Sorotan Bajet 2013

3:00:00 PM 21 Comments A+ a-




Tema Bajet 2013:
Memakmurkan Negara Mensejahtera Rakyat: Janji Di Tepati..





Alhamdulilah..durian runtuh kepada yang bekerja di sektor kerajaan.. 
jijah pon tak terkecuali... lebih-lebih lagi suami anggota tentera pun dapat bayaran insentif RM200..
setiap yang berlaku ada hikmahnya..
saper tahu, persiapan tu untuk dapat rezeki anak tahun depan pula di samping kehidupan jijah dan suami di Sabah kelak..
Allah merancang terbaik untuk hambaNya..


kesimpulan..bersyukurlah...:)


Tazkirah Jumaat Part 32

8:30:00 AM 13 Comments A+ a-





Walaupun apa yang kita miliki tidak sehebat orang lain..
tetapi percayalah setiap yang Allah berikan
untuk kita miliki itu sudah cukup ISTIMEWA dan TERINDAH buat kita..
yakinlah pada NYA...


Apabila seorang hamba Allah Jatuh Sakit

8:00:00 PM 25 Comments A+ a-


google



Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT, 
Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. 

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. 

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa...


Berpantang Keguguran

8:30:00 AM 39 Comments A+ a-


Ikutkan jijah tak tahu pon keguguran kena berpantang macam orang bersalin...petua orang tua-tua cakap keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. ngerinya dengar! lagi satu efek bila tua nanti.. jadi walaupun keguguran jijah mahu berpantang!

1.Kaki berstokin, ikat rambut tinggi-tinggi. pakai kain batik. huhuhuhu

2.Makan pon bukan sebarangan makan. ikan tertentu je boleh makan. tu pon kukus grill panggang. hehehe

3.Baju sejuk pakai setiap masa. panas wooo~~

4.Kena elakkan memakan makanan sejuk seperti ais, labu, kangkung, kacang panjang, timun, rebung, pucuk paku, pucuk ubi, buah buahan sejuk seperti ciku, langsat, betik, jambu, nangka, tembikai..

5.Jangan angkat benda berat

6.Amalkan makan jamu untuk panaskan badan sambil tu kecutkan rahim ( jijah makan kapsul jamu ratu dara)

7. Digalakkan minuman yang panas2 seperti air suam (banyakkan), milo kosong (menambah tenaga)..

8. Buka surah-surah pendinding. ayat kursi, bacaan yasin.

9. Kena makan lada hitam, halia, kunyit. huhuhuhu

10.Asid folik satu biji setiap hari wajib makan.

11. Tempoh berpantang keguguran biasanya 2 minggu hingga sebulan. tengok jijah takat mana. hehehe


Eh ada yang jijah tertinggal tak?? please gitau yer...Mudah-mudahan cepat la habis tempoh berpantang ni. huhuhuhu

badan dah lenguh2 ni.. dah masuk angin..wuaaaaa :( perot sakit mencucuk3.. petang ni nak pegi berurut jugak!



Tanda-Tanda Keguguran

8:30:00 AM 60 Comments A+ a-


Masa sebelum keguguran berlaku tu.. 
jijah tak tahu pun jijah pregnant!
yelah tanda-tanda pregnant pon takde.muntah pon takde..
loya naik ambulans jelah.. tu normal.
tapi delay 11 hari cik p langsung jijah tak buat UPT! tak guna kan jijah..kalau tahu awal2 mesti berhati2 .huuuu :( 

Isnin 17.9.12 masuk toilet jijah perasan ada tanda brown spot tapi stain je!
ok hati terdesak cik p nak datang la ni...

Selasa 18.9.12 masih ada brown spot tapi lagi banyak.. bercampur pula sedikit darah merah. sah cik p datang!

Rabu 19.9.12 cik p makin heavy flow

Khamis 20.9.12 cik p heavy tapi dan keluar seketul daging putih. ok jijah abaikan. basuh macam darah biasa.

Jumaat 21.9.12 jijah keje malam.. dalam jam 10malam tu tengah sembang-sembang dengan staff lain tetibe pluuppp! rasa ada benda keluar..
Ya Allah! macam ketulan daging dengan segumpal darah merah kehitaman..
jijah abaikan.. naif katakan..cuci macam period biasa..[sedihnya.. kalau tahu pregnant jijah nak tanam!]

