3rd Pregnancy Diary: Lain Anak Lain Pembawakan

by - 3:00:00 PM



8 bulan :)


Pejam celik pejam celik dah 8 bulan pregnancy ni! Cepatnya masa berlalu.. baby bump pun cepat besar! kalah dua pregnancy terdahulu.. kihkihkih

Alhamdulillah sepanjang 3rd pregnancy ini takde masalah.. aktif bekerja di wad, aktif berbisness dan aktif menguruskan rumahtangga dan anak anak. 
Cuma.. Cuma..

Masuk kandungan 6 bulan hari tu satu badan mengalami masalah kegatalan di betis dan kaki. bila menggaru sampaikan berdarah dan berparut. ko bayangkan terlalu asyik menggaru tak sedar berdarah darah.. dasyat! masa tu baru teringat dan stop menggaru..hahahaha kesannya berparut lah..huhuhu mujur sentiasa ada stok herbal blend shaklee. rasa gatal je terus sapu. menthol yang berangin kurang sikit rasa nak menggaru.. 

Sama juga dengan mata, sembap, gelap, gatal dan kering. Dia jadi kering dan mengelupas, ramai tegur tapi biasalah katakan je pembawakan budak -_-

Sekarang kegatalan dah kurang, cuma parut masih ada. mudah-mudahan cepat hilang sebelum bersalin. malu pula kang nak bersalin nurse tengok kaki berparut2.. maluuu mak nok! kahkahkah



You May Also Like

1 insan comel komen

  1. sama laa macam murni..masa 6 bulan tak semena2 muka naik rashes sampai bengkak sembab..gatal dan miang tak payah ckp laa..dah mcm2 ubat dan petua cuba..mujur laa dalam masa sebulan sembuh balik...sebab ada yang kata lahan ni sampi beranak..mujurla Allah permudahkan

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!