Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

Lagi kes buang bayi~~ 2010/07/24 KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama...

Lagi kes buang bayi~~

2010/07/24

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri Kelantan, Bandar Baru Sentul di sini, malam tadi.
Mayat yang masih bertali pusat dan diselimut dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah pada jam 10 malam tadi oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu."Ketika lelaki itu menggeledah tong sampah untuk mencari barang yang boleh dikitar semula, dia menemui satu bungkusan plastik yang berisi mayat bayi itu bersama urinya," kata Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan ketika dihubungi hari in i.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang dalam tempoh kurang dari empat jam sebelum mayatnya ditemui.Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA


Sekadar renungan bersama :


menyayat hati...kesiannya...:(


bayi ini xberdosa pon...bersih seperti kain putih...


budak sekolah agama buang bayi..apa sudah jadi??


lagi....buang bayi..



semasa bulan ramadhan.. bawak2 la beribadat...

utusan malaysia...bayi dbuang lagi....Astaga...


Inilah kesan pengaruh budaya asing yg seterusnya meningkatkan gejala sosial






Maka,,,,Kami prihatin....Gejala buang bayi tangani lah dengan serius!!
Anda bijak menjauhi ZINA!!


Salam ukhuwah ;)


You Might Also Like

0 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!