Monday, February 29, 2016

Tips Untuk Dapatkan Anak Lelaki


Ramai pula minta tips bila dah dapat anak sepasang ni. Itu semua rezeki tapi sebelum nak dapatkan sepasang ni daku usaha macam-macam merancang untuk dapat anak yang di ingini.

Sebelum tu korang kena tahu jantina bayi ni ditentukan oleh kromosom. Kalau XX boleh dapat anak perempuan. Kalau XY dapat anak lelaki. Sperma suami yang akan menentukan sama ada bayi tu jadi lelaki ataupon perempuan.

Bayi perempuan
  • Kromosom X
  • Bergerak lambat
  • Hidup lebih lama
Bayi Lelaki
  • Kromosom Y
  • Bergerak pantas
  • Hidup lebih pendek


1. Sperma Y lebih cergas dan pantas bergerak tetapi jangka hayat sperma Y agak pendek. Iaitu hanya boleh hidup dalam masa 24 jam je. Sebab tu, hubungan seks digalakkan berlaku pada waktu ovulasi. Sebabnya peluang untuk dapat anak lelaki adalah tinggi time tu.

2. Memandangkan sperma Y hayatnya pendek, teknik "doggie style" disarankan. Sebabnya teknik ini penis suami lebih dekat dengan serviks jadi sperma Y dapat berenang dengan pantas untuk bertemu telur isteri. 

3. Digalakkan untuk mengadakan hubungan seks pada waktu malam.

4. Untuk dapatkan anak lelaki suami mahupun isteri di galakkan memakan makanan beralkali, daging, buah-buahan serta makanan bergaram seperti keropok pon digalakkan.
Elakkan makan makanan berasid atau masam seperti buah limau, nenas, mangga, cuka kerana membunuh sperma lelaki.

5. Isteri seharusnya mendapat kepuasan yang tinggi semasa mengadakan hubungan seks kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yang boleh merangsang pergerakan sperma Y.

6. Di katakan untuk mendapat anak lelaki, tahap keasidan lendir dalam kemaluan perempuan perlulah berkeadaan alkali kerana sperma Y lebih tahan dalam keadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “sodium bikarbonat” yang beralkali 2 jam sebelum melakukan persetubuhan.

7. Amalkan doa ini



Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus,


Posted via Blogaway

Saturday, February 27, 2016

Cik Azizah's Blog Dah 6 Tahun!



26 Februari 2015 tak sangka dah 6 tahun berblog.. Tahun pertama..kedua..ketiga seronok sangat berblog masa tu.. ramai rakan2 happy go lucking..blogwalking samasama.. tapi makin bertambah tahun, masing masing ada komitmen blog semakin di lupakan..


Sedar tak sedar dah 6 tahun menulis di blog tanpa hala tuju.. lebih kepada personal.. sebab daku tak nak kenangan dalam kehidupan seharian itu hilang begitu saja. Maklum lah kadang2 kita ni lupa seiring masa berlalu lebih2 lagi takda diari yang mencatatkan segala kenangan manis tu..



By the way.. happy birthday blog! Semoga daku terus menghasilkan penulisan yang lebih dewasa,berkualiti dan bermanfaat pada semua..
 




Terima kasih yang membaca..memberi komen.. still keep in touch ye..

Thursday, February 25, 2016

Catatan Jaundis Nur Zahwa



Baby baru lahir tidak terlepas dari masalah jaundis kan..bezanya bacaan tinggi atau rendah je. Alhamdulillah bacaan nur zahwa setakat ni tak tinggi. Takde la sampai masuk wad. Berulang alik ambil darah kat klinik jelah. 






Bacaan jaundis Nur Zahwa

4 feb 2016
Hari ke 3 TSB 151.8

5 feb 2016
Hari ke 4 TSB 206.3

6 feb 2016
Hari ke 5 TSB 211.8

8 feb 2016
Hari ke 7 TSB 173

11 feb 2016
Hari ke 10 TSB 120.8


Kuning zahwa last kat muka dengan bacaan 120.8 hari ke 10. So doktor kata tak payah ambil darah lagi sebab dah tak kuning. Kalau betul2 nampak kuning baru ambil. Alhamdulillah..


Yang daku amalkan sebelum ni

-amalkan minum minyak kelapa dara sepanjang hamil
-kerapkan susu badan
-galakkan anak kencing dan berak supaya kuning keluar melalui pembuangan najis
-elakkan baby berpakaian kuning atau sewaktu dengannya
-amalkan pati delima/ buah delima
-amalkan minum air kelapa di hujung2 kehamilan


Alhamdulillah nur zahwa bebas dari jaundis sejak usia 10hari lagi.. yeyy! Mama nak makan jamu.. jamu apa yang bagus dan tak efek susu badan ye?

