Thursday, March 3, 2011

Info Cirit Birit/Diarrhea

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selepas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Gejala - Gejala

1. Peningkatan kekerapan membuang air besar.

2. Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.

3. Terdapat angin atau kentut yang melampau.

4. Kehilangan selera makan.

5. Adakalanya demam.

6. Adakalanya terasa mual dan muntah.

7. Sakit otot.

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk. Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami tanda-tanda berikut:-

a. Kehilangan 5-10% berat badan.

b. Gelisah dan mudah tersinggung.

c. Mata terbenam.

d. Tiada air mata.

e. Mulut dan lidah kering.

f. Dahaga dan selalu sahaja ingin minum.

g. Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-

a. Kehilangan lebih dari 10% berat badan.

b. Keletihan dan mungkin hilang sedar.

c. Mata terbenam.

d. Tiada air mata.

e. Mulut dan lidah terlalu kering.

f. Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.

g. Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil

beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.

h. Kurang air kencing.

Punca-Punca

1. Meminum air yang tercemar.

2. Memakan makanan yang tercemar.

3. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.

4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.

Punca-Punca Kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti berikut :

1. Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.

2. Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.

3. Penyakit-penyakit usus.

4. Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-

jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa

5. Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit

6. Kecacatan penyerapan

7. Selepas pembedahan

8. Fistula dalaman

9. Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra

10. Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.

11. Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.

12. Kanser

13. Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.

14. Penyakit-penyakit pancreas - contohnya tumor, pankreatitis kronik.

15. Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalnya fistula di antara salur hempedu

dan salur gastrousus.

RAWATAN

1. Minum banyak air.

2. Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.

3. Ambil cecair rehidrasi oral (rujuk pada pegawai farmasi kalian) atau nama medikal ORS

4. Ambil makanan yang lembut seperti bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau

pisang yang dimasak.

5. Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk

dihadam.

6. Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2 - 3 hari, atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding

dengan doktor kalian.

7. Ambil ubat untuk cirit-birit selepas berunding dengan doktor

Bayi

  • Teruskan penyusuan bayi.
  • Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi kalian
  • Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  • Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  • Runding dengan doktor kalian jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan

  1. Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dan lain-lain.
  2. Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral ORS.
  3. Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
  4. Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
  5. Tabiat kebersihan makanan yang baik.
  6. Cuci tangan kalian dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum menyediakan dan mengendalikan makanan.
  7. Basuh tangan kalian dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas
  8. Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
  9. Tudungkan makanan yang telah dimasak.
  10. Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
  11. Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

1 comment:

  1. Sekiranya anda ada masalah diarrhea boleh didapatkan rawatan secara semulajadi dengan mengambil supplemen. Boleh layari blogs sy www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!