Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

12:05:00 PM 0 Comments A+ a-


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

~MenCINTAI x bererti MeMILIKI~

11:47:00 AM 0 Comments A+ a-


Janganlah kau angkuh melaungkan..
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kalian tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

SELAMAT BERTUGAS!

2:07:00 PM 0 Comments A+ a-


Hai.......salam kalian :)


masa amat mencemburui kami berdua..sedar tak sedar sudah 2minggu si pujangga hati bercuti di kg halaman..dan kini tiba masanya untuk menyambung kembali misinya sebagai pejuang negara!


haruslah tersangat la sedih kerana selama 2minggu bersama ni kami xputus-putus bersama macam belangkas berkepit kesana kemari..dan kini tiba masa untuk berpisah perasaan itu tersangat sukar untuk diluahkan..kalian paham kan..emm :/


tapi daku perlu sentiasa bersikap positif! haruslah memahami!


Kerana!! tugasnya memerlukan dia bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa saja! dan daku mestilah sentiasa perlu cuba memahami kerjayanya.. apakan daya, walaupun diri daku sentiasa ditinggalkan untuk jangka masa yang panjang....tapi tak mengapa daku sudah terbiasa bercinta jarak jauh dari zaman persekolahan lagi...sejak dirinya bersekolah TEKNIK di Slim River 2tahun kemudian REKRUT 6bulan di Tanjung Pengerlih Jhr kemudian di KD Sri Klang berpindah pula ke TLDM Lumut dan sehingga ke tahap ini berkhidmat di KD Sri Kinabalu Teluk Sepanggar!!

inilah dia penangan berkasihan dengan abang LANUN ni! heeeeeeee... :)


bila berjauhan tahu lah bagaimana seorang anggota TENTERA yang gagah perkasa boleh menjadi seorang individu atau kekasih yang penyayang walaupun berjauhan kerana daku yakin dia sentiasa mengingati daku setiap detik dia di sana..


sgt suci seputih uniform yang di sarungkan! dan daku berharap dia dapat berkhidmat dengan negara tanpa rasa jemu dan ragu sebagai PEJUANG NEGARA!



jadi...kepada kamu yang daku cintai,

SELAMAT BERTUGAS ABANG! :D

jangan kau ragu sayang,
diriku tetap kau yang punya!

Promise me to take care yourself ya darl!

SEMOGA SELAMAT PULANG KEMBALI KE SEMENANJUNG!
SELAMAT BERJUANG ABANG!



Abang, cepat pulang kembali ke semenanjung ya! daku sentiasa menunggu kamu pulang untuk menghabiskan masa2 bersama lagi!! take care yourself! :D

p/s : I'm gonna miss u hubby!! I'm taken by Zul Ery! :)



♥happy day we spent holiday together

4:18:00 PM 0 Comments A+ a-


salam kalian blogger :)


semalam aka kemarin...adalah sesuatu yg sgt SWEET untuk diingati...

apakan tidak.....dengan keadaan daku yang jarang berjumpa dengan hubby....daku senantiasa mengingati detik-detik indah daku bersama si hubby...Alhamdulilah DIA telah mengaturkan segala pertemuan dalam perhubungan daku yang terhebat ini....DIA juga telah membenarkan daku kekal bersama si kekasih hati sehingga ke tahap ini 8th anniversary...Syukur :)

dan detik yang terindah ini kami dapat meluangkan masa bersama-sama setelah bersusah payah untuk bertemu selama ini di sebabkan masing2 punya kerjaya dan tanggungjawab yang harus di pikul untuk masa hadapan. si hubby dengan kerjaya lautnyer di sabah nun di sana dan jarang-jarang untuk pulang ke semenanjung....dan pabila tiba hari dan masa yg di tunggu-tunggu, perasan sungguh indah untuk di gambarkan! kami meraikan dengan semangkuk aiskrim supaya dalam hubungan ini kami mengharapkan segala keindahan dan kemanisan yang tidak terhingga dalam hubungan kami ini...