Sabtu 22.9.12 subuh tu terus buat UPT kat makmal.tengok-tengok result kencing POSITIF!!








Perasaan masa tu memang tak boleh digambarkan.. 
yang pasti jijah tak menangis atau sedih.. huhuhuhu

bangun tidur tengahari tu tak sedap hati pula ajak ayah pergi hospital balik.. 
jumpa doktor dia scan bahagian bawah perut. gelek sana gelek sini pun masih tak nampak..
katanya mungkin ketulan tu dah habis keluar.
buat UPT lagi sekali memang POSITIF!

kemudian dia buat VE (vaginal examination) untuk tengok samada rahim terbuka atau tertutup. 
katanya tertutup dan rahim nampak kecik je. 
maknanya memang complete abortion
dan rahim jijah dah kosong!

jijah search google jumpa ini.. memang sama apa yang jijah alami..

TANDA-TANDA GUGUR

Pendarahan. 
Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi. 
Sakit.
Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. 
Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.



Sedih.. jijah tak tahu tu tanda-tanda gugur.. Setelah hamil nak masuk 6minggu.. rahim jijah kosong...
Jijah redha. mungkin Allah nak bagi jijah yang lebih baik lepas ni.. InsyaAllah :)


marilah berpantang! nak pergi berurut... huuuuuuu~~

Keguguran

3:00:00 PM 69 Comments A+ a-


11 hari cik p datang lewat..
niat di hati nak cek UPT bila lewat dua minggu..
bila dia datang jijah sangka ianya memang cik p..
tapi cik p ni luar biasa..

21.9.12 malam hari jumaat jijah keje malam..tengah sibuk bersembang tetiba plupp!! terasa keluar benda macam ketulan daging..segumpal darah warna merah kehitaman.
jijah abaikan.. naif katakan..cuci macam period biasa..
sedihnya.. kalau tahu pregnant jijah nak tanam!

sempat call suami.. perasaan masa tu Allah sahaja yang tahu...

subuh sabtu 22.9.12 tu terus buat UPT.
tengok-tengok result kencing
-
-
-
-

2 LINE!! POSITIF!!




tak sangka jijah hamil nak masuk 6minggu!!

pergi klinik jumpa doktor
doktor scan perut rahim nampak kosong dah..
kiranya complete abortion masa ketulan tu keluar.

bagitahu suami dia kata
"takpelah..takde rezeki.. mungkin Allah nak bagi kita yang lebih baik"

Alhamdulilah jijah redha...
dia tak sihat sebab tu Allah tarik dia semula dan pasti akan beri yang lebih baik dari ini..
jijah sebagai ibu..mendoakan semoga si comel tu tunggu jijah dan suami di syurga nanti :))


doakan jijah ada rezeki lagi lepas ni....InsyaAllah..



Heavennya bila suami dapat balik cuti....

3:00:00 PM 54 Comments A+ a-


Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
thank you Allah!

heavennya bila suami bagitahu dia dapat balik cuti MC dua minggu...
seronoknya dapat jumpa lagi suami tercinta :)
padahal baru tiga minggu kot suami balik sabah lepas raya hari tu..




katanya hari selasa nanti balik semenanjung tapi hari selasa tu juga ada appoitment nak buka jahitan empat tempat yang kena jahit tu..
jangan dia meragam sudah la... haihh macam budak kecik. hahahaa :p


suami exciden cuti MC dua minggu jijah cuti MC empat hari je sebab kegugurann..dugaan...huhuhu



Campak bayi dari flat tingkat 3

9:00:00 AM 23 Comments A+ a-





Seorang ibu muda 21 tahun kerja kilang tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini.

Akhbar isnin lalu ada melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari. Bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala.

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu.

Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.


