iklan hari raya
selebriti
Iklan Raya Nurul Seksi l Pengurusan Nurul Minta Maaf
12:06:00 PM
baru-baru ni heboh di katakan iklan raya Nurul Wahab berpakaian seksi berlatar belakangkan masjid. iklan promosi Hari Raya Pusat Pengurusan Badan iaitu Glow-Glamour memaparkan Nurul sebagai model iklan tersebut.
Untuk menjernihkan kembali pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung penyiaran iklan promosi itu.
Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.
"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.
Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.
14 insan comel komen
banyak iklan yg menyentuh sensitiviti umat Islam sekarang... :(
ReplyDeleteishhh ishhh.
ReplyDeletedunia dunia
seksa betul tu! T_T
ReplyDeletemacam-macam..setiap thun mesti ada pnya iklan yg mcm ni..huhu..
ReplyDeletehttp://asyrafasnawi.com/
emm bila dah single makin seksi nurul ni...
ReplyDeleteiklan berbahaya skg nie huhuhu
ReplyDeleteyup ! iklan yang kadang memang sangat sensitif .. lagi masalah bila iklan tu ditonton ramai orang ...
ReplyDeletepadlie: betol.bahaya lah. org Islam kena alert benda macam ni.
ReplyDeletewani: hehe duit punya pasal la yunk.
elie lily: seksa kan..auww! jangan pandang lama-lama
roti telur: nak tarik perhatian penonton. mesti lah. huhuhu
ct aja: kan kan. makin seksi sejak single ni.
pojiekyra: huhuhu menyentih sensitiviti org Islam tau.
ini kisah tia: tu yg kita kena alert dr berleluasa. huhuhu
memang langsung tak kena.
ReplyDeletekalau takut reputasi sebagai artis tercalar , better dia jgn pakai yg seksi2 mcm tu...
ReplyDeletealasan biasa bagi seorang artis..
ReplyDeletexpyh la nk pki dedah2 klu gtu..
pale hotss dia tak bersalah. yang dia pg setuju tangkap gambo tuh nape?
ReplyDelete*eh terangin pulak*
budakijaupendek: memang tak kena pon kan..
ReplyDeletebro khairil: yezza..lebih selamat pakai la yg menutup aurat. iklan ape2 pon boleh.
mohd izzar: tu namanya artis..alasan beribu. janji duit masyukk!
harap2 yg lain amek pengajran dan pasni xde ler kejadian cmni lagi ..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!