Teratak Az: Dah Dapat CF atau CCC

9:00:00 AM 10 Comments A+ a-





Certificate of Completion and Compliance atau CCC adalah Perakuan Siap dan Pematuhan. Dulu –dulu dipanggil Certificate of Fitness for Occupation atau CFO/ CF iaitu Perakuan Kelayakan Menduduki. Bila dah dapat CF itu tandanya rumah kita dah dapat Perakuan Siap dan Pematuhan di mana rumah dah disiapkan memenuhi ciri- ciri kesihatan, keselamatan dan kemudahan yang ditetapkan. Antara aspek yang dilihat seperti jalan (akses), struktur rumah, pembentungan, bekalan air & elektrik dan lain-lain.

Hanya sekeping kertas yang bertulis CCC. Alhamdulillah dah dapat bulan 2 hari tu..



Dengan sijil inilah pemaju dah siapkan rumah 100% dan boleh handover kunci pada pembeli tapi dari bulan 2 kuncinya belum dapat! alasannya tunggu elektrik dan air supply.

Bertabahlah lagi..ingatkan dah dapat CF kunci pun dah dapat! ni...kena tunggu lagi...


Posted via Blogaway

Home Progress: Home Defect Checklist

6:48:00 PM 5 Comments A+ a-


Lupa copy dari mana.. buat rujukan kemudian hari.. Halalkan ya..

Jom check rumah baru kita. Apa-apa pun, pastikan rumah anda telah mendapat sijik layak menduduki (CCC/ CF)

Cara memeriksa kerosakkan pada rumah baru anda dan PERALATAN yang diperlukan semasa check defect pada rumah: 


Masking tape - Tape yang kaler putih/cream tu. Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
Marker Pen - Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.
Kertas A4 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
Kayu kecil - Mengetuk setiap sudut tile sama bagi menguji simen padat ataupun sebalik. 


Apa perkara penting yang perlu kita periksa?

A) Air.

1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.

2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.

3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.

4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.

5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.

6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimik je).

7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.


B) Elektrik


1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius tu satu persatu..

2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun boleh... so kita boleh tahu mana satu yang problem..

3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak boleh nak tekan...

4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah.


C) Jubin (Tiles)

1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar..

2. Kalau ada yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...

3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...


D) Pintu dan Kunci

1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..

2. Tukar pintu belakang, pintu playwood tu tak boleh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..

3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu..

4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jangan simpan tangga kat belakang rumah...

5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak daripada luar...

6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..

7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..


E) Grill besi atau Geriji

1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti.

2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...

3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...

4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..

5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drpd luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..


F) Bumbung, atap atau ceiling (roof)

1. Kalau boleh naik atas tu, try tengok apa yang ada... mana la tau ada benda asing atau defect kat situ..

2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..

3. Pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta pemaju replace segera...

4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..

5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukan kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...

6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...


G) Tangki air

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..

2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install pemaju pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...

3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, mereka akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settlakan...

4. Paip limpah tu kena check juga, kalau pelampung rosak, air tu pegi mana...

5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...


p/s; Mudah-mudahan dapat membantu dari kita ditipu oleh kontraktor rumah yang membuat kerja ala kadar je.




Akaun Tabung Haji Untuk Nur Zahwa

8:30:00 AM 14 Comments A+ a-


Duit pemberian masa Majlis Cukur Jambul nur zahwa hari tu 
mama bukakan buku akaun tabung haji untuknya.

Kononnya nak buka akaun untuk SSPN dulu 
tapi alang alang dah pergi tabung haji buka sekali lah..



Alhamdulillah dapat tabung.. masa abg hakimi dulu takde stok..
lepas ni boleh la nur zahwa simpan duit dalam tabung ni.. 
nanti cukup RM1300 daftarkan haji pula.
Sayang dah daftarkan haji abg dia dulu.. kalau tak boleh pergi sama sama..huuu~~

ada rezeki lebih buka akaun SSPN pula..

