Friday, April 28, 2017

Bahaya Ke Makan Panadol Ketika Hamil?


BAHAYA KE MAKAN PANADOL (PARACETAMOL)?


Ini tablet paracetamol yang dibekalkan di klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital.

1 tablet = 500mg

Bahaya ke kalau makan panadol/paracetamol ni? 


Paracetamol atau Panadol adalah merupakan ubat demam dan juga ubat yang melegakan kesakitan yang amat berguna kepada manusia. Ia telah digunakan di dunia hampir 70 tahun. Setiap sesuatu ubatan itu jika diambil pada kuantiti yang berpatutan adalah ubat. Tetapi jika diambil berlebihan adalah racun. Hatta oksigen pun jika berlebihan adalah merupakan racun bagi manusia!

Paracetamol juga tidak terkecuali. Jika diambil pada dos yang berlebihan, ia boleh menjadi racun yang memudaratkan. Namun kuantiti pengambilan paracetamol yang diberikan oleh doktor adalah dos yang sangat minimal dan berada pada julat terapeutik bukan pada dos yang memudaratkan organ hati dan nyawa.

Secara amnya, PCM adalah selamat untuk kehamilan dan boleh di gunakan untuk merawat demam atau ubat penahan sakit untuk melegakan sakit.

Doktor akan memberi ubat berdasarkan dos yang selamat yang telah direkomendasi.

Kebiasaannya dos paracetamol yang dipreskripsi bagi orang dewasa tidak akan melebih 3g setiap hari (2 biji sekali makan, 3 kali sehari sahaja). Dan jika pesakit mempunyai risiko masalah hati seperti hepatitis, alcoholic dan sebagainya, doktor akan cuba mengelak untuk menggunakan paracetamol sama sekali.



Beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala batuk, flu dan demam. 

1. Banyakkan minum air masak, khususnya di siang hari dan cuaca panas. Air masak itu sendiri mampu untuk mengekalkan suhu tubuh kita di dalam keadaan normal.

2. Rehat yang mencukupi. Ibu-ibu yang sedang hamil akan mudah mengalami keletihan. Apabila ia berlaku, mereka juga lebih mudah untuk mendapat jangkitan daripada luar.

3. Lozenge pada tekak boleh digunakan untuk melegakan batuk dan sakit tekak.

4. Sekiranya demam terlalu tinggi, panadol atau paracetamol boleh diambil dengan kuantiti dan dos yang paling sedikit dan mampu menghasilkan kesan yang optimum (setelah mendapat rujukan daripada doktor).

5. Sentiasa pastikan anda memakan makanan yang berkhasiat dan penuh dengan mineral. Ketika hamil, sistem imun anda akan berubah, dengan tujuan untuk 'protect' bayi di dalam kandungan. Ini boleh menyebabkan anda lebih mudah mendapat jangkitan. Sebab itu, makanan yang yang berkhasiat adalah amat perlu ketika hamil.


Nasihat saya, ada baiknya cuba elakkan menggunakan Paacetamol bila hamil. Simptom demam, selsema dan sakit badan yang tidak serius selalunya tidak memerlukan ubat. Ibu hamil boleh gantikan Vitamin C daripada shaklee untuk meningkatkan imun badan. 




CARA MEMBUAT PEMBELIAN VITAMIN C SHAKLEE


CARA 1

Anda boleh mengklik ke VITAMIN C ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran melalui GDEX/CITYLINK.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Follow Instagram Shaklee :-


Whatssap : 013-2378013

Your Health & Beauty Consultant


Thursday, April 27, 2017

Wednesday, April 26, 2017

Mengapa Kaki Bengkak Ketika Hamil.


Alhamdulillah sepanjang mengandungkan tiga orang anak ni.. tak pernah lagi mengalami kaki bengkak ketika hamil.






Mengapa ini terjadi?
Mengapakah BUKU LALI & JARI KAKI mengalami bengkak ketika kandungan sudah mencecah 9 BULAN?





Saat hamil banyak mengalami perubahan fisik yang terjadi pada ibu hamil, diantaranya kaki bengkak. Kaki bengkak sering terjadi pada trimester kedua dan ketiga. Kaki bengkak biasanya di akibatkan oleh tekanan daripada aliran darah yang terkumpul memaksa air turun dan keluar melalui saluran darah kecil kapilari masuk ke dalam tisu tapak kaki dan buku lali, lebih lebih lagi ibu memiliki sejarah penyakit hipertensi (darah tinggi) maka ibu harus memeriksakannya pada doktor atau bidan tempat ibu memeriksa kandungan.


