Ujian Saringan Kanser Payudara

Salam kalian... harini daku ade mood nk ber BLOG ging... alkisahnye sebab daku nk bagi healthtalk n health education utk kalian semua.. tap...

Salam kalian...


harini daku ade mood nk berBLOGging...

alkisahnye sebab daku nk bagi healthtalk n health education utk kalian semua..
tapi pasal ape??

meh dengar citer~~
emm...tadi masa daku balik kojo tibe2 daku rasa mcm sakit je kt payudara daku ni..(maaf la lau kalian kaum adam..ini berkaitan dengan kesihatan ok!!) eh pasal ape pulak ni....takut da de....cuak lagi la....takut nk jumpa doktor n check! tapi sakit sangat2....rasa macam ade ketulan2.....apakah???
tp....daku takut nk jumpa doctor...malu pon 1 hal..takut nk terima kenyataan apakah diagnosis yg daku hadapi......maaf la yer nurse pon takut g hospital check tau!

so..........daku pon bukak la kitab daku masa student dulu....apakah tandanyer? apakah penyakit daku ni? apakah rawatan yg perlu utk suspek sesuatu?? wua..........seram!!

so sikalang daku mahu kalian tahu apakah kanser payudara?? adakah daku boleh digolongkan dalam penyakit ni?? harap-harap TIDAK ya kalian semua....
jom daku terangkan lebih lanjut utk kefahaman kalian yg dhormati :)


Apakah yang perlu daku dan kalian tahu mengenai kanser payudara?

  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.

Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?

Ya.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita).
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?

Ya. Jika kalian mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran...tp daku takut! huhu

  • Ketulan yang tidak sakit ~ tp daku punya sakit la pulak..
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan ~ NIL
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.~ NIL
  • Perubahan pada kulit ~ NIL
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam ~ NIL
(kesemua di atas TIADA dlm kategori daku!)

Bagaimanakah daku perlu melihat perubahan tersebut?


Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.

  • Periksa payudara kalian dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala kalian dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil.

Apakah pemeriksaan sendiri payudara (PSP)?


PSP ialah pemeriksaan sendiri payudara mengikut langkah tertentu.
Ia merangkumi 5 langkah


http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast1.jpg

Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast2.jpg

Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast3.jpg

Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast4.jpg

Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/breast5.jpg

Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.


Berapa kerap seharusnya daku melakukan PSP?

  • PSP seharusnya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid.
  • Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.


Apakah seharusnya daku/kalian buat jika daku/kalian dapati keadaan luar biasa?

Sekiranya kalian dapat mengesan sebarang tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, sila rujuk doktor kalian.


Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payudara adalah kanser tau.
Contohnya : 'Fibroadenoma'.

Fibroadenoma :

Ia biasanya berlaku dikalangan wanita yang muda, tidak menyakitkan dan 'mobile'.

Apakah ujian-ujian yang disediakan untuk mengesahkan kanser payudara?

Berikut adalah ujian yang dijalankan jika disyaki kanser :

  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography

(alamak.....ujian ini yg daku seram nk g check tu...huhuhu)


Apakah itu 'FNAB'?

Adalah ujian yang dijalankan dengan pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk dikaji oleh pakar.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/fnab1.jpg

Apakah itu 'Mammogram'?

'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/mammogram1.jpg

Apakah itu 'Core Needle Biopsy'?

Ia adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel itu akan dihantar ke makmal untuk kajian.

Perlukah kalian berjumpa doktor jika kalian tidak mengesan sebarang keadaan luarbiasa?

Ya, kami pihak hospital menggalakkan wanita yang berumur 30 tahun keatas untuk membuat ujian pemeriksaan payudara di klinik (Clinikal Breast Examination-CBE) yang dibuat oleh anggota kesihatan setiap tahun.

Apakah itu 'Clinical Breast Examination (CBE)'?

Ini adalah pemeriksaan yang dibuat oleh doktor atau anggota kesihatan yang terlatih untuk memeriksa payudara kalian.

Apakah rawatan kanser payudara yang disediakan?