Posted via Blogaway

Bila Nur Zahwa Di Sahkan Pneumonia

9:43:00 AM 13 Comments A+ a-



Nur Zahwa mula batuk batuk masa usia 21 hari. Nak kata keluarga dan kawan yang datang melawat yang tak sihat tak de la pula.. tapi tak pasti dapat penyakit dari mana.

Lepas checkup sebulan tanya doktor dia kata mungkin sejuk. Just tepuk belakang buat percussion je. Lepas kenduri cukur jambul masa usia dia 38 hari masih juga tak kurang batuknya.

Bayangkan batuk dia macam orang tak cukup nafas. Sampai merah muka terangkat angkat kaki. Kesian tengok keadaan dia begitu terus bawa dia pergi hospital. Masa tu usia dia 40 hari. Kira dua minggu la dia batuk tu..

Kat A&E bila cek oksigen 94% temp 38'c. Masa tu doktor suruh buat xray dan kena guna oksigen. Dah siap x-ray nampak banyak putih tandanya ada jangkitan kuman dalam paru paru. Terus kena warded.

Dalam wad nur zahwa kena on antibiotik selama 5 hari. makin hari makin bertambah sihat dan aktif. Pandai bermain. Pandai senyum bila di agah.



Alhamdulillah hari ke 6 nur zahwa dah boleh balik rumah lepas complete antibiotik 5 hari. selain tu rajin sapukan herbal krim tropika, letak bawang putih sebelah bantal..

Banyak faktor boleh jadi punca penyakit ni antarannya persekitaran, habuk, debu, sejuk kipas serta orang2 sekeliling yang tak sihat.

Cuma untuk peringatan buat diri sendiri dan anda jika rasa tak sihat tangguh dulu dari melawat bayi baru lahir. Bayi begini mudah jatuh sakit di sebabkan imun mereka masih belum kuat.







"Apa pun ujian yang mendatang, jangan risau. Ada hikmahnya dan ada jalannya. InshaaAllah.."




Nur Zahwa Si Botak Cin

10:36:00 AM 10 Comments A+ a-


Lepas Nur Zahwa cukur jambul hari tu memang plan nak botakkan dia.. tapi nasib tak baik dia warded pula..jadi tak nak  tangguh lagi, mama terus botakkan dia pada usia 46 hari..

dah la rambut zahwa jenis lebat semua tak berani nak botakkan..last-last  ke salon la kita.. pastu bawa rambutnya pergi timbang. 3.13gm juga  tu rambutnya tauu!!



bila botak ni mama gayakan zahwa dengan  headband  comel  comel la :) 
alahaiii.... rindu pula  rambut lebat zahwa ni...sobb~~



Moga rambut zahwa cepat panjang ..boleh mama dandan dan tocangkan pula...mihmihmih



Majlis Cukur Jambul Nur Zahwa

9:17:00 AM 9 Comments A+ a-





Majlis Cukur Jambul Nur Zahwa di buat sekali majlis bacaan yassin dan tahlil arwah pada 10 mac 2016 khamis malam jumaat. Masa ni usia nur zahwa 38 hari.

Majlis bermula lepas magrib dengan bacaan yassin dan tahlil. Dan selepas itu bacaan selawat sambil mengelilingi kariah surau untuk potong jambul.




Anak solehah nur zahwa tidur ketika ini. Alhamdulillah tak meragam.. abg hakimi pula awal2 dah pengsan dulu. Sabar jelahh..

Dengan ini selesai sudah aqiqah, cukur jambul anak solehah nur zahwa. Moga anak solehah nur zahwa menjadi anak yang solehah. Taat pada perintah Allah dan Rasul. Dengar kata ibubapa serta berjaya dunia akhirat. Amin..



Oh ya.. Terlebih dahulu daging kambing aqiqah nur zahwa di sedekahkan di sebuah masjid untuk majlis keilmuan..



Posted via Blogaway

Berpantang 44 hari

9:53:00 PM 11 Comments A+ a-



Alhamdulillah hari ni dah merdeka dari pantang.. hihihihi ehh.. sebelum tu nak tanya berapa lama yer selalunya berpantang selepas bersalin? ada yang kata 40 hari, ada yang kata 44 hari?

