Prosedur Pernikahan

Assalamualaikum... Errrr....sila percayaaaa yang anda sedang masuk zon cik azizah's blog iaitu blog cik misi yang kiut-kiut ...



Assalamualaikum...


Errrr....sila percayaaaa yang anda sedang masuk zon cik azizah's blog iaitu blog cik misi yang kiut-kiut lagi comel di tambah lagi dengan blog pinky yang mampu menawan jutaan mata yang memandang. muahaha ^^ sila muntah pink oke ~~ :p


Selepas mengusha berbagai perkara. google sana sini. sampai juling biji mata daku menghadap lappy. daku terjumpa tips yang paling penting untuk merancang majlis perkahwinan. jika tiada perkara penting ini. sudah pasti nikah anda tidak SAH dan HALAL!! korang nak ke kahwen tak bernikah main redah jer..oh tidak! simpang malaikat patpuluhpat -_-'


Disebabkan prosedur pernikahan merupakan perkara yang sangat penting, daku terpaksa study satu persatu tentang perkara penting ni. errr kenapa daku kena study? oh itu adalah rahsia. eh tak lah. saja-saja jer, kan sebelum ni kita main berangan angan macam Wedding Inspiration-Pelamin Nikah tu. so mesti ada kesinambungan yer tak. weeee~~ 


Baiklah.. Penerangan ini lebih merujuk kepada prosedur umum sahaja. Untuk mendapatkan prosedur yang lebih khusus mengikut negeri, sila rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. oke kawan-kawan fokus fokus!. kita membaca dengan nada formal dan serius k. 





Kursus Pra-perkahwinan

Setiap pengantin atau pemohon pernikahan wajib mengambil kursus ini sebelum berkahwin. Tanpa sijil ini, anda tidak boleh berkahwin dari sudut perundangan negara.

Pada kebiasaannya, sijil ini boleh digunakan seumur hidup. Ini bermakna, terpulanglah kepada anda bilakah masa yang paling sesuai untuk menghadirinya. Yang penting, sebelum anda membuat permohonan pernikahan di Pejabat Agama Islam Negeri, anda dan pasangan sudah pun mempunyai sijil tersebut. Anda boleh mengikuti kursus ini di mana-mana tempat di Malaysia asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Namun bagi sesetengah negeri, mereka lebih galakkan anda untuk mengikuti kursus di negeri yang anda akan daftarkan pernikahan. Misalnya: jika anda akan daftarkan pernikahan di Selangor, maka anda juga akan mengikuti kursus di Selangor.

Pada kebiasaannya, yuran yang dikenakan adalah antara RM50 sehingga RM 100 sahaja.

Teringat kembali daku pernah hadiri kursus pra perkahwinan semasa zaman belajar dulu. masa kursus orang lain semua datang bersama pasangan masing-masing tetapi tidak bagi kawan sekawan. Alhamdulilah lepas satu beban selesai kursus perkahwinan. Daku kursus di Pusat Bandar Damansara dengan harga RM80 selama 2 hari.. yehuuuu~~

Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri sewaktu akad nikah. Mengikut amalan sekarang, kadar mas kahwin adakalanya ditetapkan oleh negeri, dan adakalanya tidak ditetapkan. Maka, terpulanglah kepada keikhlasan suami.

Ketahuilah bahawa, mas kahwin tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk wang. Mengikut amalan para sahabat di zaman Rasulullah, mereka menjadikan bacaan Al Quran, baju besi atau apa sahaja barang yang mempunyai nilai tersendiri sebagai mas kahwin.

Wang hantaran 

Wang hantaran adalah jumlah duit yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan. Adakalanya jumlahnya ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan dan adakalanya mengikut keikhlasan keluarga pengantin lelaki. Ia tidak wajib di dalam Islam ye kawan kawan dan hanya merupakan adat dalam perkahwinan orang Melayu. Oleh itu, janganlah dibesarkan sangat jumlahnya sehingga membebankan pihak lelaki. Berpada-padalah ye.. Wang ini biasanya diletakkan di atas dulang hantaran samada dalam bentuk cek atau menggunakan simbol wang tunai seperti 8 keping duit RM10 bersamaan dengan RM8,000. Pastikan anda menugaskan seseorang yang boleh dipercayai untuk menjaga wang ini semasa majlis sedang berlangsung.

