Wednesday, August 27, 2014

Pengeluaran KWSP Untuk Kakitangan Awam Berpencen


Setelah 4 tahun berkhidmat dalam kakitangan kerajaan , akhirnya daku layak mendapat taraf pencen. yang paling best bila dah dapat taraf pencen boleh buat pengeluaran KWSP.

Melalui pengalaman sendiri, untuk kawan-kawan yang ingin mengeluarkan KWSP paling penting sudah berkhidmat lebih 3 tahun, sudah di sahkan jawatan tetap kerajaan dan sudah dapat surat taraf berpencen perkara-perkara yang perlu anda lakukan ialah:

A) Dua borang perlu di isi (mesti ada!)

1) Ambil borang pengeluaran di mana-mana pejabat KWSP atau download print di sini =>DOWNLOAD kalau isi manual. kalau online di sini=> ONLINE. (tidak perlu pengesahan)
2) Lampiran A download sini=> DOWNLOAD. (ini perlu pengesahan ketua jabatan)



B) Salinan-salinan yang perlu:
  1. Kad Pengenalan
  2. Surat Tawaran Lantikan Tetap (surat ni yang mula-mula kita lapor diri masuk kerja) cth: jijah lapor diri 9/8/2010
  3. Surat Pengesahan Jawatan (surat lepas 1 tahun di sahkan jawatan) cth: 9/8/2011 di sahkan jawatan
  4. Surat Pemberian Taraf Berpencen (cth: 1 februari 2014 dapat surat taraf pencen. dah start tak potong kwsp dah)
  5. Penyata Akaun Bank yang kita nak duit KWSP masuk 
C) Dah selesai isi dua borang A dan Salinan B pergi ke pejabat KWSP, ambil nombor giliran tunggu nombor di panggil..

D) Nanti pegawai KWSP kemas kini akaun kita dan bagi Surat Penerimaan Permohonan. tak sampai 10 minit siap sudah.



E) Tempoh wang yang akan di kreditkan ke dalam akaun kita dalam masa 14 hari bekerja. (macam daku hari tu 8/8/14 apply pengeluaran. 20/8/14 dah masuk duit.,)


Majikan akan meyumbang sebanyak 13% daripada gaji kasar anda ke akaun KWSP. tapi kita hanya tolak 11% daripada gaji kasar ke akaun kwsp. dari jumlah itu 70% akan masuk dalam akaun 1 manakala 30% dalam akaun 2.

contoh: akaun 1+ akaun 2 = RM 32000
70% ke akaun 1
30% ke akaun 2

jadi
70/32000x100= RM22400
30/32000x100= RM 9600


Dan Setahu daku, anda bukan saja dapat sumbangan dari akaun 2 tetapi gabungan kedua dua akaun. pada kakitangan awam kita cuma dapat 45% je dari jumlah keseluruhan dalam akaun KWSP tu dan baki 55% untuk caruman majikan, kerajaan ambil balik. 

jadi:

RM32000x45% = RM14400 =( ini jumlah yang akan anda dapat)



paham tak?? kalau tak paham tanya ye... ^___^


p/s: Alhamdulillah rezeki :) dah keluarkan beli perabot kayu jati dan simpanan untuk beli rumah. hehehe Alhamdulillah ^___^ macik kayo! macik kayo~~ lalalala :p




77 comments:

  1. wahhh dah kuar kwsp? husna dah kuar dah lama masa nak kawen dulu... abis dah pun hehehehe

    ReplyDelete
  2. Kira lmbt jgk la sis dpt smpi 4thn... Kerana kerenah birokrasi Ciknanye lagi lama hampir 6thn baru leh settle,.....;-)

    ReplyDelete
  3. Ros pun dah keluarkan masa 2012.. :)

    ReplyDelete
  4. duit hakak tatau la pi mana dah dik dh .... tahniah dik sbb dah sah dan berjawatan tetap berpencen ....