Bagaimana untuk Mengurangkan Bengkak tersebut?

- Ubatan jenis DIURETIK TIDAK sesuai digunakan semasa hamil yang akan menyebabkan GINJAL mengeluarkan air dan garam sodium supaya anda kerap membuang air dan menghapuskan cecair yang berlebihan dengan cara DIURETIK.

- Gunakan kaedah MENINGGIKAN KAKI untuk membantu melancarkan peredaran darah,

- ELAK duduk atau BERDIRI terlalu LAMA dan JANGAN menyilang kaki semasa duduk.

- Pakai STOKIN TEKANAN yang boleh didapati di farmasi.

- MINUM BANYAK air, banyak berjalan, berbasikal atau berenang.

- ELAKKAN makanan yang mengandungi SODIUM/ KADAR GARAM berlebihan.

- BANYAKKAN BERGERAK dapat membantu sirkulasi darah dalam tubuh. Lakukan hal yang paling mudah dilakukan seperti berjalan kaki setiap pagi.

- Memanjakan kaki selama hamil ada dua cara, iaitu SIRAM KAKI dengan air dingin, lakukan mulai dari atas hingga ke bawah sambil menggerak-gerakkan jari kaki ibu. Lakukan berulang-ulang selama beberapa minit kemudian rendam kaki dengan air hangat yang diberi garam dan jeruk nipis.



Waspada kaki bengkak setiap pagi hari dan berat badan meningkat lebih dari 1 kg per minggu pada pertengahan usia kehamilan, segera berjumpa doktor!



Bagaimana SET KEHAMILAN SHAKLEE dapat membantu untuk mengurangkan KAKI BENGKAK??




1. B-Complex 

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. 

2. Vitalea

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

3. Vita C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik. .

4. Ostematrix

Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu, ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

5. Omega Guard

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEHAMILAN SHAKLEE


CARA 1

Anda boleh mengklik ke SET KEHAMILAN ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Whatsapp +60132378013
Your health & beauty consultant



Tuesday, April 25, 2017

Checklist Keperluan Bayi Ke Hospital


Dah tiba masanya mama buat checklist barangan bayi dan keperluan bayi ke hospital. anak nak masuk 3 pun masih excited nak packing barang baby.. hihi.
Bermula 32 minggu, mama dah boleh kemas dan sediakan beg sepatutnya untuk di bawa ke hospital. So mama asingkan 3 beg untuk:






1. Beg untuk ibu


  • 2 pasang baju ibu terutamanya baju berbutang depan
  • kain batik
  • seluar dalam pakai buang
  • tuala
  • tudung
  • maternity pad/ pad biasa overnight
  • selipar
  • toileteries
  • stokin tebal
  • sweeter

2. Beg untuk bayi



  • baju lengan pendek dan seluar
  • baju lengan panjang dan seluar
  • pampers
  • topi, mitten dan booties
  • bedung/ napkin
  • barut
  • tuala baby
  • wet tissue
  • minyak baby

3. Bakul

  • Thermos
  • Botol air masak
  • makanan biskut, minuman 3 in 1 (horlick, milo,kopi)
  • cawan
  • sudu atau garfu
Paling penting ibu kena sediakan..!!

1. Kad pengenalan
2. Buku merah ibu mengandung
3. Handphone dan charger
4. Guarantee letter (GL)


Beg baby settle! Beg mama in progress... Cuma barang makanan je belom beli untuk simpan dalam bakul lagi..

Lebih kurang beberapa minggu lagi.. Semoga Allah permudahkan urusan mama bersalin nanti.. Amin...




Monday, April 24, 2017

Salam Israk Mikraj



Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah.






Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).



Salam Israk Mikraj untuk semua... ^___^



Friday, April 21, 2017

Kek Viral RM10



Sungguh tak menahan tengok makanan-makanan sedap di facebook! Tergoda nafsu makan.. Bila adanya Kek Viral RM10 mesti lah nak cuba. dah la murah RM10. boleh tahan besar juga tu.. semestinya puas hati makan sebab sedap. Berbaloi sangat dengan harganya.

Memula beli 2 kotak je perisa Choc Strawberry dan Cheese Choc. pun boleh tahan sedap.



Repeat order lagi sebab ada perisa Snow Cheese pula.. OMG! cheese lagilah sedap. 




