Shawl Halfmoon Glitter Dari Kak Intan Berlian

12:03:00 PM 11 Comments A+ a-


Baru baru ni terima parcel berwarna putih di alamat kampung..


Parcel dari kak ina blogger intan berlian... kak ina dah pm siap2 nak pos ke alamat mane.. dan memandangkan daku pulang kat kg sekarang ni.. senang pos ke sini ja..

Shawl halfmoon glitter pink kelabu gitu memang cantik! Sesuai pakai apa jenis baju..  daku dapat shawl ni sebab hadiah top komen blog kak ina.. ♡♡♡

Lepas sihat dan kuat untuk berjalan ni nak try pakai shawl. Ramai pula bagi shawl tapi tak pandai pakai... hehehe


Terima kasih kak ina.. selamat dah jijah komen pukal blog kak ina semalam.. harap takde tertinggal komen entry yg lain.. hehehehe


Di Semenanjung Sudah Cuti Sakit Appendiks

2:47:00 PM 17 Comments A+ a-


Lepas admit wad buat pembedahan apendiks minggu lalu.. klik baca.  terus seminggu tak update blog... sory kawan2 blog...

Sekarang ni jijah berada di semenanjung cuti sakit selama 2 minggu. Masa balik semenanjung hari tu di temani encik suami dan anakanda zulhakimizaim..

Buat pembedahan apendik mcm pembedahan bersalinkan hakimi 6bulan lepas.. tapi kali ni ada 3 lubang laparoscopy dan satu lagi potong pendek sikit dari czer dulu.. jadi paham2 jela berparut sudah perut ni....tu sebab tak boleh bergerak sangat..

Sekarang ni nak dukung,peluk hakimi pon tak boleh sangat.. hilang nikmat seorang ibu nak gomol2 anaknya bila sakit..huhuhu

Mudah2 jijah cepat sihat,kuat supaya dapat bermain2 dengan hakimi macam selalu.. inshaaAllah..



Hari ni juga papa balik sabah... takde teman hakimi bermain sebab mama sakit.. emm terima kasih papa sudi jaga mama semasa mama sakit... hanya Allah mampu membalasnya... amin..

P/s: laptop lupa bawa.. update guna note2 agak kekok sikit...huhuhu tak dapat nak bw.. sory kawan2...



Sakit: Pengalaman Pembedahan Apendiks

8:36:00 AM 24 Comments A+ a-


Mesti kawan2 blog ramai yang tak tahu lagi yang semalam jijah menjalani pembedahan apendiks..
Actually asalnya pagi ahad 16/3/14 sakit keracunan makanan sebab makan karipap yang di jual di depan punch card hospital. Tengahari tu dah start sakit perut,muntah2,pening kepala macam nak pitam. Cek tekanan darah pon low. Dada berombak kencang.. jadi terus pergi kecemasan hospital masuk drip NSaline.. nurse bagi ubat tahan sakit,ubat muntah. Terpaksa suruh orang cover keje smpai habis keje. Bila balik keje ok mcm biasa. Kurang sikit sakit..

Tetiba pagi isnin 17/3/14 jam 5am nak bangun pergi keje pagi sakit perut memulas2 tiba-tiba.. rasa macam kontraksi tu. Telefon sister wad tak dapat datang keje. Dari pagi sampai jam 2petang bergolek2 atas tilam menahan sakit. Kesian hakimi tak dapat layan dia, dia main sampai tertidur atas lantai. sejuk mozek tu.. kesian hakimi :(

Dalam sakit-sakit tu gagahkan diri hantar hakimi ke rumah pengasuh. pergi klinik swasta terdekat masih sakit bahagian perut doktor masuk drip Nsaline juga 2botol tapi sakit kat perut masih tak hilang.. bisa sangat bila di tekan. Dalam jam 6 petang terus staff kat klinik tu hantar pegi kecemasan hospital likas dengan surat referral.. kat sana doktor buat scan,xray abdomen dan dada tapi tak nampk masalah.. tak sangka pula lepas pemeriksaan doktor kata apendiks sebab belah kanan terasa sakit bila di tekan..