Macam daku 44 hari berpantang tapi tu pun bukan bermaksud boleh makan ikut suka selagi bf dan pantang akan diteruskan sehingga 100 hari.

-Pemakanan
Dalam masa 44 hari ni daku mengamalkan pemakanan no goreng-goreng, no santan, no pedas-pedas, no ais. Makan kena panas panas. Masak sayur pun main rebus2 jer sawi dengan lobak putih...ikan/ayam pulak panggang je tak pun buat sup (ikam haruan,ikan merah, ikan jenahak, ikan bilis) Makan pula tak boleh tambah 2 kali jadi kena letak nasi satu pinggan habiskan.sarapan pagi nasi, tengahari nasi, minum petang biskut/roti, makan malam nasi..Minum pulak air milo, horlick,kopi, air suam dan air rebusan longan dengan kurma.

-Mandian
Jangan duduk mencangkung, mandi duduk di bangku kecik. Selama sebulan mandi air panas rebusan herba beli bentuk uncang. Baru badan rasa fresh. Pakai bengkung moden (tak reti lilit) dengan param. Dahi di lumur pilis. Rambut ikat tinggi dan ketat. Memakai stokin. Berurut 3 hari siap sengkak sekali. Nikmatnya dapat urut satu badan. Anak sulung dulu urut gitu2 je sebab czer. 

-Darah nifas
Tiga minggu darah nifas dah kurang.. sebulan baru betul-betul suci. eh kira cepat ke lama tu??

-Jahitan episotomi
Luka gunting daku pakai ubat luka (Acriflavine) yang hospital bekalkan je. Tak berani nak letak manjakani tu semua. letak losyen tu pun kat pad. takut sakit punya pasal..huhuhu Alhamdulillah tiga minggu juga jahitan betul betul sembuh, kulit dah sebati. orang kata benang jahit akan tertanggal tapi daku tak nampak pula benang tu.. :)

Selain itu tukang urut pesan jangan menjahit, jangan membaca sebab ia akan menyebabkan rabun sebelum tua. (tapi main fb/blog gak) ampunnn mak!!

Jadi bila dah habis pantang 44 hari ni..daku tak perlu buat semua di atas.. dan boleh keluar rumah.. yeyyy!

tapi.. 

tapi...

berpantang akan di teruskan 100 hari,6 bulan dan setahun selagi kita bf! tp ingat kena berpantang 100 hari! iaitu berpantang dari bersama suami... jika nak badan sihat luaran dan dalaman dan secara tak langsung membaikpulih amggota intim kita.



Setiap pantang itu pasti ada sebab tertentu yang mana sebenarnya adalah tempoh untuk kita pulihkan semula tubuh badan kita dari segi kesihatan selain untuk kembalikan badan kepada bentuk asal..




Natural Inducer Untuk Cepatkan Bukaan Bersalin

8:30:00 AM 16 Comments A+ a-



Dua dua anak daku overdue. Anak pertama hakimi lahir 41minggu. Tu pun serah diri kat hospital dan kena induce. Anak kedua nur zahwa 40minggu 3 hari. Pengalaman overdue masa anak kedua hari tu buat daku ngeri sebab peluang untuk bersalin normal amat tipis. Masa vbac kaunseling hari tu doktor minta sign untuk setuju vbac. Dan buat surat referal ke hospital besar.. if 05/02/2016 daku tak bersalin juga..daku kena serah diri pada 05/02/2016 untuk di induce atau kena "paksa" bersalin. Daku dah pikir kalau kena induce.. jalan tak buka alamatnya czer la macam anak sulung dulu..huuu -_- 


korang bayangkan sehingga overdue, perut daku masih tinggi..doktor scan kata kepala baby jauh lagi, baby belom engaged. masa tu memang hampa.. nasib ada satu kakak (tq kak natasha) ni dia suruh buat exercise ni supaya baby cepat engage dan mudah turun ke laluan.. buat 2-3minit pun  jadilah tapi kerap.. memang sakit memula..lama-lama dah biasa.