Semangat la budak dalam perut ni asyik makan je.. mama membesar bak juara dah sekarang nih! hahaha

Alhamdulillah nikmat makan.. selagi boleh makan.. kita makan :)




Thursday, April 20, 2017

Gastrik Oh Gastrik! Ketahui Punca Gastrik!



Gastrik oh gastrik!! Seksanya bila sekali gastrik menyerang. Nak duduk atau baring pun serba tak kena.. Apa kata cuba elak untuk gastrik datang lagi dengan ketahui punca dan elak puncanya !!!!




GASTRIK berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang di hasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Ketika kita lapar  atau badan memerlukan makanan perut akan merembeskan asid gastrik ini. Jika tidak dapat makanan di dalam perut maka asid gastrik ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut. 




PUNCA GASTRIK

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, akan dihingapi penyakit gastrik. 

Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut. Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.



  1. Merokok
  2. Meminum minuman beralkohol
  3. Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  4. Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
  5. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
  6. Gaya hidup yang tertekan (stress)
  7. Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).


Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik. Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.


Tanda-Tanda Penyakit Gastrik:


  • Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  • Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  • Demam yang di panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  • Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  • Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  • Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.


Rawatan Penyakit Gastrik:

  • Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  • Pastikan bila makan nasi (tengahari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum.
  • Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  • Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  • Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan lain-lain
  • Elakkan makan terlalu kenyang
  • Elakkan cuka, makanan yang pedas
  • Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  • Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  • Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti Milk of Magnesia kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  • Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  • Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.



Jangan lupa jaga makan, jaga timing makan & ambil supplement untuk membantu pulihkan balik dinding perut yang sudah terhakis.


Supplement yang di syorkan untuk gastrik ni adalah SET GASTRIK SHAKLEE!!


1. ESP 
Penting dalam pemulihan (elakkan susu). ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.




2. Peppermint Ginger Plus 
Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina, halia, jintan (fennel) dan bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi masalah gastrik, loya, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit





3. Alfalfa Complex
Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.






CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET GASTRIK SHAKLEE 

CARA 1

Klik ke SET GASTRIK SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran melalui GDEX atau Citylink.

CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.




Follow Instagram Shaklee :-


Whatssap : 013-2378013

www.wasap.my/60132378013


Your Health & Beauty Consultant









Wednesday, April 19, 2017

Posisi Untuk Hamil Dengan Cepat




Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. 


11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat :)


1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. 

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
Beromantik dengan suami

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.




Selain tip di atas :

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.



Ikhtiar hamil dengan Vivix?? 

Mengapa Vivix?

Vivix mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol inilah yang bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Bermakna tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah Oxidative Damage. Bila berkurangnya oxidative damage maka berkuranglah sel yang menjadi rosak, simple kan. 

Fungsi Resveratrol juga melindungi telur daripada semua peringkat, tidak kira telur tersebut belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang dilindungi ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan dan mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal. 

Keseluruhannya, vivix bagus untuk kedua-dua pihak, suami dan isteri dengan meningkatkan kualiti benih telur, panjangkan jangka hayat benih dan tingkatkan peluang disenyawakan.

Testimoni Berjaya Hamil Selepas Minum VIVIX!






CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX SHAKLEE

CARA 1

Klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran melalui GDEX atau Citylink.

CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.




Follow Instagram Shaklee :-


Whatssap : 013-2378013

www.wasap.my/60132378013


Your Health & Beauty Consultant




Tuesday, April 11, 2017

Awas!! Jangan Ambil Mudah Jangkitan Group B Streptococcus (GBS) Terhadap Ibu Hamil!


Pernah dengar tak ibu mengandung pembawa GBS??
Setiap kali mengandung kena inform nurse, kena dapat special treatment! Sebab GBS carrier tak macam ibu hamil lain...


1. Apa itu GBS?



GBS atau nama panjangnya Group B Streptococcus adalah salah satu bakteria yang biasanya hidup dalam badan manusia. Ia adalah jangkitan bakteria pada vagina atau rektum ibu hamil. Ibu hamil yang GBS positif berisiko menyebarkan bakteria kepada bayi semasa proses melahirkan. Ianya boleh menyebabkan kematian kepada bayi ataupun infeksi yang serius pada bayi. Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bacteria GBS ini di dalam usus badan tanpa kita sedari. ) 


2. Bagaimana saya boleh tahu jika saya membawa GBS?

Terdapat ujian yang disediakan untuk mengesan jangkitan GBS. Ia boleh dilakukan dengan mengambil sample 'swab di faraj' dan diuji di makmal. Sekiranya ibu disahkan GBS Positif, Ibu akan diberi rawatan antibiotik semasa proses kelahiran agar dapat mengurangkan risiko bayi terkena infeksi. Ibu juga berkemungkinan terkena infeksi pada uterus semasa dalam pantang sekiranya GBS positif. 


