Tuesday, April 11, 2017

Awas!! Jangan Ambil Mudah Jangkitan Group B Streptococcus (GBS) Terhadap Ibu Hamil!


Pernah dengar tak ibu mengandung pembawa GBS??
Setiap kali mengandung kena inform nurse, kena dapat special treatment! Sebab GBS carrier tak macam ibu hamil lain...


1. Apa itu GBS?



GBS atau nama panjangnya Group B Streptococcus adalah salah satu bakteria yang biasanya hidup dalam badan manusia. Ia adalah jangkitan bakteria pada vagina atau rektum ibu hamil. Ibu hamil yang GBS positif berisiko menyebarkan bakteria kepada bayi semasa proses melahirkan. Ianya boleh menyebabkan kematian kepada bayi ataupun infeksi yang serius pada bayi. Dianggarkan, 1/3 daripada kita “membawa” bacteria GBS ini di dalam usus badan tanpa kita sedari. ) 


2. Bagaimana saya boleh tahu jika saya membawa GBS?

Terdapat ujian yang disediakan untuk mengesan jangkitan GBS. Ia boleh dilakukan dengan mengambil sample 'swab di faraj' dan diuji di makmal. Sekiranya ibu disahkan GBS Positif, Ibu akan diberi rawatan antibiotik semasa proses kelahiran agar dapat mengurangkan risiko bayi terkena infeksi. Ibu juga berkemungkinan terkena infeksi pada uterus semasa dalam pantang sekiranya GBS positif. 


3. Saya sedang mengandung, apa yang perlu saya tahu mengenai GBS?

Wanita yang berisiko tinggi boleh diberikan antibiotik sama ada dari ketika ingin melahirkan atau ketika air ketuban telah pecah (whichever comes first) sehingga saat bayi dilahirkan.
Caesareans tidak digalakkan untuk mengambil antibiotic ini kerana GBS menjangkiti bayi melalui faraj ibu yang melahirkan.


4. Adakah bayi saya berisiko mendapat jangkitan GBS?

Ada beberapa faktor yang boleh membantu anda untuk mengesan samada bayi anda dijangkiti GBS atau tidak. Antaranya:

1. Anda telah mula menunjukkan tanda untuk melahirkan sebelum 37 minggu kehamilan

2. Air ketuban anda pecah dalam tempoh 18 jam atau lebih sebelum melahirkan

3. Suhu badan anda meningkat 38'C atau lebih semasa proses kelahiran

4. Doktor telah mengesan bahawa anda pembawa GBS dalam faraj/ rectum anda semasa hamil

5. Bakteria GBS telah dikesan dalam air kencing anda semasa mengandung (sekiranya ini berlaku, rawatan segera perlu dilakukan dan beberapa langkah berjaga2 perlu diambil semasa tempoh melahirkan)




5. Bagaimana proses kelahiran bayi saya perlu dilakukan?


Bagi bayi yang berisiko tinggi, sebaik sahaja ia dilahirkan:

1. Bayi perlu diperiksa oleh Pakar Kanak2 dengan serta merta

2. Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, dan anda telah diberi rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi masih boleh diberikan antibiotik intravena

3. Jika kedua-dua ibu & bayi sihat, tetapi anda tidak menerima rawatan penuh dengan antibiotik intravena semasa proses melahirkan, bayi boleh bermula pada antibiotik intravena sehingga doctor mengesahkan bayi anda bebas jangkitan;

4. Jika anda atau bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, bayi harus diberi rawatn antibiotik intravena SERTA-MERTA.


6. Apakah tanda-tanda jangkitan GBS pada bayi?


Jika bayi anda dijangkiti GBS, gejala berikut boleh berlaku selepas beberapa jam kelahiran:

1. Bayi mempunyai masalah pernafasan

2. Tekanan darah tidak stabil/ rendah

3. Masalah buah pinggang

4. Kurang menyusu

5. Bayi nampak lesu


Malah, terdapat beberapa komplikasi yang lebih teruk seperti Pneumonia, Meningitis atau Sepsis. Jadi jangan ambil mudah yer soal GBS ini. Biasanya tanda yang paling senang untuk kita kesan samada kita ini pembawa GBS atau tidak, boleh lihat pada kadar discharge @ keputihan kita. Dan jika ada, segeralah minta doktor menjalankan 'swab faraj' test agar kita dapat melakukan pencegahan awal.


