Tips Menjaga Bibir

Tahukah kalian, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehing...


Tahukah kalian, bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita. Seeloknya kalian menjaga bibir dengan sebaiknya.

1. Bila SiangTabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi kalian, tetapi  sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir kalian tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir yang mengandungi SPF untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.

2. Bila MalamSebelum tidur, kesat semua kesan gincu bibir dengan gentle make-up remover, kemudian ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ia untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

3. Jangan GigitTabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir kalian menggelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering, segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.


You Might Also Like

1 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!