Friday, August 30, 2013

Checkup 39Minggu


Jeng..jeng..jeng.... jijah masih berblog lagi...
ingatkan minggu lepas checkup terakhir rupanya tidak..sabar jelah tak bersalin lagi ni.. kuikuikui
dah.. malas nak berharap.. tunggu je tanda tanda yang akan datang..
agaknya anakanda ni memang nak keluar betul betul time due kot.. huuu~~


checkup 30/8/2013
:
v

tempoh hamil: 39/52+3/7
tekanan darah: 100/60
urin: Normal
hb: -
berat badan: 53.3kg turun 1.1kg dalam masa seminggu!!
kedudukan: cephalic
tinggi rahim: 39cm
fetal heart rate: 148/min
EDD: 3/9/13


Nurse bagi appoitment 4/9/13. time tu dah post date kalau tak bersalin lagi.. emm tengok la macamner dah bersalin ke belum.. harap-harap sudah la. hehe :)

Emm makin nak sampai masa...makin aktif la anak mama dalam perut ni...beralun-alun, menendang-nendang, berdenyut-denyut je perut mama.. anakanda mama enjoy yer di saat saat akhir dalam rahim mama...enjoy la duhai anakku...sebelum dikau lahir ke alam dunia penuh cabaran ini... moga kita dipermudahkan, sihat n selamat ye sayang... Amin!


malam ni ambang merdeka.. keluar la kamu wahai anakk ^___^



Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin..


Thursday, August 29, 2013

Risau..Takut...Huuu


Alahai hati tengah risau, takut ni sebab due date daku semakin hampir.. 
hari ini dah 29/8/13.. 39weeks++ dah.. due nanti 3/9/13 tinggal 5 hari je lagi...
tapi kenapalah anakanda daku ni macam tak nak keluar? best sangat ke anak duduk dalam perut mama ni? 
nak anakanda keluar awal sebab daku takut overdue nanti. lagipun cuti tanpa gaji ni sampai 3/9 je. kalau teroverdue tak tahu macamaner nanti.. huuuu risauu -_-"

hai laaa tanda-tanda nak bersalin pun takde lagi.. sekarang kerap sangat pergi tandas buang air sambil sambil tu tengok juga kalau ada lendir, darah ke atau air ketuban tapi masih tiada lagi. macamaner yer nak cepatkan bersalin..?? puas dah jalan itik satu rumah ni.. wakaka :p



anakanda mama cepat la kamu keluar sayang... jangan la buat mama risau selagi kamu ada dalam perut mama ni.. betul-betul nak tunggu papa balik belayar - ENTRY dan jadi anak merdeka ke nak?? huuu

korang doakan jijah yer.. kalau boleh jijah nak melahirkan anakanda ni dalam masa terdekat ni. mudah-mudahan termakbul.. Amin..

orang lain takut nak bersalin daku takut tak bersalin lagi ni..huuuu


Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan jijah ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin.


Wednesday, August 28, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke 39



39weeks= 28/8/13

Anda berada disaat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut anda sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini anda perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Anda perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang mudah diambil.

Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan selalunya bermula dengan pemecahan air ketuban dan kontraksi akan terus bermula. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada cecair yang meleleh.) Anda seharusnya bertenang. kontraksi pertama hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi dan hubungilah doktor anda dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda mungkin mencadangkan supaya anda duduk di rumah sehingga kontraksi bermula secara mantap.

Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul? Jangan panik hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan. Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum memperakui yang kehamilan itu sudah terlewat. 


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

6 hari lagi~ daku selalu rasakan setiap post tu entry terakhir.. tapi tak juga bersalin..
bila nak keluar ni anak oi?? huu~~


Nuffnang: Dove Samson





Alhamdulilah 2 CPUV lama Digi Prepaid dan Marigold masih ongoing..
di tambah lagi dengan iklan baru DOVE SAMSON..

ingat nak cashout nuffnang minggu ni tapi memandangkan ada 3 tengah running 
dan amaun tak sampai rm200 lagi jadi withhold dulu..
bulan depan la nampaknya.. 
tq yer nuffnang "_" 
sila bagi la lagi.. weee~~




Tuesday, August 27, 2013

Akar Bunga Fatimah



Pernah tengok akar bunga fatimah ni?? Akar bunga fatimah ni ada juga orang panggil sanggul fatimah. tapi mana mana pun boleh. hanya terdapat di Mekah dan Madinah. bukan senang nak dapat. jadi kalau sesiapa nak pergi ke mekah tu minta la kirim. hehe daku minta bunga ni dari nenek di kampung.

