Friday, June 23, 2017

Persiapan Raya 2017




Berbaki 2 hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika ini pasti ramai sudah pulang ke kampung halaman masing masing. Yang mana masih dalam perjalanan. berhati hati ketika memandu.. 

Bagaimana persiapan raya korang tahun 2017 ni?? Tema apa?

Persiapan daku tahun ni ala kadar saja kerana menyambut raya dalam keadaan masih berpantang. Bertabah lah..

Baju

Recycle saja baju raya tahun2 lepas. masih elok di pakai. cuma tambah baju peplum zahwa dan baju rompers haadziq.


mujur lah sebelum bersalin sempat shopping baju jalan anak2 ketika ada sale di Aeon Seremban 2. 




Duit raya 

Duit raya RM200 dah siap tukar RM1 dan RM5 untuk anak buah dan anak anak yang datang beraya di rumah nanti. 

Biskut Raya

Memandangkan dalam pantang memang tak buat lah biskut raya. jadi biskut raya beli dah siap. tu pun beli tiga jenis je. 

Itu saja persiapan raya ala kadar ku.. mood raya daku ke laut sebab dalam pantang.. sangat2 rugi. tak dapat nak masak rendang kerang di malam raya. makan apa tah lagi. suami pula tak nak beraya tanpa isteri dia ni. harap2 hakimi dan zahwa dapat beraya tanpa mama di sisi. 

eh! bagaimana persiapan korang pula..jom share!

1 comment:

  1. Take care. Jaga diri bebaik masa pantang ni. Lepas habis pantang Raya betul2

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!