Sunday, November 20, 2011

Majlis Perkahwinan Zahiril Adzim dan Sheira Aiyob



Dengan sekali lafaz, pelakon 'Juvana', Zahiril Adzim selamat bergelar suami kepada penyampai program bual bicara 'Wanita Hari Ini', Shera Aiyob sekitar pukul 10.15 pagi tadi di rumah Sheira di Ipoh Perak.

Majlis pernikahan disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Aiyob bin Shaharuddin. Sheira menerima hantaran RM 18,000.00 dengan mas kahwin RM 1,001. 

Pihak pengantin lelaki membawa 11 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kasut, iPad 2, rantai mutiara, tas tangan, alat solek, wangian, coklat, Al-Quran digital dan dibalas 13 dulang hantaran berisi tepak sirih junjung, kemeja, kasut, cupcake, wangian, sejadah, Al-Quran digital daripada pihak pengantin perempuan.

Pasangan bahagia ini mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat. Zahiril mengenakan sepasang baju Melayu putih lengkap bersampin songket, manakala Shera memakai baju kurung moden putih rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat.Majlis resepsi juga berlangsung hari ini di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dan majlis sambut menantu bagi pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam.






cantiknyaaaaaa!!








Tahniah! Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai ini ^^ Semoga Bahagia Hingga Akhir Hayat :)

12 comments:

  1. Oh cantiknya diorang nie..
    name pon artis ye tak..
    huhu~~

    ReplyDelete
  2. cantikkkk nyeee shera....

    ReplyDelete
  3. tahniah buat dowg..da ta de chnce nk takel zahiril..hik3

    ReplyDelete
  4. waaaahhh, tahniah kedua2 pengantin Zahiril Adzim dan Sheira Aiyob.

    semoga mereka bahagia dunia & akhirat , amin

    ReplyDelete
  5. hehee..blh la shida cr idea tuk kawen shid alak hehe..
    lawa lah shiera tuh ^_^

    ReplyDelete
  6. jijah!! cantik kan baju nikah n sanding die..teruja tengok..

    ReplyDelete
  7. @Wanie cantikkan yang kaler cream ni..sesuai dengan dia. hehe

    ReplyDelete
  8. KAT IPOH TP TAK DIJEMPUT..HIKHIK..

    ReplyDelete
  9. fuhh meleret gaun nya..jijah nya nanti akan meleret tak ye?hihih

    ReplyDelete
  10. @MaYa MustWany xmeleret pon..xmampu makcik oi..hehe simple sudah..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!