memandangkan daku pun dah 39minggu.. jadi sangat lah sesuai rendam bunga ni. akar bunga fatimah ni rendam bila dah cukup bulan untuk mengetahui masa untuk bersalin samaada dah dekat atau belum. orang cakap dengan rendam bunga ni bila kembang semangkuk maknanya masa nak bersalin hampir tiba..



see... memang kembang sekembangnya wei.. adakah masanya hampir tiba?? 
insyaAllah...doakan jijah yer..


dan lagi satu minum airnya untuk di jadikan air selusuh untuk memudahkan bersalin. tapi pastikan bila dah sakit nak bersalin dan ada bukaan baru minum..


Cara nak minum:
1) Rendam bunga ni bila dah cukup bulan (9 bulan) dengan air masak sebab nanti nak minum air ni.
2) Baca bismillah dan selawat 3x serta doa minta di mudahkan bersalin masa nak rendam bunga ni.
2) Ambil air rendaman tu masukkan dalam botol untuk korang senang nak bawa pergi hospital
3) Bila rasa sakit nak bersalin minum la air tu


Ini sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah yang tentukan. setiap orang ada bahagian masing-masing kan..

Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni dan kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun dan di gunakan turun temurun.

Sekarang air rendaman di atas tu daku buat mandian dan simpan sedikit buat minum masa nak bersalin nanti.. Insyallah..


ya Allah lagi seminggu je nak bersalin.. masih tiada tanda..bila la anakanda nak keluar ni..moga selamat lah hendaknya.. air zam-zam, air selusuh dan air akar fatimah ni dah siap prepare. banyaknya nak kena minum.. ^__^



Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin..




Monday, August 26, 2013

Tips Ketika Proses Bersalin


Tips Ketika Proses Bersalin

1. Sebelum masuk ruang bersalin minta maaf pada suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dahulu. Minta mereka redha dan doakan semua selamat.

2. Kawal dan tenangkan minda. Set dan tetapkan untuk memikirkan perkara yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan rasa bahagia. Cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel dan bakal menjadi anak yang soleh. Insyaallah bayangan-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan.

3. Kawal dan jaga pernafasan anda. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan. 

4. Ketika meneran jangan keluarkan suara atau menjerit. Itu cara meneran yg salah. Cuba tahan suara dan teran.

5. Kalau tiada contraction jangan meneran untuk mengelakkan kehabisan tenaga. 

6. Sentiasa zikir dan jangan tinggalkan Doa Nabi Yunus.


لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) 
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." 
SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 


8hari lagi.. bila nak keluar ni nak?? huuu


Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin..



Friday, August 23, 2013

Papa Belayar! Hukhukhuk


Ni la part paling tak best seakan di telan mati emak.. di luah mati bapa di saat menunggu hari.. encik suami cakap dia belayar..

lebih kurang dua minggu dia duduk darat sebab raya hari tu.. la ni kena belayar balik.. 
walaupun jijah dan suami jauhh terpisah.. dua bulan jijah di semenanjung sebab cuti nak bersalin, dia di sabah tapi ada satu yang buat jijah takut sebab takut takde line nak contact dia kat lautttt!!! wuaaaa :(

perginya dia belayar selama seminggu. balik darat lebih kurang 30/8.. 
dan sekarang bila-bila masa jijah akan bersalin sepanjang dia belayar.. hati risau nak bersalin.. bertambah risau pulak sempatkah dia balik emergency nak teman jijah dalam wad bersalin nanti... 
siapa nak azan anak? siapa nak tanam uri? hukhukhuk

ingin suami berada bersama sewaktu bertarung melahirkan zuriatnya..tapi bila di pikirkan tidak wajar kalau pentingkan diri sendiri.. 
lagipun sebagai isteri tentera suami bukanlah hak kita sepenuhnya bahkan menjadi milik negara..kami sama-sama pejuang walaupun dalam perkara berbeza..

mama tak sabar nak kamu keluar awal nak tapi kalau papa tengah belayar sekarang baik kamu keluar lepas papa balik belayar yer sayang.. boleh jadi anak merdeka 31/8.. InsyaAllah ^___^

tapi Kun fa yakun.. Kalau Allah kata bersalin.. bersalin lah...
Kita merancang Allah yang menentukan..
Sesungguhnya perancangan Allah itu sangatlah hebat...

redha dan berdoa agar suami dapat pulang dengan selamat.. dan daku selamat melahirkan zuriatnya tanpa dia di sisi... Amin....



