Resepi Pizza Homemade

by - 9:34:00 AM


Susah betul kalau dah viral ni.. mesti terliur nak makan.. haihh! Nasib bahannya mudah.. terus cari dan buat! Kini semua orang boleh sediakan pizza sendiri.. sesedap rasa Dominos..




6 Bahan utama

1. Roti Paratha segera (tak kisah apa brand)
2. Sos Spagheti Kimball
3. Sosej brand Ramly hiris nipis
4. Keju mozarella atau cheddar
5. Bawang holand potong dadu
6. Capsicum potong dadu



Cara-cara

1. Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa di bakar
2. Keluarkan plastik lapik Roti Paratha ketika masih beku
3. Sapu sos spagethi di atas roti paratha ( sementara tu panaskan oven suhu 170 darjah. api atas bawah



4. Letakkan mozarella cheese atau cheddar cheese
5. Susun sosej di atas lapisan mozarella
6. Kemudian letakkan potongan capsicum, bawang holland. (kalau ada nenas atau cendawan butang boleh letak juga)
7. Taburkan mozarella cheese lagi. ( suka mozarella sebab effect tarik tu)


8. Masukkan dalam oven letak di tengah menggunakan api atas bawah masak selama 20minit suhu 170 darjah
9. Siap dah pizza kita.
`

10. Tu yang best effect tarik tu

`


Sesuai untuk sarapan atau minum petang! nyummm!! weekand ni boleh la sediakan untu keluarga!





You May Also Like

8 insan comel komen

  1. mudah dan snng. bahan mahal tu cheese ..huhu

    ReplyDelete
  2. senang kan! akk pun selalu buat cm ni.

    ReplyDelete
  3. lagi banyakkkk cheese lagi ummmppphhhhh ;-)

    ReplyDelete
  4. sedapnya dgn paratha blm pnh try
    dgn roti gardenier n roti nan pnh. mmg sedappp

    ReplyDelete
  5. menarik dan senang gile tak yah nk uli doh bagai

    ReplyDelete
  6. mudah je nak makan pizza skrg kan.. isi apa nak letak pun boleh.. :) terbaik la sharing ni . :)

    ReplyDelete
  7. wahh simple je..boleh buat nanti ni

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!