♥eTIPS
Tips Merawat Sedu
8:00:00 AM
Tahukah anda, selain disebabkan oleh kegagalan untuk menelan makanan dengan teratur, sedu juga boleh berpunca daripada terkejut, pengambilan minuman yang terlampau sejuk, pengambilan minuman berkarbonat dan pengambilan alkohol.
Sedu berlaku apabila diafram (otot yang memisahkan antara dada anda dengan abdomen anda) bergerak secara 'involuntary' ataupun 'bergerak dengan sendiri'.
Bagaimana cara untuk merawat sedu?
Banyak pendapat menyatakan bahawa anda boleh cuba menelan nasi yang telah digumpal bagi merawat sedu. Ada juga yang berpendapat bahawa meminum air dengan jumlah yang banyak juga mampu merawat sedu. Tidak lupa juga ada yang berpendapat bahawa anda perlu ke Jabatan Kecemasan dan Trauma seandainya anda mengalami sedu.
Namun yang sebenarnya, anda boleh merawat sedu dengan sangat mudah, iaitu dengan menahan nafas. Anda hanya perlu tarik nafas dalam-dalam dan tahan untuk beberapa saat. Melalui cara ini, anda telah mengembangkan dada anda, sekaligus merenggang otot diafram tersebut dan menghalangnya daripada bergerak dengan sendiri. Berikan sepenuh tenaga bagi menghalang dada anda daripada mengecut dan mengembang kembali. Cara ini tidak akan berkesan sekiranya dada anda masih mampu mengecut sewaktu anda menahan nafas.
Setelah beberapa ketika, pergerakan diafram anda seolah-olah telah di'reset' kembali kepada asal dan ini akan menghentikan sedu yang anda alami.
4 insan comel komen
thanks utk tips ni jijah.
ReplyDeletesy selalu letak kertas lps basah dgn air liur je jijah ikut petua utk budak2 hehehe
ReplyDeletebaby kerap sedu sbb org ckp dia nk besar lagi .. betui ke
ReplyDeleteTq share..biasa minum air je. itupun kadang menjadi kadang tak. tapi dah besar-besar ni takde nak sedu sangat lah kan..hihi
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!