3. Saya sedang mengandung, apa yang perlu saya tahu mengenai GBS?

Wanita yang berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik sama ada dari ketika ingin melahirkan atau ketika air ketuban telah pecah (whichever comes first) sehingga saat bayi dilahirkan.
Caesareans tidak digalakkan untuk mengambil antibiotic ini kerana GBS menjangkiti bayi melalui faraj ibu yang melahirkan.


4. Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?

Ada beberapa faktor yang boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda dijangkiti GBS atau tidak. Antaranya:

1. Anda telah mula menunjukkan tanda untuk melahirkan sebelum 37 minggu kehamilan

2. Air ketuban anda pecah dalam tempoh 18 jam atau lebih sebelum melahirkan

3. Suhu badan anda meningkat 38'C atau lebih semasa proses kelahiran

4. Doktor telah mengesan bahawa anda pembawa GBS dalam faraj/ rectum anda semasa hamil

5. Bakteria GBS telah dikesan dalam air kencing anda semasa mengandung (sekiranya ini berlaku, rawatan segera perlu dilakukan dan beberapa langkah berjaga2 perlu diambil semasa tempoh melahirkan)




5. Bagaimana proses kelahiran bayi saya perlu dilakukan?


Bagi bayi yang berisiko tinggi, sebaik sahaja ia dilahirkan:

1. Bayi perlu diperiksa oleh Pakar Kanak2 dengan serta merta

2. Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, dan anda telah diberi rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi masih boleh diberikan antibiotik intravena

3. Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi boleh bermula pada antibiotik intravena sehingga doctor mengesahkan bayi anda bebas jangkitan;

4. Jika anda atau bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, bayi harus diberi rawatn antibiotik intravena SERTA-MERTA.


6. Apakah tanda-tanda jangkitan GBS pada bayi?


Jika bayi anda dijangkiti GBS, gejala berikut boleh berlaku selepas beberapa jam kelahiran:

1. Bayi mempunyai masalah pernafasan

2. Tekanan darah tidak stabil/ rendah

3. Masalah buah pinggang

4. Kurang menyusu

5. Bayi nampak lesu


Malah, terdapat beberapa komplikasi yang lebih teruk seperti Pneumonia, Meningitis atau Sepsis. Jadi jangan ambil mudah yer soal GBS ini. Biasanya tanda yang paling senang untuk kita kesan samada kita ini pembawa GBS atau tidak, boleh lihat pada kadar discharge @ keputihan kita. Dan jika ada, segeralah minta doktor menjalankan 'swab faraj' test agar kita dapat melakukan pencegahan awal.