Satu perkataan yang jijah boleh cakap.. perempuan ini kejamm! 
sangat zalim bila sanggup campak bayi dari tingkat 3!! korang bayangkan.. kita yang waras ni nak campak kucing pon tak sanggup! ini kan anak sendiri.. astaga!!
kalau tak nak pon anak ni dik.. bagi akak ni ha....menunggu ada anak.. emm
moga Allah saja dapat membalasnya dik.. banyak-banyakkan bertaubat!




sumber: hangat.my


BE Sony Xperia Ion dan Cashout BLIN.GD

8:00:00 PM 24 Comments A+ a-


Walau di duga dengan macam macam perkara tetapi Alhamdulilah rezeki tetap menyebelahi jijah :)
baru baru ni dapat iklan baru dari encik nuffnang




BE ke 23 Sony Xperia Ion mula isnin lalu... Alhamdulilah rezeki september!



nampak iklan ni jangan lupa klik klik yer :)

tak lupa juga jijah baru cashout blin.gd



berbulan-bulan baru dapat earning ni..huhuhu
tapi blin.gd ni proses dua bulan baru dapat payment. 
takpe sabar menunggu jangan tak dapat dah la.. huhuhuhu
klik Blingd.com untuk mendaftar!



tq nuffnang.. i luv u more.. hikssss :p



Tazkirah Jumaat Part 31

8:30:00 AM 14 Comments A+ a-





Tak ADA kejadian SIA-SIA,
Tak ADA Kebetulan,
semua terjadi dengan IZINNYA,
dan pasti PENUH dengan HIKMAH..



EZ Stamp Enterprise! Pilihan Stamp dan Sticker Menarik!

3:39:00 PM 36 Comments A+ a-





Buat blogger dalam bisness blogshop/ wedding preparation mesti berminat untuk buat stamp, bisness kad, stamp&stickers, name sticker dan lain-lain kan.

di sini jijah syorkan stamp yang sesuai untuk korang buat.


ezstamp_colorful_stamp2.jpg
Kreatif Stamp 
harga lebih kurang RM9-RM18.. murah kan..

EZ Kreatif Stamp adalah stamp kreatif istimewa yang direka berdasarkan personaliti sendiri yang dipilih dari pelbagai jenis bentuk stamp, tulisan, gambar kartun/ ikun, dan warna yang dapat mewakili perwatakan masing-masing.

Kreatif Stamp ini korang boleh gabungkan infomasi macam No. Telefon Bimbit, No. Tel Rumah,Nama, Alamat atau Emel dengan ikon-ikon pilihan anda.


Name Sticker

Sticker nama ini amat berguna untuk business/wedding dan barang-barang peribadi. Sticker ini juga digunakan sebagai return address sticker bagi bisness blogshop. Boleh ditampal di kotak atau envelope.

Apa yang anda boleh print di sticker/label ini:
• Nama anda No telepon • Your return address label • Numbering label • Produk label
• Ucapan terima kasih atau lain2 text • Atau lain-lain text yang anda inginkan 

Sticker_Label_Sample2.jpg
Monochrome Sticker
130pcs= RM5.00

ezNameCard.jpg

ni mesti ramai blogshop berminat ni.. boleh buat Kad Nama blogshop korang! comey je kan :) 
bisness kad pon ada...


stamp-design-sample.jpg
comelnya kan Stamp&Sticker ni..weee~~


so ape lagi blogshop sekalian.. harus terjah EZ kreatif stamp sekarang juga!

Boleh buat tempahan dengan mereka secara online, melalui email or facebook
- Stamp siap dan deliver dalam tempoh 3-4 hari
- 10% discount untuk order dari nurses,
- free delivery to West Malaysia for order above RM90

website
facebook


jijah pun ada stamp ni sebab jijah guna untuk cop jururawat dan nak beli satu lagi untuk stamp nama blog. 
aci tak..ngeeee~~

Ujian Dan Dugaan

8:30:00 AM 34 Comments A+ a-


Setiap manusia mempunyai kelebihan, kekuatan, kelemahan, dan kekurangan. Dan kekadang ujian dan dugaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. meliputi kekurangan dan kelemahan berbanding kekuatan dan kelebihan.

Kerana apa?

Kerana itulah hikmah Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu, agar sudut yang lemah menjadi kuat, yang kurang menjadi sempurna.




Kerana ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa dan akal fikiran kita dalam menjalani kehidupan dunia..