Thursday, August 22, 2013

38Minggu...Adakah Ini Checkup Yang Terakhir???


Pagi tadi checkup 38minggu.. rutin macam biasalah cek berat, cek kencing, tekanan darah dan last cek perut. anakanda memang dah masuk lorong.. tu pasal rasa mencucuk je bila mama berjalan/duduk.

checkup 22/8/2013
:
v

tempoh hamil: 38/52+2/7
tekanan darah: 110/60
turin: Normal
hb: 11.9
berat badan: 54.4kg naik 1.4kg dalam masa seminggu!!
kedudukan: cephalic
tinggi rahim: 38cm
fetal heart rate: 145/min


nurse siap pesan kalau dah bersalin telefon klinik notifikasi dah bersalin.. nanti senang nak melawat ke rumah..

dalam jam 2am semalam jijah start sakit perut memulas-mulas.. berguling-guling atas katil.. mengiring kiri atau kanan serba tak kena.. kerap pula tu. tapi diamkan je sampai ke checkup pagi ni.. tapi syukurlah tadi pagi tak berapa sakit sangat. siap pakej sakit dada dan mual je.. huuu

due date lagi dua minggu tapi kalau anakanda nak keluar awal pon "mama on je nak".. anakanda pon dah cukup matang ni... tapi kalau boleh tunggu papa habis belayar yer.. minggu depan je lagi... tak sabar nak tengok anakanda mama ni.. 

dan adakah ini checkup mengandung jijah yang terakhir? sakit-sakit perut mula kelihatan.. bila-bila masa baby boleh keluar.. takut pula nak pergi hospital cek bukaan.. harap di permudahkanlah  jijah bersalin ya Allah ^___^



Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin..


menanggung kesakitan perut sekejap sekejap..huu :(



Wednesday, August 21, 2013

Proses Kelahiran (Stage Of Labour)


Jijah repost balik entry ini memandangkan jijah akan mengalami proses kelahiran ni tak lama lagi.... Apabila melalui proses kehamilan selama 40minggu kini tiba masanya untuk melahirkan anak zuriat buat sesebuah keluarga.mesti gembira yang tak terperi.

Bila pikirkan tentang kelahiran ada yang ngeri,takut,cuak dan pelbagai rasa berbaur aduk. sedikit info bagaimana proses kelahiran itu berlaku. ok jijah berdebarr :D



rujuk gambar di atas dengan penerangannya. ^^

Peringkat Kelahiran

Peringkat Pertama

>6-8jam
>apabila serviks membuka 3cm
>parthogram di mulakan
>kontraksi ibu
>effacement of cervix
>fetal heart rate
>penurunan presenting part


fully effaced-kepala bayi di vagina


bayi lahir normal cephalic, bayi songsang breech


jenis-jenis bayi songsang


kelahiran bayi songsang. ngeri kan.-_-


Peringkat Kedua

>1-2jam
>serviks membuka melebihi 10cm hingga kelahiran bayi
>kepala bayi menonjol keluar
>lubang dubur menjadi longgar dan bentuk bunga
>ibu rasa meneran terlalu kuat
>membran dan liquor (air ketuban) pecah secara spontan
>penurunan dan tekanan kepala fetus


penurunan kepala fetus



head crowning- bahagian kepala paling besar mahu keluar


Peringkat Ketiga

>1/2 jam 15-30minit
>pengeluaran plasenta dan membran(uri)



ini lah plasenta atau uri

selepas kelahiran bayi dan pengeluaran plasenta/uri. teruskan untuk penyusuan susu ibu pulak. ^_^


moga Allah permudahkan jijah bersalin Amin.. korang doakan jijah ye... -_-"



Perkembangan Bayi Minggu ke 38



38weeks=21/8/13


Pada peringkat ini anda mungkin merasakan bayi anda telah mula turun ke uterus iaitu kedudukan yang paling baik untuk melahirkan bayi. Sekarang, proses kelahiran sedang bermain-main difikiran anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada peringkat ini bayi telah mula mengambil tempatnya iaitu kepala ke bawah untuk memudahkan proses kelahiran. Posisi ini adalah posisi mejoriti bayi-bayi yang akan dilahirkan kelak. Bagaimanapun, jika bayi anda masih belum berada di dalam posisi yang sepatutnya, dia masih mempunyai dua minggu lagi untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.