ya...bila da sampai detik bersama ini..haruslah dinikmati sehabis baik saat-saat indah dan manis untuk di rakamkan supaya menjadi moment2 yang manis untuk di kenang...dan ini di buktikan dengan kegembiraan kami berdua! saat-saat sudah lama tidak berjumpa membuatkan daku begitu malu untuk bertentang mata...chewah :P


perasaan yang indah ini dilakarkan lagi dengan suasana di tepian pantai yang sungguh menenangkan hati jiwa lara yang gundah gelana saat terakhir bersama., dan ini sesuatu yang indah di lakarkan bersama! rumah api menjadi simbol detik-detik indah kami bersama semalam.

di kemuncak rumah api la segala-galanya...dengan pemandangan lautan luas yg membiru..sungguh kagum ciptaan Allah :) dan berharap seluas itulah cinta kami berdua!




di saat-saat akhir percutian hubby sebelum meneruskan kerjayanya di bumi sabah..daku mahu sentiasa menghargai kenangan terindah kami dengan meluangkan masa yang tidak terhingga bersama-sama. dan semestinya daku akan sentiasa merindui kenangan semalam yang tersemat dalam kotak ingatan daku ini....

daku berharap sangat agar rasa sayang dan cinta kami sentiasa mekar mewangi dan berkekalan hingga ke akhir hayat kami hendaknya..Insyallah.. :)

jadi, kepada kalian yang daku sayangi..doakan hubungan kami ini bahagia dan kekal hingga ke akhir syurgawi! dan harapan daku semoga daku dan hubby dapat menempuh liku-liku kehidupan yang mencabar dengan indah dan bahagia. semoga daku dapat meraikan hubungan kami sehingga ke 1 abad,2 abad dan sampai akhirnya nanti.... dan berharap juga dapat berjumpa hubby lagi pada percutian beliau akan datang...Insyallah :D


p/s~ sgt sedih bile kekasih hati mahu pulang ke tempat asal untuk meneruskan tugasnya :( apakan daya kehendak perkhidmatan....untuk mencari rezeki!


harry potter n the deathly hallows

10:27:00 PM 0 Comments A+ a-



wah..........haritu tgk wayang with my hubby!

HARRY POTTER N THE DEATHLY HALLOW PART1

Genres:
Action/Adventure, Fantasy, Adaptation and Sequel

Sinopsis
:
:
:
v


Harry, Ron dan Hermione berangkat dalam misi berbahaya mereka untuk mengesan dan menghancurkan rahsia untuk keabadian Voldemort dan kehancuran - Horcruxes. Sendiri, tanpa bimbingan dari profesor mereka atau perlindungan dari Profesor Dumbledore, tiga teman sekarang harus bergantung pada satu sama lain lebih dari sebelumnya. Tetapi ada Pasukan Gelap di tengah-tengah mereka yang mengancam untuk membuatkan mereka terpisah. Sementara itu, dunia sihir telah menjadi tempat yang berbahaya bagi semua musuh Dark Lord. Perang lama-ditakuti telah bermula dan Death Eater Voldemort menguasai Kementerian Sihir dan bahkan Hogwarts, menangkap orang yang mungkin melawan mereka. Tapi hadiah yang mereka masih mencari adalah yang paling berharga untuk Voldemort iaitu Harry Potter. The Chosen One telah menjadi salah satu diburu sebagai Death Eater untuk Harry dengan arahan untuk membawanya ke Voldemort ... hidup-hidup. Harry satunya harapan untuk mencari Horcrux sebelum Voldemort menemuinya.

Tapi saat ia mencari petunjuk, ia mendedahkan sebuah kisah lama dan hampir dilupakan - lagenda Azimat Maut. Dan jika legenda ternyata benar, boleh memberi Voldemort kuasa tertinggi. Harry tahu bahawa masa depannya telah ditentukan oleh masa lalunya ketika, pada hari nahas itu, ialah menjadi "Boy Yang Tinggal." Tidak lagi hanya anak, Harry Potter adalah gambaran semakin dekat untuk tugas yang ia telah mempersiapkan sejak hari ia pertama kali melangkah ke Hogwarts: pertempuran akhir dengan Voldemort.

