Saturday, January 31, 2015

Welcome Back Url http://nurazizahyahaya.blogspot.com :)


~sticky post~

Sejak ada anak ini, nak uruskan rumah, anak dan kerjaya paling mencabar!
dengan anak yang sibuk nak tekan-tekan keyboard mama.. siap montot atas keyboard buat mama rasa... grrrr!!!~~ [sampaikan keyboard tu tertanggal huruf2.. :'( ]

maka update blog bila perlu saja. tu pun entry tah apa-apa je. tak ada isi langsung. huhuhu *kekangan masa membuatkan tak ada idea nak tulis juga*

Dan akhirnya... selepas puas berfikir akhirnya daku revert juga ke blog URL lama iaitu http://nurazizahyahaya.blogspot.com . 



Belum sampai setahun guna domain sendiri www.ziezah.com . sayang sebenarnya sebab ini hak kita sendiri. inshaaAllah sampai satu masa nanti betul2 guna domain...



Dah dah.. "Selamat Kembali URL lama kuuu..." ngeeee~~


p/s: jangan lupa update url lama jijah ni yer http://nurazizahyahaya.blogspot.com/ dalam bloglist korang.. mekasihhh ^___^~~





Friday, January 30, 2015

Thursday, January 29, 2015

Adik Ipar Kini Bergelar Guru


Setelah 5 tahun menghabiskan belajar di Maktab! 
kini Alhamdulillah adik ipar akan menaburkan baktinya sebagai pendidik untuk anak bangsa tercinta :)



sayangnya... dapat posting di negeri Sarawak! abg n kakak ipar pindah semenanjung dia pula dapat sana..

apa-apa pun selamat menjadi cikgu! jadi cikgu syafiqa baik2 ya..ajar anak2 murid jadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara!

hari ni lapor diri di KL. esok fly ke Sarawak! take care dik ^___^




Tuesday, January 27, 2015

Resepi Electric Lunch Box [ELB]:Bubur Tomato Ayam Brokoli


Lagi nak share resepi yang telah daku buat untuk makanan hakimi dengan menggunakan Multifunctional Electric Lunch Box ni.


Bubur Tomato Ayam Brokoli

1. Masak bubur nasi + krismis angkaan ganjil
2. Tomato, ayam potong dadu
3. Air 120ml letak body ELB
4. Brokoli steam kat bahagian layer atas. keluarkan awal takut overcook 
5. Tunggu 45minit-1jam lampu akan mati bila air kering dan siap




hasilnya sedap!!

sangat mudah dengan menggunakan Electric Lunch Box ni.. sambil tunggu makanan siap masak. boleh la buat kerja lain..





Monday, January 26, 2015

Sunday, January 25, 2015

Selamat Berhujung Minggu


Lambatnya baru update. Padahal da hari ahad pun.. grr!!


Nasib la weekand ni dapat off sebab isnin- jumaat ari tu kerja opis hour. Alhamdulillah weekand pertama setelah pindah di semenanjung.. dapat pergi jemputan kahwin dan majlis cukur jambul. Merasa juga nak makan nasi minyak.. hihihi

Sejak papa kursus kat lumut ni. Sibuk betul dia.. sebulan lebih tak jumpa papa. Nasib la ada si teruna hati ni sebagai ganti. Teman mama selfie. Hehehe




Ehh apa aktiviti korang weekand ni? Mesti memenuhi jemputan majlis2 perkahwinan atau pun majlis keraian lain juga kan.. cer citer... ngeee~~


Friday, January 23, 2015

Give Away Syiling Peringatan Jubli Intan TLDM


klik banner untuk join



"Saya perlu memiliki Syiling Peringatan Jubli Intan TLDM kerana ianya sangat berharga untuk warga tentera laut. Saya mahu jadikan koleksi tanda kenangan yang suami pernah berkhidmat dalam perkhidmatan ini.



Tarikh Give Away: 21 Jan 15 - 30 Jan 15


wish me luck!!
Sedia Berkorban!!





Bolehkah Bawa Stroller Ke Dalam Kapal Terbang?