Satu petunjuk ialah saiz bayi anda lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan. Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 6.8 hingga 7 paun / 3 hingga 3.2 kilogram. Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. 



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Tuesday, August 20, 2013

Tips Menjelang Bersalin





* Mulailah melakukan persiapan fizikal dan mental untuk menghadapi proses persalinan. Persiapan ini sangat penting, terutama bagi calon ibu yang akan melahirkan untuk pertama kalinya dan ingin melahirkan secara normal. Dengan persiapan mental, calon ibu dipastikan agar melewati persalinan dengan rileks.

* Bersiaplah mengalami kontraksi pada hari-hari menjelang persalinan.

* Jangan panik bila ibu hamil mengalami kontraksi yang berlangsung beberapa minit lalu mereda atau menghilang. Namun jika kontraksi ini disertai dengan keluarnya cairan, baik cairan lendir maupun darah, segeralah menghubungi doktor atau bidan atau segera pergi ke hospital.

* Jangan panik jika tiba-tiba air ketuban pecah saat ibu hamil sedang berdiri, kerana jalan lahir akan automatik tertutup oleh berat badan bayi. Segeralah hubungi doktor atau bidan atau pergi ke hospital.



38minggu dah...Ya Allah permudahkan daku untuk bersalin..berdebarnyaaa -_-"



Monday, August 19, 2013

Bilakah Pertama Kali Saya Merasakan Pergerakan Bayi Saya?


Sensasi pergerakan lemah lembut bayi yang dirasai pada peringkat awal kehamilan merupakan satu saat yang amat penting bagi anda. Dan apabila pergerakan lemah ini berubah menjadi tendangan-tendangan kuat, anda akan pasti bahawa kehamilan anda berkembang dengan sempurna.

Jika anda sedang hamil buat kali pertama, anda mungkin tidak akan menyedari bila masanya bayi anda mula bergerak, sebab anda belum pernah mengalami sensasi pergerakan tersebut – sebenarnya, ramai wanita menyatakan bahawa pergerakan awal itu menyerupai denyutan yang lembut dan halus.

Bagi kehamilan pertama, anda mungkin mula menyedari pergerakan ini antara minggu ke-18 dan minggu ke-20. Bagi kehamilan seterusnya, di mana anda sudah dapat mengenali petanda tertentu, pergerakan ini akan disedari lebih awal lagi, iaitu antara minggu ke-15 dan minggu ke-18.

Apakah yang bayi buat di dalam itu?
Sebaik saja pergerakan awal dirasai, yang dikatakan seakan-akan kupu-kupu mengibaskan sayap, anda akan mula sedar bahawa sensasi tersebut menjadi lebih kuat dan berlaku dengan lebih kerap. Semasa bayi anda sedang membesar, sensasi ini akan berubah dari semasa ke semasa sehinggakan anda mengalami tendangan dan pukulan yang semakin hebat apabila kehamilan anda semakin maju dan matang.

Bayi anda tidak akan menendang dan bergerak sepanjang masa sebab seperti kita juga, ada masa-masanya ia hanya mahu berehat dan tidur walaupun untuk 40 minit sahaja setiap kali. Tetapi, anda merasakan bahawa tempoh rehat bayi itu lebih panjang dari itu sebab anda tidak dapat merasa dan mengesan setiap pergerakan.

Untuk makluman anda, berikut diberikan sedikit panduan tentang apa yang akan berlaku kepada bayi anda semasa ia sedang membesar dalam kandungan.

Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Dari minggu ke-24 hingga ke-28
Bayi anda akan mula tersedu, dan inilah sebabnya anda kadang-kala mengalami pergerakan tersentak-sentak. Sak amnion (ketuban) anda pada masa ini mengandungi cecair sebanyak 750 ml (26 fl oz) yang membolehkan bayi bergerak secara bebas. Walaupun bayi telah lama dapat mendengar bunyi, baru sekarang anda mendapati bahawa bayi tersentak apabila mendengar bunyi-bunyian yang mengejutkan.

Pada minggu ke-29
Bayi anda akan mula membuat pergerakan jarak kecil yang lebih mantap, disebabkan ia sekarang dalam keadaan agak terhimpit dalam rahim anda.

Pada minggu ke-32
Pergerakan bayi anda berkemuncak pada masa ini, dan pada minggu-minggu berikut anda akan mendapati bahawa kekerapan serta jenis pergerakan semakin bertambah disebabkan bayi anda terus membesar dan menjadi lebih kuat.

