Monday, September 29, 2014

Haida Kamaruzaman Collagen Cappucino (HKCC) Bukan Sekadar Kopi


Lama daku study page fb Pengarah Urusan HKCC Puan Haida Kamaruzaman. sangat tertarik dengan testimoni2 yang dia share. hasilnya beratus orang hamil dengan izin Allah selepas minum kopi ini. paling penting ramai yang slim bila amalkan kopi ini. 

terus call agen di sabah kak iz nak try satu kotak kononnya. sekali minum HKCC ni amik kauu sedaaapnyaa!! buat panas panas baunya harumm semerbak... ok habis sekotak beli lagi! bila sedap nampak hasilnya memang la kena share dengan korang semua. sharing is loving maa~

actually daku beli bukan nak hamil/slim tapi untuk kenyang. almaklumlah kerja di wad kadang2 tak sempat nak makan/minum balik rumah berkejar dengan anak pun tak sempat makan. hasilnya minum pagi kenyang sampai petang dan badan tak lesu-lesu lagi sebab sebelum minum HKCC letih sampai satu masa hampir kemalangan dulu bila drive terlelap kejap!! bila minum HKCC Alhamdulillah bertenaga dan slim bertambah lagi slim. 

Korang.. Collagen Cappuccino ni bukan kopi biasa, mempunyai banyak khasiat. ia herba2 tempatan yang terpilih yang boleh membantu dan memulihkan sistem di dalam badan.



Kandungan: 
  • Biji kopi terpilih
  • krimer bukan tenusu
  • gula 
  • collagen - Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah
  • vitamin c - antibiotik mempertahankan sistem imunisasi
  • ekstrak guarana - memperbaiki sistem pengahadaman
  • ekstrak kayu manis - melancarkan pengaliran darah
  • ekstrak kacip fatimah - melewatkan penuaan, mengembalikan kecergasan selepas bersalin
  • ekstrak manjakani - mengecut dan mengetatkan rahim dan peranakan wanita
  • ekstrak serapat - memperbaiki menegangkan tisu dan mencantikkan kulit
  • ekstrak mas cotek


Photo: Kawan ada endometriosis..

Telegram/WhatsApp/Weechat 0135881194 utk IKHTIAR. .Insyaallah

Photo: Hamil setelah 2tahun

Telegram/WhatsApp/Weechat 0135881194 utk IKHTIAR. .Insyaallah

Photo: Hamil 101..sekarang sudah 324..

Telegram/WhatsApp/Weechat 0135881194 utk IKHTIAR. .Insyaallah


testimoni yang berjaya hamil! ambil dari Page HKCC klik SINI.  seronok kan.. tu sebab daku syorkan untuk kawan-kawan yang belum berjaya hamil. kita merancang kan. Allah menentukan. tapi dalam masa yang sama kita usaha, ikhtiar untuk hamil. 

Sangat sesuai diminum oleh ibu yang sedang berpantang. Time period pun leh minum. Lagi bagus. kurangkan sengugut.


HKCC [Perempuan]
Harga Semenanjung : 
1 box 20 paket HKCC (Wanita) RM39.90

Harga Sabah/Sarawak : 
1 box 20 paket HKCC (Wanita) RM43.90 


HKCC RM39.90 mahal sedikit tapi kesannya hanya yang minum je tahu! serius tak tipu! kalau tak ok memang daku tak syorkan pun. try la... dari sekotak minum sekarang beli berkotak2.. goodbye nescafe!! hakhakhak




oh ya nak beli kat mana?? 

fb Pengarah Urusan Puan Haida Kamaruzaman
fb stokis sabah kak iz zainal
Page: HerbaCultureCollogenCappucino
atau stokis2 seluruh semenanjung








Sunday, September 28, 2014

3 CPUV On Going


Lama sungguh tak update tentang encik kesayangan sorang ni.. encik nuffnang!
kemain dia merajuk sejak daku tukar domain ni!

nasib la encik nuffnang masih ingat blog ni.. dapat lah 3 ketul CPUV walaupun trafik makin jatuh tergolek-golek sejak tukar domain...




tukar domain.. jadi newbie balik. sobsobsob
sekarang slow-slow naikkan balik trafik... supaya earning nuffnang hari-hari bertambah banyak! hahaha 

so encik nuffnang sila lah bagi CPUV banyak2 tau! confirm rajin update entry pasni... kuikuikui



*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*






Friday, September 26, 2014

Klip Kertas Dalam Mulut Hakimi


Ini cerita masa sebelum papa pindah semenanjung sebulan yang lepas.

