Thursday, March 3, 2011

Pedih Ulu Hati di kalangan bayi


Apa itu Gastroesophageal Reflux (GERD)
Penyakit gastroesophageal reflux (GERD) dengan kata mudah ialah pedih ulu hati,
Ia berlaku apabila otot yang berfungsi menutup esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) lemah. Jika ia tidak ditutup dengan sempurna, makanan dan cecair boleh kembali semula ke dalam esofagus dan menyebabkan kesakitan dan pedih, sering kali disifatkan sebagai pedih ulu hati dalam bahasa medikal (heartburn). Jadi jika bayi kalian mengalami masalah ini, maka  tidak hairanlah bayi kalian akan menangis.

Simptom Reflux
  • Sedu
  • Menangis
  • Lapar tetapi berhenti makan walaupun baru beberapa minit bermula
  • Menjerit
  • Menolak apabila disusukan samaada susu badan atau botol
  • Sukar untuk menelan
  • Kerap mengeluarkan air liur
  • Sakit belakang
  • Resah
  • Menegakkan kaki ketika menangis
  • Asma
  • Bersin
  • Batuk
  • Susah tidur
  • Tercekik

 PETUA

1. Tinggikan bantal bayi dengan meletakkan tuala di bawahnya.

2. Letakkan bayi kalian pada kedudukan menegak/berdiri sekurang-kurangnya 1/2 jam selepas dia makan atau menyusu.

3. Jika kalian menyusu badan, elak daripada makan makanan berasid seperti buah-buahan citrus atau sos tomato. Elakkan juga makanan berminyak. Kalian juga harus elak daripada mengambil terlalu banyak produk tenusu.

4. Jika bayi masih tidak selesa, minta doktor merujuk bayi kalian kepada pakar pediatrik.

5. Jika ubat yang diberi doktor tiba-tiba tidak berkesan, bawa semula ke doktor untuk diperiksa semula bagi kemungkinan diberi dos yang lebih tinggi.

6. Urut lembut perut bayi arah ikut jam.



0 insan comel komen:

Post a Comment


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!