Firasat tentang Bentuk Bibir Wanita

pasti cantik bentuk bibir macam angeline jolie! seksi u... Bibir Tebal Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa ca...



pasti cantik bentuk bibir macam angeline jolie!
seksi u...

Bibir Tebal
  • Bentuk bibir kelihatan tebal dan kembang, tidak berapa cantik tetapi kalau pandai mengenakan solekan yang betul, akan kelihatan seksi dan menggoda. Bagi mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang pandai mengatur kewangan dalam perbelanjaan, penyabar serta berani menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
Bibir Kecil
  • Bentuk ini amat disukai, kerana kelihatan comel dan mungil seperti bibir bayi. Mereka yang memiliki bibir jenis ini, merupakan seorang yang suka berterus-terang tetapi mudah merasa rendah diri serta merasa diri tidak bahagia.
Bibir Tipis
  • Selalu dikaitkan, orang berbibir tipis adalah jenis celupar iaitu suka cakap lepas dan berbisa serta bermulut jahat, tetapi ini hanya andaian dan kalau adapun ianya adalah kebetulan. Dikatakan orang bibir bibir tipis tidak mempunyai prinsip dan pegangan hidup kerana mereka mudah terpengaruh apabila dipujuk rayu iaitu bersikap seperti lalang.
Bibir Kecil dan Sempit
  • Dikaitkan sebagai seorang yang yang comel dan manis. Mempunyai sifat yang hampir serupa dengan orang berbibir kecil. Bezanya, mereka selalu cepat panik dan bimbang apabila berhadapan dengan masalah serta tidak pandai membuat keputusan. Merasakan diri tidak diberi peluang yang cukup dalam sesuatu keadaan.
Bibir Kehitaman
  • Bibir kehitaman yang bukan disebabkan merokok, tetapi memang semulajadi kehitaman. Mereka ini dikatakan jenis yang suka berbohong dan bergaduh.
Bibir Pucat
  • Mereka berbibir jenis ini merupakan seorang yang bersifat panas baran dan cepat marah serta menginginkan kemenangan didalam segala hal dan situasi.

You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. ape beza kecil dan kecil dan sempit eh? confused :D

    ReplyDelete
  2. bibir kecil tu..bibir yang macam bayi...ade perasan tak..mungil je..

    kalau kecil dan sempit bibir yg halus je bibir bawah dan atas tu..

    tapi sebenarnya sifat tu sama je macam bibir kecil..:)

    ReplyDelete
  3. keliru juga ni saya tak tahu mana satu bibir saya yang berada dalam senarai ni?susah nak kenalpasti

    ReplyDelete
  4. nurhamizatulzullraooh : hahaha tengok kat cermin perhatikan. lalala :p

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!