Juga Dikenali Sebagai:Harry Potter 7
Genre: Action / Adventure, Science Fiction / Fantasy, Adaptasi dan Sekuel Tempoh: 2 jam. 30 min.Release Date: November 19, 2010 (wide)


 nk simpulkan disini movie ni mmg TERBAIK!

i'll waiting next movie PART2 at 15july 2011 with my hubby :D




Ujian Saringan Kanser Payudara

3:22:00 PM 8 Comments A+ a-

Salam kalian...


harini daku ade mood nk berBLOGging...

alkisahnye sebab daku nk bagi healthtalk n health education utk kalian semua..
tapi pasal ape??

meh dengar citer~~
emm...tadi masa daku balik kojo tibe2 daku rasa mcm sakit je kt payudara daku ni..(maaf la lau kalian kaum adam..ini berkaitan dengan kesihatan ok!!) eh pasal ape pulak ni....takut da de....cuak lagi la....takut nk jumpa doktor n check! tapi sakit sangat2....rasa macam ade ketulan2.....apakah???
tp....daku takut nk jumpa doctor...malu pon 1 hal..takut nk terima kenyataan apakah diagnosis yg daku hadapi......maaf la yer nurse pon takut g hospital check tau!

so..........daku pon bukak la kitab daku masa student dulu....apakah tandanyer? apakah penyakit daku ni? apakah rawatan yg perlu utk suspek sesuatu?? wua..........seram!!

so sikalang daku mahu kalian tahu apakah kanser payudara?? adakah daku boleh digolongkan dalam penyakit ni?? harap-harap TIDAK ya kalian semua....
jom daku terangkan lebih lanjut utk kefahaman kalian yg dhormati :)


Apakah yang perlu daku dan kalian tahu mengenai kanser payudara?

  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.

Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?

Ya.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika kalian mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran...tp daku takut! huhu

  • Ketulan yang tidak sakit ~ tp daku punya sakit la pulak..
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan ~ NIL
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.~ NIL
  • Perubahan pada kulit ~ NIL
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam ~ NIL
(kesemua di atas TIADA dlm kategori daku!)

Bagaimanakah daku perlu melihat perubahan tersebut?


Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

  • Periksa payudara kalian dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala kalian dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.

Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?


PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg

Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg

Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpg

Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpg

Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpg

Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.


Berapa kerap seharusnya daku melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.


Apakah seharusnya daku/kalian buat jika daku/kalian dapati keadaan luar biasa?

Sekiranya kalian dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor kalian.


Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser tau.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.

Fibroadenoma :

Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :

  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography

(alamak.....ujian ini yg daku seram nk g check tu...huhuhu)


Apakah itu 'FNAB'?

Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/fnab1.jpg

Apakah itu 'Mammogram'?

'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/mammogram1.jpg

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah kalian berjumpa doktor jika kalian tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?

Ya, kami pihak hospital menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara kalian.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya kalian di diagnosakan mengidap kanser payudara, kalian perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:

  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy


Apakah yang perlu daku/kalian lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?

  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat kalian ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.


Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?

Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :

  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Apakah yang perlu daku/kalian lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?


Jangan risau ya. Sekiranya kalian sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan kalian menghidap kanser payudara, kalian boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika kalian berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah daku/kalian mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?

  • Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.

Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.

  • Urutan
  • Cara relaxasi

ok kalian semua sudah paham??
ape yg boleh di simpulkan..jgn takut utk menjalani ujian saringn kanser payudara sebab xsemua ketulan itu adalah kanser.....

Ok doakan daku sihat-sihat aje..Insyallah..

Selamat beramal (^_-)

ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je..

7:32:00 PM 0 Comments A+ a-

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.

6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.

6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh

6 bulan: Lama lagi ke kt dalam nih?

6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni

6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.

6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:

6 minggu: Baby, ada org call u nih..

6 bulan: Eh... Your call...

6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?

6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..

6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..

6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...

6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??



p/s: betul ke cmni?? (*_*)
jangan la jadi camni yer.........

