Sunday, April 1, 2012

Asid Folik Kepentingan Sebelum dan Semasa Mengandung


Kali ni jijah nak kongsikan Kepentingan asid folik sebelum dan semasa mengandung. Harus di ingat ya folik asid bukan ubat ajaib untuk kesuburan tetapi membantu untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.


Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)



Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).




jijah pernah jumpa kes baby anecephaly ni. 

nak tengok gambar baby malang ni sila klik link ini bagi yang kuat semangat yer.


2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 



set  ibu mengandung yang jijah ambil..pm untuk harga menarik
azizah
0132378013


Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.



sumber Dr Zubaidi.



63 comments:

  1. ishh...kesian nye bayi tu huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Jika ambil berlebihan ia memudaratkan tak?

    ReplyDelete
  3. heee..

    pernah gak dgr org y dh kawin n plan nk ada baby better mkn..hee..beli kat farmasi pn ada kan?

    amin...moga jijah cpt2 ngandung..heee

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus untuk bakal ibu mengandung :-)


    ps: boleh tolong 'like' sesuatu?

    ReplyDelete
  5. dah kawin nanti bolehlah amalkan pemakanan asid folik ni kan..thanks jijah..bagus nurse ada blog ni.^__^

    ReplyDelete
  6. jijah, ambil supplemen lain x?just for balancing ur nutrient.

    ReplyDelete
  7. @WuMing jika amik overdose tak memudaratkan.. ia akn di keluarkan melalui air kencing..

    ReplyDelete
  8. @MissRhana jijah takde amik supplement lain selain folic asid n vitamib B-compleks

    ReplyDelete
  9. ibu mngndung perlu mnjg kesihtan dgn lbh teliti kan dear..

    ReplyDelete
  10. akak ambik dr tahu je peknen sampai dah nak bersalin..hihi.. time peknen akak sk mkn semua vitamin yg nurse bg.. maklumlah.. risau.. hihii

    p/s : jijah.. yg pasal bf tu kan.. kalu BMI akak yg xbrp nk cun ni.. still blh bf ke?.. xda effect apa2 ke?

    ReplyDelete
  11. jijah pas rara g kk kan.misi bg obimin je.tu x yah mkn asid folic ag eh?

    ReplyDelete
  12. @IntaNBerliaN akak boleh je kak.. asalkan akak cukup tenaga nak susukan alisha.. sebab myusu ni mngunakan tenaga yg banyak.. tu je.. takde kena mngena dgn BMI kak

    ReplyDelete
  13. @Cikpuan rara kak rara obimin tu dahh menrangkumi semua vitamin yg di perlukan masa mengandung.. tak payah pon xpe.. folik asid dah ada sekali dlm obimin..

    ReplyDelete
  14. errr jijah, ubat ni mmg hanya utk org2 prgnt je ke?

    ReplyDelete
  15. @MaYa MustWany xjugak! untuk org nak tambahkan darah..kekuatan tulang boleh jugak.

    ReplyDelete
  16. @rizalmat boleh..sila2.. sharing is loving :)

    ReplyDelete
  17. sy nak tanya kejap?doktor bg folic acid 5mg atau pun 400 mcg?confius saya..sukatan mana yg betul?
    Bakal Suami Yang Concern Untuk Isteri Dan Bakal Anaknya..

    ReplyDelete
  18. @jang83 Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mcg dan 5 mg (5000 mcg). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 mg sehari. Pengambilan 400 mcg juga mencukupi untuk keperluan seharian.

    ReplyDelete
  19. salam cikjijah..try bcompleks shaklee nak x? dalam tu ada acid folic dah..xyh amek smpai 2..

    http://goldenlounge.blogspot.com/2012/08/family-wellness-set.html

    ReplyDelete
  20. salam.. kak, sy copy+paste sket info yg ada ye.. tQ :)

    ReplyDelete
  21. @Golden Lounge elok yer... kalau nak jijah gitau yer..hehe

    ReplyDelete
  22. @aizu's life ok boleh... sharing is loving kan...

    ReplyDelete
  23. sy da mkn ubt nie hampir sbln lebih tp disamping tu sy ada minum SD2...ada kesan x sekiranya sy meneruskan minum SD2..??

    ReplyDelete
  24. @nurul SD2 kandungan dia ape yer..tu jijah tak tahu la yunk..

    ReplyDelete
  25. thanx yaa dear, baru tau ^_^

    ReplyDelete
  26. HI, salam.. hani nak tanya iberet folic ( abbott) ni kaum kebarat asid folic ker? hani maybe prgnt..maybe sebab tak check lagi,,buat urine semua -ve ( maybe sebab buat ptg hari )... ada effect ker if hani makan iberet folic ( abbott ) ni? tq.... kalo rajin boleh reply kat ares_niza@yahoo.com :)

    ReplyDelete
  27. @stichares kalau itu folik acid semua sama jer vitamin... cuma jenama jer yg membezakan :)

    ReplyDelete
  28. Salam..
    Saya baru ja tau tentang asid folik ni,..kalau nk start makan perlu ke jumpa doktor dulu or terus beli ja kt farmasi? Saya da khawin tp still belum pregnant.. boleh bantu sy?