    ReplyDelete
  5. wah jijah kaya...Alhamdulillah..rezeki qimi...

    ReplyDelete
  6. Hritu just donlod borg online je, n dapatkan pengesahan tuk lmpiran A, proceed ke kwsp.. Beria sedia dokumen tp dia xmintk pun.. Hihi

    ReplyDelete
  7. buruk siku la yg bahagian majikan gov amik balik.hahahahahaa

    ReplyDelete
  8. akak pun adaa sikit kwsp ni... tp xbwk keluar lg sbb xtau nak guna utk apa... eh, org xkeje cam akak blh ke bwk keluar duit tu awai ek... ehheh

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..penat lelah terbalas :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah dah dpt kluarkan.. :)

    ReplyDelete
  11. Nk tanya kalau sblm ni kita kerja swasta baki kwsp kerja dgn syarikat swasta cth akaun 1 +akaun 2 =rm 30k..lepas tu kita dpt kerja dgn goverment...bila kerja dgn gov lepas 3 tahun dah dpt skim.pencen..so 30k masa kita kerja dgn swasta tu kita boleh buay keluar semua ke? Sb akaun 1 tu syarikat swasta as a makijkan yg carum.bukan goverment..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. tp kita bukan dpt semua 30k..akaun 1+2 pastu ada peratus2 yg boleh kita dpt even keje kat swasta pun

      Delete
    2. ASSALAMUALAIKUM...mcm sya submit 1/11/2016 banding dgn kwn saya yg submit 4/11/2016 3 hari lewat dri saya...tpi kwsp dh pn msokkn duit pda 10/11/2016...knapa saya still xterima msj dri kwsp??

      Delete
    3. Kalu swasta setahu saya dapat semua termasuk caruman majikan..

      Delete
    4. haah betul kalau dlu dia kerja swasta yang swasta punya dia akan dapat semua. yang akan dibahagi darab semua bagai hanya untuk yang ketika kakitangan awam sahaja.:)

      Delete
    5. caruman semasa bekerja di swasta akan dapat sepenuhnya tak kira caruman majikan atau pekerja. kerajaan cuma ambil jumlah yang kerajaan carum dalam akaun kita bermula gaji pertama lapor diri. deviden pun akan di bahagikan mengikut caruman kerajaan dan pekerja.

      Delete
    6. kalau pada mulanya kita kerja government dan sign dokumen skim pencen,tapi lepas tu kita berhenti kerja,boleh dapat semula tak caruman majikan kerajaan tu?

      Delete
  12. Assalamualaikum...mcm saya kan submit 1/11/2016 tpi kwn saya submit 4/11/2016 lewat 3 hari dari saya,10/11/2016 dia pnya sudah dapat...makin xpaham system kwsp skrg...ikotkn saya fresh lagi xpernah pn bawak kluar akaun 2 tu..

    ReplyDelete
  13. ASSALAMUALAIKUM....saya cuma hairan sikit sbb saya submit 1/11/2016 tpi kwn saya submit 4/11/2016 lewat 3 hari dari saya..duit dia dah masok pda 10/11/2016..nk kata saya prnah bwak kluar akaun 2 mmg xprnah lngsung..fresh lagi..knapa saya smpai skrg xdpt msj?

    ReplyDelete
  14. Senang je kerajaan nak crik duit. . .duit kwsp hak kite,tp senang2 je nak ambik separuh drpd duit 2. . .mcm SIALL

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kerajaan ambil balik tu cuma caruman majikan tuan...bukan duit kita pun...

      Delete
  15. Salam. Kepada yang lambat dpt sms dari kwsp..kebiasaannya adalah berpunca dari pegawai kwsp yang uruskan permohonan tersebut. Ada pegawai yang buat cepat.. Dan ada yang lambat. Apa pun.. Sebelum 21 hari akan dapat SMS. Harap bersabar ye rakan2..huhuhu

    ReplyDelete
  16. salam,untuk terima mesej dari kwsp. 21v hari termasuk sabtu ahad or tidak termasuk.. kerana sya buat pengeluaran pada 01/11/2016. sampai sekarang belum terima mesej.

