Monday, January 28, 2013

Perkembangan Bayi Bulan Kedua



*BULAN KEDUA 8 MINGGU*


Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang 1.25mm panjang seperti satu biji benih epal. (bukan sebiji epal) & pada minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pada pengakhir minggu ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang-tulang. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dengan sempurna.


22 Januari 2013 Janin ketika berusia 8 minggu


Pada hujung minggu kelapan, lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk. Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).



Doa Semasa Hamil –

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.




Saturday, January 26, 2013

Dah Credited Sunway Education




Rezeki BE tahun 2012 dah tamat kesemuanya..




syukur dengan earning yang ada.. Alhamdulilah :)




tapi dah sedia maklum dah sekarang jijah dah kurang berblog makanya trafik pon tak banyak..
sekarang pon update entry 2 hari sekali..
tak macam dulu hari-hari boleh blogwalking.. dapat naik trafik sikit... hehehe


tapi takpe biasalah trimester pertama ibu mengandung.. layankan jer :)
lepas ni tunggu lah hari-hari boleh update blog dengan jayanya... ngehngehngeh


encik nuffnang! nak BE 2013! hahahaha :p






Friday, January 25, 2013

Mari Kita Berselawat


Assalamualaikum....

Mari lah kita berselawat ke atas junjungan besar kita...
Nabi Muhammad Sollallah hua'lai hi wassalam...

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ ..͡

▹Malaikat saja sanggup menghitung jumlah tetesan air hujan yg jatuh ke muka bumi ini...tapi 1 yang tidak sanggup dia hitung iaitu jumlah Pahala orang yg berselawat kpd Rasulullah swt

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ:) آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ♥ 

Salam maulidur rasul ;)
1434hijrah:)


Thursday, January 24, 2013

Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung


KHASIAT KURMA PADA IBU MENGANDUNG


Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam Binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. ia lazimnya dimakan semasa bulan ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.



Monday, January 21, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-8


Minggu ke-8

Jika dihitung, anda sudah berada 20% perjalanan tempoh kehamilan sebelum melahirkan bayi anda! Anda mungkin cuba untuk fahami kesengsaraan dan kesakitan-kesakitan sekitar awal kehamilan. Gejala kehamilan ini adalah normal berikutan peningkatan hormon dalam badan. Walaubagaimanapun melalui pembacaan, anda akan fahami mengapa ia berlaku dan cara mengatasinya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Kini, kira-kira sudah 36 hari tempoh perkembangan janin terbentuk menjadi bentuk manusia. Bayi kini mula menyerupai seorang bayi yang baru lahir. Otot-otot muka juga mula terbentuk. Kelopak mata juga sudah mula timbul serta otot-otot mata juga terbentuk. Saraf yang menghubungkan hidung dengan otak juga mula membentuk. Di jantung bayi, injap mula terbina. Badan bayi juga mula memanjang dan lurus. Siku juga mula kelihatan serta tangan dan kakinya mula memanjang. Hujung minggu ini bayi anda berukuran kira-kira 11mm panjang – hanya kurang separuh satu inci.



21 Januari 2013 = 8weeks


Apa yang berlaku pada anda?

Sekarang rahim adalah sebesar buah anggur. Pada masa ini, rahim bukanlah satu-satunya bahagian tubuh anda yang telah berubah, malah payudara juga mula membesar. Mungkin sudah waktunya untuk mula membeli pakaian baru. Sesetengah wanita mungkin mula merasa kontraksi selama kehamilan. Tetapi jangan bimbang jika tidak merasakan hal ini.

Pengambilan nutrisi anda – Pada minggu ke lapan

Produk susu penting semasa hamil kerana ia mengandungi kalsium dan juga vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Kalsium membantu menjaga tulang dan bayi memerlukannya untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Sepanjang hamil badan memerlukan paling sedikit 1200mg hingga 1500mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan 3-4 gelas susu. Kalsium juga membantu mencegah tekanan darah tinggi. Selain itu tubuh menyimpan kalsium pada akhir kehamilan untuk menyusu bayi. Susu, yoghurt, keju dan ais krim merupakan sumber kalsium yang baik.

