Friday, October 6, 2017

Wangian Mempersona Dengan Enchanteur Stunning


Assalamualaikum korang!


Lamanya tak update blog.. rinduu! tapi jangan risau jijah tetap ingat anda semua! 
Terima satu bungkusan..excited! teruja! 
bila buka terserlah wangian dari haruman kotak baldu penuh ekslusif.. disamping taburan bunga bungaan yang mempersona!
inilah dia Enchanteur Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona :)



Enchanteur Stunning Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

Produk Enchanteur tak pernah mengecewakan. tu sebab ia bertahan jangka masa yang lama..jom kita tengok apa di sebalik kotak ini..


Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Wangian Enchanteur mampu menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

Bak kata Author C.Joybell C 

“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian...”


Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood.



ENCHANTEUR Stunning Eau De Toilette
Boleh didapati pada harga RM 28.20 (termasuk GST) bagi setiap botol 50ml




Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.



ENCHANTEUR Stunning Perfumed Body Lotion
Boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM 5.40 hingga RM 17.60



ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Roll-On
ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40.




ENCHANTEUR Stunning Perfumed Deo Mist
ENCHANTEUR Deodarant hadir dalam pelbagai bentuk/format iaitu stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM 4.90 hingga RM 8.40.



ENCHANTEUR Stunning Perfumed Talc
Boleh didapati dari harga RM 4.40 hingga RM 11.80






Nampak tak botol wangi ni, cantik kan. Boleh nampak bentuk botol ni seperti bentuk badan wanita. Hah!!, ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT iaitu berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya.
Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.





Saturday, September 30, 2017

Hakimi Sudah 4 Tahun




Wahai anakanda..
Wahai pujaan hati semua
Wahai putera papa mama
Wahai anak arjuna beta
Andai engkau kenal dunia
Andai engkau kenal semua
Mohon kekal akhlak anakanda
Mohon kekal jangan tersia
Anakanda comel sudah dewasa
Anakanda soleh bakal tercipta
Andai doa dapat di baca
Andai kasih kekal sentiasa
Doa anakanda baik2 sentiasa....

Noted: 10 tahun lagi..harap hakimi boleh baca ni sendiri!! Takut lepas2 ni mama tak boleh wish mcm ni..... 😊

Selamat hari lahir sayanggg
Zulhakimi Zaim,
Mama doakan semoga hakimi di panjangkan usia,
Di kuatkan iman & takwa pada Allah dan Rasul..
Di murahkan rezeki..
Di beri kesihatan yang baik..
Di anugerahkan kejayaan & kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Jadi anak yang baik, cerdik dan petah..
Jadi anak penyejuk mata mama dan papa


HAPPY 4rd BIRTHDAY ZULHAKIMI ZAIM 

Thursday, September 28, 2017

Berjimat! Gaji Awal Penjawat Awam Bulan Oktober.

Bala!
Gaji awal masuk pula 11 oktober nanti di sebabkan perayaan deepavali 18 oktober.
Ini secara tak langsung sela dari 11oktober hingga 23 november selama 42 hari. OMG!!

Berjimatlah wahai rakan-rakan penjawat awam.
Pertama sekali dapat gaji 11 Oktober tu, settlekan bil bil, simpanan kemudian peram sampai 25 Oktober. Dah tiba tarikh, baru gunakan. Itu caranya kalau tak nak cepat susut. Disiplinkan diri ye.

Semoga bertabah..


Wednesday, September 27, 2017

Cashout Nuffnang 2 Tahun


Assalamualaikum.. salam sayang korang..

Sesungguhnya zaman bujang tak sama zaman mak anak tiga ni.. banyak kekangan masa untuk berblog. 

selama 7 tahun berblog walaupun tak dapat earning yang banyak tapi rezeki dari pengiklanan itu ada. 

2010 start berblog.. 
2011 mula jadikan nuffnang sebagai medan pengiklanan
Alhamdulillah setiap lebih kurang 6bulan dapat cashout nuffnang rm100++




2013 Selepas berkahwin mempunyai anak sorang, masih aktif berblog..berblogwalking blog kawan-kawan.

2015 Mengandung anak kedua dan seterusnya blog semakin di lupakan :( dah jarang menulis..join giveaway kawan-kawan, blog review pun banyak tertangguh..