Mama dapat sms dari BS (Baby sitter). 
Gugur jantung mama bila BS hakimi sms kata hakimi simpan klip kertas dalam mulut. Pada hari kejadian, papa hakimi yang hantar hakimi ke rumah BS. Kebetulan masa tu papa hakimi nak uruskan borang-borang kontena mungkin ada guna klip kertas tu. Hakimi kan budak bijak, kuat mengutip. Tanpa papa perasan hakimi simpan dalam mulut dan papa terus hantar hakimi ke rumah BS.

BS perasan pun sebab masa tu BS nak bagi makan dalam jam 10am. Bila nak suap, hakimi tak nak buka mulut. BS pelik la. dia paksa hakimi buka mulut dan sekali nampak klip kertas. BS kata patutlah dari papa hakimi hantar hakimi main pun senyap tak buka mulut. 

BS cakap nyaris "kak tak masuk lokap jah". Rasa bersalah juga sebab datang dari rumah jijah kan. Kalau lah hakimi telan klip kertas tu. Nauzubillah... nasib Allah lindungi hakimi dan BS hakimi. 

bila ada anak kecik ni memang kena pantau betul2. malang tak di ingini bila-bila boleh berlaku kan. pengajaran buat mama semua. huhuhuhu



*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*






Thursday, September 25, 2014

MY PRECIOUS HAKIMI PART 1


Zulhakimi zaim dah 1tahun 15hari. mama tak ketinggalan nak update perkembangan hakimi saban hari di blog tak berapa nak glamer ni.. supaya bila hakimi besar nanti. hakimi boleh tengok balik.. hehehe

Tengok perkembangan hakimi hari-hari rasa rindu nak belai dia dari kecik lagi. sungguh! cepatnya masa ini berlalu.. terlalu pantas dalam menjaga amanah Allah ni.. 

Marilah kita throwback gambar hakimi dulu-dulu.. hehehe



Newborn= Hakimi baru-baru lahir dah 3.59kg 


bila dah 1 Bulan= 4.6kg muka berubah sikit sikit. dah pandai tengok kamera.


2 bulan= 5.8kg kemain pipi pau tu. badan berketul ketul..


3 bulan = 7kg si lesung pipit mama. itulah pemanis muka hakimi. hehehe


4 bulan= 7.5kg  dah pandai mengiring, meniarap serta mengesot ke belakang



5bulan= 8.4kg  dah mula mengenal orang.. duduk kepala lebih tegap







6bulan= 8.5kg  dah pandai merangkak, duduk. 


hakimi dari lahir sampai sekarang muka berubah2. sampai sekarang juga mama tak tau hakimi ikut rupa mama atau papa.. hehehehe yang paling penting hakimi kat sabah cerah/putih sekali balik ke semenanjung gelap. haishhhh... hehhee

next Part 2...



Bila Entry Di Serang Kaki Komen


Bila kita ada kawan blogger yang suka baca entry kita seronok kan.. lebih-lebih lagi bila setiap entry yang belum di baca nya di komen. ini baru betul2 pembaca setia :)

walau sibuk melanda lambat laun dia akan komen juga. itulah blogger Shida Radzuan.




itu sebab bloglist Belog Kaki Belogpecut mereka yang benar2 pembaca setia. yang tak pernah jemu-jemu drop setiap entry daku.. kalau top komentator memang nama mereka sahaja seperti Azhafizah, kak mimi, kak ina intan berlian dll

jangan tak tahu mereka juga lah yang kenal daku dari mula2 berblog dari single,berkahwin, sampai beranak pinak ni... 

terima kasih Shida Radzuan.com. terima kasih semua. terima kasih yang rajin tinggalkan komen! jom sama-sama jadi pembaca setia.. komen setiap entry! hehehehe ok muaahh ciked :P




*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*




Wednesday, September 24, 2014

Hakimi Pandai Minum Air Masak


Hakimi ni payah betul nak minum air masak. sejak dari 6 bulan lagi memang begitu la.. minum susu je lebih. 