--Pengalaman Ibu GBS carrier!-- 
Jangan Ambil Mudah Keputihan Semasa Mengandung!!!
Dah lebih 8 bln deliver, tetiba rasa terpanggil nak share pengalaman
For information, masa mengandung sy memang ada keputihan..tapi tak teruk & color putih je, bila bagitau KKIA, nurse just pesan cuci bersih2 je...tak pernah pulak nurse suruh buat 'vagina swab'..so, bagi saya tak de apa yang perlu dirisaukan..first time la katakan..tak de pengalaman... 🙈🙈
.
7/8/15 sy selamat deliver baby girl..kecik je 2.3kg..Alhamdulillah, baby tak hypo, dan jaundice cuma beberapa hari
.
Hari ke 7, badan baby panas, bwk hospital doc claim baby tak demam pun..tapi still warded untuk pantauan..baby baru lahir tak sepatutnya demam...doc cakap
.
Hari ke 8 dah malam, baby betul2 demam...38°c..berlari sana sini doc, nurse..ambik darah, check itu ini...call HosHAS bagai..baby memang dah tak menyusu since pagi lagi..😭 masa tu dah nangis2 da..biar je nurse usung baby bawak ambik darah sume..then doc datang jumpa cakap nak transfer baby gi HoSHAS malam tu jugak..
Pukul 9.30 malam gerak ke Temerloh, baby naik ambulance, sy naik kereta dengan husband..kenapa tak naik dengan baby? Nurse & doc tak galakkan coz baru lepas bersalin..ambulance laju..
.
Sampai Temerloh, macam biasa doc tanya history preggy, bersalin etc...then doc mintak permission untuk buat lumbar puncture (ambil air tulang belakang)..masa doc cakap tu, dalam hati memang dah ada keputusan "ambil lah" redha je..then husband tanya the risk..sebab baby kan..
Doc ckp the risk is sakit belakang, sakit pinggang lepas buat tu..tapi dia baby, tak banyak gerak pon so it might be no problem..tanya lagi risk lumpuh macam orang selalu cakap..walaupun dah ada pengalaman yang berjaya which is my husband, tapi still nk tau, doc ckp the % sangat rendah since dia cucuk di bahagian yang tak ada saraf...husband google sikit pasal LP then terus sign...
Esoknya doc terus buat procedure...
Alhamdulillah smooth je semuanya, result keluar pon semua negative
.
Hari ke 12, baby tetiba kena kuarantin..jumpa doc, dan doc sah kan result darah baby positive Melioidosis...kuman tanah yang sangat common di pahang tapi rare untuk baby baru lahir..
.
Terus femes case baby orked..semua doc kenal dia..dan gelak2 sebab wonder cam mana dia leh dapat jangkitan tu 😅
Doc mintak sy buat viginal swap untuk tau, maybe jangkitan semasa mengandung...
Dan resultnya sy POSITIF GBS 😱, sepatutnya sebelum bersalin lagi sy da kena dapat suntikan antibiotik, & baby perlu ambik antibiotik seminggu...tapi sebab tak tau, tak dapat...maybe itu sebab baby mudah dapat jangkitan lain..
.
21 hari baby dalam NICU habiskan dose antibiotik, dan hari ke 28 start oral antibiotik (makan) selama 20 minggu..
.
Alhamdulillah, dah habis dose antibiotik 21 Jan hari tu...dan syukur sangat2 baby tak pernah demam, selesema, batuk etc..maybe asbab antibiotik dengan izin Allah
.
Kesian kan, kecik2 dah penuh ubat dalam badan...dengan tak breastfeed lagi...tapi sy syukur sangat Allah permudahkan semuanya 😊😊
.
Cuma baby still kena follow up pakar selama 5 tahun untuk pantau perkembangan dia..
So far Alhamdulillah dia sangat aktif...over pon ada 😂😂
.
Nasihat dan ingatan sy, kalau ada keputihan time preggy, please2 bagitau nurse/doc time check up..mintak jugak dorang buat swab..dont worry swab tak sakit pun...hihi..
In shaa Allah, kita boleh kurangkan risk jangkitan pada baby...
Wallahualam..~


Ibu hamil boleh ikhtiar untuk mengelakkan dari terkena GBS positif ini dengan mengambil Garlic Complex sebagai antibiotik semulajadi. Ia berfungsi sebagai antikulat dan antibakteria. Bawang putih yang terdapat di dalamnya berfungsi sebagai perisai kepada sistem imun badan





CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KEPUTIHAN SHAKLEE



CARA 1



Klik ke  SET KEPUTIHAN SHAKLEE ini dan membeli terus dengan Shaklee.


CARA 2

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi, cara makan, dos yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.


Boleh follow Instagram Shaklee :-

Whatssap : 013-2378013
Your Health & Beauty Consultant

2 comments:

  1. Masalah keputihan ni xleh amik mudah..,

    ReplyDelete
  2. atasi sebelum ada masalah lain jadi kan.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!