2017 Hari ni buka balik akaun nuffnang masih ada earning selama dua tahun rm76.19. elok lah dah hujung bulan terus cashout. 

kita start 0 balik.. semoga iklan bertambah tambah lepas ni.. jadi mood blog sila lah datang..


tq korang!




ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan | Sememangnya kita sudah tahu pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.


Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari. 




Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!


Dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.


Produk ni menawarkan 3 variasi wangian yang menarik iaitu: 



ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.



ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 

• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 



Jadi wanita, walaupun sibuk di rumah mahupun di pejabat, bukan alasan lagi untuk jaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi seluruh negara dengan harga RM11.90 (termasuk 6% GST) bagi saiz 220ml.


Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari 

atau


Sunday, September 17, 2017

Berhabukk!





Fuh..fuh...!!
MashaAllah berabuknya blog ni..
Rindu..
ya Rindu nak tulis tentang diri..
Rindu nak tulis tentang anak,,
Rindu nak tulis tentang sekeliling..


Masuk anak tiga sibuk..
Sibuk uruskan hal rumah
Sibuk uruskan anak anak
Sibuk dengan kerja hakiki
Sibuk dengan bisness online..


Alhamdulillah rezeki
Rezeki anak yang ramai..
Rezeki dengan kerja hakiki
Rezeki dengan bisness..
Cuma tak de rezeki nak hadap blog!!


Maafkan saya :(
Selamat berjumpa kembali..
Jangan pernah lupakan cik azizah blog -_-"






Thursday, August 31, 2017

Tuesday, August 8, 2017

Kembali Bekerja..



Assalamualaikum.




Yeahh.. dah kembali bekerja setelah 60 hari cuti bersalin.. 

eh kenapa 60 hari je??

bukan 90 hari??

hakimi dan zahwa dah ambil cuti 3 bulan. jadi untuk haadziq daku ambil 2 bulan je sebab kalau ada rezeki nak anak 4 orang. jadi ada balance lagi 60 hari nanti untuk yang ke 4 :) kan perkhidmatan awam 300hari je cuti bersalin sepanjang perkhidmatan.

nasib la bersalin normal tanpa jahit jadi badan cepat recover. 2 bulan pun cukup. 

mula bekerja start la lemau dia. rindu anak anak. 

takpe.. loading lagi.. lama lama nanti ok la.. hahahaha



Thursday, July 20, 2017

Bengkung Moden Atau Bengkung Lilit


Bengkung Moden vs Bengkung Lilit??

Dua dua bengkung dah merasa.

Masa mengandungkan hakimi beli bengkung lilit rupa2 nya bersalin czer. jadi tak pakai pun bengkung lilit tu. pastu kawan suggestkan bengkung moden. so belilah jugak. 




Bengkungmoden ni boleh pakai khas untuk bersalin pembedahan.  ia dapat membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Paling penting dapat sokong/ampu bila kita bersin, batuk. tak lah rasa sakit.

pastu buat pembedahan appendix pula kat sabah. pakai balik bengkungmoden ni untuk support perut sepanjang perjalanan dari airport KK ke KLIA. pheww~~ Alhamdulillah takde masalah :)


tapi bila bersalin normal anak kedua, bengkungmoden tak berapa sesuai.sebab tak grip kuat!



tukang urut ikat kemas dan ketat sampai nak buka pun tak boleh. cuma satu jelah leceh nak buka dan pakai balik bila pergi tandas. hihihi

dan anak ketiga berpantang sendiri pakai bengkungmoden sebab takde sapa nak pakaikan.. huhuhu nastijahnya perut muncittt... wuaaaa :(

kalau cakap berdasarkan pengalaman daku, better bengkung lilit sebab dia grip betul2 perut n punggung kita. so peluang nak buncit takdelah janji konsisten pakai.

anda bagaimana pula??



Wednesday, July 19, 2017

Saturday, July 15, 2017

Anak Reject Botol Susu


Padan muka sendiri, hujung bulan nak masuk kerja. umur satu bulan baru nak ajar botol feeding kesudahnya si baby ni refuse botol feeding pula, Tak nak hisap botol susu! 