--Pengalaman Ibu GBS carrier!-- 
Jangan Ambil Mudah Keputihan Semasa Mengandung!!!
Dah lebih 8 bln deliver, tetiba rasa terpanggil nak share pengalaman
For information, masa mengandung sy memang ada keputihan..tapi tak teruk & color putih je, bila bagitau KKIA, nurse just pesan cuci bersih2 je...tak pernah pulak nurse suruh buat 'vagina swab'..so, bagi saya tak de apa yang perlu dirisaukan..first time la katakan..tak de pengalaman... 🙈🙈
.
7/8/15 sy selamat deliver baby girl..kecik je 2.3kg..Alhamdulillah, baby tak hypo, dan jaundice cuma beberapa hari
.
Hari ke 7, badan baby panas, bwk hospital doc claim baby tak demam pun..tapi still warded untuk pantauan..baby baru lahir tak sepatutnya demam...doc cakap
.
Hari ke 8 dah malam, baby betul2 demam...38°c..berlari sana sini doc, nurse..ambik darah, check itu ini...call HosHAS bagai..baby memang dah tak menyusu since pagi lagi..😭 masa tu dah nangis2 da..biar je nurse usung baby bawak ambik darah sume..then doc datang jumpa cakap nak transfer baby gi HoSHAS malam tu jugak..
Pukul 9.30 malam gerak ke Temerloh, baby naik ambulance, sy naik kereta dengan husband..kenapa tak naik dengan baby? Nurse & doc tak galakkan coz baru lepas bersalin..ambulance laju..
.
Sampai Temerloh, macam biasa doc tanya history preggy, bersalin etc...then doc mintak permission untuk buat lumbar puncture (ambil air tulang belakang)..masa doc cakap tu, dalam hati memang dah ada keputusan "ambil lah" redha je..then husband tanya the risk..sebab baby kan..
Doc ckp the risk is sakit belakang, sakit pinggang lepas buat tu..tapi dia baby, tak banyak gerak pon so it might be no problem..tanya lagi risk lumpuh macam orang selalu cakap..walaupun dah ada pengalaman yang berjaya which is my husband, tapi still nk tau, doc ckp the % sangat rendah since dia cucuk di bahagian yang tak ada saraf...husband google sikit pasal LP then terus sign...
Esoknya doc terus buat procedure...
Alhamdulillah smooth je semuanya, result keluar pon semua negative
.
Hari ke 12, baby tetiba kena kuarantin..jumpa doc, dan doc sah kan result darah baby positive Melioidosis...kuman tanah yang sangat common di pahang tapi rare untuk baby baru lahir..
.
Terus femes case baby orked..semua doc kenal dia..dan gelak2 sebab wonder cam mana dia leh dapat jangkitan tu 😅
Doc mintak sy buat viginal swap untuk tau, maybe jangkitan semasa mengandung...
Dan resultnya sy POSITIF GBS 😱, sepatutnya sebelum bersalin lagi sy da kena dapat suntikan antibiotik, & baby perlu ambik antibiotik seminggu...tapi sebab tak tau, tak dapat...maybe itu sebab baby mudah dapat jangkitan lain..
.
21 hari baby dalam NICU habiskan dose antibiotik, dan hari ke 28 start oral antibiotik (makan) selama 20 minggu..
.
Alhamdulillah, dah habis dose antibiotik 21 Jan hari tu...dan syukur sangat2 baby tak pernah demam, selesema, batuk etc..maybe asbab antibiotik dengan izin Allah
.
Kesian kan, kecik2 dah penuh ubat dalam badan...dengan tak breastfeed lagi...tapi sy syukur sangat Allah permudahkan semuanya 😊😊
.
Cuma baby still kena follow up pakar selama 5 tahun untuk pantau perkembangan dia..
So far Alhamdulillah dia sangat aktif...over pon ada 😂😂
.
Nasihat dan ingatan sy, kalau ada keputihan time preggy, please2 bagitau nurse/doc time check up..mintak jugak dorang buat swab..dont worry swab tak sakit pun...hihi..
In shaa Allah, kita boleh kurangkan risk jangkitan pada baby...
Wallahualam..~


Ibu hamil boleh ikhtiar untuk mengelakkan dari terkena GBS positif ini dengan mengambil Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi. Ia berfungsi sebagai antikulat dan antibakteria. Bawang putih yang terdapat di dalamnya berfungsi sebagai perisai kepada sistem imun badan





CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEPUTIHAN SHAKLEE



CARA 1



Klik ke  SET KEPUTIHAN SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant

Monday, April 10, 2017

3rd Pregnancy Diary: Herba Mandian Aura Serai Wangi


Setiap kali mengandung wajib beli Herba Mandian ini sebagai mandian untuk lepas bersalin nanti.. Bila mandi dengan herba ni badan terasa segar dan bertenaga. 


Herba mandian membantu ibu dalam pantang seperti:

•Membantu melegakan otot & menghilangkan sengal, bisa & kebas
• Membantu melancarkan peredaran darah, pernafasan & membuang kolestrol
• Membakar lemak berlebihan.
• Membantu mengurangkan angin, toksik di seluruh badan.


3rd pregnancy ni beli herba mandian kat facebook je..
1 uncang boleh pakai 2x mandian, 
Ada 5 pack dalam 1 plastik, 
Berharga RM15/pack.




13 Herba terpilih

- Serai wangi
- Halia Bara
- lengkuas
- Rempah Gunung
- Daun Buah pala
- Daun pandan
- kayu manis
- serai acheh
- meringan
- serai kampung
- bunga lawang
- timbun tasik
- lengkuas merah


Moga dapat menyegarkan lagi badan semasa dalam tempoh berpantang nanti.. InshaaAllah :)



Thursday, April 6, 2017

3rd Pregnancy Diary: Lain Anak Lain Pembawakan



8 bulan :)


Pejam celik pejam celik dah 8 bulan pregnancy ni! Cepatnya masa berlalu.. baby bump pun cepat besar! kalah dua pregnancy terdahulu.. kihkihkih

Alhamdulillah sepanjang 3rd pregnancy ini takde masalah.. aktif bekerja di wad, aktif berbisness dan aktif menguruskan rumahtangga dan anak anak. 
Cuma.. Cuma..