dah lama belikan dia botol guna straw ni tapi baru-baru ni baru try kasi dia minum. pada mulanya memang dia tak pandai pun sedut. bila sedut separuh jalan je air tu naik dan jatuh balik tapi sekali dia sedut2 terkeluar air sampai tersedak-sedak.




guna cawan pun hakimi boleh je tapi biasalah bila guna cawan banyak yang keluar dari masuk. adat la tu kan. tapi kalau kita tak ajar sebab malas nak lap bila tumpah sampai bila-bila la anak tak belajar. ye tak?? 

Alhamdulillah sekarang hakimi 1 tahun 11 hari dah pandai minum guna straw malah air kotak pun dia ambil kita punya nak minum. lepas ni senang la mama pergi kedai makan. order je air masak untuk hakimi. muahahhaa~~ :p





Tuesday, September 23, 2014

Cara Merancang Anak Lelaki Atau Perempuan


Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang ianya letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. 

Sekiranya sel telur terletak pada sebelah kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, akan lahir bayi perempuan.



Macam mana teori pembentukan jantina anak?

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dengan sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur mengiring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh mengiring. 

3. Hasilnya : Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah di pancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan dan jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah di pancutkan atau ke kemuncak dahulu, kemudian tidurlah mengiring ke kiri.

Ini juga merupakan usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar. 


Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi’i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya “Al Azmatus Zaujiyah wa’ilajuha” - 


“Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki.


Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba. Alhamdulillah anak sulung lelaki sebagai ketua dan menjaga mama,papa dan seluruh ahli keluarga kelak :)



*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*



Sunday, September 21, 2014

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Transfer: Awaiting List


Lepas je jijah balik dari cuti sakit apendiks dulu bulan 6 terus jijah hantar borang transfer macam dalam entry INI . konon jijah transfer la dulu sebelum suami. rupanya suami yang nama naik balik semenanjung dulu. sebab harapan dapat la transfer bulan 8 hari tu. encik suami pula transfer bulan 9.. tapi tak sempat. rupanya borang transfer tercicir kat opis matron. nasib la jijah follow up balik dengan unit kejururawatan, buat borang baru, terus minta sign matron dan hantar ke JKN Sabah. 



jadi follow up dengan JKN Sabah mereka dah hantar borang ke KKM Putrajaya awal bulan 8. baru-baru ni call paramedik bagi ic dia kata nama jijah dalam awaiting list untuk transfer. syukur Alhamdulillah. sekurang-kurangnya dalam senarai menunggu dah.

tapi... bila tanya bila lagi pertukaran? puan tu kata meeting hujung tahun ni. bulan 1 baru ada pertukaran sekali dengan pengambilan jururawat baru. 

hancur betul hatiku.....lamanya nak menunggu bulan satu tahun depan tau!... berdua dengan anak.. takut bila dugaan itu datang.. huhuhu tapi takpe takpe lagi 4 bulan je lagi.. sabar.. sabar itu indah bukan?? ada hikmahnya Allah nak beri nanti. Allah kan ada.. yakin tu jijah! chaiyokk!! doakan jijah yer kawan-kawan...



*nota kaki: sila update url baru jijah http://www.ziezah.com/ untuk dapatkan entry terkini.. terima kasih*




Friday, September 19, 2014

Ketaatan Suami Lebih Utama Berbanding Ibubapa




Adat lah bila perempuan dah kahwin tempat isteri haruslah di sisi suami. Namun jika ada pertembungan antara arahan suami dan ibubapa, ketaatan suami lebih utama. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah yang menceritakan:

Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

Hadis dari Anas yang menceritakan;

Seorang lelaki keluar bermusafir dan ia menegah isterinya keluar rumah. Ditakdirkan Allah bapa isterinya sakit, lalu ia mohon dari Rasulullah untuk keluar menziarahi bapanya. Baginda berkata; "Bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah menyanggahi perintah suami kamu". Lalu Allah memberi wahyu kepada Rasulullah bahawa bapa wanita itu telah diampunakan Allah dengan kerana ketaatannya kepada suaminya. (HR Imam at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausat). 