Bila suap reject suap reject dia punya menangis macam kena pukul. sampai mengalir air mata. kesian sangat. tapi daku pun jadi stress sebab dia tak nak hisap. dah la naik kerja tak lama lagi..jadi buntu! 

hari tu mungkin dia dah lapar sangat. dia nyonyot gak botol susu.. kesudahnya tengah-tengah pagi tu menangis 1-2jam tak henti henti sampai ke pagi! bila daku google rupanya kembung perut! mungkin angin dari puting susu.. kesian sangat dia..huhu

Terlambat ke mama bagi botol masa usianya sebulan??
dari pembacaan 2 minggu sebelum mula bekerja masa paling sesuai ajar untuk ibu yang bercuti 2 bulan. sekarang mama ajar masa usianya sebulan.. pun dah jadi confuse!



dah try Avent tak jalan.. Tommie Tippie reject.. NUK pun tak jalan.. ramai suggest Pigeon..
so korang ada pengalaman macam ni takk??minggu depan naik kerja dah ni.. :(





Monday, July 10, 2017

Zul Haadziq Sebulan


27 jun 2017@ 3 syawal lalu genap sebulan anak ketiga daku. Alhamdulillah..
alahai masa sekarang kejap je.. baru je bertarung dengan contraction. tup tup sebulan dah.




checkup lambat hari tu sebab raya masa tu so tunda sehingga dia berusia 40 hari. 
berat lahir 3.02kg--> masa 20 hari 3.2kg--> 40 hari 3.8kg. berat tak naik banyak. janji sihat syukurlah :) 100% susu ibu.  imunisasi HEP B pun sudah. BCG dah nampak tanda. 



ini budak kuat mengempeng.. pura2 tidur. bila letak atas tilam menangis.suka sangat berpegang.. huhu

tapi apa yang mama risau sekarang.. dia tak nak hisap botol! puas pujuk bagi tapi dia tolak balik puting tu dengan lidah.. mama sangat buntu.. sebab hujung bulan ni nak kerja dah.. -_-

ramai suggest botol pigeon.. jijah belom beli lagi. korang ada pengalaman tak??


Wednesday, June 28, 2017

Raya Aidilfitri 2017



Belum terlewat lagi kan nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua. Salam kosong kosong ye..!

Raya Aidilfitri 2017 ini penuh bermakna buat kami sekeluarga kerana hadirnya cahaya mata baru dalam keluarga ku.. Alhamdulillah. Syukur Selalu! :)

Walaupun masih dalam pantang lagi, sempat juga mengenakan baju raya sedondon satu keluarga. Buat syarat bergambar katakan :p 



Siapa kata dalam pantang tak boleh beraya?? Nasib lah dua dua belah keluarga kampung dekat dari rumah sendiri jadi dapat la beraya di rumah mak ayah sendiri kemudian ke rumah mertua. Dalam rumah duduk diam2 tunggu orang datang beraya. hihihi




Di kala orang lain makan sedap sedap, daku hanya makan berlaukkan sup sawi dan ikan singgang. kalau lapar makan la biskut cicah kopi. lepas pantang kita makan sedap sedap. masih mood raya lagi. raya kan sebulan :P

Raya kedua dan seterusnya berehat saja di rumah sambung balik pakai kain batik berparam dan pilis serta berstokin. turut kesian pada suami dan anak anak la sebab tak dapat berjalan raya. sob~~

Raya keempat suami dah mula bekerja. 


Itu jer cerita raya kami tahun ni. Raya korang macam mana pula?? mesti meriah kan..?



Friday, June 23, 2017

Persiapan Raya 2017




Berbaki 2 hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika ini pasti ramai sudah pulang ke kampung halaman masing masing. Yang mana masih dalam perjalanan. berhati hati ketika memandu.. 

Bagaimana persiapan raya korang tahun 2017 ni?? Tema apa?

Persiapan daku tahun ni ala kadar saja kerana menyambut raya dalam keadaan masih berpantang. Bertabah lah..

Baju

Recycle saja baju raya tahun2 lepas. masih elok di pakai. cuma tambah baju peplum zahwa dan baju rompers haadziq.


mujur lah sebelum bersalin sempat shopping baju jalan anak2 ketika ada sale di Aeon Seremban 2. 




Duit raya 

Duit raya RM200 dah siap tukar RM1 dan RM5 untuk anak buah dan anak anak yang datang beraya di rumah nanti. 