Subhanallah. :)

Sehebat dan sebesar manapun ujian dunia yang menimpa, Al-Quran tidak pernah mengecewakan orang-orang yang beriman dalam memberikan satu motivasi yang memandu mereka ke arah menguatkan iman mereka.

Mereka seolah-olah melalui satu jalan berliku, berduri dan penuh halangan, tetapi tahu hala tuju mereka pada suatu peta yang jelas di penghujungnya, kenikmatan yang berkekalan.

InsyaAllah....



Wordless Wednesday [35] - Malang Tak Berbau

2:00:00 PM 53 Comments A+ a-




abg...moga cepat sembuh yer...:)



Doakan Suami Jijah...

8:30:00 AM 80 Comments A+ a-


Ahad malam (eh semalam lah..) jijah terima call dari pegawai suami mengatakan suami jijah jatuh motor!
Ya Allah!! macam batu menghempap kepala. gemuruh jantung jijah.. menangis tak payah cakap lah..sebaldi agaknya.. dalam hati doa banyakbanyak moga dia tak serius!

12.47am- mula-mula pegawai dia kata keadaan dia tak sedar. masih dalam icu untuk scan kecederaan kat muka dia.

1.32am- suami dah keluar icu, dia sedar.. Alhamdulilah... tapi muka bengkak-bengkak, kepala jahit sedikit dan scan tulang pipi retak.

8am- jijah call pegawai dia kata hari ni dia pergi dental cek gigi ada yang patah.

10.53am- first time dengar suara suami jijah.. syahdunyaaa :( tapi mulut berjahit slow je dia cakap..tapi Alhamdulilah jijah tahu dia masih ingatkan jijah...huhuhu

3pm- jijah call pegawai dia tanya ada waran ke isteri nak pergi melawat.. ada tapi banyak prosedur.. dia kata suami jijah dah stabil. boleh bercakap. boleh berjalan dah. jijah mintak transfer balik semenanjung. pegawai dia kata dalam 2-3hari mereka proses pertukaran.. 


Ya Allah mudah-mudahan suami dapat transfer dari hospital kat Sabah tu ke semenanjung ni. 
walaupon macamner keadaan dia sekarang jijah tetap akan jaga dia selagi hayat di kandung badan.. InsyaAllah... 




korang doakan suami jijah cepat sihat seperti sedia kala yer T____T jijah tak dapat nak pergi tengok dia kat sabah.. jauh....




Bila Lapar.... OREO la jawabnya..

8:30:00 AM 31 Comments A+ a-


Semenjak dua menjak ni perut mudah sangat lapar!
lepas makan nasi, malam-malam pasti nak nasi lagi.
laparrr wooo~

sampai mak jijah cakap lepas ni kena masak nasi lebih..
masak sikit tak cukup.. alahai omakk den! hehehe

bila lapar kunyah biskut ini



1 peket tak cukup tambah berpeket peket lagi...hehehe
mane la nak cukup dengan perot si comey ni.... muahaha :p

masa suami jijah balik raya dulu..
berat naik dari 42kg- 44.8kg
tapi kini turun 43kg jer..

wuaaaaaaaaa nak suami  :(... tu diaa drama dah mula.... bahahaha~~



Selamat Menyambut Hari Malaysia 2012

4:00:00 PM 11 Comments A+ a-





Tahun ini kita menyambut Hari Malaysia yang ke-49.. Marilah kita sama-sama 1Malaysia melaungkan perasaan bangsa dan cinta kepada tanah air kita yang begitu sejahtera dan aman. Dirgahayu Malaysia!





Selamat Hari Malaysia dan Salam 1Malaysia!




Putera William dan Kate di Lembah Danum Lahad Datu Sabah

2:00:00 PM 12 Comments A+ a-


Selamat Datang ke Sabah Duke and Duchess of Cambridge :)

Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton mengakhiri lawatan mereka ke negara ini dengan menikmati keindahan kawasan hutan hujan tropika yang terbaik di Malaysia.

Pasangan ini di terbangkan ke kawasan berkenaan dengan helikopter lapan tempat duduk.

Putera William dan Kate meredah hutan hujan tropika bagi merasai sendiri biodiversiti luar biasa di kawasan tersebut.