Sebelum daku pindah semenanjung hari tu, merata tanya orang bolehkah bawa stroller masuk ke dalam kapal terbang??.. yela dari tempat check in ke ruang menunggu then berjalan sampai ke tangga kapal terbang ambil jarak yang jauh. lebih-lebih lagi nak dukung si hakimi ni memang semangat la.. jadi dengan menggunakan stroller ia memudahkan bawa anak. tetapi masalahnya bolehkah bawa stroller hingga ke dalam kapal terbang??

ok.. masalah selesai bila daku sendiri ada pengalaman bawa stroller ni dengan Air Asia.. tapi ni buat dari KotaKinabalu-KLIA2 untuk bawa stroller ni:

1. Bawa stroller sampai tempat check in/lugage 

2. Bila check in, stroller akan di lekat tag bagasi

3. Stroller tu korang boleh sorong sampai ke tangga kapal terbang

4. Sampai tangga kapal terbang korang kena lipat stroller dan letak tepi tangga nanti krew kabin masuk stroller dalam kargo

itu masa nak pergi.. lepas kapal terbang mendarat prosedur sama juga macam nak pergi..

1. Krew kabin akan letak stroller korang kat tepi tangga kapal terbang atau terowong keluar dari pintu kapal terbang (KLIA2) dan korang boleh la sorong stroller tu sampai ke kereta..



mudah nak bawa anak dengan stroller kan.. tapi paling penting stroller korang ringan dan mudah lipat. huhuhu




Thursday, January 22, 2015

King Sany Burger

Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
King Sany Burger telah beroperasi di ipoh sejak dari tahun 2006. Sejak dari itu ianya terus berkembang maju dengan penambahan menu bagi memantapkan lagi perniagaan beliau. Di antara menu yang top adalah burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Lokasi
Lokasi utama perniagaan adalah di Jalan besar Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak ( Berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Pegoh)

Koordinat : 4.532233, 101.069841
Link Google Map
( rujuk peta )

Beliau turut menyediakan servis delivery ke rumah sekitar pengkalan pegoh, ipoh  kepada pelanggan nya. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan burger, bolehlah hubungi beliau seperti tertera di bawah ini.
Call/Whatsapp : Sany 019 544 1909

Sehubungan dengan itu, dengan usahasama dengan blog MyCherita. Pihak beliau telah sudi menawarkan hadiah sempena pelancaran Menu Baru Produk keluaran King Sany Burger Burger Super King untuk tahun 2015 bagi segmen giveaway MyCherita


Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.


Segmen Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh Segmen:
15 Jan 2015  hingga 27 Jan 2015 [23:59PM]

Hadiah:

T Shirt Exklusif dari King Sany Burger x 5
MUG Exklusif King Sany Burger x10
 PEN  Exklusif King Sany Burger x10
Voucher Burger dari King Sany Burger x10
Topup RM10 x 3

Jom Join Segmen GA ini..Klik Banner atau link dibawah ini Untuk Join

Hadiah Baju Untuk Hakimi Dari Blogger Ayut

Kemain posing lagi budak kecik tembam ni bila dapat hadiah...

Serba hijau... suka pula tengoknya..

hadiah baju+bip comel tu dari blogger ayut hidayah...

mama cakap,hakimi mama nak ambil gambar tunjuk kat aunty ayut... 
Tu yang dia posing gaya diatas tu..  comel posingnya tanda terima kasih aunty ayut ♡♡♡

Btw macehhh ayut... moga Allah murahkan rezeki untuk ayut sekeluarga.. amin..



Wednesday, January 21, 2015

Penuh Barang Pindah Di Rumah Mak


Sementara menunggu rumah siap hujung tahun ni terpaksa la tumpang barang barang pindah di rumah keluarga.

1 set kerusi jati, meja tv jati, peti sejuk, mesin basuh, mini peti sejuk dan beberapa kotak masih dalam balutan lagi. ada lagi kotak2 di rumah mak mertua tak jauh dari rumah mak.