Masuk kandungan 6 bulan hari tu satu badan mengalami masalah kegatalan di betis dan kaki. bila menggaru sampaikan berdarah dan berparut. ko bayangkan terlalu asyik menggaru tak sedar berdarah darah.. dasyat! masa tu baru teringat dan stop menggaru..hahahaha kesannya berparut lah..huhuhu mujur sentiasa ada stok herbal blend shaklee. rasa gatal je terus sapu. menthol yang berangin kurang sikit rasa nak menggaru.. 

Sama juga dengan mata, sembap, gelap, gatal dan kering. Dia jadi kering dan mengelupas, ramai tegur tapi biasalah katakan je pembawakan budak -_-

Sekarang kegatalan dah kurang, cuma parut masih ada. mudah-mudahan cepat hilang sebelum bersalin. malu pula kang nak bersalin nurse tengok kaki berparut2.. maluuu mak nok! kahkahkah



Kawal Gula Kencing Manis Dalam Darah


Awak awak yang ada makayah diabetes ni elok sangat beli VIVIX ni!

Bagaimana VIVIX membantu mengawal paras gula dalam darah?


Vivix membantu mengawal paras gula dengan mengurangkan kerintangan insulin.
Sebenarnya insulin dalam badan penghidap kencing manis bukan tak cukup, malah berlebihan tapi berlaku kerintangan. Maksudnya sel tak boleh guna insulin yang banyak tu.

Vivix membaiki sel-sel yang rosak, meningkatkan fungsi pankreas & mengurangkan kerintangan insulin. Insulin yang tinggi dalam badan pun bahaya tau. Sebab boleh menyebabkan darah jadi pekat. Bila darah pekat, senanglah nak beku. Bila beku, risiko untuk strok & serangan jantung pun tinggi.




Testimoni VIVIX untuk pesakit kencing manis








Hanya sesudu teh sehari... anda mampu mengubah tahap kesihatan ibubapa tersayang


CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX SHAKLEE


CARA 1
Klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.



Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant

Wednesday, April 5, 2017

Kencing Kotor Di Kalangan Wanita





Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi kencing.
Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka.

Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis kuman, terutamanya E.coli. Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling dubur.

Agak sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.

Realitinya pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan intim.

Jadi pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan intim dengan suami. Cuba buang air kecil, bagi mengosongkan pundi kencing yang mungkin mula dimasuki bakteria. Bersihkan kemaluan dengan pencuci yang disyorkan.




TANDA-TANDA KENCING KOTOR
1.Kencing dengan kerap
2.Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
3.Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
4.Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
5.Kencing berdarah atau kencing yang berbau
6.Demam sederhana

Gejala lebih serius pula akan berlaku apabila jangkitan telah melintasi pundi kencing dan memasuki buah pinggang. Antaranya adalah:

1.Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
2.Loya dan muntah
3.Sakit di bahagian belakang pinggang


TIPS MENGELAKKAN KENCING KOTOR

1.Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda

2.Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2

3.Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air

4.Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

5.Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.

6.Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.

7.Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

8.Tukar tuala wanita dengan kerap semasa haid

9.Elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat


BAGAIMANA SET KENCING KOTOR SHAKLEE BOLEH MEMBANTU ??



1) GARLIC COMPLEX


Bertindak sebagai antibiotik semulajadi dimana Garlic merupakan supplement bawang putih yang terbaik. Ianya sangat baik untuk badan. Melalui garlic Complex ni, kita boleh menghalang kencing kotor ini menjadi lebih teruk kerana bawang putih akan menghalang pembiakan kulat, kuman, bakteria dan virus. 


2) ALFALFA COMPLEX


Bertindak melawan lahan iaitu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor akibat jangkitan kuman. Ianya juga bertindak sebagai anti kulat. 



CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KENCING KOTOR SHAKLEE



CARA 1



Klik ke SET KENCING KOTOR SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran melalui GDEX atau Citylink.

CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.





Follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
www.wasap.my/60132378013
Your Health & Beauty Consultant