Dalam lingkungan minggu ke-36
Pada masa ini, bayi anda akan menetapkan posisinya dengan meletakkan kepala ke bawah. Ini berlaku terutama sekali bagi kehamilan pertama sebab otot-otot abdomen dan rahim anda masih kuat dan dapat mengekalkan kedudukan tersebut. Pergerakan utama yang anda akan rasakan adalah pukulan tangan dan kaki bayi anda, dan bayi juga akan membuat tendangan kuat dan perit terhadap tulang rusuk anda.
Sekiranya kehamilan ini bukan yang pertama, otot abdomen anda tidak begitu kuat lagi dan oleh itu bayi anda akan sering mengubah posisinya sehingga tiba tarikh kelahiran yang dijangkakan.

Dari minggu ke-36 hingga ke-40
Badan bayi mula menjadi lebih besar dan pergerakan memusing akan berkurangan. Sekiranya bayi itu menghisap jarinya dan sekiranya terlucut jari itu, anda akan merasakan pergerakan yang pantas dan perit disebabkan pergerakan kepala bayi dari kiri ke kanan dalam usahanya mencari dan mendapatkan jarinya kembali.

Dalam tempoh dua minggu sebelum kelahiran bayi, pergerakannya semakin kurang dan kadar pembesaran bayi juga akan menurun sedikit. Ini semua adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang.

Pergerakan dan posisi di peringkat akhir kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan menetap dalam mangkuk pelvis anda, dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi anda terasa seakan-akan sebiji tembikai yang menekan kepada lantai pelvis dan membuatkan anda agak berhati-hati semasa hendak duduk.

Apabila kepala bayi menurun lagi ke dalam pelvis anda, anda akan terasa "ringan", disebabkan tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk anda tidak begitu kuat lagi.

Pada peringkat ini, anda tidak akan mengalami pergerakan yang dibuat oleh keseluruh badan bayi. Di sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak berhenti-henti di bawah tulang rusuk samada di sebelah kiri atau kanan, yang dipengaruhi oleh posisi bayi tersebut. Jika kulit abdomen anda nipis, anda mungkin berpeluang memegang kaki bayi anda.

Ada masa-masanya bayi anda akan diam berehat dan ada masa-masanya anda akan mengalami aktiviti bayi yang berlebihan, lazimnya pada lewat petang atau malam atau semasa anda sedang baring dan hendak tidur!

Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari?
Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat.

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan – tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata – namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda.

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang?
Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:

• Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
• Angkat kaki ke atas dan relaks.
• Halakan bunyi musik ke perut anda.

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera.


*38minggu sudahh ni~~*



Sunday, August 18, 2013

Kelab Soal Jawab & Bakal Ibu Jom Hamil


Lately sejak usia kandungan >37w ni rasa tak selesa. jadi malam semalam jijah pun pm admin Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil di facebook untuk nak tanya soalan.. 

ni soalan yang jijah tanya:


 



Alhamdulilah dapat info positif dari mommy semua.. terima kasih semua... jadi jijah tak perlu lah risau.. sampai masa anakanda akan keluar jugak..

sekarang sabar,kuat walaupun sakit.. nikmat mengandung Allah bagi.. Alhamdulilah.... bila anakanda nak keluar ni??? 37w++ dah.. minggu depan papa nak belayar dah ni... kang tak dapat contact! huuuu~~



Friday, August 16, 2013

Wajarkah Suami Menemani Isteri Bersalin?


Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri



Ya Allah semoga suami dapat balik dari Sabah secepat mungkin menemani isterinya ini semasa dalam bilik bersalin nanti.. Amin...
i need u hubby -_-"



Thursday, August 15, 2013

Amalan Untuk Memudahkan Proses Bersalin


Amalan Untuk Memudahkan Proses Bersalin...


1. Baca Doa Nabi Yunus

*hari-hari aku amalkan... moga Allah permudahkan... Amin..*

2. Minum Air Bunga Kembang Fatimah


gambar ihsan google

kalau ada cara minum:
Rendam hingga kembang dan minum disusuli ngan selawat ke atas nabi serta niat 
*tapi aku takde bunga fatimah ni... huuu*

3. Amalkan Minyak Selusuh

tak buat minyak selusuh.. suami buat air selusuh je entry ini. dan ayah mertua buat air 30juzuk masa ramadan baru-baru ni...


