Ayu Raudhah Keguguran 6 minggu

Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem...



Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.

Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, 

“Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu.

You Might Also Like

11 insan comel komen

  1. hurm..xde rezeki nk wat cm ne..

    ReplyDelete
  2. bukan rezeki mereka lagi..semoga mereka tabah dan sabar hadapi ape yang menimpa..mane tahu mungkin lepas ni dapat kembar ke kan..alah..xdapat jumpe aidil zakuan malam ni..tiket abes..huwaa..tapi tape..Mr A saye..Mr Aidil jugak..opsss

    ReplyDelete
  3. sian kat mereka..semoga mereka tabah..

    ReplyDelete
  4. hurm..x de rezki nk wat cmna kan..huhu

    tp sweet sgt dorang nih

    ReplyDelete
  5. mungkin mereka tak ada rezeki lagi...

    ReplyDelete
  6. Tak de rezeki dorang nak buat camane kan? Yang kawin susah2 nak dapat anak, orang lain main buang merata je anak.

    ReplyDelete
  7. suka tengok mereka sweett
    doa smoga ayu tak seksi2 lagi huhu :)

    ReplyDelete
  8. ayu raudhah tetap cantik kan...suka kan dia dengan rita :)

    ReplyDelete
  9. xda rezeki.pernah dengar dr fadilah kamsah gtau ekin (wife mawi)..
    kandungan yg gugur tu mungkin bukan yg terbaik.. ALLAH Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  10. @QasehnyaRania ya betul.. mungkin tak sihat.. jadi Allah keluarkan dia :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!