Maka di sini isteri tetap wajib menurut kehendak suami. Berusahalah memujuk suami supaya memberi keizinan. Jika ia tetap berdegil tidak mahu mengizinkan, tidak ada jalan lain melainkan taat dan patuh kepada arahan suami untuk mengelak dari menjadi isteri yang nusyuz. Mengenai hajat ibu-bapa, tidak berdosa menolaknya dalam kes ini kerana bagi wanita yang telah bersuami, menjaga hak suami lebih utama dari hak ibu-bapa sebagaimana ditegaskan oleh Nabi dalam hadis di awal tadi. Ia boleh menghubungi mereka melalui telefon atau sebagainya untuk memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku. Permohonan maaf itu juga termasuk dalam berbuat baik kepada ibu-bapa mengikut yang terdaya dilakukan.

Subhanallah!! betapa besarnya tanggungjawab isteri kan.. bukan mudah. tapi jika kita taat pada suami even terpaksa abaikan ibubapa. ibubapa juga mendapat pahala kerana anak perempuannya taat pada suami. MasyaAllah.. marilah kita menjadi isteri yang solehah :)




Thursday, September 18, 2014

Bila Berjauhan Dengan Suami..


Encik suami dah pindah semenanjung. tinggal la sang isteri bersama anak di bumi borneo ini.. alahai... terasa begitu syahdu bila diri rasa keseorangan bertemankan anak tanpa suami di sisi. alangkah baiknya jika dapat tinggal sebumbung suami isteri. bergurau dan keluar berjalan bersama-sama. tapi tak semua perjalanan sebuah perkahwinan akan berakhir tinggal bersama. kadang kala tuntutan kerja, pemergiaan mencari rezeki menyebabkan ramai suami isteri terpaksa tinggal berjauhan.. termasuk lah diri ini sendiri. 

merantau di negeri orang lebih-lebih lagi terpisah laut china selatan tak lah semudah yang kita jangka.. bila anak sakit, kereta rosak, semua uruskan sendiri. nak menangis n sedih tak dapat selesaikan apa-apa.. jadi bila bersendirian, secara tak langsung kita akan jadi lebih kuat semangat dan berdikari sebab daku percaya Allah mahu jadikan daku sebagai isteri dan ibu yang kuat dan tabah. tu sebab Allah turunkan berbagai ujian kepada hambanya bersesuaian dengan kemampuan hambanya itu sendiri. 

sebagai seorang isteri dan ibu yang tinggal berjauhan, daku faham keadaan yang berlaku. paling penting perlu ada kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. kata orang sayang anak tangan-tangan kan sayang isteri tinggal tinggal kan. jangan sedih dan jangan menyesali nasib diri. masing-masing ada dugaan tersendiri dalam kehidupan. sebab itulah daku redha dengan situasi ini dan berdoa agar permohonan perpindahan daku ke semenanjung di percepatkan. inshaaAllah..




Allah tidak pernah silap percaturan. walaupun kadangkala nampak salah di mata kita, suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah.

Jangan sesekali menyesal dengan takdir Allah. Apa yang di takdirkan Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya. Ingat tu!!

inshaaAllah...





Fridge Magnet, Button Badge Dari Azhafizah.com


Semalam sampai hadiah dari azhafizah.com ni..
hadiah kerana menjadi TOP KOMENTATOR bulan Julai & Ogos.
Fridge Magnet dan button badge yang pinky :)



jijah suka baca n komen blog fiza. lebih-lebih lagi dia yang designkan blog jijah kan.. kalau jijah tak sempat komen mungkin busy, sakit.. cara jijah ni suka komen secara pukal semua entry yang belum di baca :)  tu sebab setiap bulan boleh jadi top komentator blog fiza.. weee~~

terima kasih fiza~ hugg ketat2!!





Tuesday, September 16, 2014

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

So, is there Mr. Demeanor? Giveaway by Scrapaperclip.


Join Giveaway



Question : What is that one thing you would notice about your husband's demeanor.

Answer: My husband would sing if i sulk..  hehehe :)


The ONE that has the most unique answer will win :

1 Handmade greeting cards for all occasion as you desire to your husband.
1 fabric vintage ring with selected colours.


i want tag:



expired
20th september 12noon


Monday, September 15, 2014

First Time Makan Kek Red Velvet. Sedap!