Biskut Raya

Memandangkan dalam pantang memang tak buat lah biskut raya. jadi biskut raya beli dah siap. tu pun beli tiga jenis je. 

Itu saja persiapan raya ala kadar ku.. mood raya daku ke laut sebab dalam pantang.. sangat2 rugi. tak dapat nak masak rendang kerang di malam raya. makan apa tah lagi. suami pula tak nak beraya tanpa isteri dia ni. harap2 hakimi dan zahwa dapat beraya tanpa mama di sisi. 

eh! bagaimana persiapan korang pula..jom share!

Thursday, June 22, 2017

SAFI SHAYLA Syampu Wanita Bertudung



SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG

#HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA





Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.


Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan,






Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.



Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.


Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


Nak dekat raya ni, jadikan Safi Shayla ni sebagai sahabat anda supaya rambut anda kekal wangi biarpun bertudung sepanjang hari..


Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari laman laman berikut :

Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram SAFI : @safimalaysia 

Web SAFI : www.safi.com.my






Sunday, June 11, 2017

Pengalaman Bersalin Normal Anak Ketiga


Alhamdulillah.. syukur sangat bersalin anak ketiga ni di permudahkan oleh Allah. Bersalinkannya sangat senang, mudah, progress yang cepat, tanpa ubatan dan paling penting takde koyak mahupun jahit!

Actually ikut period due 25 Mei tapi bila scan jadi 4.6.2017. so mana-mana pun boleh. Konon nak anak lahir sama birthday 24hb so start aktiviti untuk natural induce antaranya makan nenas, squatting, ketuk ketampi, jalan itik, minum air hujung rambut, makan bendi, turun naik tangga dan tawaf satu mall..  tapi tak juga dia keluar.. So daku pasrah je lah. 

Ahad 28 Mei 2017, 2 Ramadhan

Gigih bekerja sampai lah hari Ahad 28 Mei 2017. Sempat sahur. Masa ni syif pagi, hati rasa berat mak pergi kerja.. nak EL atau MC tapi takde alasan kukuh.

sampai tempat kerja dah rasa lain macam, ke hulu hilir jalan. rasa tak selesa perut minta kawan sekerja  tolong kira contraction. rupanya 2 in 10!!

atas nasihat kawan2 daku pun call suami suruh jemput untuk ke HTJS. hantar anak-anak kat rumah mak, buka puasa minum milo+planta untuk tenaga dan melicinkan bukaan. 

Sampai Hospital Tuanku Jaafar (HTJS) daftar kat PAC, ambil urin dan cek contraction. Doktor cek VE baru 2cm. Kena lah admit ward tengahari tu.



Waktu melawat 4.30pm-7pm

Suami temankan jalan-jalan sekitar wad. tengok tv dalam masa yang sama contraction tetap datang on & off. habis waktu melawat suami nak buka puasa kat luar dan nak balik PD sekejap. ok lah benarkan, tapi tetap pesan dengan dia cepat2 datang takut malam bersalin.

10.30pm

Sakit contraction makin kerap, tak senang duduk, baring, berguling guling atas katil...sambil restless sambil berzikir, doa nabi yunus tak putus-putus. whatsapp suami, dah dalam perjalanan.. ok la boleh tahan contraction ni sampai suami datang.

11pm

Suami sampai, serius memang tak tahan sakit gila!. suami panggil nurse minta kira contraction, nurse datang suruh buat VE. Sekali buat VE dah 6cm kauu, dengar juga doktor cakap dah rupture!! kelam kabut nurse bawa strecther nak tolak ke labor room. suami dah tunggu kat labor room.

11.30pm

itu ini pasang branula, ambil darah, masuk drip, pasang CTG. sakit contraction. doktor cek VE dah 8cm, pecahkan air ketuban terus fully 10cm.

suami masuk labor room.. nurse cakap puan kalau nak teran, teran je yer..teran tarik nafas sambut tarik nafas lagi push.  tak tahu bape kali push dah.,

11.43pm

rasa nak give up tapi suami tetap bagi semangat akhirnya keluar juga anak soleh Zul Haadziq tu pada jam 11.43pm seberat 3.02kg tanpa jahit!.yang pasti tak angkat punggung masa push. then suami azan dan iqamatkan Zul Haadziq kat situ juga sambil nurse buat kerja, doktor keluarkan uri.