Jurunikah / Penolong Pendaftar Nikah

Sebagai pemohon pernikahan, anda perlu mendapatkan sokongan daripada Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah) untuk bernikah. Untuk mengenali jurunikah anda, rujuk ke masjid tempat anda tinggal atau mengikut alamat dalam kad pengenalan anda. Oleh kerana jumlah jurunikah ini sangat terhad, anda perlu menempah mereka seawal mungkin. Selain jurunikah, anda juga perlu mencari 2 orang saksi.

Mengikut undang-undang perkahwinan di negara ini, meskipun wali pengantin perempuan sendiri akan menikahkan pasangan pengantin, jurunikah wajib berada di tempat pernikahan itu. Jurunikah bertanggungjawab mengesahkan borang permohonan pernikahan, membacakan khutbah nikah, menikahkan pasangan pengantin (jika diwakilkan oleh wali perempuan) dan menguruskan segala dokumen yang berkaitan selepas ditandatangani oleh pasangan pengantin sewaktu akad nikah.

Di samping itu, anda juga perlu bersiap sedia dengan sejumlah wang yang tidak melebihi daripada RM50 (bergantung mengikut negeri), untuk membayar upah jurunikah dan 2 orang saksi selepas majlis akad nikah. Pastikan anda bertanya jumlah RM yang tepat sewaktu meminta pengesahan daripada jurunikah.

Borang Permohonan Nikah 

Anda boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal atau dari Penolong Pendaftar Pernikahan di kariah tempat tinggal anda atau boleh muat turun daripada laman web Jabatan Agama Islam Negeri. 

Proses permohonan pernikahan boleh dimulakan tiga bulan sebelum tarikh pernikahan dan juga tidak kurang daripada satu minggu daripada tarikh pernikahan dilangsungkan. Borang permohonan yang dilengkapkan mestilah ditandatangani oleh anda sebagai pemohon, wali dan dua orang saksi lelaki dewasa serta mendapat sokongan daripada Penolong Pendaftar Pernikahan

Mengikut aturan, calon suami mestilah terlebih dahulu mengemukakan borang tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah di tempat beliau bermastautin. Borang tersebut perlulah dikepilkan bersama dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti: 

1. Nama 2 orang saksi (lelaki) bersama salinan kad pengenalan. Kad pengenalan yang sah.
2. Bukti mastautin (alamat berlainan dengan tempat tinggal)
3. Surat pengesahan bujang dari majikan/imam
4. Sijil kursus pra perkahwinan
5. Surat memeluk Islam (saudara baru)
6. Surat sokongan kedutaan (warga asing)
7. Surat kebenaran mahkamah (bawah umur)

Selepas borang pengesahan dikeluarkan oleh jabatan agama (pihak calon suami), calon isteri pula akan membuat permohonan di tempat tinggalnya (dengan menyertakan borang pengesahan daripada pihak calon suami dan dokumen-dokumen lain). Semua prosedur pernikahan adalah bergantung mengikut Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Dapatkan maklumat yang terperinci daripada kursus perkahwinan, Pejabat Agama Islam atau laman web mereka.

Ujian Kesihatan 

Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia sudah pun mewajibkan setiap pasangan untuk melalui ujian H.I.V sebelum melangsungkan akad nikah. Selain ujian H.I.V, terdapat pasangan yang menjalani ujian penyakit genetik seperti talasemia dsb. Dapatkan borang daripada pejabat agama negeri untuk disahkan oleh pihak hospital sewaktu anda menjalani ujian kesihatan.

Cincin pertunangan 

Di dalam sijil pernikahan, anda tidak perlu mengistiharkan cincin pertunangan. Namun begitu, mengikut adat Melayu pihak lelaki akan memberikan cincin pertunangan kepada pihak perempuan. Pada kebiasaannya, cincin jenis belah rotan diberikan sewaktu upacara pertunangan. Namun ada juga yang memberikan cincin seumpama ini sewaktu merisik. Walau bagaimanapun, ia tetap terpulang kepada anda.

Cincin perkahwinan 

Lain daripada pertunangan, kali ini anda memerlukan 2 cincin. Satu untuk pihak lelaki dan satu lagi untuk pihak perempuan. Untuk lelaki, diharamkan dalam Islam memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Oleh sebab itu kebanyakan pasangan memilih suasa atau perak bertatahkan batu. Bagi perempuan pula, emas sentiasa menjadi pilihan. Namun begitu, tidak kurang juga yang memilih emas putih yang turut dihiasi dengan batu permata.