4. Berjalan Kaki

jalan kaki kat dalam rumah je.. tapi tak larat sangat dah sebab kat tempat miss v tu sakit bila berjalan.. baby dah kepala kat bawah kan...


5. Hubungan Intim/Seks
hubungan seks dapat memudahkan proses bersalin sebab hormon dalam air mani lelaki mempunyai 1 bahan yang dapat mematang dan mempercepatkan proses bersalin

*ehem ehem.. ni tak dapat la sebab laki ai jauhh kat sabah tu.. dah 2bulan tak jumpa... :p*

6. Minta ampun dengan suami/ibu bapa/ibu bapa mertua

insyaallah bila mereka mengampunkan kita, berkat doa dari mereka proses bersalin itu mudah ..insyaallah


7. Elakkan menyakitkan hati & berbuat jahat pada orang


sumber dari blog kak eima




37weeks Inside My Womb


Sudah 37minggu usia anakanda jijah ni.. kurang dari 20 hari sebelum jijah meletop! pheww~
sampai sekarang tak sempat nak buat scan 3D/4D nak tengok muka anak kesayangan dalam perut ni.
bila doktor scan nak ambil gambar muka dia.. mesti dia tutup muka dengan tangan.
punya la mahal nak tunjuk muka dia ye..alahai nak surprise la tu ikut muka papa ke mama dia nanti...



perkembangan terbaru anakanda jijah ni suka mengeras.
kadang-kadang tak selesa di buatnya. tapi kadang kala risau gak kalau dia tak gerak.
jenuh pujuk dia. goncang-goncang perut baru la gerak.
tapi kalau papa dia telefon berombak-ombak perut mama bila dapat dengar suara papa dia..
rindu agaknya tu.. anak papa katakan.. huhuhu -_-"

Alhamdulilah barang anakanda dan mama dah lama siap packing.
lagipon hospital dengan rumah pun dekat je.
kalau kat Hospital PD adalah dalam 15minit perjalanan.
tapi kalau ke HTJ Seremban lebih kurang 30minit. tapi harap-harap dapat bersalin kat HTJS. malu pula kat HPD sebab ramai pasukan sorak kat sana. hahaha [maksudnya ramai nurse yang jijah kenal kat sana.]. 
tapi mana-mana pun boleh janji anakanda jijah sihat dan selamat.
anak mama sila bagi hint pada mama ye kalau nak keluar supaya papa boleh balik emergency dari sabah dan teman mama sama-sama dalam labour room. oke deal yer baby?? hehe

sepanjang cuti 2bulan tanpa gaji ni jijah banyak membaca pengalaman orang lain bersalin dan kumpul la sikit-sikit ilmu untuk bersalin nanti.
harap-harap Allah permudahkanlah untuk jijah bersalin normal nanti supaya ramai la anak jijah lahir lepas ni.. ekk??

jadi di kesempatan ni jijah mohon maaf jika penulisan jijah dalam blog ni ada menguris hati kalian. 
doakan jijah sihat, selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin. 
moga Allah permudahkan urusan jijah nanti. insyaAllah Amin...

wuaaa semakin nebes! tapi semakin excited gak! tak sabar nak tengok muka anakanda sendiri..muahaha~~



Wednesday, August 14, 2013

Checkup 37Minggu

Pagi tadi checkup lagi kat KKIA.. kojap betul jangka masa seminggu kan.. nak dekat tarikh bersalin la setiap minggu ulang ke klinik..biasalah dah nama mengandung kan.. hikhikhik

rutin checkup macam biasa je..
checkup 14/8/2013
:
v
tempoh hamil: 37/52
tekanan darah: 110/60
urin: Normal
hb: -
berat badan: 53kg
kedudukan: cephalic
tinggi rahim: 38cm
fetal heart rate: 155/min
masa raya balun makan banyak-banyak jadi berat pun naik la 800gm dari 52.2kg dari minggu lepas..hahaha badan pun dah berat semacam..
yang terbaru sekarang dah jalan macam penguin.. serius wei! sakit sangat kat bahagian miss v tu bila berjalan.. nak bangun susah.. nak beralih tidur dari mengiring ke kiri/kanan pun susah.. xpelah syukur.. nikmat mengandung.. Alhamdulilah... 


anakanda pun dah full term bila- bila masa je boleh bersalin.. standby yer mama!

Perkembangan Bayi Minggu ke 37



37weeks= 14/8/13


Anda mungkin tertanya-tanya adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas kelahirannya dengan susu ibu. 