Posted via Blogaway

Tuesday, February 23, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Secara Normal



Baru berpeluang nak story pengalaman bersalin anak kedua hari tu. Alhamdulillah anak kedua ni daku berjaya vbac atau nama lainnya bersalin normal lepas czer anak pertama dulu. Gap anak pertama dan kedua 1tahun 6bulan. Alhamdulillah juga doktor support vbac dan nasib baik la juga baby keluar tanpa kena induce walaupun masa tu dah lebih dari due date.


Dah.. dah.. mari nak story kronologi bersalin hari tu..


Sabtu 30 januari 2016

Hari ni patutnya due date. Tapi belum ada tanda2 nak bersalin. Luangkan masa 1 jam (petang) berjalan2 sekitar taman dengan relax nya. Papa joging..abg hakimi berlari.. mama terkejar2kan abg hakimi.. elok sangat la tu..


Ahad 31 januari 2016

Dah mula rasa sakit-sakit perut tapi tahan sebab sakit tu datang sekejap-sekejap..weekand je dapat luangkan 1 jam (petang) buat aktiviti jalan2 kat taman rekreasi. Sebab weekand je papa cuti. Bila malam make love2.. Mana tahu esok bersalin.. kikikiki


Isnin 1 februari 2016

Bangun pagi dah nampak ada mucus plug n fresh blood..Sukanya! tunjuk kat mak dia kata tanda nak bersalin ni..Mak dah gabra dah..then whatapps suami, dia kata nanti tengahari dia balik sebab mak saudara dia baru je meninggal subuh tu. 


So..lepas zohor pergi rumah mertua dengan mak. perut kejap2 sakit macam senggugut...kejap2 rasa memulas sakit perut..dah berak pun sakit perut. Tapi daku still abaikan sakit tu.. sempat main bola dengan hakimi.


Bila rasa makin kerap sakit perut tu daku ajak mak balik. Kat rumah mak la..daku buat exercise mencangkung.. jalan itik. Then, makin lama makin kuat pula sakit tu..mak daku pun dah bising suruh pi hospital cepat...tapi nak tunggu suami balik dari klang dulu.


Suami balik dari klang. Petang macam tu sampai hospital terus pergi PAC O&G HTJS...Nurse mintak details sebab apa datang, ambil bacaan BP, ambil sample urin pastu dia interview sikit.. tunggu dalam 30 minit kot untuk doktor datang buat VE... bila doktor datang n check VE baru bukak 2cm...so dia suruh warded je memandangkan dah postdate 3hari dan leaking darah. 


Almost jam 9pm jugak lah baru daku admitted ward...sebelum suami balik sempat la pesan kat suami mintak dia doa 'jalan' cepat bukak..semalaman suami tidur dalam kereta tak balik PD takut malam nanti daku beranak pula. Dan semalaman tu juga daku menahan contraction on+off..daku cuba tidur, tapi tak boleh...baru nak lelap contraction datang...dah tak boleh nak tidur, daku buat la jalan2 dalam wad tu..sujud, mencangkung janji daku selesa...tiap kali mengiring kiri zikir nabi yunus dan zikir al fatah tak pernah miss daku baca.


Subuh tu nurse buat CTG.. graf tak cantik sebab baby tidur.. padahal tengah malam tu contraction kemain lagi..


Selasa 2 Februari 2016

6.30am-7.30am suami datang melawat..dia tanya apa perkembangan baru sebab nak inform CEO yang dia tak kerja hari ni..daku jawab tunggu doktor check jalan pagi nanti.


8.30am doktor buat VE cakap 'jalan' masih 2cm..sepanjang duduk dalam wad buatlah exercise. Dari depan wad sampai belakang daku tawaf.bila sakit stop kejap. harapan jalan dah buka besar kononnya. 


12.30pm-2pm suami datang melawat.. nak makan tengahari pun takde selera jadi suami bancuhkan marjerin+milo. Sambil borak2 sambil layan contraction. Jalan2 sekitar wad sampai habis waktu melawat.


3pm- Rasa nak mandi. Layan hot shower lama..(masa ni nangis2 dalam toilet ingat pengorbanan mak bukan sebab sakit tau) sambil berdoa moga bukaan makin besar. Dalam masa yang sama contraction pun makin kerap. Bila balik katil nurse suruh pindah ke bilik beraircond. Bawa la 3 beg semua ni jalan pergi bilik tu. Bila tukar bilik contraction pula makin kuat. 


Dalam jam 4 pm time nurse cek tekanan darah contraction makin kerap nurse kira contraction 3 in 10. Dia offer buat VE. Okey dah buka 4cm..!! Ready baju baby. Call suami suruh tunggu kat PAC wad bersalin sebab nak kena tolak ke labour room..