Sampaikan rumah mak pun tak muat dengan barang barang daku ni. Punya la banyak. Padahal 2 tahun je kot duduk sabah. Hehehe :p

Cepat la siap rumah ku... kesian rumah mak macam tongkang pecah dah.. huuuu~~




Tips Tukar Domain Dot Com Ke Blogspot


4 tahun guna domain blogspot.com iaitu nurazizahyahaya.blogspot.com. pastu teringin sangat nak ber dot com  konon. maka beli lah domain www.ziezah.com atas bantuan sifu azhafizah.com.


Lama kelamaan rasa macam tak syok pula bila jarang update blog. trafik jatuh. readers pun kurang. iklan nuffnang pun lama tak dapat..lagipun sebelum ni nurazizahyahaya.blogspot.com dah ada dalam search enjine di google. bila ziezah.com kena lah jadi newbie balik. huhuhu

Tapi kalau tak nak tunggu time renew domain dot com pun boleh. Mula-mula google cari info cara tukar domain dot com ke blogspot semula, tapi tak jumpa. Mostly banyak yang ajar cara tukar domain dari blogspot ke dot com. so kepada yang nak tukar balik domain dari [dot] com ke [dot] blogspot, ikut je 4 step ringkas ni.

1. Klik Setting.
2. Klik Basic >> Publishing.
3. Klik pangkah (x) kat hujung blog address tu.
4. Bila keluar dialog box, klik OK untuk remove custom domain.




sayang memang sayang... tapi blog ni ibarat sebahagian diari dalam hidup daku dah. takpe la pakai blogspot yang free.. tak la terasa sangat tak update blog sebab tak kena bayar...kohkohkoh~~

Alhamdulillah dah beberapa hari guna blogspot. trafik makin naik.. harap-harap makin rajin tulis entry..idea!! please come to mama~~hehehe :)



Tuesday, January 20, 2015

Pos Kereta Ke Semenanjung


Dua tahun lepas pos kereta dari Semenanjung ke Sabah. Kali ni pos kereta tu balik dari Sabah ke Semenanjung.. bahaha~~

masih menggunakan khidmat Rizstwo Trading & Service untuk pos kereta ke Port Klang. tapi daku minta hantar sampai ke rumah. janji tahu2 kereta depan pintu rumah sudah :)

memandangkan daku tak dapat kontena kerajaan. jadi dalam myPE dah tentu sumbat barang-barang keperluan rumah sana untuk bawa balik. teruss penuh bonet dan ruang depan& belakang kereta jadinya.. muahahaha :p



hanya perlukan geran kereta dan ic email ke syarikat.. kereta naik kapal 13.1.15. semalam 19.1.15 kereta sampai. means seminggu juga la.. Alhamdulillah barang barang dalam kereta selamat,sama kedudukan macam hantar hari tu,calar pun tak! complete!



kalau korang nak pos kereta dari semenanjung ke sabah/sarawak dan sebaliknya boleh contact Encik Rizal senang berurusan dengan dia...
:
:
v

Rizstwo Trading n Services
0123312565


so far 2x jijah dan kawan2 lain yang jijah syorkan puas hati guna khidmat ni rata-rata takda masalah dengan Ristwo!!berani jamin ^___^
Terima kasih Tuan,sememangnya puas  hati dengan perkhidmatan yang diberikan. terukan komitmen tuan dan  terima kasih



Jerslin Power Oil 1001 Rahsia


Sebelum ni hakimi batukbatuk,demam dan selsema. Setiap kali batuk pasti dia muntah. Sampaikan terpaksa buang tilam.malam2 pula susah nak tidur sebab batuk tu, sampai dia rasa susah nak bernafas... kesiann anak mama -_-"

jadi pengasuh hakimi syorkan minyak Jerslin Oil ni. Katanya elok untuk sakit2 begini. first time tahu minyak ni...



pengasuh hakimi bagi satu botol 30ml ni..Untuk batuk sapu kat kerongkong hingga ke dada. Alhamdulillah lepas beberapa hari batuknya semakin kurang.. tak lagi muntah kahak.

Sebenarnya banyak kegunaan Jerslin Oil ni dan Cara Penggunaan antaranya:



Kandungan
  1. Campuran habatussauda, 
  2. minyak zaitun, 
  3. minyak bijan, 
  4. minyak bunga matahari dan 
  5. herba terpilih



Khasiat Habbatus Sauda menurut Hadis Nabi..

Rasulullah s.a.w. ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi)

Habbatus sauda adalah antara bahan yang digunakan dalam Jerslin Oil..


kita merancang,mencuba,tawakal...selebihnya Allah menentukannya...


boleh beli di kioks2 jamu.. ini bukan entry berbayar tau. bila kita pakai bagus kena lah share... :)



Monday, January 19, 2015

Hari Ini Lapor Diri Di Tempat Baru




Hari ni 19.1.15 lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dari JKN Sabah.
nervesnya nak mulakan kerja di tempat baru..
seumpama newbie balik walaupun baru 4 tahun jadi nurse :)

pagi-pagi lagi dah gerak pergi JKN9 yang terletak di Seremban.
harap-harap tempat kerja tak jauh dari rumah keluarga..

mula kerja di tempat dah tentu situasi berlainan, management berlainan, kawan-kawan yang berlainan
biasalah mula-mula jadi newbie balik. hohohoho
harap-harap dapat sesuaikan diri balik. 
inshaaAllah..


semoga di permudahkan lapor diri hari ni...nervesnyaaaa -_-"



Sunday, January 18, 2015

Risau Untuk Esok


Tudung baru line biru~
Kasut putih baru beli~
Beruniform putih~
Siap di gosok!

Esok..
Lapor diri di jabatan baru..
Dalam hati ada debar..
Kemana tempat daku harus mencari rezeki lepas ni..
Moga di permudahkan urusan esok hari..


Zulhakimi zaim akan di jaga atok nenek..
Apakah reaksi beliau..?
Selama ni berkepit dengan ku..
Kalau tak nampak daku dia akan mencari..
Dengan orang lain langsung tak mahu..
Semoga zulhakimi zaim jadi budak baik tinggal bersama atok nenek. Amin..




2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday


Happy Birthday kak Fuza Musa,



klik banner untuk join

Selamat Hari Lahir kak fuza,
Semoga Allah memberikan kelimpahan rahmat, dicukupkan usia untuk beribadah..
semoga tercapai segala yang di cinta dan di citakan...
Amin...



Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 31 Januari 2015.



Congo Bars Sedap


Sebenarnya  pertama kali makan Congo Bars ni. mula-mula nampak sedap! sekali bila dah rasa betul betul sedap! tak tipu ni.. terbukti memang sedap!!




Sampaikan mak, ayah, hakimi sekalipun makan tak henti henti. hakimi lagi lah..berkali kali minta...suka betul anak teruna tu...nyummyyy!!

nak-nak ada coklat chip dengan almond slice lagi bertambah enak.. teringin pula nak belajar buat.. tah bila la nya...:P dapat congo bar ni masa jumpa blogger emi tempoh hari... kalau nak resepi sila lah google..hehehehe


Terima kasih emi..puas hati makan..sedappp!!
Tapi sekarang emi tak amik tempahan dah.. hehee
 ^___^



Saturday, January 17, 2015

Home Progress: Progress Januari 2015



Home Progress: Part 1 Booked
Home Progress: Part 6 Minggu ke-14 

*******************************

Dah pindah semenanjung ni senang sikit nak tengok home progress hari-hari..hehehe sekejap je dah 3 bulan lebih rumah ni dalam pembinaan.. tak lama lagi siap la tu kan....



amboi... rumah contoh kat hadapan rumah daku ni dah siap pasang pagar lah...tembok pun dah siap bercat..bestnyaa!!





belakang rumah pun tanah dah di ratakan..dah buat jalan.. langsung takde space tanah lagi..mahu taknya 4 bilik..hahaha :p

cepatlah siap rumah oi.. rumah mak ni dah macam kena langgar garuda dah..hohohoho~~



Friday, January 16, 2015

Hakimi 1 tahun 4 bulan


Lama tak citer pasal anak soleh zulhakimi zaim ni kan. Dah setahun 4 bulan si teruna sorang ni. Besar sudah dia.. macam-macam ragam.. :)

Sekarang ni dah pindah semenanjung tinggal rumah atoknenek hakimi. Hakimi dalam proses nak biasakan diri dengan atokneneknya. Ye la jumpa bila dah besar ni dia taknak dengan orang lain..Payahnya mama nak pergi mana mana. Nak buat kerja apa apa pun susah sebab anak soleh ni berkepit je dengan mama. Langsung taknak dengan orang lain. 

Perkembangan hakimi dah pandai dengar arahan dengan baik. Suruh ambilkan apa apa.. dia pergi ambil pastu cakap "nah". Banyak juga perkataan dia cakap yang kita boleh paham. Tapi kuatnya membebel bahasa jerman dia tu.. hahaha Manjanya dia, suka baring atas dada mama sambil peluk. Oh sweetnya.. ^___^

Sekarang pun dah cekap turun naik tangga. Berlari pun dah laju sekarang. Tak terkejar mama..

Anak mama nampak makin kurus.. baru baik demam,batuk,selsema. Kurang minum susu. Taknak makan. Minum air masak saja. Buntu dah mama ni -_-" tapi perut tetap maintain buncitnya.. hehehe



Aapa-apa pun zulhakimi zaim jadi anak soleh mama ye sayang.. bawa mama dan papa ke syurga nanti...Amin...


Thursday, January 15, 2015

Blog Berwajah Baru 2015


Tahun baru 2015 katakan.. semua nak baru.. 
ada tak yang perasan blog ni bertukar wajah? Ke buat2 tak tahu je.. hahaha gurau2 je aa..

Design kali ni jijah serahkan pada beliau nak buat camna pon..gambar je jijah beri. Alhamdulillah design kali ni puas hati sangat. Warna lain daripada yang lain. Tak la tertumpu pada pink,biru dan hijau macam dulu..  ngee~~

Paling suka header tu. Nampak yang hakimi dah besar seiring dengan usianya. Inilah keluarga kecik ku.. ^___^







masih menggunakan khidmat beliau bertahun-tahun untuk makeover blog ni..
siapakah beliau yang di maksudkan itu??
beliau adalah si hati merah jambu... 


terima kasih fiza..  designnya tak pernah hampakan customer nya..
semoga murah rezeki fiza dalam bidang design2 ni..amin...





Berjumpa Rakan Blogger Di Sabah


Dari blogger terus ke facebook.. rupanya tinggal dekat di Sabah.. 
sehari sebelum flight daku ke semenanjung.. baru berkesempatan nak jumpa..tu pun emi jumpa jijah kat hotel di KK :)

husbennya bawa makan pasemboq..memang sedaplah.. :)



tak sangka dapat pula gift..aduhh bikin malu tauu~ emi hadiahkan jijah handbag, kek congo bars dan kereta polis untuk hakimi.. tapi jijah tak beri apa2 pun...sobbb~~ :'(

Sebenarnya  pertama kali makan Congo Bars ni. tu pun nak beli bila emi open order sebab sebelum ni emi buka tempahan.  memang terbukti sedap!!  pandai emi buat...                                      

terima kasih emi... ^______^    semoga kita dapat bertemu kembali....


terjah lah~~




p/s: jumpa blogger ecadwinkyasha & kak suzyana yap juga tapi tak sempat bergambar.. sayang betul~~huuu :'(





Top Komentator Jul-Disember 2014


Berperam ku simpan top komentator dari Julai 2014 lagi.. ampunnn -_-" 
banyak kekangan masa kat sini.. tu tak boleh update bulanan dan bagi hadiah...huuu~

Inilah dia list Top Komentator Julai-Disember 2014.. 
kalau Jan-Jun dapat brooch dari Sabah.. tapi hadiah kali ni biasa2 jer.. harap sudi terima.. semestinya kenangan dari Sabah juga ^____^





Mana nama tersenarai sila bagi nama,alamat,no fon.. daku tak publish komen.. 
kalau boleh komen sekali dua lahh...hahhahaa ^____^

Terima kasih semua.. anda tak putus2 komen sepanjang tahun.... inshaaAllah balik semenanjung minggu depan daku cuba pos hadiah...

tata...






Wednesday, January 14, 2015

Pindah Semenanjung~ Sabah Best!


Dua tahun jangka masa tak lama untuk tinggal di Sabah! tapi dua tahun tu banyak lah kenangan manis, pengalaman pahit, cabaran dan dugaan telah di lalui... Alhamdulillah daku kuat untuk lalui sendiri.. proud to be myself! bahahaha~~

kalau ikutkan banyak nak cerita pasal "life in sabah" ni tapi cukup la yang daku selalu tulis dalam blog ni. sama je yang daku alami -_-"  bagi daku, sabah is the best place! life is relax... not so much jammed, tempat shopping pun dekat. tapi paling tak boleh terima orang sabah tak suka hon2 kereta ni, dan suka drive slow di laluan paling kanan [paling laju]. kohkohkoh jan mara aaa..

staff2 wad semua baik-baik, kerjasama dan saling membantu. walaupun wad kanak-kanak tu wad palinggggggggg sibuk dengan kadang-kadang pesakit boleh mencecah 50 orang, pesakit yang admit pun ramai sampai takda katil, tapi kami tetap boleh bergurau sesama, sempat curi2 makan lagi ^___^. bila ada emergency, semua saling bantu tolak emergency troli, intubate pesakit. sedia ubat, suction cuma beruntungnya di sini ada HO (Houseman), dan sebelah wad ada ICU. jadi apa-apa boleh tolak pesakit masuk ICU terus..

terima kasih tak terhingga buat staff-staff serta sister wad Melur 1! anda memang terbaik..seronok dapat kenal dengan anda semua... ilmu yang di curahkan..jasa baik anda hanya Tuhan mampu membalasnya... 



terima kasih buat pengasuh hakimi. kak ina yang sabar melayan ragam hakimi dari 3bulan hingga sekarang,yang sayangkan hakimi macam anaknya sendiri. siang dan malam hakimi banyak habiskan masa di rumah pengasuhnya. susah nak dapat pengasuh yang baik hati dan penyayang seperti beliau. hanya Allah mampu membalasnya.semoga kak ina dimurahkan rezeki selalu.. 

buat staff2 Melur 1 dan pengasuh kak ina serta suami minta maaf jika ada salah dan silap selama daku berada di sini.. :(

sedih... serius sedih nak tinggalkan Sabah! pasti akan merindui detik detik indah di sini. semua memori terlakar indah dalam kotak ingatan ini. inshaaAllah.. inshaaAllah umur panjang ada rezeki akan bercuti cuti di Sabah. banyak tempat belum di kunjungi. Sabah is the best place!! betul tak tipu!

kereta pun sudah di poskan. sumbat segala barang-barang dalam tu. moga myPE sampai dengan selamat, takda calar balar, barang-barang semua selamat. Amin..

Rumah pun da ada orang nak duduk. Alhamdulillah. Semua urusan da selesai. Tinggal nak fly balik semenanjung je. Doakan perjalanan daku dan family selamat ye... amin..





Seminggu Kehilangan


Dua hari sebelum arwah abg meninggal. Hakimi dah demam panas dulu. Bila arwah meninggal baru terpikir ini mesti petanda arwah nak pergi dulu. Cuma kita je yang tak tau..



Arwah meninggal kerana masalah jantung. Sampai sekarang daku masih tak percaya dia pergi dulu. Kak ipar cakap pagi tu arwah nak pergi mandi,boleh berjalan lagi dari tandas ke katil. Boleh sembang2 walaupun semput. Tak sangka bila doktor round semuanya hilang sekelip mata.. ikutkan minggu ni arwah nak pergi IJN operate jantung tapi tak berkempatan..

Allah sebaik2 perancangan..
10.1.15 makayah nak pergi sabah uruskan perpindahan daku. Masa tu arwah memang da masuk wad sebab sesak nafas. Tapi tak sangka 7.1.15 dia dah tiada. Ngam2 pula kenduri tahlil 3 malam sebelum makayah pergi sabah. Allahuakbar! Nampak tak. Nampak tak yang Allah nak makayah uruskan satu per satu. Saat daku dapat pindah semenanjung. Arwah pula tiada..

Arwah merupakan abg sulung dan lelaki tunggal dalam keluarga ku. Tinggallah kami berdua beradik perempuan. Adik pula tinggal jauh kat kedah ikut suami. Tu sebab makayah suka sangat bila daku dapat duduk dekat dengan mereka. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Hari ni dah seminggu arwah meninggalkan kami sekeluarga. Satu per satu kenangan datang mengusik. Terasa betul2 kehilangan.. Walaupun begitu kami tetap redha atas pemergian mu abg..


Damailah engkau di sana. Bertemu penciptaMu. Semoga roh mu tenteram. Aman damai. Di ampunkan dosa2.. dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman.. al fatihah.. 




Tuesday, January 13, 2015

Puding Kelapa, Lokan Bakar Salut Sabah


Lama teringin nak makan puding kelapa kat Salut Jalan Tuaran tu. Last makan dulu masa mengandungkan hakimi 3 bulan. Punya la lama kaooo~~


Memandangkan nak pindah ke semenanjung ni. Wajib singgah! Kalau tak tergiauu2 daku tak dapat makan.. da la Sabah jauh.. huhuhu



Dan sebenarnya first time juga makan Lokan Bakar ni.. rupanya sedap juga! Lokan ni ada 3 saiz berbeza. Yang besar selonggok RM12, sederhana selonggok RM10 n yang kecik RM7 selonggok.

Di sebabkan first time makan jadi ambil yang kecik. Lokan di bakar di campur dengan bawang putih,merah dan halia. Sedia cili untuk pencicah.Rasa tak puas makan. Sedap bah!

Sapa2 yang berkunjung ke Sabah. Patut try ni! Confirm tak rugi makan.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Sunday, January 11, 2015

MyPersonaElegance Sedia Untuk Di Pos


Hari2 terakhir di Sabah.. 
MyPE dah selamat hantar ke Pelabuhan.

Seminggu baru sampai Port Klang.

Akhirnya NCL kembali ke pangkal jalan.. sedia berkhidmat di negeri sendiri pula. Muahaha



Mudah mudahan myPE selamat sampai dan barang2 dalam tu pun selamat. Takde hilang.. kereta pun takde calar2.. amin..


Thursday, January 8, 2015

Alfatihah Abang.. :'(


Dugaan...
7.1.15 Alfatihah kepada abg ku Mohd Rizal bin Yahya yang telah pergi ke rahmatullah 10.45am pagi semalam..


Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman... amin

Arwah abg berusia 39 tahun meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak ( 3 perempuan 13tahun,12tahun,10tahun 1 lelaki 6 tahun). Bekerja sebagai posmen di Pd.

Doaku semoga kak ana tabah hadapi dugaan hidup dengan meneruskan kehidupan sehari hari bersama anak2 tercinta..

Ya Allah tabahkan hati kami.. berikan kekuatan kepada kami.
Kini makayah kehilangan satu2nya anak lelaki sulung.. tinggal kami dua beradik perempuan yang tinggal..


Alfatihah abg.. damailah engkau di sana... sama sama kita doakan..








Wednesday, January 7, 2015

Pelayaran Islamik Dengan Kapal Star Cruise


Hari tu mak ada nyatakan hasrat nak naik kapal mewah untuk menjalani ibadah. rupanya memang ada. baru ku tahu sebenarnya..

Pelayaran Ilmiah Kapal Star Cruise Libra terapung di tengah lautan samudera bersama penceramah terkenal. belayar dari Penang-Langkawi-Phuket atau Penang-Phuket-Krabi.

Menarik kan?? teruja pula...