Berat bayi anda kini hampir 3kg dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar. Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. 


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

Tuesday, August 13, 2013

Penyediaan Air Selusuh


Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah




(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa





Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


3. Al-Hashr; ayat 21-24.









21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh



Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5




(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.

6. An-Nazi'at; ayat 46.




Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.







Monday, August 12, 2013

Persediaan Bakal Ibu dan Ayah Sebelum Kelahiran Bayi


Persediaan penting yang perlu bakal ibu dan ayah lakukan sebagai persiapan untuk menyambut si comel yang sudah lama dinanti-nantikan..

1) Persediaan Kewangan
Persediaan kewangan untuk menyambut si comel memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi mengikut kemampuan supaya kelengkapan dan peralatan penting dapat disediakan. Banyak perkara yang perlu difikirkan terutamanya mengenai barang-barang dan keperluan ibu dan bayi, pemilihan hospital swasta atau kerajaan, penjagaan ibu selepas bersalin dan banyak lagi. Perbincangan dengan kedua pihak suami dan isteri sangat penting supaya masing-masing dapat mengetahui kedudukan kewangan masing-masing dan dapat berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
2) Persediaan Kesihatan dan fizikal.
Kesihatan ibu yang mengandung sangat penting untuk dijaga supaya bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan aktif. Makanan yang mempunyai khasiat dan sumber zat vitamin yang tinggi sangat penting untuk diambil terutamanya di awal kandungan. Ada yang mengalami alahan yang teruk dan ada juga yang langsung tidak mengalami apa-apa masalah di awal kandungan hingga bersalin. Para suami perlu sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan isteri dan banyak membantu meringankan tugasan isteri di rumah seperti memasak, sidai baju dan sebagainya. Ini kerana si isteri yang mengandung biasanya cepat letih terutamanya di trimester yang ke-3.
3) Kerjaya- jangan bebankan diri dengan kerja yang berat.
Bakal ibu masih lagi perlu bekerja seperti biasa walaupun sudah berbadan dua lantaran amanah yang telah ditanggungjawabkan.Walaubagaimanapun ketika ini perlulah dikurangkan bebanan kerja dan dikehendaki banyak berehat. Bukanlah sampai tidak buat kerja langsung tetapi kerja yang diberi bersesuaian dengan keadaan kesihatan si ibu mengandung
4) Lakukan rutin harian seperti biasa.
Rutin harian sebagai isteri tetap perlu diteruskan di rumah. Bukanlah istilah banyakkan berehat semasa mengandung boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan apa-apa kerja dan makan dan tidur sahaja. Cuma kurangkan melakukan aktiviti yang lasak dan kerja-kerja yang agak berat dan mintalah bantuan anak-anak yang sudah besar ataupun dari suami tersayang.
5) Membeli peralatan dan kelengkapan bayi.
Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai waktu bilakah yang sesuai untuk membeli peralatan dan kelengkapan bayi. Ada yang berpandangan elok beli dari awal sikit-sikit supaya ketika masa hampir bersalin nanti tidaklah perlu lagi berjalan-jalan di ‘Shopping Mall’ dalam keadaan perut dah memboyot.
Apa-apa pun terpulang kepada kesempatan masing-masing dan eloklah beli sikit-sikit tapi janganlah beli terlalu awal. masa yang sesuai ialah selepas 6 bulan ke atas kerana ada bayi yang sudah keluar seawal 7 bulan.Senarai barang-barang yang perlu dibeli jangan lupa dibawa supaya mudah untuk membeli-belah. Jangan beli terlampau banyak kerana biasanya rakan-rakan dan keluarga akan memberi hadiah nanti.
6) Memilih hospital.
Pemilihan hospital dari awal lagi juga sangat penting dengan mengambil kira faktor kewangan, lokasi dari rumah atau tempat tinggal, keselesaan, pemilihan doktor lelaki atau perempuan dan sebagainya.Hospital kerajaan dan swasta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Anda bebas memilih untuk keselesaan si ibu dan juga si comel yang sudah tidak sabar-sabar melihat dunia baru. Eloklah membuat perbandingan dan pergi ‘survey’ sendiri supaya mudah pada hari mahu bersalin nanti.
7) Berbincang dengan ibu dan ibu mertua.
Hal ini nampak saja remeh tetapi perbincangan perlulah dilakukan oleh kedua belah pihak supaya tidak berlaku perebutan siapa yang mahu menjaga si isteri ketika berpantang nanti. Keselesaan si isteri yang baru bersalin juga perlu diambil kira. Berbincanglah secara baik dan terangkan kepada ibu atau si ibu mertua supaya salah seorang dari mereka tidak berkecil hati.