Bajet Persediaan Perkahwinan

7:03:00 PM 2 Comments A+ a-






Bagaimana hendak memulakan bajet perkahwinan eh? Tentu agak memeningkan kan? Aduhai....Setiap bakal pengantin sudah tentu mempunyai majlis impian kita sendiri kan. Berapa bajet diperlukan? Bagaimana pula hendak mereliasasikan majlis impian kita mengikut bajet?

Tip yang paling utama daku dapat ialah perlu rajin meninjau dan membuat perbandingan harga. Sekiranya perlu, kalian boleh buat sendiri (DIY) beberapa kelengkapan perkahwinan seperti bunga telur, gubahan hantaran, pelamin, dsb.. untung la kalau kalian kreatif....jimat la bajet...macam daku xpandai la kot...huhu

BAJET MINIMA (RM)

1 Yuran kursus pra perkahwinan ---- RM80 - RM100
2 Cincin tunang -- RM300 - RM400
3 Cincin kahwin --- RM800 - RM1000
4 Barang kemas ---- jika perlu
5 Wang mas kahwin ---- ikut negeri
6 Wang upah kadi --- RM150 - RM200
7 Kad jemputan kahwin - RM0.50/sekeping - RM1.00/sekeping
8 Setem untuk pos kad jemputan --- RM0.60/sepucuk
9 Wang hantaran --- ikut persetujuan
10 Sirih junjung ---- RM45 - RM60 (DIY lagi murah)
11 Kain ela ---- RM60 - RM80
12 Baju kurung --- RM80 - RM150
13 Telekung & Sejadah -- RM80 - RM100
14 Senaskah Al – Quran - RM15 - RM30
15 Beg tangan --- RM60 - RM150
16 Kasut --- RM60 - RM150
17 Jam tangan --- RM100- RM200
18 Set penjagaan badan --- RM40 - RM60
19 Set alat solek --- RM80 - RM100
20 Kek hantaran ---- RM80 - RM200
21 Buah-buahan --- RM30
22 Coklat --- RM20 - RM40
23 Potpurri --- RM20
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah --- RM20 - RM40/dulang
25 Hiasan bilik tidur ---- RM800
26 Pelamin ---- (bahagian andaman)/ RM500- RM800
27 Bunga telur --- RM2.50 - RM5.00/batang
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar --- RM1500 - RM2000
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja (bahagian katering) / RM350 1 kemah
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga (bahagian katering)
32 Set makan beradap (bahagian katering)
33 Penanggah (bahagian katering)
34 Katering --- RM8 - RM11 /sekepala
35 Upah kumpulan kompang --- RM300
36 Upah DJ --- RM400
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat -- RM1.00 - RM2.00/satu
40 Upah juruandam ---- RM1500 - RM3000


ni cuma anggaran~ selebihnya terpulang la pada kalian...daku pun masih mencari-cari,meninjau pelbagai bajet lain...
ok....adiossssss!

hanya padamu

11:26:00 PM 0 Comments A+ a-





Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi

Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci


Gembira...lalala

10:31:00 PM 2 Comments A+ a-


yeah.......
daku gembira...
jika kamu tepuk tangan..yeah..yeah
jika kamu gembira hentak kaki...
jika kamu gembira begini la caranya...
jika kamu gembira tepuk tangan hentak kaki...
hahahahahaha

gembira sangat-sangat..
sangat-sangat gembira...
dapat spent time sama2 gan hubby..
dapat lepaking tepi pantai gan hubby..
yeah gembira...
tiada yang membuatkan daku gembira
melainkan bersama si dia..

~DIALAH BERTAKHTA DI HATI~



Sekian terima kasih :)

p/s: tak sanggup rasanya berpisah gan hubby ble die blek sabah kelak...hukhuk :(

lelaki kaki KIKIS! baca ni! xpatut!

8:41:00 PM 0 Comments A+ a-

Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Salon tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....

Surprise Malam Raya??