Rawatan yang diberi bergantung kepada jenis dan keterukan kanser.
Sekiranya kalian di diagnosakan mengidap kanser payudara, kalian perlu mendapatkan khidmat kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan.
Kajian menunjukkan bahawa jika kaunseling, sokongan dan maklumat mengenai penyakit dan rawatan yang dijalankan diberi, ia akan membantu pemulihan dari segi fizikal dan emosi.
Berikut adalah pilihan rawatan:

  • Pembedahan
    • pembedahan tanpa membuang payudara (Breast Conservation Surgery)
    • pembuangan payudara (Mastectomy)
    • pembentukan semula payudara (Breast Reconstruction)
  • Radiotherapy
  • Chemotherapy
  • Hormone therapy


Apakah yang perlu daku/kalian lakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?

  • Mulakan PSP hari ini.
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat kalian ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal.


Siapakah yang berkemungkinan mendapat kanser payudara?

Kanser payudara biasa berlaku dikalangan wanita. Walau bagaimanapun lebih kurang 5% berlaku dikalangan lelaki. Berikut adalah wanita yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara :

  • Selepas berumur 25 tahun dan selalunya berlaku semasa berumur diantara 45 – 55 tahun.;
  • Pernah mengidap kanser di sebelah payudara;
  • Keluarga terdekat sama ada ibu atau adik-beradik perempuan yang mengidap kanser payudara;
  • Tidak pernah mengandung atau mendapat anak pertama selepas berumur 30 tahun;
  • Mula haid awal atau putus haid lewat;
  • Ada penyakit tertentu berkaitan payudara. (seperti 'proliferative breast disease');
  • Faktor keturunan (seperti pembawa 'BRCA1, BRCA2, BRCA3');
  • Gemuk (IJB anda ≥ 27.5)
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak/kolesterol.

Apakah yang perlu daku/kalian lakukan jika keluarga ada sejarah kanser payudara?


Jangan risau ya. Sekiranya kalian sudah melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), teruskan seperti biasa. Amalkan cara hidup sihat, makan secara sihat dan teruskan bersenam.
Sekiranya ibu atau adik-beradik perempuan kalian menghidap kanser payudara, kalian boleh meminta untuk menjalani ujian 'mammogram'. Walau bagaimanapun, keputusan laporan adalah lebih tepat jika kalian berumur 40 tahun ke atas.

Bolehkah daku/kalian mendapatkan terapi tambahan atau tambahan rawatan lain untuk kanser payudara?

  • Ubat tambahan atau pilihan rawatan lain digunakan dengan meluas di seluruh dunia oleh pesakit kanser payudara.
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 pesakit kanser payudara menggunakan terapi berikut.
  • Terapi ubat tambahan berguna dalam mengurangkan gejala dan meningkatkan kualiti hidup
  • Walau bagaimanapun pilihan rawatan lain boleh mengganggu sistem tubuh badan atau secara tidak langsung menyebabkan masalah yang lebih serius.

Di sini adalah contoh yang biasa digunakan dalam amalan terapi tambahan.

  • Urutan
  • Cara relaxasi

ok kalian semua sudah paham??
ape yg boleh di simpulkan..jgn takut utk menjalani ujian saringn kanser payudara sebab xsemua ketulan itu adalah kanser.....

Ok doakan daku sihat-sihat aje..Insyallah..

Selamat beramal (^_-)

You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. Hai.. Nak tanya, ada ke kemungkinan remaja dapat breast cancer ni?

    ReplyDelete
  2. @zurati husin biasanya remaja jarang lah.. tp jika dalam family ada potensi nak dapat itu ada :)

    ReplyDelete
  3. Kawan saya ada mengadu cakap ada ketulan dekat breast dia.. Kalau tekan memang tak sakit katanya.. Dah nak dekat 2 tahun ketulan tu ada.. Macam mana tu?

    ReplyDelete
  4. @zurati husin ketulan tu boleh gerak2 ker.. nak tahu info lagi tanya doktor yer..

    ReplyDelete
  5. Akak.. proliferative breast tu ape plak.. buat la entry Pasal tu plak..hihu

    ReplyDelete
  6. Salam..nk ty laa... sekitar nipple,ade mcm bisul, merah permukaan die.. Kdg2 breast tbe2 sakit... Adakah itu salah 1 sintomp breast cancer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 boleh jadi cyst.. better sis check dgn klinik berdekatan

      Delete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!