Selama 26 tahun hidup,ini pertama kali makan kek red velvet. memang sadis ooo~~
kebetulan masa tu jalan2 kat One Borneo teringin pula nak makan kek secret recipe.
sekali ada kek The Red Velvet. terus nak mencuba kaoo!!




boleh tahan sedap.. ada cheese + cream cake dan dalam lapisan tu ada buah apricot! 
biasalah makan sorang jadi ambil slice je. tu pun dah RM11.
nak merasa punya pasal.. jangan kedekut dengan harga...weee~~~ :p


Pentingnya Powerbank


Baru-baru ni baru daku sedar powerbank ni sangat penting.. lebih-lebih lagi untuk mereka kaki whatsapp,instagram mahupon facebook. bila terlalu asyik melayan dunia sosial bateri pun cepat habis.. masa tu gelabah nak cas handphone. betul kan... 

dengan adanya powerbank tak de la risau bateri cepat habis.. senang je bawa berjalan. mudah dan pantas hanya connect dan cas!
powerbank yang daku guna sekarang PINENG 15000mAh. ramai beri respon positif yang powerbank PINENG ni sangat bagus! mana tak nya kita boleh tahu peratus energy powerbank tu. sampai boleh cas 2-4kali fully charged tau.  macam daku try untuk Note 2 daku ni boleh cas 4x full!



pernah sekali bila nak cas handphone guna powerbank, power dari powerbank tak masuk dalam handphone. try guna kabel lain pun tak boleh. beritahu kat agen jual tu dia kata terus hantar powerbank ni kat supplier dan dalam masa 1 hari dah siap. memang pantas! supplier kata cip rosak. nasib masa tu ada waranty lagi. oh ye waranty setahun.

korang.. jangan tak tahu powerbank ni boleh cas dua device sekali. ada dua port pengecas, port pertama kuasa out 5V 2.1A, port kedua 5V 1.0A. beza kedua port tu biasa port 1 cas cepat tapi kurang tahan lama.  port 2 tu cas lambat tapi lebih tahan lama penggunaannya..

setakat ni Alhamdulillah puas hati memakai. harap powerbank ni dapat berbakti kepada tuannya lebih lama lagi.. hehehe




Saturday, September 13, 2014

Friday, September 12, 2014

Checkup Hakimi 1 Tahun 1 Hari


Alhamdulillah hari rabu lalu genap 1 tahun anak soleh zulhakimi zaim ni :) besar sudah anak teruna mama ni... jadi big boy sudahh... tapi kesian besday boy kurang sihat pula. beralih bulan agaknya kan.. nak membesar katakan.... 

tapi Alhamdulillah semalam juga dah sihat. dah baik dari demam. jadi boleh jarum MMR.



Semalam pergi checkup hakimi untuk 1 tahun 1 hari, . 


checkup 1 tahun 1 hari:
berat: 10.2kg
panjang: 77.5cm
lilitan kepala: 46.5cm
imunisasi: MMR


Setahun telah berlalu.. Alhamdulillah hakimi sudah pandai jalan sebelum usia 11 bulan.. gigi ada 5 batang. dah pandai panggil mama, papa, kaka.. nak.. boleh melambai bila kita cakap bye. bye.

mama doakan semoga hakimi membesar menjadi anak yang soleh.. pembimbing ummah, penegak ukhuwah.. inshaaAllah

video


Wednesday, September 10, 2014

Zulhakimi Zaim Turn 1


Bismillahirrahmanirrahim.....

Tanggal 10/09/13 lahirlah seorang mujahid soleh Zulhakimi Zaim Bin Zulkhairi Syafiq..bakal pemimpin, ketua,khalifah yang bijaksana.. inshaaAllah.



