Isu Nama DAMIA

Pasti ada ramai berikan nama anak Damia kan?? Nama pun best.. tentu menjadi pilihan.. tetapi baru baru ni menjadi viral pula bila seoran...



Pasti ada ramai berikan nama anak Damia kan?? Nama pun best.. tentu menjadi pilihan.. tetapi baru baru ni menjadi viral pula bila seorang ibu membuat permohonan pertukaran nama kerana nama DAMIA tersebut dikatakan mempunyai maksud yang tidak elok iaitu "tempat keluar darah"



Berikut penjelasan Mufti  Pulau Pinang


GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengesahkan telah menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia'.


Jelasnya, pihaknya terpaksa meneliti nama berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.


“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.


“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang yang menjadi viral di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.


Melalui surat bertarikh 7 November 2016 itu, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.


Tulis Wan Salim lagi, ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah.

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.


“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.


Mufti Pulau Pinang itu menegaskan sepatutnya pemberian nama kepada anak perlu dirujuk kepada individu yang lebih arif termasuk alim ulama.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.


“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

sumber : Sinar Harian


Mengikut Dr MAZA,
Nama Damia boleh digunakan cuma tukar sahaja dengan sebutan yang betul dan ejaan arabnya iaitu دامياء / Damia' / Damiyak maknanya baik dan berkat.

Sebutan yang sebenarnya perlu diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain. bahasa Arab, Cina atau Jepun, tidakkah berlainan tafsirannya..

Untuk isu ini..Terpulang pada diri individu itu sendiri sama ada nak kekalkan nama tersebut atau tidak. 

Lepas ni kena rujuk kepada yang lebih arif dalam pemilihan nama anak ni.. jangan percaya buku nama semata mata. Pesanan buat diri sendiri.

You Might Also Like

5 insan comel komen

  1. kan.. kdg org plh nama sbb sdp didengar..

    ReplyDelete
  2. pantas betul2 berita2 mcm nie tersebar kan..

    ReplyDelete
  3. setiap bahasa di dunia ni, ada pelbagai maksud. contoh, kentut. dalam bahasa melayu, makna lain. dalam bahasa uganda, maksudnya lain...begitu jg dgn kes nama damia ni...

    ReplyDelete
  4. pilih nama anak sebaiknya :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!