SUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU..
10:11:00 PMSUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU..
~PERKAHWINAN~
Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar daku tahu mana salah dan buruk lakuku
............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar daku terus berada di atas jln yg benar
.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila daku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar daku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu..
...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar daku boleh ketawa riang
Satu ketika daku menjawab...
"Ya, Daku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"
Tetapi,
daku kembalikan soalan ini kepadamu..
................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika daku sudah tidak seperti dulu?
.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
daku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika daku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai .....................?
Daku percaya..kau masih sudi..
"Kerana Daku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Daku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~
0 insan comel komen
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!