4.35pm - masuk LR layan contraction

5.05pm- doktor buat VE masih 4cm dan pecahkan air ketuban. Minta nurse panggil suami temankan masuk labour room. Nurse panggil tapi dia tak datang2 pula. Sepanjang dalam bilik bersalin.. daku menahan contraction makin lama makin kuat. Mengiring kiri pun tak selesa. doa nabi yunus..zikir al fatah. selawat tak henti2 baca.. Doktor offer ubat tahan sakit tapi daku refuse. 

Dah nak magrib daku dah tak tahan nak meneran rasa macam nak berak tapi tekanan dari dalam perut tu sangat kuat. nurse check 'jalan' dah fully 10cm dia panggil nurse lain tolong.. tiap kali datang contraction daku cuba teran sekuat hati nurse ajar cara meneran yang betul. Tangan pegang kaki..pandang perut dan jangan angkat bontot. banyak kali pulak daku meneran asyik putus nafas je.. Masa meneran kali terakhir tu zapp nurse gunting..!! so next contraction, daku guna balance2 tenaga yang ada untuk meneran lagi sekali...terasa nurse tarik keluar baby....leganyaaa!!! Akhirnya jam 7.11pm baby keluar dan daku berjaya vbac. Alhamdulillah..


Lepas baby keluar,nurse lap darah..potong tali pusat, tunjuk baby jantina apa.. terus nurse letak baby atas dada daku skin-to-skin dan terus breastfeed baby. Rasa nak menangis masa tu. perasaan tu sangat indah... :)


Nurse masuk ubat untuk keluarkan uri..keluarkan darah kotor. Time nurse jahit luka gunting terasa kulit di jahit hidup hidup.. pehhh sakit oii.. time ni berzikir lagi kuat2..dan akhir sekali nurse letak ubat luka.


Dalam jam 9pm nurse hantar daku masuk wad balik..lagi sekali pesan dengan nurse bagitau suami yang daku dah masuk wad.


Dalam wad daku tak larat nak bangun tapi gagahkan juga nak tukar pad. Time tu rasa nak pitam. Mujur suami tolong pegang..sepanjang malam daku bangun untuk susukan baby je. Nasib baby tidur sebelah daku..hihi


Rabu 3 Februari 2016

Pagi tu doktor pakar O&G round. 
D: Eh awak ke yang nk vbac tu..berapa lama awak dalam lb? 
Aku: lebih kurang 2jamlbh doktor.
D: wah cepatnya! Awak ada amalkan apa2 ke..
Aku: air zam2 je doktor dgn minyak vco
D: patutlah cepat bersalin. Boleh sy tengok minyak vco tu..
Doktor pakar amik vco tu sambil dia sembang2 dengan MO.HO dan nurse2 dia tentang kebaikan vco ni.

By tengahari Baby dah berak dan kencing. Dah boleh discaj. Yeyy!

Suka nak beritahu bersalin di HTJS (Hos Tuanku Jaafar Seremban) sangat best..selesa..wad dan labour room baru memang puas hati!


Pelbagai cara daku buat untuk cepatkan bukaan antaranya:


✔Sbb suami balik weekand wajib jalan2 sekitar taman rekreasi dalam masa 1 jam
✔Kerapkan bersama suami
✔Dalam rumah jalan itik.. buat squatting atleast 10minit
✔Makan nenas,bendi,daging kambing,minum air zamzam
✔Minum vco/minyak kelapa dara sepanjang hamil
✔Minum marjerin+milo bila bukaan dah besar
✔Minum air hujung rambut tiap kali mandi sambil berselawat
✔Doa nabi yunus dan zikir al fatah jangan pernah miss baca
✔Minta maaf pada suami.ibubapa dan keluarga mertua
✔Amalkan doa mudah bersalin ni setiap hari.
✔ada satu lagi exercise daku buat untuk cepat baby engage.. pm tepi k..




Alhamdulillah segala usaha.ikhtiar.doa untuk vbac Allah permudahkan. Terima kasih Allah..


Daku dah merasa pengalaman bersalin czer dan normal. Masing2 ada kebaikan dan kelemahannya.. tapi mohon la supaya dapat bersalin normal. InshaAllah Allah akan mudahkan..


*penjagaan selepas bersalin dan episiotomi amat mudah.. 3minggu benang dah tanggal dan luka da cantum elok. Alhamdulillah *


Saturday, February 20, 2016

Kebaikan Membedung Bayi



Hari ini ramai ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata mengadu si kecil cukup tidak suka apabila dibedung. Setiap kali dibedung pasti bayi akan menangis tanda tidak selesa atau mengeluarkan tangannya daripada bedungan.


Mungkin sebagai ibu bapa baharu, anda masih tidak mahir mengaplikasikan teknik membedung bayi dengan cara yang betul membuatkan si kecil jadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka. Ada beberapa teknik yang harus diikuti untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya ketika dibedung. Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi.




Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikut:


✔ Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.