Alhamdulillah berkat izin Allah daku cuba lepas 3 hari overdue dah bersalin..nasib baik!


selain exercise tu, ada macam-macam cara,usaha lagi di lakukan untuk NATURAL INDUCER ni antaranya


1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan 

2. Berbual atau pujuk bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. 

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan 

4. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah, mencangkung, jalan itik 

5. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. ini kerana air mani suami mengandungi prostaglandin yang menyebabkan rahim membuka.

6. Banyakkan berjalan, cukuplah berjalan di sekitar taman permainan. paling tak pun berjalanlah sambil menaiki tangga biarpun hanya setingkat dua. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak akan melonggarkan otot pelvik menyebabkan kontraksi berlaku. 

7. Cuba untuk buang air kecil dan air besar dengan kerap sebab pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar. 

8. Makan makanan yang tajam seperti nenas,jus nenas.. makan sikit tapi kerap

9. Minum air zamzam sambil berselawat 

10. Sepanjang hamil amalkan minum vco/minyak kelapa dara 

11. Amalkan minum marjerin+milo/ marjerin+minyak masak lebih lebih lagi bila bukaan dah besar

12. Setiap kali mandi, minum air hujung rambut sambil berselawat

13. Doa nabi yunus dan zikir al fatah jangan pernah miss baca

14. Memohon maaf pada suami.ibubapa dan keluarga mertua 



Semoga tips ini dapat membantu memudahkan proses bersalin nanti.

Kita merancang.. Allah menentukan juga! tapi tak salah kita berusaha, ikthiar untuk memudahkan bersalin..paling penting niat awal-awal lagi untuk bersalin normal. inshaaAllah Allah akan permudahkan...


Follow: @shakleebyazizah
Whatsapp: 013-2378013
SID 1200083
Your health & beauty consultant





Posted via Blogaway



Cradle Cap @ Kerak Pada Kulit Kepala Bayi

9:00:00 AM 7 Comments A+ a-


Korang tahu apa tu cradle cap?

Cradle cap tu sejenis masalah kulit yang kelihatan berwarna kekuningan, berkelompok, berminyak, keruping besar yang selalu menghinggapi kulit kepala bayi baru lahir. Ia seakan-akan macam kelemumur orang dewasa. Ia terjadi penghasilan minyak dari hormon ibu semasa mengandun.

Dari anak pertama dah kena. Biasalah rambut dari dalam perut lagi, so daku anggap benda tu biasa sebab dua orang anak daku ni jenis lahir rambut lebat. Lebih lebih lagi rambut belum di cukurkan lagi, lagi la banyak keruping2 tu.






Zahwa kan rambut lebat. Bila dia menyusu tu saja belek2 rambut dia..masyaAllah berkeraknya..!!daku ni jenis geram. Aku korek slow2 kasi tanggal. Mak daku marah sebab takut luka.


So tipsnya:

1. Kalau boleh basuh rambut bayi hari hari pakai syampu. Gosok slow slow. Tapi sebab zahwa baru sebulan..daku tak kerap syampukan dia..takut alergik pula. sekarang pun dia meruam

2. Lepas mandi, lumur minyak zaitun/baby oil/minyak vco dekat kulit kepala bayi.. bagi kembang.

3. Sikat rambut bayi guna sikat bergigi rapat. Gosok slow slow kat tempat berkerak supaya keruping2 tu tertanggal.

4. Ulang setiap hari sampai hilang


Posted via Blogaway

Doa dan Zikir Banyakkan Susu Ibu

9:00:00 AM 7 Comments A+ a-




Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkan susuku untuk bayiku dan permudahkan perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Amin ya robbal alamin..


Posted via Blogaway

Tips Untuk Dapatkan Anak Perempuan

8:30:00 AM 7 Comments A+ a-


Ada yang bernasib baik di kurniakan anak berpasang-pasangan. tak kurang juga yang mempunyai anak perempuan atau lelaki sahaja. jadi bila di kurniakan anak perempuan atau lelaki sahaja dah tentu next pregnancy nak jantina lain pula. 

Harus di ingat ya sperma suami yang akan menentukan sama ada bayi itu lelaki mahupun perempuan.