Happy 1st birthday anak mama!
Selamat Hari Lahir sayang mama, Zulhakimi Zaim,
Mama doakan semoga hakimi di panjangkan usia,
Di kuatkan iman & takwa pada Allah dan Rasul..
Di murahkan rezeki..
Di beri kesihatan yang baik..
Di anugerahkan kejayaan & kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Jadi anak yang baik, cerdik dan petah..
Jadi anak penyejuk mata mama dan papa


Setahun telah berlalu.. diam tak diam dah besar anak mama ni.. Alhamdulillah hakimi sudah pandai jalan sebelum usia 11 bulan.. gigi ada 5 batang. dah pandai panggil mama, papa, kaka.. nak..

hai la anak mama... semua telatah mu mencuit hati mama... mama sayaaaaang sangat kat hakimi dari mengandung sampai hakimi sekarang!! mama rasa nak menangis sebab tak sangka mama boleh membesarkan hakimi seorang diri (bila papa jauh) selama setahun ni walaupun penuh ranjau dan liku2 -_-"

Allah! kuatkanlah jodoh mama bersama hakimi sebab kehadiran hakimi segala-galanya bagi mama dan papa.. hakimi lambang cinta mama dan papa :) 

HAPPY 1'ST BIRTHDAY ZULHAKIMI ZAIM. ANAK SOLEH PUTERA SYURGA!!





Tuesday, September 9, 2014

Menjelang 1 Tahun Hakimi Demam


Mula hari sabtu lagi badan hakimi suam suam panas
Hari ahad suhu mula naik 38.5. daku kasi jelum dan mandikan dia je..
Kemarin isnin badan hakimi masih panas. 
jam 11 am pengasuh call beritahu suhu 38.5'c. daku tak nak pengasuh susah hati daku suruh dia bagi supp/ ubat bontot then dia repeat suhu jam 2pm suhu hakimi turun dah 36.9'c




demam dan batuk. tapi siap pakej muntah lagi. pengasuh cakap mula jam 9am-3pm dah 5x dia muntah kat rumah pengasuh . muntah susu+lendir .. makan memang dia tak nak. minum susu pun kurang..

bila daku amik hakimi jam 3pm dia tak demam. main macam biasa.. tapi start jam 8 pm naik balik suhu 38.5'c. masih sama kalau boleh tak nak bagi hakimi makan ubat! just lap-lap, jelum dan mandikan dia dengan air lemon. sambil buat lemon sock.

lemon sock= rendam stoking dalam buah lemon/asam jawa/cuka kurma. dan pakaikan pada hakimi. tukar setiap kali stoking tu kering.. kesian hakimi sampai kaki kecut mama buat gitu... 

semalaman mama tak tidur.. susah hati bila anak tak sihat.. pikir nak kerja lagi hari ni. dengan berdua bersama hakimi. jadi terpaksa mama ambil emergency leave. nasib la sister sangat memahami!  tq sister ^__^

harap hakimi bertambah sihat hari ni.. mama nak keja dah.. esok pula birthday dia 1 tahun! nak beralih bulan agaknyaa.. atau rindu ke papa ni... dah la mama basuh semua baju papa.. sobsobsobsob~~






Monday, September 8, 2014

Thursday, September 4, 2014

Pendrive 8GB KFC Dinner Plate Combo


Baru-baru ni sebelum encik suami pindah semenanjung dinner dekat KFC Sulaman KK. encik suami order dinner plate combo. sekali dia minta pendrive. oohh baru ku tahu yang KFC dinner plate ni ada promosi 8GB pendrive.

Harga 1 set dinner plate ni RM20.90 kat sabah ni. boleh tahan jugak.. -_-" tapi takpe sekali sekali kot.. Pendrive duta Ronaldo gitu.. terus daku minta dari suami pendrive tu. kihkihkih



Rupa-rupanya encik suami pun dah ada satu. cehh!! kureng asam betul laki aku ni tau! grr!! nasib baik la daku mintak.. kohkohkoh





Mini Peti Ais


Terdesak nak peti ais kecil sebenarnya sebab peti ais daku dah hantar balik semenanjung.. 
Daku beli pun untuk memudahkan urusan masak memasak. menyimpan bahan bahan ringan dan bahan memasak daku seperti ayam, ikan dll. [ehh boleh letak ayam eh..ngeee~~]





Harga boleh tahan juga RM380. beli kat karamunsing KK. tak kisah la kecil pun kecil la asalkan boleh simpan bahan-bahan yang memerlukan tempat sejuk.