Putera William dan Kate turut merasai pengalaman berjalan di jambatan atas pokok sepanjang 300meter 



Duke dan Duchess of Cambrige kemudian berlepas dengan pesawat komersial ke Kota Kinabalu.

Photo


Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama empat hari pasangan diraja itu, berakhir 16 september ini bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II.

Bye Bye Prince William~!





Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota KInabalu

10:30:00 PM 12 Comments A+ a-



Semalam lebih 3,000 orang membanjiri Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk melihat lebih dekat pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.



Duck dan Duchess of Cambridge tiba pada pukul 10.30 pagi disambut orang ramai yang berkumpul seawal pukul 8 pagi sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Britain. 

Ketibaan mereka disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta dipersembahkan dengan alunan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum iaitu gambus, kulintangan, sape dan sitar. 

Duchess Of Cambridge, Catherine bertudung ketika melawat Masjid Assyakirin dalam lawatan ke KLCC.

Tetamu diraja itu melawat Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan disambut oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Kate yang mengenakan selendang putih bersama suaminya menandatangani buku pelawat sebelum dibawa melawat ruang dalam masjid.



Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah petang semalam dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula semalam. 

Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam semalam dan mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah hari ini.


Prince William and Kate, Danum Valley Lahad Datu, Sabah.


Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura dalam lawatan selama empat hari pasangan diraja itu, berakhir 16 september ini bersempena sambutan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth II.




Tangisan di sisi mayat ibu

7:30:00 AM 13 Comments A+ a-





BAGAN DATOH: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan dipercayai menangis berjam-jam sebelum ditemui di sisi mayat ibunya di kuarters guru di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh.

“Dia ditemui dalam keadaan pucat dan terbaring di atas katilnya bersama bayinya yang menangis. Doktor yang memeriksa keadaannya selepas itu memaklumkan dia sudah meninggal dunia,” .

Menurut seorang lagi saksi yang enggan dikenali, dia terdengar tangisan bayi berpanjangan sehari sebelum mengetahui berita kematian guru berkenaan, namun dia tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Mangsa meninggal dunia lewat petang Rabu lalu, namun hanya diketahui jiran dan rakan yang ke rumah mangsa pagi esoknya. Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut namun turut menjalankan siasatan bagi mengesan jika ada unsur jenayah,” 

Difahamkan, mangsa dipercayai menetap di rumah berkenaan bersama bayinya yang berusia tujuh bulan, manakala suami bekerja di Johor Bahru.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Gajah petang kelmarin.


Innalilah... mati tak mengenal usia,tempat dan masa kan..
moga rohnya di cucuri rahmat Allah...


Tazkirah Jumaat Part 30

8:30:00 AM 26 Comments A+ a-





HIDUP TANPA MASALAH memang tak seronok. Mendatar dan tiada turun naiknya...
Jadi, jangan cepat melatah dan mengalah jika diuji oleh ALLAH...


Tips Untuk Jumpa Seseorang Dalam Mimpi

2:00:00 PM 59 Comments A+ a-






Tips Untuk Jumpa Seseorang Dalam Mimpi...


Ambik wudhuk solat hajat 2 rakaat
Bersihkan tempat tidur
Pakai pakaian yg bersih
Duduk di tempat tidur mengadap kiblat
Selawat 7x
Istighfar 21x
Bismillahirahmaniraim 21x
Baca 4 qul habiskan dengan Al-fatihah
Baca inna anzalna 7 x 
Masa tiba kat tanazzalul malaa ikatuwarruhhh ... Niat dlm hati nak jumpa si pulan si pulan genggam tangan seolah2 memegang roh dia ... Sambung hu fihaa biiznirabbihim mingkulli amr ... Baca sampai habis ...
Tepuk bantal and tidur...



Baik untuk mereka yang merindui suami yang berjauhan
jom try ^___^



Wordless Wednesday [34]- Dilarang keras merokok

8:30:00 AM 46 Comments A+ a-





Di Jamin Syurga Untuk Isteri Jika..

