die. hahaha

ermm kesiaaaaaaan asben. dengan 3g, calling jelah pengubat rindu kami berdua
lepas 2 minggu dari sekarang baru dapat jumpa
tu pon kalau die tak duty.


takpe demi perwiraku. daku sanggup berkorban. wuaaaaaaaaaaa :(


betol cakap bro khairil perasaan teringat kat abg navy lebih kuat dari zaman bercinta dulu. T_T

Draft Kad Kahwin

9:00:00 AM 28 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


Fuh januari 2012 bakal menjelma. maknanya lagi sebulan nak ke majlis perkahwinan bulan feb. hahaha banyak benda lagi tak settle sebenarnya. tak pe selow-selow okeh.


semalam jijah terima panggilan dari company kad kawen. katanya draft kad kawen dah siap.  yeaa hepi lah bila draft kad kawen dah siap. pasni tunggu print je. tu pon dah memakan masa 3minggu kot. jijah order kad kawen ni 3 hari selepas majlis pernikahan minggu lepas dengan asben. kira seminggu dah siap draftnya.


harga kad kawen yang paling murah jijah amik 0.55/pcs. sangat murah oke. biasalah jijah kan pengantin berbajet. muahaha ^^ jijah tempah pon tak banyak hanya 700pcs je. 400 kad rumah jijah 300 rumah asben. kami buat satu kad dua pihak keluarga senang. lagipon rumah kami dekat area port dickson gak.


meh tengok draft kad kawen murah jijah ni. kad ni warna hitam putih keh. jangan mengutuk kalau dapat..hohohoho






amacam?? nampak begitu murah eh? hahaha takpe asalkan korang datang tengok maps alamat sudah la yer. last-last masuk tong sampah gak kan. muahaha^^ jimat-jimat 700pcs tak sampai pon RM400. kan lebih bajet tu. teheeeeeeeeeee~~ suka ada doa. nanti kalau korang dapat baca lah doa tu k..restu dari korang. insyaAllah ^^


tiga minggu lagi siap lah kad kawen ni. bila siap misi mengumpulkan alamat korang pulak pasni. hahaha


Checklist Kawen

8:00:00 PM 20 Comments A+ a-


Assalamualaikum ^^


hai kalian.. belom pun hilang penat buat majlis pernikahan tempoh hari kini jijah kena proceed wedding preparation untuk majlis bersanding pulak.. hehe ape-ape pon daku sangat enjoy dengan persiapan ni. excited lebih kot even dah jadi suami isteri pon..muahaha^^


jom kita proceed wedding preparation untuk majlis resepsi pulak..




Tarikh

Nikah- Done! 11.12.11
Resepsi- 25.2.2012
Bertandang- 26.2.2012



Tempat

Nikah- Rumah Taman PD Utama Port Dickson
Resepsi- Rumah Taman PD Utama Port Dickson
Bertandang- Kampong Paya Port Dickson



Prosedur Nikah [entry ini]

Kursus Pra Perkahwinan
Mas Kahwin
Wang Hantaran
Borang Permohonan Nikah
HIV Test
Tok Imam
Tempat Akad nikah

*Borang Pernikahan semuanya DONE!!*



Majlis Akad Nikah [entry ini]


Baju Nikah L&P
Tudung
2 Bantal Akad Nikah
Mekap MUA- Suhana Bridal House
Veil,Crown
OP
Pelamin Mini
Inai
Hand Bouquet


*Majlis Akad Nikah DONE 11.12.11*




Majlis Resepsi

Baju Persalinan L&P- Book! Theme Purple
Pelamin- Book! Kerusi Mawi
Mekap MUA- Book! Deposit RM200- Butik Pengantin D'Fara
Pintu Gerbang- Pending!
Payung- Book! 1 Pakej
Kasut- Book! 1 Pakej
Pahar,Bunga Telor- Done!


Majlis Bertandang

Baju L&P- Not yet
Mekap-Not yet
Uniform asben- Pending!


Hantaran

Untuk asben [entry ini]

1) Sirih junjung
2) Kasut/Stokin
3) Cincin nikah
4) Kek
5) Buah-buahan
6) Kemeja
7) Set penjagaan muka
8) Tuala
9) Wallet/Tali Pinggang
10) Sejadah
11) Kain Pelekat


Dari asben

1) Sirih junjung
2) Cincin tunang, Gelang nikah
3) Kasut &Beg tangan
4) Wang hantaran
5) Al Quran
6) Sejadah
7) Telekung
8) Coklat
9) Kek
10) Buah-buahan
11) Kain pasang



Catering/Canopy

Nikah- Done!
Resepsi- Pending!
Bertandang- Pending!


Photographer

Nikah- Done!
Resepsi- Pending!
Bertandang- Book & Pending!


Kad Kahwin

Pihak Perempuan & Pihak Lelaki- Book & Pending! Tunggu draft kad kawen

*buat satu kad senang*


Doorgift/Wedding Favors- Pending!


Seisi Potong Kek- Not yet


Guestbook- ?? Planning & Pending!


MC/Kompang/Entertainment

MC/PA system- Book! Jiran
Kompang- Pending!