2 pagi

Dah boleh masuk ke wad.
Keesokan tengahari dah boleh keluar hospital!




Zul Haadziq
28 Mei 2017 @ 11.43pm
3.02kg


Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan bersalin kali ni,. sangat senang dan cepat!


Terima kasih kepada semua doktor, para jururawat di PAC HTJS, ward 3A serta Labor Room bilik 10 yang conduct kita malam tu..


Terima kasih atas layanan baik. bagi semangat ketika kita sakit nak bersalin. suami pula dapat temankan sama. Jasa baik kalian hanya Allah mampu membalasnya.. teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik!


Bersalin di Hospital Tuanku Jaafar memang terbaik, wad dan Labor room yang selesa! sangat recomended bersalin kat sini :) Alhamdulillah...




Monday, June 5, 2017

Alhamdulillah..Assalamualaikum Zul Haadziq


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur pada Allah.. daku selamat melahirkan anak ketiga seorang bayi lelaki 39 minggu pada 2 Ramadhan 28.05.2017 jam 11.43pm seberat 3.02kg secara normal di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.




Hari ni dah 8 hari, maka kami namakannya Zul Haadziq Bin Zulkhairi Syafiq bermaksud Yang Bijak/Yang Mahir.

Syukur segalanya begitu pantas, sakit petang, malam bersalin. bersalinkannya begitu mudah 11.30pm di Labour Room 11.43pm bersalin tanpa koyak dan jahit! tanpa epidural, ubat tahan sakit mahupun gas entonox.

Terima kasih semua yang mendoakan yang baik baik buat daku dan anak soleh ini..Alhamdulillah selesai kisah 3rdpregnancy daku.. kita teruskan untuk berpantang pula!

Selamat berpantang buat diri sendiri.. inshaaAllah daku akan share pengalaman dan tips bersalin anak yang ketiga ni ye...



Friday, June 2, 2017

Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri RM500





Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. 

Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya 


***Alhamdulillah rezeki anak anak.. boleh la shopping online baju raya anak3 nih..***





Thursday, May 25, 2017

Kombinasi Nama Anak Lelaki Edisi 2



KOMBINASI NAMA LELAKI EDISI VIRAL v2


Sedang mencari nama ANAK LELAKI? 
Bukan senang nak dapat makna yang tepat dalam bahasa arab & transliterasi yang betul bila dirumikan. Yang ni 100% trusted source. Jadi kepada sahabat-sahabat dan sedara mara yang tengah mencari nama untuk bakal anak tu boleh ambik dari sini. 
Kredit to #NNIYB.


1. 'ADRIY (عدري) ZAREER (زرير) - KEBERANIANKU YANG BIJAK. ('Adriy sebut ad ri bukan ed ri)


2. 'ADRY FAAIZ - KEBERANIAN YG BERJAYA 


3. 'AFWAN ALEEF KEMAAFAN YG PENYAYANG


4. 'AQEEL (عقيل) ZIHHEED (زهيد)- YG SGT BIJAK YG ZUHUD (sebut zih hiid/zih hiida) 