3:00:00 PM 53 Comments A+ a-




1. Taat selama menjadi Isteri
2. Taat menjaga maruah Suami
3. Taat menjaga rumahtangga dan anak-anak suami.


Sabda Rasulullah SAW kepada anaknya Fatimah
"Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya,
menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya
maka di akhirat dia di beri minum oleh Allah daripada air syurga dan 
dia di ringankan seksaan ketika sakaratul maut,
di dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya di catat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan melintasi selamat Titian Sirat tanpa menempuh kesusahan"
-HR Hasaan Bin Sofwan, At Tabrani dan Ibnu Asakir-

Maksudnya ialah
Wanita-wanita yang MENTAATI suaminya.. REDHA dengan pemberian Suami...
MELAYAN Suami dengan Baik..
BERSOPAN SANTUN dalam segala Percakapan dan Tindakan..
Menjaga AURAT dan KEHORMATAN DIRI serta
MEMELIHARA maruah suami..



Iyalah...yang memberi kebahagiaan kepadaku adalah SUAMI, yang menjaga makan pakaiku adalah SUAMI,
untuk mendapat redha Allah, daku sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu..
InsyaAllah sama-sama kita berusaha yer ^_____^   


happy 9th month anniversary suami!



Mengidam Big Apple... Bahaha :p

8:00:00 PM 33 Comments A+ a-


Dah lama agaknya tak makan Big Apple ni..
tetiba rasa nak makan jer..
mengidam ke teringin namanya ni? hehehe




Nama pun pelik..ikut susunan gambar yer..
Wakeup Wally, 2xOno Oreo , The Alien, Berry Bambi dan Yammy Yamato.. hahaha :p

beli 6 biji RM13.50. 
berbaloi dengan kesedapannya..nyum nyum!

jom la serbu Big Apple sekarang jugak.. hahaha


Gangguan Bekalan Elektrik- Pesakit HPD di Pindahkan

9:07:00 AM 19 Comments A+ a-



PORT DICKSON — Seramai 39 pesakit Hospital Port Dickson (HPD) di sini dipindahkan ke beberapa hospital lain berikutan bekalan elektrik di hospital itu terputus, sejak 7 haribulan lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zailan Adnan berkata, daripada jumlah itu, 34 pesakit dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), tiga ke Hospital Tampin manakala dua lagi ke Hospital Tunku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

"Seramai 35 lagi pesakit dibenarkan pulang dan sebahagian lagi atas permintaan pesakit sendiri. Semua pesakit hospital ini telah dipindahkan kecuali pesakit di Unit Hemodialisis," katanya 

Bekalan elektrik di hospital berkenaan terputus berikutan satu letupan kecil pada sistem pendawaian elektrik pada 6.30 petang.


wad daku [kanak-kanak], wad lelaki,wad perempuan,wad bersalin semua pindah ke HTJS.
sekarang HPD kosong,gelap kecuali Jabatan Kecemasan je yang berfungsi..
sekarang daku ulang alik bekerja di Hospital Tuanku Jaafar Seremban..
peh mencabar!
moga2 cepatlah elektrik ni ada..huhuhuhu

Ibu bunuh bayi sendiri dalam tandas hospital

8:30:00 AM 36 Comments A+ a-






Korang..korang ada baca tak paper metro semalam?
rasa geram pulak remaja 16 tahun bersalin dalam tandas hospital. 
bila bayi itu terpelosok dalam lubang tandas dia panik dan terus flush..
ee kesian sungguh baby tu!


Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”


sampaikan anggota bomba pon sedih melihat bayi tak berdosa itu..
bayangkan tiga jam lebih pecahkan mangkuk tandas untuk keluarkan bayi itu..


“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.


Ya Allah....dimanalah sifat keibuan manusia ni....Alfatihah utk bayi tersebut..
sabarlah nak..syurga kelak tempatmu di akhirat nanti...



Tazkirah Jumaat Part 29

8:30:00 AM 18 Comments A+ a-






"Allah merahsiakan masa depan, 
untuk menguji kita agar berprasangka baik,
merencana dengan terbaik,
berusaha yang terbaik
serta bersyukur dan bersabar.."



Hari ini hantar suami balik ke Sabah.. huaaa..!!