9:31:00 PM 4 Comments A+ a-


salam kalian :)


nk kongsi cter malam raya ni.....
baru jap tgh sedap2 makan rendang nasi impit kuah lodeh
malam raya ni..
tibe-tibe daku dapat panggilan tepon dr si hubby..

hubby: ayang...kat luar hujan tak?
daku: tak hujan la yang..nape?
hubby: tengok la kat luar betul2...

daku pon tgk la luar umah....astaga!! mahu nk gugur jantung...nasib la daku tak de sakit jantung! hubby kat luar rupenya sambil tengah calling gan daku la ni! hish.........pe lagi nak jerit serupa xjerit! nk marah serupa xmarah....tp nak kata ape ek?? emm......(sambil garu kepala)


buka pagar daku terus la cubit n pukul die!! geram sgt2!!
da r blek semenanjung xbagitau ble balik!
flight arini pon xbagitau gak nk balik!
jgnkan kata sampai KLIA n PeeDee ag la xcakap!
hishhhhh......

tahu x! daku ni rindu gler2 kt hubby!
da la hubby duk merantau jauh kt sabah tu... setahun sekali baru balik...
ni balik pon xcakap...mahu xterkejut beruk daku ni!
(nasib xjadi beruk lagi..huhuhu)

jahat!! budak jahat!!
da terkena...terkena demam cinta...
jahatnya kamu!!
(tgk lagu stacy da kuar dah)

mmg daku kena surprise gler2 malam ni!
xsangka tul hubby balik semenanjung!!
nak2 datang umah daku malam2 ni wat suprise
sambil hadiahkan coklat cadbury!


so romantic la hubby ni!
ni buat ayg syg lbh kt abg ni! ahakssss :P

arghhhhhh...rindu gler kt hubby!
ok....hubby da blek untuk bercuti ni..
so daku nk manfaatkan cuti dia gan kua bersiar2... hikhikhik....
sbb daku gan hubby bukan selalu jumpa...
jarang sangat2....
daku kat semenanjung hubby keje kt sabah!
(
sila la kalian jgn jeles ya)
kesihan daku kan...hukhuk :(

yg penting xmo sedih2...nk happy je sepanjang hubby cuti
pada kalian doakan daku di panjangkan jodoh bersama hubby
murah rezeki hubby dapat la tukar balik semenanjung..
harap2 sgt...
Amin...

Mekasih kalian atas supporter kalian semua...
daku syg kalian :)

tadaaa....
selamat hari ghaye yer.....

take care ^_-



p/s: rumah daku dengan hubby dekat jo...dlm 5minit da sampai..kadang2 sampai hubby leh joging je dr umah die ke umah daku :P tu cter zaman muda2..huhu

Selamat Hari Raya Aidiladha

6:19:00 PM 0 Comments A+ a-


~Labaik Allahumma Labaik Labaika Lasharika Laka labaik inal hamda wan naimata laka wal mulk lasharika lak~
Panggilan haji...telah tiba lagi,menunaikan ibadat,panggilan Baitullah...tanah suci Makkah....Selamat Hari raya Aidiladha :)
Musim haji tiba lagi....menyedari diri banyak sungguh kekurangan diri,daku sentiasa memunasabah diri... belajar untuk memahami orang lain melalui kekurangan diri sendiri.. belajar juga bahawa dalam hidup ini kita boleh hidup bersendirian. Ia merupakan 1 penyatuan dan berjemaah dalam hidup ini.. Daku perlu belajar untuk membina keyakinan diri melalui pengalaman orang lain dan jadikan iktibar serta belajar untuk melaluinya,bahawa setiap yang Allah turunkan sesuatu ujian itu untuk memperkasakan iman di dada setiap hamba-Nya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kalian ini akan menjadi tetamu Allah dan termasuklah yang kini sedang menjalani ibadah haji di tanah suci mendapat rahmat-Nya. Menjadi tetamu-Nya yang istimewa dan diterima semua ibadah mereka dan pulang membawa sebuah kejayaan iaitu HAJI MABRUR! Amin.....




Selamat Hari Raya Aidiladha

BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!

10:16:00 PM 2 Comments A+ a-



Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, kalian sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.