Semoga tips dan panduan ini boleh dijadikan panduan untuk mama semua…




Salam Aidilfitri.. Ampun Maaf Di Pinta




Di kesempatan ini jijah ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

jijah mohon maaf kepada semua pembaca setia blog jijah,stalker mahupun silent rider jika penulisan jijah dalam blog ni ada menguris hati kalian...
memandangkan jijah dah cukup bulan.. 
menghitung hari untuk kelahiran anak pertama 
maka mohon kalian doakan jijah sihat, selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin. 
moga Allah permudahkan urusan jijah nanti. insyaAllah Amin...

Ampun Maaf di pinta dari cik azizah's blog dan fb azizah green line
sayang kalian semua >____<


moga kita dapat bertemu lagi lepas raya nanti..
kalau jijah tak bersalin lagi la.. hehe :)
muaahhhh xoxo


Sunday, August 11, 2013

Saturday, August 10, 2013

Kisah Raya


Beraya tanpa suami di sisi sangat tidak seronok bukan?? huuu
orang lain semua bergambar bersama suami.. dapat cium tangan suami di pagi raya... tapi jijah??
sedih tak terkata.. 
tapi nak buat camner tugas dia demi negara.. -_-"
tah apa kabar la suami jijah di Sabah tu..


masa ni siap-siap nak beraya pertama di kampung ayah Segamat dan mak Tangkak kat Johor.. 
balik hari je dari Port Dickson-Tangkak-Segamat.
seronok dapat jumpa saudara mara...setahun sekali kot dapat jumpa...
tapi balik PD pon dah 12malam...flat terus! hahaha



mak buyung ni tetap kuat berjalan walaupun tengah sarat 9bulan..
nasib tak beranak tengah jalan... tak pasal-pasal jadi anak JDT..hehe
Alhamdulilah walaupun mama bawa anakanda ke hulu hilir, makan macam-macam tapi anakanda tetap aktif.. syukur :) harap tak susah nak jaga kamu wahai anak.. ^___^

raya kedua tak kemana-mana.. ada rumah ada masa blogging ni..weee~~

Selamat Hari Raya semuaaaaaa >___<



p/s: kawan baik jijah, Hiza dah bersalin malam raya.. beza 3minggu dari due date jijah..jeles tengok baby raya..
kadang-kadang tak sabar nak jumpa anak sendiri! hehehe

Tuesday, August 6, 2013

Checkup 36 Minggu


Sekarang rutin checkup dah jadi seminggu sekali pula bila nak dekat-dekat tarikh bersalin..
makin nerves pulak haku ni...huu
adoi... tunggu masa je ni.. bila-bila masa mahu meletopp~~
harap-harap masa merdeka...


checkup 5/8/2013
:
v

tempoh hamil: 36/52
tekanan darah: 110/60
urin: Normal
hb: 10.8
berat badan: 52.2kg
kedudukan: cephalic
tinggi rahim: 36cm
fetal heart rate: 144/min



ni gambar scan semalam.. apa yang di tunjuk tu ukuran berat anakanda.. baru 36minggu berat anakanda dah 2.8kg.. nampaknya besar la anak mama ni kalau makin meningkat usianya.. hehe

setakat ni doktor kata takde masalah.. air ketuban normal, kepala memang dah turun, ketinggian rahim sama dengan usia kandungan.. EDD scan 31/8/13.. Alhamdulilah..
cuma doktor pesan kalau tak bersalin lagi masa due date 3/9/13.. kena tambah 6hari lagi then terus masuk hospital induce. alaalala scarynya dengar! harap-harap anakanda lahir bila tiba masanya yer..

mana tahu lepas raya ni takde khabar berita dari jijah.. jadi di kesempatan ni jijah mohon maaf jika penulisan jijah dalam blog ni ada menguris hati kalian. 
doakan jijah sihat, selamat dan kuat untuk mengharungi proses bersalin. 
moga Allah permudahkan urusan jijah nanti. insyaAllah Amin...


~Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog yang jijah sayang~~
berhati-hati di jalan raya k..muaahhh xoxo





Monday, August 5, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke 36



36weeks= 5/8/13


Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit perlahan sehingga dilahirkan kelak. Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm. Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak bergerak seperti sebelum ini.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. 

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. 



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..