Bayi perempuan
  • Kromosom X
  • Bergerak lambat
  • Hidup lebih lama

1. Sperma X bergerak lebih lambat berbanding spema Y dan hidup lebih lama jadi untuk mendapat anak perempuan, persetubuhan perlu dilakukan dua atau beberapa hari sebelum waktu subur.

2. Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati untuk mendapat anak perempuan, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu/ diary produk seperti cheese dan yogurt.

3. Ambil makanan berasid

4. Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

5. Lakukan hubungan seks pada waktu siang

6. Untuk mendapat anak perempuan, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

7. Amalkan doa ini



sebab itu kebanyakan pasangan pengantin baru akan lahirkan anak perempuan yang sulung..sebab mereka masih malu-malu pada awalnya.. wallahualam..





Minyak Kelapa Dara (VCO)

9:00:00 AM 24 Comments A+ a-




Sejak mengandung lagi daku amalkan Minyak Kelapa Dara As syifa'. Minyak yang di ruqrahkan dengan 30 juzu' AlQuran serta ayat Syifa'. 



Antara Kebaikan MINYAK KELAPA DARA AS-SYIFA untuk ibu hamil ialah:


1. Sebagai minyak selusuh untuk mudah melahirkan anak.

2. Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.

3. Membantu proses bersalin menjadi mudah dan normal

4. Memberikan tenaga luar biasa kepada ibu mengandung.

5. Membantu merawat dan memulihkan strechmarks.

6. Mengurangkan mabuk hamil 'morning sickness'.

7. Memperbetulkan kedudukan bayi songsang.

8. Mengurangkan risiko-risiko seperti bayi pramatang , operation semasa bersalin.

9. Menjadikan kulit bayi anda bersih, gebu , sihat dan comel.

10. Sebagai minyak urutan perenium untuk mengurangkan koyakan ketika melahirkan anak.


Daku ambil jenis cecair kerana:

1. Lebih mudah di serap
2. Lebih banyak kandungan minyak
3. Boleh di sapu di perut dan perineal



Cara penggunaan:

Ambil 1 sudu besar pagi dan 1 sudu besar petang selepas makan.

Boleh beli online fb Minyak Kelapa Dara D'aura.


Alhamdulillah bila amalkan Vco ini HB di tahap normal, melawaskan pencernaan paling menarik dapat bersalin normal walaupun sebelum ni czer.. sampaikan doktor pakar O&G terkejut daku duduk dalam labour room 2jam je dah bersalin..padahal sebelum ni tak pernah bersalin normal jadi dia bajet bukaan lambat ibarat anak pertama. Dia siap cakap awak amalkan apa-apa ke cepat bersalin? Rahsianya minyak kelapa dara ni.. Alhamdulillah...


*minyak vco ni pun skip2 makan masa pregnant.. kalau regular makan mesti tak kena episotomi/gunting masa bersalin hari tu.. kikikiki *


Nur Zahwa Genap Sebulan

4:23:00 PM 9 Comments A+ a-




📅 2 mac 2016
Nur Zahwa 31 hari

Alhamdulillah~





Kejap je anak solehah nur zahwa ni dah sebulan..rasa macam baru semalam mama turun tanda dan bertarung dengan kontraksi... tahu tahu keluar dah dak kenit nih..

nasib la berat dah naik 3.7kg. masa 20 hari 3kg je.. padahal lahir 3.21kg.. oklah naik! kalau tak, mama cukup risau..

imunisasi sebulan pun sudah 💉. menangis kawkaw punya. tak macam abglong dulu "ek" je.. kikikiki

dah ada perangai baru suka berpegang.. bila letak menangis.. lagi satu suka di peluk. nak-nak bila masa baring menyusu dia nak peluk je..

sekarang ni batuk pula. macam batuk tak lepas. demam selsema takde. bila malam-malam kalau terbatuk cepat-cepat mama dirikan dia tepuk belakang dan perhatikan nafas dia.. fuhh punya risau! sekarang buat garlic oil.. pakai vick tak jalan..nurse kata mungkin sejuk. jumpa doktor, doktor suruh tepuk2 belakang je..


semoga nur zahwa di beri kesihatan yang baik., membesar dengan sihat dan kuat..amin...