Guest List

Nikah- 200 Done!
Resepsi- 800 invite- To be confirmed!



fuh.............banyak giler checklist ni. nasib majlis pernikahan dah selesai. yang tu tak payah pikir lagi. hehehe  tengok wedding ticker lagi dua bulan ke arah itu. cuak pon tak habis lagi. hahaha ^^


semoga berjalan dengan lancar. insyaAllah~~


11.12.11 Majlis Pertunangan dan Akad Nikah

8:00:00 PM 52 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


Plan bertunang dan bernikah pada hari yang sama memang dah lama di rancang oleh jijah sekeluarga. ramai yang kata macam tak caya je nak nikah terus. jijah tak nak buat majlis bertunang awal di sebabkan kami pon ada komitmen masing-masing. lagipon kami dah lama berkawan baik tunang dan nikah terus aje.


walaupon ada yang tak setuju dan mungkin yang kecik hati sebab jijah tak invite. jijah minta maaf. macam dalam entry Rombak Majlis Pertunangan lepas jijah ada cakap :-

1] soal bertunang pada hari pernikahan ni di sebabkan kesibukan abg navy pada tahun depan 2012. dan kebetulan pada tarikh ni dia bercuti selama 2 minggu maka kami bersepakat untuk langsungkan terus majlis pertunangan dan pernikahan pada hari yang sama. yang penting nikah kan. -_-'

2] jijah tidak sempat untuk merancang sebuah majlis yang besar kerana majlis tunang dan nikah dirancang dua bulan yang lepas. Jadi, jijah perlukan masa untuk majlis resepsi


Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar walaupon ada sedikit kelam kabut. hehe apa tak nya pihak lelaki janji 12.30petang sampai rumah untuk upacara pertunangan. last-last ada yang sedaranya sesat la tu yang pas zuhur jadi majlis pertunangan. hahaha


Bertunang


Jam 1.15pm sesi pertunangan..ingatkan mak mertua yang sarungkan cincin merisik dan bertunang rupanya nenek asben yang sarungkan. sarungkan cincin ini di lakukan atas pelamin indah. ekeke :p



maaf blur..jijah guna camera version dulu  k. OP tak siapkan lagi gambar nya. huhuhuhu


Akad nikah


Akad nikah yang sepatutnya berlangsung di dalam rumah jijah bertukar sebaliknya apabila tok imam selepas solat zohor dah siap tunggu di surau di hadapan rumah jijah untuk upacara akad nikah. nak buat macamner ikutlah kehendak tok imam. hahaha tapi ok gak sebab kawasan surau tu besar. semua orang boleh tengok. :)



dengan adik sebelum di ijabkabulkan.

*gambar asben masa akad nikah tak de. OP tak kasi lagi. huhuhu nanti dah dapat jijah upload k ^^*


Alhamdulilah jam 2 petang jijah sah bergelar isteri kepada abg navy. muka abg navy serius giler tau. memang patutlah askar ni tegas je. hahaha tah tah gabra,cuak berdebar kot time tu..gagagaga~~


nasib jijah takde baca taklik. just tandatangan borang nikah tu saja. fuh selamat. kalau tak memang banjir la surau tu dek air mata jijah ni jer. jijah kan cembeng. hahahaha


selesai akadnikah ni di surau. abg navy solat sunat syukur dan terus ke rumah untuk upacara pembatalan air sembahyang. 




penyerahan mas kahwin RM200 tunai



pembatalan air sembahyang asben sarungkan gelang kahwin




cium tangan suami. syurga di telapak kaki suami kan lepas ni. :)




sarungkan cincin pernikahan buat suami.



Semoga menjadi suami isteri yang di berkati Allah. amin


Majlis jijah sederhana. dekor hiasan pon semuanya simple. Bila majlis akad nikah berjalan seperti di harapkan rasa macam mimpi kami sudah berkahwin. Alhamdulilah lega perkara wajib dah selesai. tinggal majlis kenduri bulan feb 2012 nanti.


sory gambar dari camera version. OP tak siapkan album dan gambar-gambar nya. mahu dekat sebulan baru siap. huhuhuhu -_-"




BE AirAsiaX Great Xcape Metered

9:00:00 AM 9 Comments A+ a-

Assalamualaikum..


baru jijah sedar selama seminggu jijah cuti berblog sebab tunang+nikah tempoh hari. ada satu BE metered rupanya. BE AirAsiaX Great Xcape ni merupakan BE ke 16 dan ME ke 15 untuk blog jijah..


tak pe lah takde rezeki pon. lagipon selama seminggu jijah cuti memang bz dan padat sangat. tak dan nak update entry dan blogpecut. almaklumlah asben ada kat rumah. ekeke ;p





Metered Earning ke 15


majlis nikah dah selesai. tinggal majlis resepsi pulak yang memeningkan kepala. kad dah siap tempah. cume tunggu draft kad kawen tu. harap-harap semuanya baik2 je lah.


terima kasih nuffnang kerana sudi bagi BE untuk blog jijah. terima kasih jugak sebab jadi ME. hahaha lepas ni jangan segan-segan nak bagi BE lagi yer sebab majlis resepsi jijah lom settle lagi. banyak nak pakai duit lagi. muahaha ^^


tata~~~