Pantang larang tentang MAKAN

9:30:00 PM 2 Comments A+ a-

Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan samaada di rumah mahupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi. Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Berikut adalah beberapa pantang larang Melayu yang berkaitan dengan MAKAN:

* Makan mencangkung payah dapat rezeki.

* Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.

* Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

* Makan telur tembelang dapat penyakit barah.

* Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.

* Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.

* Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.

* Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.

* Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.

* Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.

* Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.

* Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.

* Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.

* Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

* Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

* Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

* Bila makan, pinggan tidak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

* Makan berlunjur,akan jadi pemalas.


All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

2 insan comel komen

Write insan comel komen
3/04/2011 11:39 PM delete

haha..cam mengarut pun ada..hehe

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
3/04/2011 11:42 PM delete

ade betulnya macam makan leher ayam..kepala senget bila bersanding,,hehehe

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!