Haaa, adakah kalian ternganga bila tiba2 tau kalian sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

8:03:00 PM 22 Comments A+ a-

Salam kalian...:)


image[3]

baru kejap daku jenguh2 di blog list daku, terlihat plak my beloved follower mengENTRY kan blog Abg Ben Ashaari edisi khas untuk blogger baru...so nak katakan daku pon yg memang baru gak la dalam bidang berBLOGGER ni. nk join berkenalan..

pergh....blog Abg Ben Ashaari tetap jadi first in ranking yang update blog.. memang rajin beliau ni… sekejap je da ade entry terbaru...cayalah bro :)

Ok, kali ni Abg Ben Ashaari nak tolong blogger-blogger baru macam daku ni untuk promote blog dan sekaligus merapatkan hubungan selain dapat kawan baru..bagus la tu kan..

Oklah kalian.... kepada kalian bloggers yang datang menyinggah disini, jangan malu-malu untuk berbalas komen dan chating gan daku selain tu pengikut setia daku ye.. Selamat datang ke blog

♥inTereStinG StoRiEs AbouT Me♥


Blog kesayangan ♥inTereStinG StoRiEs AbouT Me♥

  • nurazizahyahaya
  • 22tahun
  • nurse d hospital..jeng..jeng..jeng..
  • ade akaun FB..add la yer :)
  • peramah sesuai la jadi misi
  • sedia mendengar luahan,masalah dll la
  • baru lagi dalam bidang berblog ni
  • selamat berkenalan kalian :D

JOm sama-sama kita berkenalan di dalam BLOG :)

Kalau sy da xde . . . . :)(Sediakan Tisu Sebelum Membaca)

7:38:00 PM 2 Comments A+ a-

Kalau sy da xde . . . . :)(Sediakan Tisu Sebelum Membaca)


Errmm . . Actually daku paaalinggg xsuke bace ksh sedih . . .

Nanti mst nanges ... sebab daku ni cembeng! Hahahaha

Tp tetibe terjumpe cerita ni mase round2 kt site blkg Home Facebook td . . lalu post kan kt Blog..LALALA ~

So , sape yg kuat nanges . . sila jgn bace . . :)



Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"

Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..

Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...

Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..

Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....


HAAAAAAAAAAAAAAAAA ! Da bace ke ??? Sedihkan ???

Huuu~ Pasni xnk da bace ksh2 sedih . . . . T..T

Mmg xkn . .

Semoga jadi pengajaran utk kite semua . .


pesakit kurang..

3:42:00 PM 0 Comments A+ a-

Syukur
Alhamdulilah...

hari ini keje shift pagi...
pt xramai...
pagi 5 org je..blek tengahari 4 org..
admission 1 org
total = 2pt dlm 1 wad!..

best...harap selamanya pt sikit...
hehehehe :P

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

3:15:00 PM 0 Comments A+ a-

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

by Blog Oh Malaysia!

Sumber: Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat






SUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU..

10:11:00 PM 0 Comments A+ a-

SUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU..

~PERKAHWINAN~

Satu ketika kau bertanya..

.......................

sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna

dan terjaga hendaknya..

........................

sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................

sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar daku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu dtg

air mataku ada yg menghapuskan..

............................

sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku

agar daku terus berada di atas jln yg benar

.............................

sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..

agar bila daku kelesuan

kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)

.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku

agar daku boleh berbicara apa sj dgn mu

tnpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian

agar daku boleh ketawa riang

Satu ketika daku menjawab...

"Ya, Daku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,

daku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika daku sudah tidak seperti dulu?

.................................

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti

daku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu..

Jika daku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,

menemanimu

memerhatikanmu,

mendidikmu

membelamu,

menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Daku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Daku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Daku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

3:10:00 PM 0 Comments A+ a-

Jika kalian memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kalian mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kalian LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kalian dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kalian memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kalian MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kalian meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama kalian dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati kalian. ...

Jika kalian menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluan kalian. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kalian menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kalian cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kalian memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kalian terlalu mengaguminya dan janganlah kalian menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kalian untuk menerimanya.... akhirnya kalian KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kalian MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kalian akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kalian telah memiliki sepinggan nasi... yang kalian pasti baik untuk diri kalian. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kalian berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kalian tidak boleh memakannya. Kalian akan menyesal.

Begitu juga jika kalian telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kalian. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kalian berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kalian akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kalian juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~