Jururawat Lelaki amat di perlukan

dalam entry daku ini daku ada kongsi pengalaman daku sebelum daku berjaya menjadi seorang jururawat. bayangkan setelah setahun baru ...



dalam entry daku ini daku ada kongsi pengalaman daku sebelum daku berjaya menjadi seorang jururawat.
bayangkan setelah setahun baru daku di panggil interview..yup! mmg SPA8 memproses permohonan kalian lebih kurang setahun baru dipangggil...apabila tamat tempoh setahun kalian tak mendapat tawaran..kalian harus memohon lagi..

beralih dengan tajuk daku itu...
ada seorang blogger bertanyakan soalan kepada daku...sebelum itu, Terima kasih banyak-banyak kepada Muhamad Syukri sudi komen blog tak seberapa ni...



menjawab soalan syukri:

Waalaikumsalam...ya..zaman sekarang kita tak perlu sangat memilih kerja..tak semestinya bidang yang kalian ceburi sekarang itulah pekerjaan kalian nanti! TIDAK! lau ada pon rezeki kalian tu...Alhamdulilah... bukan ape bidang yang semakin cerah sekarang salah satunya adalah bidang perubatan...banyak hospital,klinik baru ditubuhkan untuk memenuhi kesihatan rakyat Malaysia..tak kira lah samaada swasta mahupon kerajaan..

berbalik dengan pertanyaan..sebenarnya male nurse dah lama dah ada kat hospital tetapi agak kecil bilangan di ceburi oleh lelaki ini..tak tahu la pasal ape...mungkin tak minat kot atau malu dikatakan nurse lelaki...Wallahualam.. kalau ikutkan memang nak pakai ramai kerana wad lelaki contohnya amat-amat memerlukan male nurse..tengok HKL la...wad lelaki majoriti di kuasai nurse pompuan..jika ada male nurse alangkah baiknya..almaklumlah kudrat nurse pompuan tak sama dengan male nurse dalam membantu perawatan kepada pesakit lelaki..

berkaitan dengan panggilan tu...saudara syukri memohon tahun lepas ya...mungkin belum sampai rezeki lagi...biasanya setahun permohonan saudara diproses..jijah sendiri pon setahun kemudian baru dapat panggilan..setahun tu jijah dah belajar kat Politeknik itu pon terpaksa lah behenti belajar untuk mendapat pekerjaan lebih cerah..ada juga kawan-kawan jijah mohon awal tapi umur 25 tahun baru di panggil..jadi dia terpaksa juga belajar 3 tahun maknanya umur 28 tahun dia sudah dapat pekerjaan tetap! Syukur la kan dapat juga pekerjaan tetap dan kerajaan dan dapat terus kerja...kalau kerja die sebelum tu tak menjamin...kini dah boleh bernafas lega... jadi kepada syukri Insyallah tak lama lagi mungkin akan di panggil kerana jika syukri memohon male nurse mungkin peluang syukri lebih cerah lagi kerana bidang yang amat-amat di perlukan sekarang ni..InsyaAllah...

syukri juga boleh memohon male nurse ataupon penolong pegawai kesihatan persekitaran(Environmental Health) atau penolong pegawai perubatan(Medical Asistant MA)-pembantu doktor yang semuanya dikuasai lelaki..

diharap jawapan jijah dapat membantu syukri merealisasikan masa depan syukri...jangan serik untuk memohon lagi SPA8...

kepada yang lain...jika mahu memohon SPA8 dalam bidang separa perubatan boleh klik sini takpon terus mendaftarkan diri di http://www.spa.gov.my/


Iklan Latihan Separa Perubatan

You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. salam... my pa sorang jururawat lelaki dan kini telah menjadi sorang ketua jururawat... :)

    ReplyDelete
  2. moon~ wah cayalah!! tu yg kita nak tu...male nurse pon leh samapi jadi sister! tahniah untuk ayah moon :D

    ReplyDelete
  3. cik empunye blog nie tak nak jd nurse ke?

    ReplyDelete
  4. syukran jazakallah jijah..terima kasih sudi kongsi maklumat dengan saya.insyallah satu hari nanti saya berjaya menjadi seorang jururawat..saham dunia dapat,akhirat dapat..itu yang saya kejarkan...semoga kita mendapat kebaikkan bersama...mabruk2

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!