    ReplyDelete
  17. Betul ke kwsp skg nak mnta notis pengesahan pmberhentian pmotongan kwsp dri majikan pulak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya dulu xde pula.. tunjuk je surat taraf pencen. masa tu kwsp xpotong dah

      Delete
  18. nk tnye knpe ye nk msuk 2 mmgu proses pngluaran xde pe2 lg mklum bls ye

    ReplyDelete
  19. nk tnye knpe ye nk msuk 2 mmgu proses pngluaran xde pe2 lg mklum bls ye

    ReplyDelete
  20. salam..dari memula dpt surat pengesahan jawatan.. berapa lama utk dapat surat JPA ni..?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum ,kak nk tny sy dlu kje swasta slme 4 thn,lps tu kwsp ad la dlm 20 k, skrg sy da kje navy da dekt 4 thn,mcm ne proses yg perlu sy uat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi pejabat KWSP mohon borang untuk keluarkan duit kwsp semasa bkerja swasta dulu..

      Delete
    2. Dah tanya member.. awak xleh bawa keluar akaun kwsp masa keje swasta dulu.. kena tggu umor 55tahun baru boleh keluar.. melainkan nk beli umah

      Delete
  22. Kalau kwsp kata dah lulus...berapa lama duit akan di debitkan ke akaun kita.sebab ada yg ckp 1 hari waktu bekerja sahaja..saya dah 3 hari,masih x masuk lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya pegawai tu ada cakap paling lama 7 hari tgk pada akaun bank yg kita berikan

      Delete
    2. KWSP maklum maksima 3 hari bekerja selepas lulus.yang lambat tu kene follow up balik ngan kwsp buat pengetahuan semua.

      Delete
  23. Hi. Selamat pagi.. 16 hari bekerja sudah selepas sya membuat permohonan pengeluaran. tapi still belum dapat feedback lagi. adakah saya ptt tanya diorang dah proses benda tu tak?

    ReplyDelete
  24. sis yati...masa awak ritu duit masuk hari keberapa?

    ReplyDelete
  25. sis better cek kat i akaun kwsp senang da tau kita punya da proses atau sudah lulus

    ReplyDelete
  26. sy nak check kat i akaun kwsp proses cmne celah mana saya nk tekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab i akaun kwsp sy xtau.. sy tahu je 14hari bekerja dah masuk duit..

      Delete
    2. Boleh check kat laman web kwsp. Kene register dulu I akaun. Check kat pengeluaran.Status pengeluaran.

      Delete
  27. kalau dulu kerja swasta sekarang kakitanganawam caruman majikan masa swasta dulu tu kena ambil balik juga ka?

    ReplyDelete
  28. nak tyelah..mase ptb tahun 2007 kita dh kuarkn kwsp kita...aritu gi kwsp check ada balance...ingtkn nk kuarkn baki tu...nape kwsp ckp x leh kuar plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf.. itu saya tk pasti.. sebab once kita nak kuarkan.. kena kuarkan semua jumlah kecuali potongan yag kerajaan amik balik tu

      Delete
    2. Klu dh kuar then ada baki lagi kene kuarkan dlm tempoh 2 thn slps kluaran ptama.....klu x umur 55 bru leh amik duit tu

      Delete
  29. Sy dh isi borang dgn kerani.utk mohon surat taraf berpencen.brapa lama blh dpt surat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tanya kerani balik..once kita da sah jawatan..da xpotong kwsp..automatik kerani bg surat taraf pencen,

      Delete
  30. Saya cuma nak tanya 2 soalan....
    1) Sebelum bekerja dgn kerajaan saya,bekerja swasta.... Adakah yang 55% tu kerajaan akan ambil semua dlm akaun saya... Jika ya maka itu tidak adil rasanya
    2) berbalik pada isu 55% tu...saya memilih utk tidak mengeluarkan simpanan kwsp saya bila pilih skim pencen. Adakah deviden juga akan dibahagi ikut nisbah 55/45?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan hanya akan ambil caruman yang mereka carum mulai dari gaji selepas lapor diri sebagai penjawat awam.
      sebarang caruman sebelum berkhidmat sebagai penjawat awam, tidak akan disentuh oleh kerajaan.

      deviden juga kerajaan ambil dari jumlah yg mereka carum.