5. 'AREEQ (عريق) SYATHIR (شاطر) - YG BERKETURUNAN MULIA YANG BIJAK


6. AADIM (آدم) KAAMIL - YG MENYATUKAN HATI YG SEMPURNA


7. AIDI MUKHLIS - KEKUATAN YG IKHLAS


8. AIDIY NAZHEEF ( نظيف ) - KEKUATANKU YG BERSIH


9. ALFIY IRSYAD -SERIBU PETUNJUK


10. AMEER (أمير) GHUFRAN- KETUA YANG PEMAAF


11. AMEER (أمير) JIYYAD - KETUA YG BAIK


12. AMNAN NAZHAN - PEMBERIAN KESUCIAN


13. AREEZ AMZAR (أمزر) - KETUA YG CERGAS/YG RAJIN/YG MULIA/YG AKTIF


14. ARFIY KHAYRAN - HARUMAN KEBAIKAN


15. DAANIY (داني) HAKEEM- YG DEKAT YANG BIJAK


16. DARYAN DAALIF (دالف)- PENGETAHUAN YG BERTERUSAN


17. DAYYAAN (ديان) MULHIM - PEMERINTAH YG MEMBERI INSPIRASI (Dayyaan - sebut dai yan)


18. FARHAT (فرحات) WAAFIY (وافي) - KEGEMBIRAAN YG SETIA


19. FIRMAN IBTISAM - KATA2 SENYUMAN


20.HAARIZ HAAZIM - PENJAGA/YG MENJAGA YG TEGUH


21. HARIS ZHAFRAN - PENJAGA KEMENANGAN


22. ‘IFFAT AMAANIY - KESUCIAN IMPIAN


23. IHSAN (إحسان) KALIF(كلف) _ KEBAJIKAN YG PENYAYANG


24. IKRAM DAREER - KEMULIAAN YANG BERSINAR


25. ILMAN HADIF - ILMU YG BERWAWASAN


26. IYAAN AZZAM- SAKSI YG SANGAT BERAZAM


27. IYJAZZ RAZEEN - YG RINGKAS YG TENANG/ YG FOKUS


28. IZHFAR ILHAAMI - KEJAYAAN INSPIRASI KU


29. ‘IZZ HAIMAN -KEKUATAN CINTA YG MENDALAM


30. ’IZZAT HILMI - KEKUATAN KELEMBUTANKU


31. KHAYR (خير) JAZLAN (جزل) - KEBAIKAN YG BAIK PENDAPATNYA (Khayr sebut khoi r)


32. LUTHFI IKHWAN -KELEMBUTAN PERSAUDARAAN


33. MISYAARI (مشاري) MUHRIZZ (محرز) - AHLI IBADAT /YG MEMILIKI PENAMPILAN YG BAGUS DAN INDAH YG MENANG


34. NAFAL NABREES - ANUGERAH YG PANDAI/YG TELITI


35. QAYL (قيل) AADAMIY - PEMIMPIN YANG LEMBUT (AADAMIY sebut aa da miy)


36. QAYL (قيل) QAREESH (قريش)- RAJA/KETUA YG BERANI (Qayl sebut qoi l) (Qareesh sebut qo reesh)


37. RAEES (رائس) 'AADIL (عادل) - KETUA YG ADIL (sebut raa is)


38. RAFEEQ SHAREEF (شريف) - TEMAN YANG MULIA


39. RAQIY SOFWAAN - YG TINGGI YANG SUCI


40. RIFDAN RAADHIY - PEMBERIAN/ANUGERAH/PERTOLONGAN/SOKONGAN YG BAIK/YG MENYENANGKAN/YG BAGUS


41. RIFQIY (رفقي) QAYYIM (قيم) - KELEMBUTAN YG BERNILAI


42. RIYAN `AMMAAR (عمار) - KEPUASAN YANG WARAK


43. SYAFIN (شفن) HAADIF (هادفة) - YG BIJAK YG BERWAWASAN


44. TAAJ RAZEEN (رزين) - MAHKOTA YG TENANG (Taaj sebut Taj)(Razeen sebut razin bukan razen)


45. WAALIF (والف) WASIY - SAHABAT YG BERPESAN


46. ZAHRIN ALEEM- YG TERANG YANG TAHU


47. ZALFAN ADRIN - DARJAT KEBERANIAN


48. ZAMEEL (زميل) ZANEEQ - TEMAN YG KUAT/YG MULIA (ZAMEEL Sebut Zamil bukan Zamel)


49. ZAYN (زين) DAARIS (دارس) - KEINDAHAN YG BELAJAR (Zayn sebut zai n bkn zen or zin or zain)


50. ZHAREEF (ظريف) DAANIY - YG MENYENANGKAN YANG DEKAT (Zhareef sebut sebut zho reef)


"NOTA KAKI ejaan double ee, ii, aa tu baca 2 harakat macam kita mengaji tu. 
Nama yang ada tanda ` maknanya kene sebut dengan huruf ain. 

Kredit: #NNIYB



Wednesday, May 24, 2017

Selamat Hari Lahir 29 Tahun Azizah



Pada tarikh ini 24 Mei 2017 daku sudah menjangkau ke usia 29 tahun. Alhamdulilah. 
semakin meningkat dewasa.. tq Allah masih panjangkan usia daku.. tak lama lagi dah 3 series.. OMG!!

