Mencari Pekerjaan?? BN Youth Job Fair 2011@PWTC

kalian lepasan DIPLOMA?? DEGREE?? MASTER?? dll... seorang penganggur?? ingin mencari pekerjaan?? atau menukar pekerjaan yang lebih baik?? k...



kalian lepasan DIPLOMA?? DEGREE?? MASTER?? dll... seorang penganggur?? ingin mencari pekerjaan?? atau menukar pekerjaan yang lebih baik?? kerjaya tetap? kerjaya kerajaan....??


memandangkan ramai para lepasan universiti yang belum mendapat pekerjaan, dan secara tak langsung dapat mengurangkan isu pengangguran..ramai yang mencari-cari jawatan kosong atau mungkin nak kerjaya yang lebih baik...baca info-info ni seterusnya..





BN YOUTH JOB FAIR
TARIKH: 25, 26, & 27 MAC 2011
TEMPAT: Dewan Tun Razak 1, PWTC, Kuala Lumpur.
MASA: 10.00am – 8.00pm

pameran kerjaya BN YOUTH JOB FAIR 2011 tengah di adakan  sekarang bermula 25-27 Mac 2011 di  Dewan Tun Razak 1, PWTC Kuala Lumpur..


pada sesiapa yang belum buat resume...silalah cepat2 k..almaklumlah pameran kerjaya ni ramai ok..tetapi sebelum itu kalian perlu lah register diri kalian dalam laman web di atas tu kemudian upload lah resume kalian.. nanti kalian akan di bekalkan dengan BARCODE apabila sampai kat pameran itu...so just scan je pada diri kalian kat booth pameran bila kalian nak apply kerja tersebut..

banyak agensi-agensi kerajaan mahupun swasta menyertai job fair ni :


1)Syarikat Multinasional
2)Government Linked Companies(GLC)
3)Sektor Swasta
4)Agensi Pekerjaan
5)Institusi latihan dan syarikat penempatan pekerjaan
6)Jabatan Kerajaan dan agensi agensi yang berkaitan

selain itu ade gak satu sudut pameran yang khas kepada orang yang nak apply kerja kontrak..
Aktiviti-aktiviti kat Pameran Kerjaya Pemuda 2011 ni:
1)Resume Klinik
2)Video resume
3)Sudut Intensif
4)Sudut pekerjaan kontrak
5)Barcode dan pendaftaran SMS
6)Perbincangan kerjaya dan sesi latihan
7)Temu duga secara langsung bagi para pencari kerja dan majikan

Sape yang dah lepas sekolah,semester akhir ngan dah graduate yang tengah nak mencari pekerjaan tu boleh la terjah ramai-ramai...siapa yang agak-agak nak tukar kerja tu pon digalakkan datang..nak tahu lebih detail  boleh pergi ke www.bnyouthjobfair.com

harap sangat info ini berguna pada kalian yang mencari pekerjaan :) GUD LUCK!


You Might Also Like

0 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!