    ReplyDelete
  29. @Nurul Syuhada boleh je terus beli kat farmasi.. folic asid jer.. sebab ia jenis vitamin..

    ReplyDelete
  30. okey..
    so sukatan mana y perlu sy amik 400 mcg or 5 mg (5000 mcg)?
    terima kasih ye.. :)

    ReplyDelete
  31. @Nurul Syuhada Pil asid folik di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mcg dan 5 mg (5000 mcg). Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 mg sehari. Pengambilan 400 mcg pon mencukupi untuk keperluan seharian.

    ReplyDelete
  32. Salam,.. sy nk tanya lagi (maaf asyik tanya je) hubby sy ada belikan sejenis asid folik jenama Iberet Folic - 500, so sy nak tahu boleh ke sy makan sb sy xpregnant lg? sesuai ke?

    ReplyDelete
  33. @Nurul Syuhada iberet selalu jijah dengar kalau kandungan dah besar.. tp sebab folic tak pasti pulak yunk.. try tanya farmasi yang beli tu..

    ReplyDelete
  34. salam kak...sy nk tny, sy ad ambil vit c after breakfast.. klu sy ambil asid folic ni lepas ambil vit c bleh ke? ataupun kene jarakkan masa pengambilan??

    ReplyDelete
  35. @You and Me boleh.. tapi kenapa tak amik sekali folik asid gan vitamin c.. dua2 vitamin tu..

    ReplyDelete
  36. @azizah :)
    salam kak,, sy nak tnye..asid folic yg ssuai utk org yg lum pregy yg manae ek kak.. asid folic sahaj or iberet folic 500..?

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. @Wany Lazzia kalau lum preggy rasanya asid folik saja.. sebb iberet tu dos kuat rasanya.. untuk kandungan dah besar leh la makan..

    ReplyDelete
  40. Owh..cm2 sy da slh bli lah..huhu..so bli yg asid folic sje ye..de yg jnis asid folic appeton...okey ke tu kak..

    ReplyDelete
  41. @Wany Lazzia kalau dah beli teruskan je makan.. sama je fungsinya..

    ReplyDelete
  42. Yeke..xde effect pape ea...
    Tq kak.. :) 4 ur info n sharing...

    ReplyDelete
  43. @Wany Lazzia vitamin mane de efek apa2.. bagus utk kesihatan gak..huhu

    ReplyDelete
  44. Tumpang tanya. Saya berumur 20 tahun dan akan berkahwin ujung tahun ni. Boleh tak klw nak start ambil asid folic ni dr skrg? Dan brape dos perlu saya ambil?

    ReplyDelete
  45. @ann zack boleh sangat mula dari sekarang... dia pon vitamin gak :) dos ikut lah yg ubt beli kat farmasi..sama je tu..

    ReplyDelete
  46. kalau suami makan asid folic ni blh ke?
    kalau boleh,untuk ape yer?

    ReplyDelete
  47. nak tnya...suami boleh tak makan asid folic ni?
    kalau boleh,apa faedahnya yer?...
    tq...

    ReplyDelete
  48. @Zaujah Ibnu Othman asiffolik tu untuk tambah darah..ia sejenis vitamin.. boleh je makan sesuai peringkat umur

    ReplyDelete
  49. Tq sharing...sy keliru 400mcg n 5mg..
    Tp skang dah jelas,hihihi

    ReplyDelete
  50. Tq 4 sharing....info baru dpt sy pelajari...

    ReplyDelete
  51. Info yang menarik.. boleh copy tak?

    ReplyDelete
  52. Blh ke mkn acid folic time period?tq;-)

    ReplyDelete
  53. Blh ke mkn acid folic time period?tq

    ReplyDelete
  54. @Nur Naj boleh.. folic asid ni vitamin saja :)

    ReplyDelete
  55. Salam akak , wut will happen kalau saya makan 2 biji folic acid sehari ? Ada farmasis yang suggest ambil 2 biji sehari , pagi sekali , malam sekali .

    ReplyDelete
  56. @sitiaisyah yacob biasa yg jijah tahu folik asid sehari sekali je.. mgkin brand lain kot..

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum... sya baru shaja dpt ubat acid folic dari doc pakar utk 3 bulan jga.. suami pun dpt ubat provironum utk 3 bulan jgk.. sya doa kn kak jijah dpt baby cpt.. n doa kn sya jga ye.. kami dh kwin nk msuk 1 thun tp xde rezeki lg.. Insya'Allah.. smoga d pmudahkn.. amin...

    ReplyDelete
  58. Setuju.... bukan setakat ibu mengandung jer perlukan Vitamin B lebih banyak daripada biasa tetapi juga Ibu Menyusukan anak perlukan Vitamin B lebih daripada biasa

    Asid Folik juga dikenali sebagai Vitamin B9

    Tapi kita biasa dengar ada orang yang tak mengandung dan tak menyusukan anak ambik Vitamin B kan? sebab dia nak jaga kesihatan kulit...

    Kalau terlebih ambik Vitamin B pun takpe sebab akan disingkirkan melalui air kencing

    ReplyDelete

Assalamualaikum... Hai Blogger Hebat!
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini...
Korang Komen Jijah, Jijah Akan Komen Blog Korang Pula Yer.

Tq

Copyright © ♥Cik Azizah♥ Designed by azhafizah.com