Monday, September 20, 2010

Tangani stress dengan urutan leher & bahu


hai blogger....
jumpa lagi...

dalam entry lalu kalian sudah study LATIHAN PERNAFASAN kan...

kali ni nak kongsi lagi tangani stress tapi dengan
:
:
:

URUTAN LEHER DAN BAHU

~tips ni boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.
belajar cara megurut dengan betul.. Kalian boleh dapatkan bantuan
orang lain untuk melakukannya. tak kira la suami kalian ke isteri kalian ke..
xkesah la..asalkan yang halal tau...hahahaha
Langkah-langkah ini
untuk orang yang mengurut tau :~

1~ Minta pasangan anda duduk dengan selesa,pejamkan mata dan fikirkan sesuatu yang menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya.
(p/s~ tanggalkan cermin mata jika ada)

2~ Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.

3~ Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan.
Ulang 3 kali.

4~ Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 kali.

5~ Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar.

6~ Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri.

7~ Gunakan jeri-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 kali.

8~ Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan. Dan ulang seperti di atas..





katakan TIDAK pada STRESS!!



sekian.....
selamat mencuba (^_^)



3 comments:

  1. stress mmg perlu ditangani dengan cara yg bijak..

    ramai org sekarang mengurangkan stress dengan caranya yg kurang enak, macam melakukan penderaan pd org gaji dan anak2...

    info nih sgt berguna,..

    thx zizah

    ReplyDelete
  2. betol tu sofia...
    stress tu boleh dtangani..
    tp ramai xtahu caranya...
    ble stress mcm2 msalah jadi...
    tp kita la kena bendungnya melalui teknik yg betol...

    almost welcome la dear :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!