Masih tak kurang terpaksa refer ke Hospital Queen Elizebeth 2 bahagian surgical malam tu juga. terus kena tahan wad untuk pembedahan segera. minta tolong kawan rieya dan suami datang sampai tengah malam mereka temankan ke wad. Hakimi pula terpaksa tidur rumah pengasuh. semalaman kena puasa hanya berbekalkan iv drip.

Encik suami emergency balik dari labuan tengahari sampai. dia ambil hakimi kat rumah pengasuh dan minta tolong rieya dan suaminya jaga.

Dan semalam 18/3/14 jam 4 petang-9 malam terus emergency pembedahan apendiks under GA. salin baju putih untuk pembedahan, pakai cap. huuh kecut perut masuk bilik bedah ooo. masuk bilik bedah ramai doktor menunggu. tanya nama dan doktor ukur mask untuk oksigen dan tiub ETT. apendiks kan under GA jadi kena intubate masuk tiub dalam mulut.  Terus langsung tak sedar diri bila doktor masukkan bius..



Sedar-sedar dah siap prosedur dalam jam 10 malam tu hantar ke wad dari OT. bukan saja kena tebuk 3 lubang untuk laparoscopy malah kena potong rupanya. kesian daku wei~

Masa tu guna tiub kencing. rasa tak selesa nak kencing. bagitahu nurse,dia buka tiub kencing tu. Bila tiub kencing dah buka boleh la jalan pegi tandas. oh ya under GA lepas habis bius tak sakit. tak macam bersalin pembedahan dulu under spinal. nak gerak pun payah. ok sambung balik.. Nasib baik encik suami ada tapi kesian dia sepanjang malam tak tidur lena asyik kejut dia setiap 1 jam nak buang air. turun katil dia pegangkan tangan takut jatuh. pimpin la sampai depan bilik air dan tunggu. masa ni terasa pengorbanan seorang suami. "terima kasih abg! jasamu terlalu besar jaga ayg sakit.. sobsob *lap air mata*"

Hari ni rabu 19/3/14 dah boleh makan sikit2.. nak pastikan kentut atau buang air besar baru boleh balik. Harap2 dapat la kentut.. huhuhu

Terima kasih kawan2 yg doakan jijah kat fb.. terima kasih mertua dan makayah yang mendoakan jijah.. terima kasih pengasuh dan mama angkat hakimi rieya  sudi jaga hakimi sepanjang malam. Doakan jijah terus di beri kesihatan yang baik dan cepat sembuh. Siapa sangka nak sakit tetiba macam ni..

Allahuakbar!


update: hari khamis 20/3/14 dah discaj dari wad. mc 2 minggu balik semenanjung berehat.




next entry: Cuti Sakit Appendiks




Hakimi Dah Naik Walker.. Hehe

8:00:00 AM 18 Comments A+ a-




Pon pon pon... hakimi ada kereta viva... merah menyala u ollss... :p
sempena hakimi 6 bulan 10/3/14 hari tu mama belikan walker...
Tengok umur bawah hakimi semua dah naik walker.. hakimi 6bulan baru mama nak beli.. 
okla kan.. lagi lambat lagi bagus sebenarnya.. tapi mama yang beria-ia nak naikkan hakimi...huhuhu -_-



papa kata mama manjakan hakimi.. membazir belikan.. sebab rocker,playgym beli tapi tak guna..
emm mama kata setahun nak dapat hakimi apa salahnya buang duit untuk dia.. huhuhu -_-"
tu tandanya sayang mama kat hakimi! pahala tu belikan barang untuk anak.. betul tak... ngeee~~


Solid Food: Aksi aksi Si Comel Hakimi Makan..