Terima kasih korang yang sudi wish birthday daku di facebook ^___^ semoga Allah membalasnya..

Sebenarnya daku tengaah menunggu hari untuk kelahiran cahaya mata ke 3.. tapi nampak gayanya adikbaby belum sedia nak keluar dan tak nak kongsi birthday sama2 dengan mama.. huhuhu

Mungkin mengikut jejak abg n kakaknya yang overdue.. mungkin juga nak sambut ramadhan tak lama lagi..
walau apa pun semoga daku dapat bersalin normal nanti.. Amin,,,

Menangis terharu kerana dapat hadiah special dari encik suami.



Terima kasih suami.. muahhh ketat ketat :)

Doaku di hari kelahiran ini,  daku dapat bersalin normal, selamat dan keduanya sihat. moga Allah perkenankan.. Amin...



لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."


"Hasbunallah Wani'mal Wakîl Alallahi Tawakaltu"

~Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah~


Moga kita berdua dipermudahkan, anakanda mama keluar dengan sihat n selamat ye anakku sayang... 
Amin~



Monday, May 22, 2017

Set Berpantang: Apa Yang Terbaik??




Masa anak pertama tercari cari Set berpantang yang terbaik. puas survey macam-macam set bersalin tapi akhirnya jatuh cinta dengan Set Bersalin shaklee selepas pertama kali menggunakannya. Bila mengandung dan seterusnya bersalin anak kedua still makan set hamil dan set bersalin shaklee. alhamdulillah badan bertenaga, aktif ketika pregnant!


Shaklee ni pilihan ibu mengandung masa kini.. kat facebook ramai yang berniaga.. laku macam pisang goreng.. Ramai memilih set ini kerana semestinya Set Berpantang yang SELAMAT, SEMULAJADI dan SEMESTINYA BERKESAN dengan harga yang BERPATUTAN untuk ibu-ibu semua.


Kenapa perlu pilih SET PANTANG SHAKLEE ni?

💖Tak seperti produk lain yang banyak pantang larang dan kesan sampingan.
💖Tak perlu takut anak terkena jaundice atau penyakit kuning.
💖Boleh dimakan hari pertama sejurus selepas bersalin.
💖Bonus untuk ibu yang menyusukan anak dimana kulit anak lebih gebu dan cantik.
💖Boleh merawat penyakit buasir ibu.
💖Yang penting luka bersalin/pembedahan cepat baik!


Dalam pantang nak kena berjaga malam. menyusu anak setiap 2 jam jadi memerlukan badan yang kuat dan bertenaga. Kadang kadang badan kita ni luaran nampak cantik, dalaman belum tentu sihat. 

Yang paling penting, produk Shaklee ni bukan macam jamu ye, tak de effect negatif kat anak walaupun ibu menyusu, bukan dalam pantang je boleh makan. selepas pantang pun still boleh makan. 


Set Berpantang Shaklee mengandungi:-



❤ Vitalea - Mengelakkan rasa pening/mudah pitam, memulihkan tenaga dan membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk ibu

❤ Vitamin C - Tingkatkan imunisasi badan ibu serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

❤ Bcomplex - Menstabilkan hormon, mengelakkan ibu dalam pantang dari stress dan sakit kepala.

❤ Ostematrix - sumber kalsium yang penting untuk mengelakkan sakit/lenguh-lenguh badan, elak cramp, bagi tidur lebih lena, elak sembelit. Salah satu milk booster jugak.

❤ ESP- Membantu menguatkan rahim, milk booster, kulit cantik, berikan lebih tenaga, hilangkan stretch mark, kawal selera makan untuk jaga badan bagi slim balik.


TESTIMONI 



Badan bertenaga, Cergas, Elak Meroyan!


Muka tak pucat, tak nampak macam dalam pantang, luka cepat sembuh, susu banyak


luka jahitan cepat tanggal, rahim cepat kecut, susu meriah



CARA MEMBUAT PEMBELIAN 
SET BERSALIN SHAKLEE


CARA 1


Klik ke SET BERSALIN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


Cara 2 

Jika anda berminat, sila hubungi:

Azizah
Whatssap : 013-2378013 

Anda layak menerima:
➔ Jadual cara makan
➔ Dos yang betul
⇒Konsultasi percuma