Friday, April 15, 2011

Gempar! Mati Hidup Semula!


GEMPAR...ahli keluarga lelaki terbabit menunggu di Hospital Seberang Jaya, semalam.
GEMPAR...ahli keluarga lelaki terbabit menunggu di Hospital Seberang Jaya, semalam.
SEBERANG JAYA: Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) gempar apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah ‘meninggal dunia’ oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali, dalam satu kejadian, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu dikejarkan ke HSJ apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya.

Dalam kejadian di rumah mangsa di Tanah Liat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, lelaki yang dikenali sebagai Hock bertengkar dengan abangnya berusia 70 tahun sebelum tolak menolak berlaku.
Dalam pergaduhan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSJ untuk rawatan.

Menurut sumber, ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital itu, mangsa didapati tidak bernafas dan berikutan itu, dia disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, kira-kira 40 minit kemudian, mangsa didapati bernafas semula menyebabkan kakitangan di unit berkenaan terkejut sebelum bertindak menghantar mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).



“Mangsa tidak langsung bernafas ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan kira-kira 40 minit kemudian mangsa bernafas semula,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan memberi sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dan wartawan yang menunggu di hadapan wad ICU melihat isteri dan dua anak lelaki mangsa berbincang dengan doktor mengenai keadaan mangsa.


4 comments:

  1. biar btol kak??
    sepnjang sy keja kat spital x da ag la dgr ceni..seram gak..

    ReplyDelete
  2. dollymoon tu la yunk...semua org pelik..dah di sahkan mati tibe2 je hidup balik..lama tu 40 minit...

    ReplyDelete
  3. tu la sal..40 saat x pa g kan..huu

    ReplyDelete
  4. dollymoon org yg duk kat A&E yang cuak giler..tapi tak tahu la dia buat CPR ke tak eh..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!