8:30:00 AM 60 Comments A+ a-



Setelah tiga minggu suami balik semenanjung..
tidur berpelukan lengan. eh eh :p
tiba masa dan saat ni suami harus pergi mencari rezeki di jauh sana..


nasib semalam rasa hari yang panjang untuk bersama suami. Alhamdulilah :)
dapat manja-manja lebih :p


hari ni jijah hantar suami ke MINDEF (Ministry of Defence) di KL.
peh.. tangkap leleh la wa cakap lu.. syahduuu oooo.. T____T
slow-slow feeling sebak dan emo kembali... hukhukhuk


lagi tiga bulan baru dapat jumpa.. huaaaaaaaaaaaaa...!!

Wordless Wednesday [33]- Sesuatu yang lebih baik

8:30:00 AM 19 Comments A+ a-



Tuesday Blues

8:30:00 AM 23 Comments A+ a-


Alahaiii kejapnya dah seminggu cuti..
dah nak masuk keje balik pulak... -__-"
tu la cuti post raya la sangatt..


apa lagi hari ni jijah tuesday blues la...
sebab hari ni syif pagi..hohoho


eh eh suami jijah patutnya habis cuti semalam balik KK..
tapi dapat tahu dari stapnya. cutinya kena postpone sampai jumaat ni... yeyyy!!
sebab kapal dia ada kat sandakan sekarang ni...
makanya jumaat ni lah dia balik Sabah ke Sandakan..


cuti dia yang berbalance empat hari ni haruslah di luangkan masa dengan begitu berfaedah sekali..yehuuuuuuu~~


boleh tak..tak nak suami balik Sabah balik.. hehehe boleh gitu?
main-main jelah pon.:p

The Expendables 2

8:30:00 AM 33 Comments A+ a-




Filem The Expendables 2 (TE2) memang best! filem yang menggabungkan kembali pelakon-pelakon otai Hollywood. 

Sinopsis:

Cerita dimulakan dengan Trech (Arnold Schwarzenegger) dipukul dan diseksa hidup2 oleh sekumpulan org jahat. Team TE2 yg diketuai oleh Barney Ross (Sylvester Stallone) ni dlm misi nak selamatkan taikun bisnes berbangsa Cina. Selepas berhempas-pulas melawan org jahat tu, akhirnya team TE2 berjaya selamatkan Trench. Trench sebenarnya nak selamatkan taikun bisnes tu tapi dia yg kena tangkap dan di seksa. Team TE2 menang dan bawa keluar taikun bisnes tu dari tempat tu dengan menaiki kapal terbang. Yin Yang (Jet Li) pula escorts taikun bisnes tu ke China dan berpisah dgn team TE2 dengan payung terjun.



Mr. Church (Bruce Willis), seorang ejen CIA meminta Ross utk lakukan satu misi tergempar. Misi tu ialah utk mengeluarkan satu peti keselamatan dari sebuah pesawat yg terhempas berkaitan dengan penyembunyian bom di sebuah lombong di Rusia. Dlm masa yg sama, Church minta supaya seorang pakar teknikal, Maggie (Yu Nan) utk join team TE2 Church bagi warning awal2 supaya Ross jaga Maggie baik2 atau Ross dan kawan2nya tak akan selamat. Ross pun tak ada pilihan dan ikut je arahan Church ni. Team TE2 pun pergi ke pesawat yg terhempas tu dan dgn bantuan Maggie, peti keselamatan tu pun berjaya dikeluarkan. Tetapi team TE2 ditahan oleh satu team lain yg diketuai oleh Jean Vilain (Jean-Claude Van Damme). 

Aksi-aksi dalam filem ni memang hebat, ada yang kelakar dan juga sedih. Aksi yang di tonjolkan banyak yg old school macam cerita Rambo dulu dulu. Tapi tahap keganasan ni memang menakutkan. 


Dan pastinya di akhir cerita, kemunculan dua legend dunia aksi Hollywood yg ditunggu-tunggu selama ini iaitu Bruce Willis dan Arnold Schwarzenegger. Filem ni memang terbaik. bukan serius sangat tetapi banyak kelakar. 


Daku bagi 4.5/5 bintang untuk filem ni! best!

sumber: