Bengkung Moden Atau Bengkung Lilit

8:30:00 AM 5 Comments A+ a-


Bengkung Moden vs Bengkung Lilit??

Dua dua bengkung dah merasa.

Masa mengandungkan hakimi beli bengkung lilit rupa2 nya bersalin czer. jadi tak pakai pun bengkung lilit tu. pastu kawan suggestkan bengkung moden. so belilah jugak. 




Bengkungmoden ni boleh pakai khas untuk bersalin pembedahan.  ia dapat membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Paling penting dapat sokong/ampu bila kita bersin, batuk. tak lah rasa sakit.

pastu buat pembedahan appendix pula kat sabah. pakai balik bengkungmoden ni untuk support perut sepanjang perjalanan dari airport KK ke KLIA. pheww~~ Alhamdulillah takde masalah :)


tapi bila bersalin normal anak kedua, bengkungmoden tak berapa sesuai.sebab tak grip kuat!



tukang urut ikat kemas dan ketat sampai nak buka pun tak boleh. cuma satu jelah leceh nak buka dan pakai balik bila pergi tandas. hihihi

dan anak ketiga berpantang sendiri pakai bengkungmoden sebab takde sapa nak pakaikan.. huhuhu nastijahnya perut muncittt... wuaaaa :(

kalau cakap berdasarkan pengalaman daku, better bengkung lilit sebab dia grip betul2 perut n punggung kita. so peluang nak buncit takdelah janji konsisten pakai.

anda bagaimana pula??



Beautilicious Giveaway

3:33:00 PM 4 Comments A+ a-



BEAUTILICIOUS GIVEAWAY


BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017



JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Jom meriahkan GA ini :)



Anak Reject Botol Susu

7:15:00 PM 10 Comments A+ a-


Padan muka sendiri, hujung bulan nak masuk kerja. umur satu bulan baru nak ajar botol feeding kesudahnya si baby ni refuse botol feeding pula, Tak nak hisap botol susu! 

Bila suap reject suap reject dia punya menangis macam kena pukul. sampai mengalir air mata. kesian sangat. tapi daku pun jadi stress sebab dia tak nak hisap. dah la naik kerja tak lama lagi..jadi buntu! 

hari tu mungkin dia dah lapar sangat. dia nyonyot gak botol susu.. kesudahnya tengah-tengah pagi tu menangis 1-2jam tak henti henti sampai ke pagi! bila daku google rupanya kembung perut! mungkin angin dari puting susu.. kesian sangat dia..huhu

Terlambat ke mama bagi botol masa usianya sebulan??
dari pembacaan 2 minggu sebelum mula bekerja masa paling sesuai ajar untuk ibu yang bercuti 2 bulan. sekarang mama ajar masa usianya sebulan.. pun dah jadi confuse!



dah try Avent tak jalan.. Tommie Tippie reject.. NUK pun tak jalan.. ramai suggest Pigeon..
so korang ada pengalaman macam ni takk??minggu depan naik kerja dah ni.. :(





Zul Haadziq Sebulan

4:54:00 PM 7 Comments A+ a-


27 jun 2017@ 3 syawal lalu genap sebulan anak ketiga daku. Alhamdulillah..
alahai masa sekarang kejap je.. baru je bertarung dengan contraction. tup tup sebulan dah.




checkup lambat hari tu sebab raya masa tu so tunda sehingga dia berusia 40 hari. 
berat lahir 3.02kg--> masa 20 hari 3.2kg--> 40 hari 3.8kg. berat tak naik banyak. janji sihat syukurlah :) 100% susu ibu.  imunisasi HEP B pun sudah. BCG dah nampak tanda. 



ini budak kuat mengempeng.. pura2 tidur. bila letak atas tilam menangis.suka sangat berpegang.. huhu

tapi apa yang mama risau sekarang.. dia tak nak hisap botol! puas pujuk bagi tapi dia tolak balik puting tu dengan lidah.. mama sangat buntu.. sebab hujung bulan ni nak kerja dah.. -_-

ramai suggest botol pigeon.. jijah belom beli lagi. korang ada pengalaman tak??