Barang kemas 

Sesetengah negeri mewajibkan, kesemua barang kemas termasuk cincin perlu diisytiharkan dalam sijil perkahwinan beserta dengan harganya sekali. Rujuk Pendaftar Nikah anda mengenai perkara ini.


**************************************


kalau nak cerita satu persatu info daku usha semasa google. rasanya tak cukup untuk satu entry. macam-macam perkara lain perlu di ambil kira. tetapi perkara-perkara di atas sangat penting dalam merancang majlis pernikahan anda. jika tidak ada maka tak sah la nikah anda jawabnya. ^_^


bagaimana dengan korang? bersedia untuk merancang perkahwinan. suka di ingatkan bukan mudah untuk menjayakan majlis perkahwinan mahupon pernikahan jika satu pihak saja terlibat. dalam hal ini semua pihak,keluarga serta pengantin sendiri perlu memainkan peranan yang besar dalam merealisasikan majlis pernikahan yang sempurna.


alahai...rasa berdebor debor pulak bila pikirkan hal kahwin ni. muahahaa :')


You Might Also Like

24 insan comel komen

  1. kursus kahwen rm80?..kat sabah rm100++ tau!....

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik azizah sudi berkongsi maklumat yang amat berguna ni..berdebor ye cik azizah..bile weddingnye?

    ReplyDelete
  3. sis dulu pun ambik kursus kawen ngan kwn2 lepas spm sebab masa tu 80 je.couple lain serius dengar ceramah,kami kat belakang soksek kat belakang..:)

    ReplyDelete
  4. semoga semua urusan cik jijah di permudahkan oleh-Nya..doa banyak2 ye semoga semuanye berjalan lancar...fiza berdebar gak ni..

    ReplyDelete
  5. banyak ooo nak kena buat kan jijah..boleh stres pike suma ni..nanti wanie rujuk jijah la..hehe

    ReplyDelete
  6. persiapan utk majlis nikah jijah yer..ok gudlak..jaja pon nk bookmark page nie..utk rujukan dikemudian hari.. thanks jijah! muahs

    ReplyDelete
  7. cik jijah,mesti semangat dah nak kawen ni.hehehee...

    ReplyDelete
  8. pewitt..

    nk nk kahwin blh dtg blog jijah..heee

    ;p

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan...banyak nye prosedur kawin yang kena buat..huhu...mujur dah kawin...penat bila kenangkan persiapan kawin dulu..smpai ke detik terakhir pun berkejar lg..

    ReplyDelete
  10. bila cik misi nak nikoh dgn abg nebi? huhu...

    ReplyDelete
  11. Akak dulu kawin tahun 2007..kat sabah time tu belum ada kursus perkahwinan lagi..so akak tak ambil..skrg ni memang dah wajib amik dah kursus ni..hubby jer yg amik kursus perkahwinan kat JB ni..

    *Moga dipermudahkan segalanya..^^

    ReplyDelete
  12. nice entri, kalau akak belom kawen, musti entri nih dah jadi guide tuk akak..hehe

    ReplyDelete
  13. @Kak Long kaklong resepsi jijah bulan feb 2012 nnti :)

    ReplyDelete
  14. @Cikgu Jaja™ muaaaaaaahh3x. nak kawen lambat lagi tapi orang kata kena buat semua ni 6bulan awl :)

    ReplyDelete
  15. @Niza Romli kalau jadi majlis nikah 11.12.11 ni..wehuuuuu~~

    ReplyDelete
  16. @CintaZulaikha akak jadi guide untuk jijah pulak la. hehe

    ReplyDelete
  17. wah, jijah dh nk kawen..hehehhehe, nanti ajak la sume blogger skali..hehehe :p

    ReplyDelete
  18. hee...murah la kursus kahwin tu sm mcm ira amik..;p..ada yg smpai 100++ kan...

    tp ehem2 ira xamik lg..bia dia g sndri nt..kekeke..;p

    ReplyDelete
  19. @cikpjaz insyaAllah jijah jemput semua blogger bulan feb nanti :)

    ReplyDelete
  20. @Juliet_iRa~" biar die pergi sendiri nanti. haha jijah pon pergi asing2.. hehe

    ReplyDelete
  21. wah2..berdebar ea..moga semua bjln lncar ea jijah!

    ReplyDelete
  22. @nuyui a.k.a miss YUI Amin semoga semuanya di permudahkan!

    ReplyDelete
  23. dlm byk2 kursus, kursus kawen jaa sy blom pegi, hukk...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!