✔ Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti di dalam rahim ibunya

✔ Ia turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

✔ Ia turut mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.

✔ Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.

✔ Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.






Wednesday, February 17, 2016

Tips Tanggalkan Road Tax Kereta



Tips tanggalkan road tax tanpa kesan

1- Rendam kain dengan air panas.
2- Letakkan kain diluar cermin kereta, betul-betul di hadapan road tax yang nak ditanggalkan.
3- Biarkan 5-10 minit sehingga gam cair.
4- Selepas 5-10 minit, tanggalkan road tax perlahan-lahan.

Selamat mencuba..

Sumber: FB

Posted via Blogaway


Monday, February 15, 2016

Tali Pusat Nur Zahwa Dah Tanggal



Alhamdulillah tali pusat anak solehah Nur Zahwa dah tanggal masa usia dia 10 hari 11 feb 2016 lalu. 


Masa abg hakimi dulu tak ingat hari ke berapa tertanggal. Mama lupa nak update blog masa abg hakimi dulu. Kan da lupa.. huuu


Tukang urut cakap lepas 10 hari tertanggal tali pusat maknanya budak tu cerdik. mudah2an cerdiklah anak solehah ni. AMIN

Ehh.. korang simpan tak tali pusat anak? Simpan tau! Bila adik beradik gadoh rebus je bagi minum.. berbaik la dorang semula.. hihihihi

Itu je nak citer.. k bye! Hahaha



Posted via Blogaway

Friday, February 12, 2016

Puteri Solehah Nur Zahwa Binti Zulkhairi Syafiq




Alhamdulillah puteri solehah mama kini dah berusia 11 hari. Berat terkini 2.9kg je.. turun pula.. nasib la susu badan ^__^

Puteri syurga ni kami suami isteri berikan nama:

~Nur Zahwa Binti Zulkhairi Syafiq
~Lahir 2.2.2016@7.11pm@selasa
~Berat lahir 3.21kg secara SVD


Yang bermaksud "CAHAYA KECERDIKAN DAN KECANTIKAN"

Dan doa mama semoga anak solehah ini taat perintah Allah.. taat pada Rasul.. rajin beribadah..patuh pada kedua ibubapa dan berjaya dunia akhirat. Amin..

Aunty aunty doakan nur zahwa jadi anak solehah ya.. muaahhh


Nanti mama ceritakan pengalaman vbac ye.. stay tuned!!

Posted via Blogaway

Monday, February 8, 2016

Scan 3D Klinik Pakar Rekha Seremban


Pregnant kali kedua ni teruja nak tahu jantina anak! kalau dapat sepasang gitu, dah confirm senang nak shooping baju! mihmihmih

daku pergi scan 3D di Klinik Pakar Rekha Seremban dekat dengan Terminal One Seremban. masa ni kandungan 24 minggu. 

kat klinik ni ada di sediakan bilik scan 3D, satu monitor scan untuk doktor satu lagi tergantung untuk kita lihat.

bila doktor nak scan nampak pula scar c-zer dan appendiks dulu. tapi sempat la tanya doktor ada potensi untuk bersalin normal tak? dia kata better Elective Csection je!! ehh! tak nak lah! daku nak cuba dulu bersalin normal.. if ada komplikasi apa-apa baru proceed czer! Alhamdulillah dapat bersalin normal.

bila scan adik baby pula aktif sangat bergerak, tak bagi can mama nak tengok muka dia guna 3D last-last doktor guna 4D untuk snap dan berjaya!






Berat masa ni 648gm. jantina pun dah tiga doktor confirm girl.. maka memang confirm girl yang keluar.. Alhamdulillah..

Harga RM120 printed gambar scan ni dan details tentang baby ^___^

Lega semuanya dah selamat.. sekarang menempuh hari-hari berpantang.. dah hari ke 7 pun.. ada beza bersalin normal dan czer.. nanti daku share yer..

Tq..


Thursday, February 4, 2016

Alhamdulillah... Selamat Datang Baby Girl


Actually ramai rakan fb dah tahu daku selamat melahirkan bayi perempuan  adik kepada abglong zulhakimi zaim pada 2.2.2016 jam 7.11pm seberat 3.21kg secara normal.. Alhamdulillah.. sepasang sudah 😊..

Syukur sangat..lega..atlast budak 40minggu 3hari ni keluar jugak. Hahaha 

Terima kasih semua yang mendoakan.. nanti ada masa free daku share pengalaman berjaya vbac ye...

Luv u all!!

Monday, February 1, 2016

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


**autopublish- dah bersalin ke belum tuan blog ni kan**


17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan


Tak lama lagi nak melalui fasa berpantang. elok la kongsi resepi berpantang ini.. Ehh! Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resepi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.


1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa
8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

*************************************


Dah print siap-siap untuk mak masakkan lauk pantang nanti.. hahahhaa