      Delete
    2. macam saya..saya berstatus kontrak dari tahun 2006..sampailah masa 2014 saya dpt lantikan tetap.soalan saya adakah potongan majikan dr status kontrak tu kerajaan akan ambil atau ia akan ambil hanya dari tahun 2014 hingga 2017 iaitu setelah lantikan tetap?6/5/2017 ni genap lantikan saya 3 tahun.

      Delete
  31. Saya nk Tanya sy day dpat Surat ptb tu.... Mcm mn nk tau kwsp dh xpotong lg.... Dan satu lagi kite ke kne wat surat pemberitahuan utk xpotong kwsp sbb dh masuk skim pencen

    ReplyDelete
  32. Saya nk Tanya sy day dpat Surat ptb tu.... Mcm mn nk tau kwsp dh xpotong lg.... Dan satu lagi kite ke kne wat surat pemberitahuan utk xpotong kwsp sbb dh masuk skim pencen

    ReplyDelete
  33. Saya nk Tanya sy day dpat Surat ptb tu.... Mcm mn nk tau kwsp dh xpotong lg.... Dan satu lagi kite ke kne wat surat pemberitahuan utk xpotong kwsp sbb dh masuk skim pencen

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kena bgtau kerani la yg kita amik skim pencen.

      Delete
    2. surat ptb tu selalunya sumber manusia akan keluarkan kew 8 dan hantar pada kewangan untuk proses stop potongan kwsp.lepas 3 bulan baru akan stop.

      Delete
    3. Kalau kwsp belum stop lagi dalam pay slip..boleh keluarkan tak duit yg ada sedia ada tu

      Delete
    4. Kalau kwsp belum stop lagi dalam pay slip..boleh keluarkan tak duit yg ada sedia ada tu

      Delete
    5. Sy br mggu lps antar borg kwsp utk pengeluaran...hr ni dah lulus...bole kuarkan wlpn masih ade potongan kwsp dlm payslip..dah stop nnt bole bt pengeluaran yg kedua dlm masa 2 thn...

      Delete
  34. Dia nk smua dokumen asal ke masa g buat? Surat pencen i hiang yg ori..yg salinan ada la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg salinan tu dapatkan cop diakui sah oleh pegawai atasan

      Delete
    2. tq suriani menjawab semua soalan..hihi

      Delete
  35. klu mntx kwsp msukkn direct ke tabung haji blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh agaknya.. apa2 pun bincang dgn kerani di situ

      Delete
  36. Salam..maaf lari tajuk skit..sy nk tnya klau ayah kita meninggal,brpa lma tempoh untuk tggu pencen tu msuk?

    ReplyDelete
  37. Salam..maaf lari tajuk skit..sy nk tnya klau ayah kita meninggal,brpa lma tempoh untuk tggu pencen tu msuk?

    ReplyDelete
  38. Salam sy nak tanya..saya dah apply pngeluaran 4/4 aritu tp smpai sekarang takde dpt apa2 msj..kawan saya yg buat sekali dah dpt dah mnggu lepas..bila check dkt akaun i kwsp pun xde pape..kosong je dkt pengeluaran tu..normal ke mcm ni ye?risau gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. better awak tanya dgn bahagian kwsp.. sbb sy bukan kerja dgn kwsp.. huhu

      Delete
  39. kalau pada mulanya kita kerja government dan sign dokumen skim pencen,tapi lepas tu kita berhenti kerja,boleh dapat semula tak caruman majikan kerajaan tu?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!