11:34:00 PM 15 Comments A+ a-


1st solid food mama buatkan hakimi puree epal.. semangat tengok anak soleh ni makan.. 
berselera even puree epal ni ada masam sikit...




masam la mama....... hahaha :P


2nd day bagi lagi puree epal tapi kali ni mama letak susu sikit jadi tak la rasa masam sangat.. 
hakimi makan dengan lajunya... comel!


siap pegang tangan mama lagi suruh suapkan :)




untuk 1-4hari ni.. jijah guna 4day rules bagi puree epal... so far lulus.. hakimi hari2 poo poo.. lawas jugak tu... hehe

avocado tak jumpa la kat pasaraya sabah ni.. next kena bagi pisang la jawabnya..


p/s: maaf atas kesulitan tak dapat view gambar entry ni dari pagi tadi..



Hadiah Istimewa Dari Encik Suami

3:03:00 PM 22 Comments A+ a-


Teringin sangat nak pakai handphone smartphone yang ada android..
last beli handphone Ninetology guna Rebat 200..[klik
so beritahu encik suami niat di hati ni nak beli handphone Samsung Galaxy S4/S5..
macam best jer kan... tapi tak terbeli beli... huhuhu

nak di jadikan cerita weekand lalu encik suami balik weekand dari Labuan..
tak di sangka-sangka dia hadiahkan Samsung Galaxy Note 2 untuk isteri tercinta dia ni.. 
pehhhh terharu sesangat! 



sejak ada handphone baru ni... kat facebook,instagram,we chat penuh gambar hakimi jer... hohoho
suka pulak upload guna handphone baru ni.. laju je..
upload kat IG pastu ke facebook.. memang best!
almaklumlah jakun sebab baru buat instagram.. muahahaha :p
sila lah follow IG daku: azizah_1112 :)

terima kasih encik suami/encik papa! i love u so muchhh! xoxo :p


Si Bujang Mama Sudah 6 Bulan

11:25:00 AM 19 Comments A+ a-


Anak-anak ni cepat membesar kan..
lupa yang dulu masa kecik-kecik dalam pantang dia berjaga malam-malam.. mama jadi mata panda..
sekarang hakimi dah pandai adjust masa tidur sendiri.. tidur malam lena sampai ke pagi :)

berbalik kepada asal,
Alhamdulillah hakimi sudah 6bulan!
besar sudah anak bujang mama tu! makin sihat makin bijak makin comel nampaknya... hahahaha

checkup 6bulan 2hari:
berat: 8.4kg
panjang: 68.5cm
lilitan kepala: 44cm
next TCA: 14/5/14
imunisasi: -Hepatitis B Dos 3
  -Measles



oh yer... untuk 6bulan hakimi kena jarum 2x.. satu kat lengan iaitu measles dan satu kat peha iaitu Hepatitis B...
measles ni hanya vaksin kat sabah je tau! kang jangan ko cakap kenapa anak aku takde cucuk measles 6bulan?? haaa aku cubit kang... mihmihmih :p

kenapa?
sebab kat sabah ni banyak penyakit campak.. jadi kena la prevent mereka.. lagi satu jarum measles akan sebabkan demam.. harap-harap hakimi sihat hendaknya...

tak kisah la orang nak cakap hakimi obes! janji anak mama ni sihat dan paling penting comel!
dan syukur Alhamdulillah sampai 6bulan ni hakimi sihat dan belum di timpa penyakit.. syukur!



LifeinSabah: Renew Insurans Kereta

2:34:00 PM 11 Comments A+ a-






Lama tak update pasal MyPE tu...
sejak myPE kat sabah banyak betul kerosakan.. jalan kat sabah ni tak berapa elok.. huhu
dulu yang myPE langgar divider.. tangki minyak hitam pecah pon tak baiki lagi.. mahu memakan RM3k tu.. mana nak cekau duit... sobsob :(

kat sini nak servis kereta kena make appoitment dulu.. 
telefon proton nak servis berapa kilometer dan bila tarikh nak appoitment tu.. nanti dorang tengok jadual... kalau tak penuh baru la boleh selit..
tapi bila servis tunggu hampir separuh hari.. pehhh berjanggut wei tunggu!
selalu jijah servis kat Proton Servis Inanam..

actually nak cerita dah dua tahun renew insurans kat sabah ni.. 
Alhamdulillah renew insurans dan roadtax kat sini murah.. roadtax RM72.. kalau kat semenanjung RM90 kan kan...