Makanan yang lain termasuk brokoli, bayam, ikan salmon, ikan sardin, kacang buncis, biji-bijan seperti almond dan tauhu. Beberapa makanan sekarang diperkaya kalsium seperti roti, bijirin dan biji-bijian. Semak pada lebel makanan untuk mengetahui kandungan kalsium tersebut. Ada beberapa makanan yang boleh mengganggu penyerapan kalsium seperti teh dan kopi. Elakkan makanan serta minuman berkafien supaya bukan sahaja kalsium tetapi sumber nutrisi lain juga dapat diserap dengan baik.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



Saturday, January 19, 2013

Kuih Cincin Sabah


Kuih cincin ni popular kat sabah je..
rata-rata kalau orang semenanjung datang sabah pasti akan beli dan bawak balik kuih cincin ni..
kira macam sourvenior selain mutiara/brooch..

kuih cincin ni banyak jual kat Kota Kinabalu/Papar...
selalu jijah beli kat Pasar Pilipin la.. tapi nak sedap tanya orang sabahan..
 jijah pon tak tahu mana yang paling sedapp... hehee :)

ni rupanya kuih cincin..
:
:



kuih cincin ni rasanya manis dan ranggup..
ala-ala versi kuih peneram/telinga keling tu.. hehee :)



jijah beli ni pon sebab kawan jijah dari semenanjung order.. 
katanya teringin nak makan kuih cincin..
maka jijah pon pos la pada beliau...

 ^_____^




Friday, January 18, 2013

Kelebihan Hari Jumaat


Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!


1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” 
Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


Banyaknya kelebihan Hari Jumaat kan.. moga kita mendapat manfaatnya.. Amin..


Thursday, January 17, 2013

Sudah Mula Minum Anmum Materna



Alhamdulilah setakat ni minum susu memang jijah suka sangat..
bila rasa lapar.. minum...kenyang sikit...
sebab makanan lain semua takleh masuk dalam perut.. mesti nak muntah..huhuhu

susu pilihan jijah pastinya ANMUM!




beli packet yang kecik dulu takut tekak takleh terima tapi Alhamdulilah sehari dua kali jijah minum waktu pagi dan sebelum tidur dan berselera jer  :)


sekarang nak habis pon paket pertama. harganya tak silap jijah RM22 kot... :D


Kandungan jijah pun nak masuk 8minggu..Semoga anak yang jijah kandung ni sempurna,sihat walafiat dan bijak.. Amin...




Tuesday, January 15, 2013

Yeyy Ada Peti Ais..


Benda yang paling paling daku tunggu adalah ingin membeli peti ais!
akhirnya tercapai juga memiliki peti ais sebagai harta sendiri.. [grr ayat poyo jer].
Alhamdulilah..



harga yang paling murah daku jumpa di Karamunsing RM930 :)

lepas ni makin banyak la macam-macam barang makanan dalam tu..
ngeee~~ seronokk!!



tak lupa jugak boleh main masak-masak..
boleh kumpul resepi makanan.. masak macam-macam even makan sorang..heeee
harapnya rajin la daku nak masak lauk sedap-sedap...
tapi....

lately nak makan pon tak lalu ni...
alahai.... :(




Monday, January 14, 2013

Tips Kehamilan Trimester Pertama


Tips-tips yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama.



* Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sehat baik melalui buku, media akhbar, televisyen, internet, dll.
* Mulailah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
* Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyaklah ibu hamil minum air putih atau jus buah di luar jadual makan.
* Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dll
* Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
* Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.
* Biasakan memberus gigi setelah ibu hamil makan atau setelah mengalami muntah.
* Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, usahakan secara perlahan-lahan ketika ibu hamil hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan
* Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil namun kerap, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
* Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di kamar tidur, hal ini dilakukan agar setelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah pada saat akan beraktiviti. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskut, roti gandum, atau buah-buahan.
* Bergabunglah atau carilah teman yang juga sedang mengalami kehamilan, atau bergabung di komuniti ibu hamil agar dapat saling bertukar pikiran dan pengalaman.
* Makanlah biskut di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
* Minumlah susu hangat bila ibu hamil mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
* Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minimal 12 gelas sehari.
* Jika ibu hamil merasa sakit di bahagian bawah perut dan terlihat adanya flek darah, khususnya setelah kehamilan usia > 4 minggu, segera hubungi doktor.



Dua BE menjadi ME...




Terima kasih pada semua yang tetap mengunjungi blog jijah..
tapi sebelum tu jijah nak mohon maaf..
kerana selepas ni agak susah jijah nak singgah blog korang..
lately keadaan jijah agak kurang sihat..

nak update blog malas.. nak baca pon malas.. nak hadap lama-lama apatah lagi..
dan maka dengan itu berakhirlah BE Digi-Triple-D dan BE Digi DEP Golden





tinggal lagi satu BE tengah running...
kalau nak ME pon takpe lah janji kesihatan jijah makin baik...huhuhu


korang jaga diri baik-baik yer :)
yang penting jangan lupakan blog jijah ni...huhuhuhu T___T
sayang korang..... :(







Friday, January 11, 2013

Tazkirah Jumaat Part 43







“Rasulullah pernah bersabda:
“Barang siapa yang berselawat kepadaKu pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali,
 ia akan mendapat syafaatKu pahala hari kiamat..." Hadis Riwayat Thabarani.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد



Thursday, January 10, 2013

Haihh Takde Mood Nak Update Blog


Lately sangat malas nak update blog
kalau dulu dapat la sehari dua entry.
tapi sekarang sehari satu entry tapi bila rasa makin malas ni rasanya seminggu tah berapa kali kot. huhuhu

serius nak buka facebook, 
nak update status rasa malas giler. huhuhu

sory ada yang jijah belum tinggalkan komen blog korang...
maaf yer..
slow2 nanti jijah pergi tapi tak leh dah nak komen semua entry korang sekali gus.
huuuu

maafkan daku T___T



Wednesday, January 9, 2013

Monday, January 7, 2013

10 Tanda Mengandung


Mengandung buat kali kedua buat daku lebih peka dengan sesuatu yang tidak kena pada badan. Di sini beberapa tanda awal kehamilan yang daku alami... 

1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap sangat membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandung.
7. Kram perut
Kram perut pada keadaan terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Situasi ini akan berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.
8.Moody, Sensitif 
Selalu merasa moody terhadap suami. kadang-kadang merajuk tak tentu pasal. Hal ini di sebabkan kemunculan hormon-hormon baru dalam tubuh anda.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...




Tahniah!
Anda Di Dapati Mengandung :)



Sunday, January 6, 2013

Perkembangan Bayi Bulan Pertama


*BULAN PERTAMA 4 MINGGU*


Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dalam kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dari masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi sebagai persediaan untuk persenyawaan. Apabila telur disenyawakan ianya akan tertanam di dalam uterus. Lain-lain perubahan waktu itu mungkin anda mendapati cecair dari servik anda sedikit bertambah dan agak berlendir dan kental seperti putih telur. Ini menunjukkan waktu subur anda bermula.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yang telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hari, pengovulasi akan berlaku pada hari ke-14 bagi kitaran haid anda. Jika nasib menyebelahi anda, sperma dan telur akan bercantum. Berikut adalah apa yang akan berlaku didalam uterus anda jika telur anda berjaya disenyawakan:

  1. 23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa akan bercantum apabila sperma dan telur bersatu.
  2. Zigot (telur yang disenyawakan) akan meneruskan 3 hari perjalanan dari tiub fallopian menuju ke uterus. 3 hari lagi diambil untuk tertanam di uterus sebelum ianya melekat dan mengembang sebagai bayi di dalam uterus untuk selama 9 bulan akan datang.
  3. Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan setelah proses implantasi. Kadang-kadang sesetengah orang ingat mereka didatangi haid dan tidak hamil. Yang membezakannya adalah darahnya sedikit sahaja berbanding darah haid biasa.

Minggu keempat:
Zigot yang telah terbentuk akan mula mencari tempat (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pada minggu ini. Jangan risau, pendarahan itu adalah kerana proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu banyak, sila berjumpa doktor anda.


26 Disember 2012 kandungan 4minggu


Ketika usia kandungan empat minggu, jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk. Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat (pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm). Boleh tengok gambar kat atas tu.. Tu gambar janin yang berusia 4 minggu di dalam rahim ibunya. :)





Saturday, January 5, 2013

Amalan Semasa Mengandung


Amalan Untuk Wanita Mengandung

Ketika wanita sedang mengandung, selain amalan wajib, bakal ibu (dan juga bakal ayah) digalakkan melakukan amalan berikut:-



• Banyakkan Bertaubat
• Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
- Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
- Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
- Membaca surah Yassin 
- Membaca surah Yusuf - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. 
- Membaca surah Maryam - agar memperolehi anak yang sabar dan taat
- Membaca surah Luqman - agar memperolehi anak yang taat
- Membaca surah An-Nahl, ayat 78
- Membaca surah Al-A’raf, ayat 189


Semoga anak yang di kandung itu menjadi anak yang soleh dan solehah :)
InsyaAllah ^___^



Friday, January 4, 2013

Tazkirah Jumaat Part 42





Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud..
dan setiap hari kita bermula sebagai seorang yang baru.. 
Sungguh,semalam itu sejarah buat diri kita, jadikan lembaran baru hari ini sesuatu yang indah untuk di jadikan sebagai hiasan di masa depan kehidupan kita...