Nanti dah dapat transfer semenanjung.. kecil-kecil ni la boleh masuk dalam kereta.. jimat! weee~~



Wednesday, September 3, 2014

Hakimi Ada 5 Batang Gigi


Masa hakimi 9bulan 26hari pertama kali tumbuh gigi bawah. tu pun baru nak naik. sekarang hakimi dah 11bulan 23hari dah ada 5 batang gigi..

Gigi dua batang bawah dan gigi 3 batang atas termasuk taring :)



hakimi bila senyum terasa kecomelannya di situ.. ngeee~~
inilah mak-mak kan.. excited mengira gigi anak.. hehehe ^___^




Tuesday, September 2, 2014

Encik Navy Sudah Pindah Semenanjung


Encik suami dah pindah dulu balik semenanjung.. daku tak tahu lagi bila.. orang yang beriya-iya nak pindah tak dapat. orang yang tak mohon, pindah dulu..

bila encik suami dah jalan.. semestinya kontena dia pun jalan bawa balik barang-barang.. jadi daku kat kota kinabalu dengan hakimi kat sini pon tinggal la sebatang kara. sehelai sepinggang.. ehh!!

sebenarnya susah kalau pindah-pindah ni terutamanya nak pindah ke semenanjung selepas macam-macam barang rumah dah di beli. nak angkut guna kontena lagi.. nak packing dan balut lagi.. remeh! dan syukur Alhamdulillah bila encik suami dapat kontena. semua orang2 kontena yang uruskan dari kemas, packing dan balut. 

bila teringat kembali.. daku yang rela hati transfer ke sabah ikut suami. Korang pun tahu kan daku merupakan pasangan perkahwinan jarak jauh (PJJ) sebelum ni.. sedih. hanya Allah yang tahu :( Tapi ternyata bila pegang je status seorang isteri. peritnya rasa berjauhan... dan Alhamdulillah dapat transfer ke sabah ikut suami tahun 2012.

bila dah tinggal bersama di sabah teruji lagi di mana encik suami/navy kerap belayar ke luar kawasan. 2 minggu sekali baru muncul dia di darat dan pergi lagi ke lautan.. begitu la daku selama 2 tahun di sini..

haihh bukan senang memikul tanggungjawab seorang diri. berdua bersama anak.. ragam anak menangis.. sampaikan diri sendiri pon tak terurus. tapi itulah, bersuamikan dengan tentera ni ni bukan saja berkahwin dengan orangnya sahaja, kita mesti berkahwin dengan tugasnya sekali. itu hakikat yang perlu kita terima bila bersuami tentera ni.. dan Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan :)



kadang-kadang rasa macam mana la daku nak meninggalkan bumi sabah ni nanti.. sebab kat sini la daku dapat anak. di sini lah daku hidup berdikari bersama anak, susah senang, sakit.. kemalangan..jatuh bangun daku.. semuanya sendiri. semuanya kenangan! daku seronok tinggal sabah! seronok sangat!

walau apa pun.. hidup perlu di teruskan.. ececeh... masih menanti penuh sabar urusan transfer daku yang tak pasti bila.. harap-harap ada khabar baik bulan 10 nanti.. inshaaAllah..


p/s: Hari ni encik navy lapor diri di pangkalan TLDM klang.. moga urusan beliau di permudahkan.. semoga bekerja di unit baru yer .. :)



Monday, September 1, 2014

Semoga Berjumpa Lagi Encik Papa


5 tahun encik suami tinggal kat sabah ni.. sudah pasti dia berat hati nak tinggalkan bumi borneo ni..
lebih-lebih lagi tinggalkan anak bini dia di sini..
jauh dari suami.. jauh dari keluarga.. 



Alhamdulillah semalam dah sampai kampung halaman. 
esok nak lapor diri di klang..

Buat suamiku.. jangan dikau risau kami di sini :)

Walaupun jauh.. ayg tetap SETIA dengan abg..
walaupun jauh.. hati ayg tetap pada abg..
Walaupun jauh.. ayg akan tetap TUNGGU abg..
Walaupun jauh.. ayg tidak pernah berhenti CINTAKAN abg..
Walaupun jauh.. ayg sentiasa RINDUKAN abg..
Walaupun jauh.. abg sentiasa ADA DI HATI ayg..
^________^


selamat berkhidmat di tempat baru klang..
semoga dapat berbakti dengan tentera laut dengan baik.