insurans myPE mati setiap 24/11..
tahun 2011 kat semenanjung RM1254
tahun 2012 kalau kat semenanjung RM1059
tapi masa ni dah tinggal sabah maka insurans perlu bayar RM799 berbanding RM1059..
see.... banyak betul bezanya kan... suka suka :P

then tahun lalu 2013 insurans perlu dibayar RM581 cover untuk RM42000
jijah renew insurans ni dekat Asia City depan Centre Point Kota Kinabalu Sabah.

mula-mula datang sabah dulu terkejut juga kenapa insurans kat sabah murah..
agen insurans kata sebab kat sabah tak ada highway dan tol!
ooooo  patutlah....patutlah orang sabah banyak pakai kereta.........motor tersangatlah kurang hehehehe






PrayForMH370

8:39:00 PM 7 Comments A+ a-





"Ya Allah, sesungguhnya yang di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan.. 
Berikanlah sebarang tanda untuk pesawat itu untuk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU tempat kami mohon pertolongan.. 

آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن 


Panjang2kan lah doa ini .. Sbb kita tak tahu antara mereka yg membaca dan mengaminkan doa ini mungkin orang itu doanya itu yg paling makbul ..amin yarabal alamin..










Anak Soleh Yang Mendoakan Ibubapa

8:00:00 AM 13 Comments A+ a-





Apabila mati anak Adam, maka terputuslah semua amalan.
Kecuali...
Salah satunya ANAK SOLEH yang mendoakannya..

Moga permata-permata ini menjadi penyelamat dari api neraka. Amin...


sumber: facebook


Pahala Seorang Ibu

3:41:00 PM 12 Comments A+ a-




Bertuah menjadi seorang ibu bukan..
jadi jangan la mengeluh :)



Bila Anak Boleh Mula Di Beri Makanan?

4:01:00 PM 19 Comments A+ a-


Segelintir ibu bapa berasa keliru tentang hal ini. Umur berapa paling sesuai untuk mula memberi makanan? Berapa banyak yang perlu diberikan? Apa jenis makanan yang perlu diutamakan?

Akademi Pediatrik Amerika menyarankan makanan pepejal perlu diperkenalkan kepada bayi pada umur 4 hingga 6 bulan secara berperingkat. Ia juga bergantung kepada tahap kesediaan dan keperluan nutrisi bayi anda.

Berikut adalah antara tanda-tanda bayi anda sudah bersedia untuk makan!



  • Bayi anda sudah boleh duduk (dengan sokongan) dan mampu mengangkat kepala dan lehernya sendiri
  • Berat badannya sudah bertambah 2 kali ganda!
  • Bayi anda semakin berminat untuk me’rebut’ makanan yang anda sedang makan
  • Si kecil sudah boleh menyimpan makanan yang disuap ke mulutnya tanpa meleleh keluar.
  • Ingin menyusu dengan lebih kerap dan cepat lapar

Apa pula makanan pertama yang paling sesuai?

Antara makanan awal yang sesuai untuk bayi adalah;

1. Bijirin bayi seperti nasi atau oatmeal

Ibu bapa perlu memilih bijirin yang diperkaya dengan zat besi. Ia mudah disediakan; hanya campur dengan susu formula atau susu badan . Ia juga sangat mudah untuk dicerna oleh bayi.


Puri lobak

2. Puri Sayuran dan Buah-buahan

Menurut pakar, buah-buahan seperti avokado, pisang, lobak dan ubi keledek merupakan antara pilihan yang terbaik sebagai makanan pertama bayi di antara 4 hingga 6 bulan. Mungkin lebih baik jika buah dan sayuran pilihan kaya dengan zat besi seperti bayam dan kekacang

Ia bergantung kepada pilihan ibu bapa untuk menentukan apa makanan awal yang ingin diperkenalkan kepada si kecil mereka. Apa yang penting adalah memastikan makanan yang diberi kaya dengan nutrien dan si kecil sudah benar-benar bersedia untuk menerima makanan pertamanya.




p/s: yey! hujung minggu ni hakimi dah boleh makan~