Thursday, January 3, 2013

Alhamdulilah Positif.. Hadiah Dari Allah :)



Alhamdulilah...
penantian selama setahun :)

hasilnya....
Im Pregnant!

upt 28.12.12 (delay 3 hari period)

upt tahun baru 1.1.13 (lebih clear double line)


5minggu sudah :)


Syukur kepada Allah SWT.. 
akhirnya muncul kehadiran bakal zuriat buat jijah dan suami buat kali kedua :)

permulaan tahun baru 2013 yang sangat hebat!
kan dah cakap rezeki tu dari Allah
tiba masa dan waktunya...Dia akan bagi....

bermula lah hidup yang baru sebagai seorang ibu..
terima kasih korang yang mendoakan jijah pregnant... 
InsyaAllah berkat doa kalian mudah-mudahan jijah dan kandungan jijah ini selamat sehingga 9 bulan bersalin yer.. Aminn...
doa jijah juga mengiringi kawan-kawan yang masih berusaha mendapatkan cahayamata..
bersabar la.. sebaik-baik perancangan dari Allah juga :)
sayang korang weii! korang la mendoakan jijah dan bagi jijah semangat.. 
luv ketat2 ^______^


nextweek suami balik belayar baru booking klinik :)




Diari Hamil


Yey... jijah excited beli diari hamil ini. yang penting jijah dah dapatkan dulu :p hehe 




Banyak ilmu yang menarik sebagai panduan yang lengkap untuk bakal ibu seperti petua-petua kehamilan, tip-tips kehamilan, doa untuk hamil dan amalan sunat ketika hamil.


isi kandungan


Selain itu ibu boleh mencatatkan perkembangan bayi sebelum, semasa sehinggalah selepas bersalin nanti dengan menulis perkembangan bayi minggu by minggu sepanjang kehamilan.. cerita saja sepanjang minggu itu apa yang ibu lakukan.. macam checklist, catatan ibu, memo ibu serta lekatkan gambar ultrasound bayi korang!



Serius sangat berguna buku ni siap ada checklist barang bayi, doa-doa memudahkan bersalin tak lupa juga resepi dalam pantang dan petua selepas bersalin!


petua selepas bersalin

resepi berpantang


Ia merupakan khazanah kenangan paling berharga yang boleh di simpan sebagai koleksi peribadi untuk di jadikan hadiah buat bayi korang supaya bila dia dewasa nanti dia dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya. 


Tak rugi korang beli tau! sangat berguna sebagai rujukan pada masa akan datang. sesuai juga untuk korang bagi hadiah kahwin kat kawan-kawan :) 


Oh ya.. jijah beli online kat sini -->  kedaibukuanda.com




Wednesday, January 2, 2013

My Sister Engagement :)


Selamat sudah jijah sampai Sabah isnin lalu..
sorang-sorang wei.. pergi bawak satu beg balik bawak berbeg-beg.. penuh makanan..hehee :)

ok ok proceed cerita pertunangan adik jijah tu :)

Syukur.. adik jijah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada usia 22tahun :)
tunangnya merupakan seorang anggota Tentera Udara..
ayah jijah Tentera Darat, suami jijah Tentera Laut, bakal adik ipar Tentera Udara..
lengkap sudah barisan perwira negara.. ok melalut sudahhh.. grr!!

serba pink+putih tema mereka..
i like pinky so muchh ^___^


cantik kann :)



bersama tunangnya orang johor ni..

InsyaAllah kalau takde arah melintang mereka akan di satukan pertengahan tahun ni..
doakan mereka yer :)



bakal ibu nak menyelit jugak.. ekkk?? hehehee


 buat adik tersayang,
jika ujian/ dugaan datang padamu bersabar lah.. jangan mudah melatah..
lumrah dalam ikatan pertunangan.. kerana itu hanyalah satu ujian yang mahu menguji tahap kesetiaan kalian berdua..
kerana di sebalik ujian itulah mencari titik persamaan dan keserasian dalam membina rumahtangga bahagia :)
doa kakak mu sentiasa mengiringi kehidupan mu..... 





Tuesday, January 1, 2013

Buffered Earning Penutup 2012



Syukur Alhamdulilah..
Ini di katakan rezeki :)
Rezeki tahun baru 2013... rezeki untuk anak mungkin ^___^




BE Digi DEP Golden Disc Award merangkap BE ke 29 sehingga tahun 2012



Alhamdulilah :) 
moga tahun 2013 rezeki keluarga jijah melimpah ruah lagi.. InsyaAllah...

tq Allah :)





Tahun Baru.. Azam Baru!!




Selamat Datang Tahun 2013


oh ya belum terlambat nak ckp psl azam daku pasal tahun 2013 kan ni..
azam tahun lepas Alhamdulilah banyak dah tercapai :)

jadi untuk tahun 2013 ini...

::
::
::


semoga tahun 2013 memberikan kami suami isteri penuh keberkatan,
kasih sayang yang berpanjangan..
rezeki yang melimpah ruah..
semoga daku dapat menjadi isteri dan mama yang baik untuk encik suami dan baby yang bakal lahir nanti..ekk??  InsyaAllah

Insyallah daku pastikan akan menjadi!!Insyallah..

neway..


SELAMAT TAHUN BARU 2013

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas...buang yang keruh ...ambil yang jernih..
Semoga ikatan yang tersimpul.... lebih erat hingga ke akhir zaman..