2:00:00 PM
Iklan Hari Raya Kementerian Kesihatan Malaysia
2:00:00 PMSedih bila aku teringat balik setiap tahun pagi raya orang bersiap pergi masjid...aku bersiap pergi keje... nasib tahun ni dapat beraya a...
Sedih bila aku teringat balik setiap tahun pagi raya orang bersiap pergi masjid...aku bersiap pergi keje... nasib tahun ni dapat beraya alasan untuk bersalin.. tu pon tanpa suami kerana tugas dia pula sebagai pejuang negara! beraya la dia dan kawan-kawan di perantauan Sabah tu..
tapi aku tetap bangga.. aku nurse.. dia tentera! takde langsung JELES dengan org lain yang dpt beraya suamiisteri setiap tahun..
Sedih... bila anak tanya Mak Mane??
aku harap anakanda aku paham kerjaya mama dan papanya bila besar nanti.. InsyaAllah :)
Baru sekarang aku tengokk videoclip yang menghargai jururawat...aku bangga menjadi seorang jururawat walaupun bertugas di hari raya...
aku bangga menjadi isteri tentera walaupun dia bertugas di hari raya...
itulah di katakan pengorbanan...
Salam Lebaran untuk semua jururawat yang bertugas di seluruh Malaysia....