Antara Aktiviti & Pembelajaran atas kapal ialah:

  • Ketahui kedudukan kiblat di lautan
  • Pelajari Solat Jama' & Qasar
  • Ceramah & Kuliah 
  • Qiyamulail
  • Zikir & Selawat
  • Soal Jawab Bersama Ustaz
  • Program Ziarah
  • Makan Malam Kesyukuran
Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0

Pelayaran Islamik 1.0


Pelayaran ini sesuai untuk...

Mereka Yang Ingin Berhijrah ~ Hadiah Kedua Ibu Bapa ~ Hadiah Cabutan Bertuah ~ Hadiah Korporat ~ Hadiah / Ulang Tahun Perkahwinan


Facebook: PelayaranIslamik


harap-harap wishlist mak & ayah tercapai. ada rezeki lebih inshaaAllah daku nak ikut sekali.. doa-doakan yer...hehehe :)



Monday, January 5, 2015

Bonus Kakitangan Awam, Bantuan Khas Pesara 15 Januari





Sumber: Berita Harian Online



Semua orang nantikan bonus masuk hari ni sekali 15hb laa... Tapi encik navyku dapat bonus hari ni. untunglahh kan... mokcik pun tumpang sekaki..

tapi... cepat masuk cepatlah habisnya...hehehe kita tunggu 15hb nanti....harap-harap adalah.. sebab tu duit standby untuk pos kereta ke semenanjung nanti...





Last Hakimi Berklinik Di Sabah


Sepatutnya 10.12.14 checkup hakimi 1 tahun 3 bulan tapi masa tu balik cuti di semenanjung jadi takde la pergi sampai la hujung tahun 2014.. lagipun timbang berat je pun... 
Tapi ada hikmah tak pergi waktu tu sebab daku dapat pula transfer semenanjung.


Memandangkan nak pindah semenanjung tak lama lagi jadi kena la pergi checkup hakimi juga dan ambil buku rekod hakimi kat sana untuk di bawa ke klinik di semenanjung nanti.

Checkup 1tahun 3bulan19hari
Berat: 11kg
Tinggi: 80cm


hakimi bilang i love sabah!

Maka nama hakimi dah transfer out dari berklinik di sabah. 
kalau kat semenanjung buku mengandung pink kan. tapi kat sabah buku putih :)



Rasa sedih pula nak tinggalkan bumi borneo ni. di sini lah zulhakimi zaim terhasil. Kohkohkoh..:P 
pastu 9 bulan mama bawa hakimi dalam perut checkup sendirian.. 
selepas 3 bulan maternity leave pergi checkup dengan hakimi berdua. 
dari Klinik Kesihatan Telipok ke Klinik 1 Malaysia. 

dulu kat KK Telipok lama sangat menunggu.. punyalah ramai orang sabahan ni ada anak..hahaha~
bila kat K1M senang sikit. takde orang. siap boleh borak2 lagi dengan nurse. nak2 nurse tu pun melayu orang semenanjung kita. wife navy juga.. hehehe

Itulah pengalaman daku berklinik di sabah. semestinya akan merindui kenangan manis kat sini.. terlalu manis untuk di kenang. ^___^ Sabah the best!!

inshaaAllah suatu hari nanti datang Sabah lagi untuk bercuti.. Amin..




Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiu'l Awal 1436H



Allahumma sholli wassalim allaa.. 
Sayyidina wa maulana Muhammadi..
Adda da mafi ilmi la hi sollatan..
Dai' ma tan bi dawami mulkhilahhi..

Allahumma sholli ala saidina Muhammad
Wa' ala alih wassohbihi wassalam..

Salam rindu dan segala puji buat junjungan besar Rasulullah saw.
Shollu Alan Nabi !




Mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan nabi kita Nabi Muhammad SAW....
Dan marilah sama2 juga kita kenal dengan lebih detail lagi Rasul Junjungan kita..... 

Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijaksana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi ุฃูˆู„ูˆุงู„ุนุฒู… [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] 
“Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


ُِ
ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ 
ِ
ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ 
ِ
ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏ 

ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ َุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَ ุนَู„َู‰ ุขِู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ


~Salam Maulidur Rasul 12 Rabiu'l Awal 1436H~